As'salamualaikum ,
Suatu
ketika, diriku diulit rasa kesedihan yang menyebakkan. Dalam situasi
ini, hanya air mata sahaja yang menjadi teman berbicara. Aku diulit
kesedihan bila mengenang nasib diri yang selalunya ku rasa tidak sebaik
nasib orang lain.
Sedang hati
dilanda kesedihan, tiba-tiba aku terpandang seekor kura-kura yang sedang
merangkak perlahan menyeberangi jalan. Melihat keadaan si kura-kura
itu, rasa sedihku hilang. Semangat kuatku kembali menapak dalam diri.
Aku mempunyai jawapan pada persoalan yang sering aku tanyakan pada diriku sebelum ini.
Mengapa
harus aku merasa sedih. Sedangkan aku sepatutnya harus merasa bahagia
kerana aku seorang manusia. Manusia yang ada segala-galanya. Kalau
dibandingkan dengan si kura-kura itu.
Kura-kura
juga sendirian, tetapi si kura-kura tidak pernah bersedih. Malah si
kura-kura tetap menjadi dirinya yang penyantun dan penyabar.
Terkadang kita mengukur kebahagiaan di mata orang, lantas kita mengorbankan erti bahagia di mata sendiri. Sedangkan bahagia itu letaknya di hati. Kita tidak mampu berasa bahagia kalau kita merasakan tidak boleh bahagia.
Kita melangkah tatkala bahagia hanya beberapa langkah di hadapan dan kita mengambilnya tanpa perlu merampas daripada sesiapa.
Berbahagialah
selalu kerana bahagia itu adalah milik setiap orang yang telah bersedia
untuk berasa bahagia. Nikmatilah kebahagiaan itu sebaik mungkin.
No comments:
Post a Comment