Perjalanan yang panjang baru bermula









As’salamualaikum ,

Ia sebenarnya baru bermula !  Ia baru langkah mula . Itulah kata-kata yang boleh kita gambarkan bilamana melihat jenazah muslim dikebumikan di dalam liang lahad .

Kenapa kita mengatakan suasana itu langkah permulaannya ? Bukankah sudah bertahun-tahun ia bermukim di perkampungan fana ini ? Bukankah kematian itu merehatkannya daripada penat dan lelah dunia ?


MEMANG BENAR


Perjalanan hidupnya di dunia telah sampai ke titik noktahnya . Namun , yang baru bermula adalah perjalanan akhiratnya . Safar akhirat yang panjangnya tiada berpenghujung . Bagi ahli dunia , segalanya dikira selesai ( habis cerita ) saat nisan dipacak kemas di permukaan timbunan tanah yang masih merah .


Tetapi bagi ahli akhirat ?


OH OH OH . . . .


Hanya ALLAH S.W.T sahaja yang Maha Tahu . Jenazah si Fulan bin si Fulan baru sahaja dipersiapkan untuk memulakan perjalanan yang amat panjang .


Sabda Nabi S.A.W :
“ Sesungguhnya alam kubur itu adalah tahap pertama bagi alam akhirat “

   [ Riwayat at-Tarmizi , Ibnu Majah dal Al-Hakim ]


Suka tidak suka  ,  besedia atau tidak bersedia ,  dia mesti memulakan perjalanan akhirat ini . Perjalanan yang menyaksikan betapa kerdil , bodoh , lemah serta amal jahil sekali diri . Perjalanan yang menyingkapkan betapa ia baru tersedar , terkejut dan tersentak daripada lamunan ( mimpi ) yang panjang , hidup di dunia bagai katak di bawah tempurung . Kini , di depan matanya bukan perjalanan fantasi lagi . Ia perjalanan reality , pasti lagi hakiki .


ARGG ,


JAHANAM ,


CELAKA !!


Begitulah bayangan kekejutan mereka yang mati-mati berpegang kepada andaian bahawa dunia adalah penamat segala-galanya . Bahkan itulah tempikan penasaran para pendusta yang mendustakan kehidupan dan pembalasan selepas mati .

Benar kata Nabi Muhammad S.A.W di dalam mafhum sepotong hadis . Antara yang rehat dan rehat kerananya ?


>> YANG REHAT : Ialah mukmin . Apabila ia mati , maka kerehatannya daripada penat lelah    dunia pun berakhir .


>> YANG REHAT KERANANYA : Orang fajir atau orang jahat seperti seorang pembunuh , perompak , pengganggu keamanan , perogol bersiri , pengedar dadah , pemfitnah , diktator , dan banyak lagi . Apabila matinya dia , maka orang ramai pula dapat berehat daripada kejahatan dan kebejatannya .


Maknanya bagi para mukminn dan muttaqin , kubur yang menjadi pintu gerbang perjalanan akhiratnya itu bakal menjanjikan ‘ pakej ‘  kerehatan yang amat panjang lagi abadi .

Manakala bagi si ‘ fajir ‘ , bagai yang dikata dan disangka , maka bermulalah episod derita , episod duka yang berlatar belakangkan air mata darah !





Dalam Al-Quran , ALLAH S.W.T menjelaskan betapa mayat para kuffar yang menjerit dan melolong diseksa siang dan malam , merayu kepada ALLAH S.W.T agar disegerakan hari kiamat , kerana sudah tidak tahan dan tidak mampu menanggung kepedihan sakit yang amat sangat .



“ YA ALLAH ! Segerakanlah hari kiamat ! Percepatkanlah hari berbangkit ! Agar kami boleh lepas daripada kesakitan ini “
                                                           
                          [ Demikian rayuan hiba mereka ]


p/s : Namun , semuanya tiada guna lagi . Kubur adalah jawapan kepada perjalanan akhirat yang panjang . Andai seseorang itu dimuliakan , mulialah dia selama-lamanya . Andai dihina , terhinalah berpanjangan . Saya ambil bingkisan ni dari sebua buku karya Amaluddin Mohd Napiah bertajuk - - - Bawa Hatimu Kepada Tuhan . Walahualam .

No comments:


JAZAKALLAHU KHAIRA , SEMOGA BERMANAFAAT !