Solat terawih hingga selesai bersama imam





Semoga tahun ini diistiqamahkan azam untul solat terawih mengikut imam hingga selesai. Tidak kiralah berapa rakaat yang imam buat, saya berazam untuk mengikut hingga selesai. Ia bertujuan mengejar fadhilat Qiamullail seluruh malam.
 
((إِنَّهُ مَنْ قَامَ مَعَ الإِمَامِ حَتَّى يَنْصَرِفَ، كُتِبَ لَهُ قِيَامُ لَيْلَةٍ)) [الترمذي، صحيح]

Maksudnya: "Sesiapa yang berdiri (bersolat terawih) bersama imam sehingga dia (imam) beredar (selesai), dituliskan baginya ganjaran orang yang Qiyam semalaman (seumpama bersolat sepanjang malam)." [HR At-Tirmizi, sahih].

Seandainya seseorang menamatkan solat terawih bersama imam yang pertama, apakan ganjaran pahala melakukan qiamullail sepanjang malam akan dicatatkan buat individu tersebut.

Di beberapa masjid di negara kita, terdapat 2 atau 3 imam yang akan bergilir-gilir mengetuai solat fardhu Isya' dan terawih. Seandainya seseorang bersolat bersama imam yang pertama sehingga imam kedua mengambil alih. Maka dia akan hanya menamatkan solat Isya'nya atau Isya' dan sebahagian daripada rakaat terawih. Di dalam situasi ini, apakah dia dikira sebagai seorang yang telah solat bersama imam sehingga selesai, dan apakah dia akan menerima ganjaran pahala menghidupkan keseluruhan malam dengan Qiamullail, walaupun dia tidak bersolat 11 rakaat.

Jawapan:

Segala puji bagi Allah.
Ganjaran pahala bersolat seluruh malam tidak akan dicatatkan untuknya melainkan dia mendirikan solat bersama kesemua imam-imam tersebut. Seandainya dia meninggalkan jemaah selepas imam yang pertama tamat, dan dia tidak menamatkan solat bersama imam ketiga, maka tidak ada apa-apa akan dicatat untuknya melainkan untuk jumlah rakaat yang telah dia lakukan.


Hadis Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam: 
Barangsiapa yang bersolat bersama imam sehingga selesai, Allah akan merekodkan untuknya seolah-olah dia bersolat sepanjang malam [HR at-Tirmizi 806, dan dinilai Sahih oleh Shaikh al-Albani]

Shaikh Ibn Uthaimin rahimahullah ditanya: Sebahagian manusia di Masjid al-Haram melakukan qiamullail dan tidak mendirikan terawih dengan alasan mereka mengikut sunnah, dan tidak melakukan lebih daripada 11 rakaat. Apakah pendapat tuan?


Beliau menjawab:

 

Pada pendapat saya, seseorang itu patut melakukan kedua-duanya iaitu Tarawih dan Qiamullail. Dia sewajarnya bersolat bersama imam sehingga selesai, dan bersolat bersama imam kedua sehingga selesai. Ini kerana mempunyai dua imam di satu tempat bermaksud bahawa kedua-dua imam itu seolah-olah satu imam. Imam yang kedua mewakili imam yang pertama di dalam solat yang seterusnya.
Pada pandanganku di dalam keadaan ini, seseorang hendaklah menunggu dan bersolat bersama kedua-dua imam supaya dia termasuk di dalam sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam: Sesiapa yang bersolat bersama imam sehingga selesai, Allah akan merekodkan untuknya seolah-olah dia bersolat sepanjang malam.

Majmu' Fatawa Ibn Uthaimin 14/190


 

Beliau juga menyebutkan:
 

Seandainya wujud dua imam di dalam satu masjid, apakah mereka dikira imam yang berasingan, atau pembantu kepada yang lain?

Kelihatannya, pandangan yang kedua lebih tepat, iaitu seorang daripada mereka ialah pembantu kepada yang lain dan mewakilinya untuk menyempurnakan solat. Berdasarkan hal ini, seandainya ada dua imam di dalam masjid, dua imam ini dikira sebagai satu.
Oleh kerana itu, seseorang hendaklah menunggu (bersolat bersama) sehingga imam kedua tamat. Ini kerana kita tahu bahawa imam yang kedua menyempurnakan solat yang diketuai sebelumnya oleh imam yang pertama.

Majmu' Fatawa Ib Uthaimin 14/207



 

Wallahua'lam.




P/s : Sumber Jom follow
& Sumber asal Tekan sini

No comments:


JAZAKALLAHU KHAIRA , SEMOGA BERMANAFAAT !