Mengangkat jari telunjuk ketika tasyahud




As'salamualaikum , 

Alhamdulillah selamat pagi jummat , yakni penghulu segala hari . Alhamdulillah , masih diberi kesempatan melakukan suruhanNya dan memperbaiki kelemahan diri ini . Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W . 

Pada kali ini saya ingin berkongsi ilmu ALLAH tentang isyarat jari semasa tasyahud .  Hadis yang terdapat dalam bab isyarat ' musabbihah ' : 

Rasulullah S.A.W bersabda : 

" Nabi S.A.W apabila duduk semasa solat , Baginda meletakkan kedua-dua tangannya di atas lutut dan menaikkan jarinya yang selepas ibu jari ( jari telunjuk ) dan kemudian berdoa ketika itu " 

[Riwayat Muslim , no .113] 


Daripada Ali bin al-Ma'awi bahawa beliau bersolat di sebelah Ibn Umar r.a dan padanya Abu Bakar . berkata : 

" Aku nampak Abu Bakar As-Siddiq menggengam tiga jarinya dan menegakkan jari telunjuk " 

[Riwayat Humaidi] 



Kefahaman daripada dua hadis di atas ialah : 

RIWAYAT PERTAMA & RIWAYAT KEDUA 

Sunnah Nabi Muhammad S.A.W untuk menaikan jari telunjuk . Walau bagaimanapun dalam kedua-dua hadis di atas tiada yang menyebut tentang Nabi Muhammad S.A.W menggerakkan atau menggoyangkannya . 

[ Kajian pentahqiq dalam Nuzhah al-Nazr Tawdih Nukhbat al-Fikr , Dr. Abd Sami' al-Anis , halaman . 146 ] 

Berkata para ulama , dikhaskan jari telunjuk ketika tasyahud kerana kaitannya , ia bersambung terus ke hati , maka dengan menggerakannya dapat mendatangkan kekhusyukan .  

[ Subul al-Salam , jilid.1 , halaman.363 ] 



HIKMAH MENAIKKAN JARI KETIKA TASYAHUD 

Jawapannya : 

Daripada Ibn 'Abbas r.a ketika beliau ditanya soalan yang sama , beliau menjawab : 

" Ia adalah tanda ikhlas " 

[ Riwayat al-Baihaqi ] 

Imam al-Nawawi pula berkata selepas itu : 

" Memberi isyarat (menaikkan jari) yang dihalakan ke arah kiblat dan berniat ketika itu 'tauhid' dan 'ikhlas' " 

[ Sharh Sahih Muslim ] 


Sumber : Majalah Solusi Isu no 38 m/s 11 . Walahualam .






































No comments:


JAZAKALLAHU KHAIRA , SEMOGA BERMANAFAAT !