Menyingkirkan akhlak buruk di rumah

As'salamualaikum , 

Salah seorang dari anggota keluarga tidak mungkin tidak boleh terlepas dari akhlak buruk dan menyimpang , seperti : 

DUSTA | MENGGUNJING | MENGADU DOMBA

Akhlak buruk ini harus dilawan dan disingkirkan . Sebahagian orang menyangka bahawa hukuman jasmani adalah satu-satunya jalan keluar untuk mengatasi masalah tersebut . Di bawah ini Aisyah radhiyallah'anha meriwayatkan hadis dalam persoalan tersebut yang penuh muatan pendidikan ; 

" Rasulullah S.A.W apabila mengetahui seseorang anggota keluarganya melakukan sekali dusta , baginda terus memalingkan diri daripadanya sehingga dia mengatakan bertaubat " 

Dari hadis di atas , jelaslah bahawa memalingkan diri dan hijr ( memisah , mendiamkan , meninggalkan ) dia dengan tidak mengajaknya bercakap-cakap serta memberikan hukuman yang setimpal (dalam hal ini ) adalah lebih berpengaruh daripada hukuman jasmani . Kerana itu hendaknya para pendidik di rumah merenungkannya . 


p/s : Sumber dari 40 nasihat penting untuk suami isteri dari Syaikh Muhammad Soleh . wallahualam .






No comments:


JAZAKALLAHU KHAIRA , SEMOGA BERMANAFAAT !