Ucapan terima kasih


As’salamualaikum semua Alhamdulillah ALLAH masih memberi kita kesempatan untuk bertemu lagi meskipun di laman sosial ini sahaja . Marilah kita banyak berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W .

Baiklah , pada kali ini saya ingin berkongsi kepada semua sahabat tentang ucapan ‘TERIMA KASIH’ . Apa sebenarnya yang kita tahu tentang perkataan yang sering kita dengar dari mulut setiap orang di sekeliling kita . Terima kasih ini menjadi satu tanda penghargaan bagi sesuatu pemberian . Terima kasih juga melambangkan penerimaan bagi setiap yang diberikan . Ucapan terima kasih walaupun hanya mengandungi dua perkataan namun maknanya impakya sangat besar . Ia tidak sekadar membuatkan orang yang menerimanya berasa senang hati , tetapi pihak yang mengucapnya turut berasa bahawa mereka menunaikan satu ‘kewajipan’ yang besar .


 

 Tentu sekali kebanyakkan daripada anda telah biasa mendengar ucapan terima kasih dalam pelbagai bahasa bukan ? Terima kasih selain sebagai salah satu ucapan , dapat juga meningkatkan kekuatan komunikasi sesama kita . Setiap hari , setiap masa dalam hidup kita banyak perkara menuntut kita untuk mengungkapkan kata-kata terima kasih . Seawal kita bangun daripada tidur , kita perlu berterima kasih kepada Yang Maha Pencipta kerana kita dapat merehatkan badan dalam keadaan selesa , aman dan sihat dan yang penting dapat meneruskan kehidupan . Kita bangun setiap pagi dengan mengharapkan agar detik itu adalah permulaan hari yang lebih membahagiakan untuk kita . Terima kasih ALLAH (: .

Cuba anda semua renungkan seketika begitu juga kepada saya sendiri . Adakah kita biasa mengucapkan ucapan terima kasih kepada ibu bapa kita setiap hari ? Atau setidak-tidaknya apabila mereka melakukan atau memberi sesuatu kepada kita ? Kita tidak mungkin mampu untuk membayar balik semua jasa dan pengorbanan hanya dengan wang ringgit kerana harta benda tidak sama dengan segala pengorbanan mereka , walau diberi tempoh beribu tahun lamanya . Oleh itu , apa yang dapat kita sebagai seorang anak dan seorang hamba ALLAH lakukan adalah supaya sentiasa berterima kasih agar hati mereka berasa tenang dan bahagia di sepanjang hidup mereka .

Begitu juga jangan lupa untuk berterima kasih kepada guru-guru yang mencurah bakti dan tenaga dalam mengajar dan memberi pendidikan kepada kita semua . Walaupun menjadi kewajipan besar seorang guru untuk mendidik anak bangsa , namun jika tidak kerana kesungguhan mereka sudah pasti kita tidak akan kemana . Guru tidak akan mengharapkan ucapan terima kasih atas segala jasa budi mereka . Segala ilmu dan pengajaran hidup yang ditimba selama ini melalui guru , pasti dapat dijadikan sebagai penyuluh kehidupan anda kelak .

Banyak lagi hal lain dalam kehidupan seharian kita yang menuntut kita untuk mengucapkan terima kasih . Ingat , walau sekecil-kecil pertolongan atau imbuhan yang diterima sebagai orang yang peribadi mulia anda perlu amalkan sikap berterima kasih ini . Jadikanlah budaya berterima kasih ini satu amalan hidup kita maksudnya setiap saat dalam hidup kita . Terima kasih semua !! I love you all !! 1 MALAYSIA ((:


p/s : TERIMA KASIH SEMUA KERANA SUDI MEMBACA , ALLAH SAHAJA DAPAT MEMBALAS BUDI BAIK KALIAN . AMIN ((:

2 comments:

qilaaa said...

daripada Abu Hurairah r.a.,Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"siapa yang tidak berterima ksaih kepada manusia, ia tidak bersyukur kepada Allah(riwayat al-Tirmizi)

Fatin Nur Nabilah Roslan said...

Terima kasih aqilah (:


JAZAKALLAHU KHAIRA , SEMOGA BERMANAFAAT !