Syurga dan neraka telah wujud sekarang

As'salamualaikum , 

Soalan : 

Adakah ALLAH telah menciptakan syurga dan neraka ? Adakah kedua-duanya telah wujud sekarang ?


Jawapan : 

Ya , syurga dan neraka telah wujud sekarang . Dalilnya ada dalam Al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad s.a.w . 

Firman ALLAH s.w.t dalam surah Ali 'Imran ayat 131 : 

Maksudnya :  Dan peliharalah diri kamu daripada api neraka , yang telah disediakan bagi orang kafir . 

Maksud " telah disediakan " ini menunjukkan telah wujud . 

Firman ALLAH s.w.t tentang syurga dalam surah Ali 'Imran ayat 133 : 

Maksdunya : Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan daripada Tuhan kamu dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi yang telah disediakan bagi orang yang bertakwa .

Manakala hadis Nabi s.a.w pula telah sabit dalam Sahih Bukhari dan Muslim mengenai kisah gerhana matahari , Nabi s.a.w mendirikan solat lalu dibentangkan kepada Baginda syurga dan neraka . Nabi s.a.w telah menyaksikan syurga sehingga Baginda ingin mencapai tangkai anggur SYURGA

Kemudian , Nabi s.a.w lupakan hasratnya tadi . Nabi s.a.w juga menyaksikan neraka dan dapat melihat Amru bin Luhayy Al-Khuza'iyy sedang menarik tali ususnya di dalam neraka . Ini kerana ususnya terburai di dalam neraka akibat diseksa . Amru ialah orang pertama yang memasukkan SYIRIK ke tanah Arab . 

Nabi s.a.w juga melihat perempuan diseksa kerana sebab mengurung seekor kucing tanpa memberi makanan kepadanya . Ini semua menunjukkan syurga dan neraka telah wujud sekarang . Wallahualam .

Sumber : Buku berjudul 'SOAL JAWAB REMEH-TEMEH TENTANG AKIDAH, TAPI ANDA MALU BERTANYA' . Penulis Nik Abdul Rahim Nik Abdul Ghani .




p/s : Moga bermanafaat dan sentiasa kita takut pada ALLAH . Ya ALLAH yang MAHA PELINDUNG , lindungi kami dari azab api neraka , mala petaka serta bencana dan azab kubur . Amin .

No comments:


JAZAKALLAHU KHAIRA , SEMOGA BERMANAFAAT !