Tapak sulaiman

As'salamualaikum ,  

Seorang lelaki bersiar-siar di tepi pantai pada suatu pagi yang indah . 

Ombak menghempas ke gigi pantai , membawa bersama-sama umang-umang dan tapak sulaiman tersadai di tepi pantai .  

Agak banyak jumlah tapak sulaiman yang tersandai berbanding umang-umang yang lebih mampu berdikari bersembunyi di timbunan pasir bagi mengelak terik mentari . 



Melihat keadaan itu , lelaki tersebut mengumpul tapak sulaiman dalam jumlah yang termampu diraupnya . Kemudian dilemparkan kembali tapak sulaiman itu ke laut . Begitulah lagaknya sepanjang mengambil angi di tepi pantai . 

Melihat gelagatnya itu , seorang nelayan tua menegurnya : 

" Apa yang kamu buat ini , sebenarnya ? "

" Saya cuba menyelamatkan tapak sulaiman ini yang tidak mampu pergi semula ke laut dek panas matahari , " jawabnya . 

" Pak cik rasa ia tidak membantu pun . Berapa ekor sangatlah tapak sulaiman yang mampu kamu selamatkan ? " 

" Semua yang bersadai di tepi pantai ini tidak mampu saya selamatkan , pak cik . Paling tidak , yang dapat saya lemparkan ke laut akan mampu teruskan hidup , " jawab lelaki itu .


PENGAJARAN  :

KEJAYAAN YANG BESAR BERMULA DENGAN USAHA KECIL . KEGEMILANGAN ESOK HARI SEBENARNYA BERMULA DENGAN LANGKAH KECIL PADA HARI INI . 


Sumber : Majalah Solusi Isu No 39 m/s 112 . Wallahualam .

No comments:


JAZAKALLAHU KHAIRA , SEMOGA BERMANAFAAT !