AS'SALAMUALAIKUM , bukan ucapan remeh !






As’salamualaikum dan selamat petang (:


Iya ! Itulah tajuk pilihan saya kali ini . Ia amalan harian yang tidak ramai mengetahui tentang kepentingannya . Ia amalan mudah , tetapi agak ramai yang meremehkannya . Ia amalan kecil , tetapi bakal membawa ganjaran besar iaitu SYURGA ALLAH S.W.T . Ia adalah ucapan ‘ AS’SALAMUALAIKUM ‘ .

Dalam sebuah hadisnya , Rasulullah S.A.W bersabda :

“ Berilah makan dan sebarkanlah salam ( dengan mengucapkan “As’salamualaikum” ) nescaya kalian akan meawrisi syurga  “ [ Silsilah al-Ahadits al-Shahihah , no : 1466 ]


Pada ketika lain Baginda bersabda :

“ Sebarkanlah salam , berikanlah makan , sambunglah silaturahim , dirikanlah solat pada waktu malam ketika orang-orang sedang tidur ( Qiamulail ) , nescaya kalian akan masuk syurga dengan selamat “  [ Shahih al-Jami’ al-Shagheir , no : 1085 ]


Seterusnya , baginda juga bersabda :

“ Tidaklah kalian akan memasuki syurga sehinggalah kalian beriman dan tidaklah kalian beriman sehinggalah kalian saling mencintai . Mahukah aku tunjukkan kepada kalian sesuatu yang jika kalian lakukan nescaya kalian akan saling mencintai ? Sebarkanlah salam di antara kalian “  [ Shahih Muslim , no : 54 ]




SIPAKAH YANG MENDAHULUI UCAPAN SALAM ? 




Mengucapkan salam tidak terhad kepada orang Islam kita kenali , tetapi meluas kepada semua orang Islam tanpa mengira kita mengenali mereka atau tidak . Ketika ditanya Islam yang bagaimanakah paling baik 


Rasulullah S.A.W menjawab :

“ Memberi makan dan mengucapkan salam kepada orang yang dikenalinya dan orang yang tidak dikenalinya “  [ Shahih al-Bukhari , no : 6236 ]

Di sini timbul persoalan , jika dua orang muslim saling bertemu , siapakah yang sepatutnya mendahului dengan ucapan salam ? Adat masyarakat akan menjawab , orang yang lebih rendah kedudukannya . Iaitu , murid mendahului salam kepada ustazahnya , pelajar mendahului salam kepada pensyarahnya , pelajar tahun baru mendahului salam kepada pelajar tahun empat , pekerja mendahului salam kepada ketuanya dan begitulah sebaliknya .


Rasulullah S.A.W pernah ditanya , jika ada dua orang muslim saling bertemu , siapakah yang sepatutnya mendahului dengan ucapan salam ?
Baginda manjawab : “ Yang paling utama kedudukannya di sisi ALLAH “  [ Sahih Sunan al-Tirmizi , no : 2964 ]

Sebenarnya yang dianjurkan oleh Islam adalah sebaliknya . Orang yang memiliki kedudukan yang lebih tinggi hendaklah mendahului salam kepada orang yang lebih rendah . Oleh kerana itulah sekali pun Jibrail ialah ketua para malaikat , kedudukannya itu tidak menghalangnya untuk mengucap salam kepada Aisyah ketika mendapati beliau berada di sisi Rasulullah S.A.W .

 Aisyah pernah menceritakan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :

“ Malaikat Jibrail mengucapkan salam kepadamu “
Aisyah menjawab : “ Wa’alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh “  [ Sahih sunan al-Tirmizi , no : 2693 ]

Jika kita mengkaji hadis-hadis dalam bab salam ini , kita akan menemui Rasulullah S.A.W ialah orang yang PERTAMA mendahulukan salam sama ada kepada para sahabat , para wanita dan anak-anak . Demikianlah sifat mulia baginda , sekalipun berjawatan Rasul , baginda tetap mendahului salam kepada umatnya .

Rasulullah S.A.W juga bersabda :

“ Orang yang berkenderaan hendaklah member salam kepada orang yang berjalan , seseorang yang berjalan hendaklah memberi salam kepada orang yang duduk dan kumpulan yang kecil hendaklah memberi salam kepada kumpulan yang lebih besar jumlahnya “  [ Shahih al-Bukhari , no : 6232 ]

Adapun hikmah disebalik anjuran ini ialah supaya orang yang berkedudukan tidak sombong dan ujub . Sebaliknya dia sentiasa melazimkan diri dengan sifat-sifat rendah diri dan sederhana  .

Diriwayatkan bahawa :

“ Seseorang yang mendahului memberi salam akan dapat membebaskan dirinya daripada sifat sombong  [ Riwayat al-Baihaqi dan sanad yang lemah , al-Misykat al-Mashabih , no : 4666 ]

Mendahulukan salam akan juga menyebabkan orang yang rendah kedudukannya mereka akan merasa selesa untuk  berkenalan dan bersembang-sembang dengan orang yang lebih tinggi kedudukannya , di mana semua ini amat ditekankan di dalam Islam . Walau bagaimanapun , jika orang yang berkedudukan tidak mendahulukan salam , tidaklah bererti orang yang rendah tidak boleh mendahulukan salam . Dia boleh malah patut mendahulukan salam kerana :

“ Sebarkanlah salam nescaya kalian menjadi tinggi ( kedudukan di dunia dan akhirat ) [ sahih al-jami’ al-Shagheir , no : 1088 ]

.
.
.
.
.
.


Riwayat daripada Thufail bin Ubay bin Ka’ab :

Beliau pernah mengikuti Abdullah bin Umar ( anak Umar bin al-Khattab ) ke pasar . Tidaklah Abdullah bin Umair berselisih dengan pembeli , penjual , sehinggalah kepada penjual barang yang rosak dan sesiapa saja melainkan beliau mengucapkan salam kepada mereka .

.
.
.


Thufail bertanya kepada Umar bin Abdullah :

“ Mengapa engkau ke pasar kalau engkau tidak membeli apa-apa  , tidak pula berjalan-jalan , mahupun duduk-duduk ? “

Abdullah mengajak Umar duduk bersamanya dan menerangkan :

“ Sesungguhnya aku sengaja ke pasar semata-mata kerana ingin mengucapkan salam . Kami mengucapkan salam kepada semua orang yang kami temui  ! “ [ al-Muwattha , no : 1750 ]


p/s : Artikel dari Majalah DARA  . Penulis oleh Kapten Hafiz Firdaus Abdullah . Walahualam .

No comments:


JAZAKALLAHU KHAIRA , SEMOGA BERMANAFAAT !