Petua berguna agar doa dimakbulkan oleh ALLAH S.W.T .

اللهمّ صلّ على سيّدنا وحبيبنا محمّد وعلى آله وصحبه وبارك وسلّم



Mudah-mudahan Allah sentiasa mengampuni dosa kita, merahmati kita serta menyelamatkan kita daripada segala azab di dunia dan di akhirat.

Pada catatan kali ini, insya Allah kita berkongsi mengenai satu petua agar doa kita diterima oleh Allah.

Caranya ialah dengan mengapit doa kita dengan selawat dan salam atas Penghulu kita Nabi Muhammad sholla Allah 'alaihi wa sallam dan keluarganya pada permulaan dan akhir doa.

Hal ini demikian kerana telah dipersetujui oleh para 'ulama Islam bahawa selawat dan salam yang diucapkan oleh orang yang berkekalan melakukan dosa (fasiq) sekalipun akan diterima oleh Allah (sebagaimana yang saya dengar daripada guru yang mulia, Syaikh Ahmad Fahmi Zamzam Al-Banjari An-Nadwi Al-Maliki hafizhohu Allah). Insya Allah, selawat yang mengapit doa kita itu ibarat lift yang membantu mengangkat doa kita, untuk diterima oleh Allah.






Bahkan lebih daripada kebaikannya untuk diamalkan semasa berdoa, ibadah berselawat ini ada begitu banyak faedahnya. Boleh dikatakan, kalau lidah kita sentiasa sibuk dengan selawat pagi petang siang malam sekalipun tidak akan merugikan sama sekali.

Mudah-mudahan Allah beri kepada kita kekuatan untuk mengamalkan ilmu ini dengan ikhlas dan berterusan. Juga, sebarkanlah kebaikan ini kepada umat Islam yang lain juga. Walahualam .

2 comments:

Akhi Muhammad said...

W'salam wbt Saudari Bella, insya Allah segala apa ilmu dikongsikan dalam blog ini boleh dipanjangkan, disebarkan, cuma letakkan sumber daripada blog ini, agar kesilapan dapat dibetulkan.

Saya mohon saudari betulkan ejaan selawat boleh? Yang betulnya adalah di bawah:


اللهمّ صلّ على سيّدنا وحبيبنا محمّد وعلى آله وصحبه وبارك وسلّم

Bella said...

Wa'alaikumussalam , alhamdulillah terima kasih sangat sebab memberitahu . InsyaALLAH saya akan berhati-hati selepas ini . Terima kasih banyak , hanya ALLAH saja boleh membalas . walahualam .


JAZAKALLAHU KHAIRA , SEMOGA BERMANAFAAT !