Jadilah orang yang terpelihara kerana memelihara




As’salamualaikum , sebagaimana bersungguh-sungguh Muslim Mukmin memelihara solat lima waktu sehari semalam , maka demikian jugalah ALLAH Ta’ala memelihara , menjaga dan memimpin segala urusan mereka .

Datanglah suasana , situasi , keadaan , cuaca dan musim bagaimanapun , Muslim Mukmin tetap akan memelihara solat di dalam waktunya . Itulah janji mereka pada Tuhan . Mereka ternyata amat tahan lasak mendepani apa jua dugaan yang tiba hingga solat mereka benar-benar terpelihara biarpun pada kala permusafiran , pada kala kesakitan , pada kala menimpa kenikmatan , pada kala menimpa kekalutan perang dan sebagainya . Kerana itulah ALLAH memuji dan menyebut perihal mereka di dalam Al-Quran .

Firman ALLAH : “ Dan orang-orang yang memelihara solat mereka “ [Al-Mukminun]

Rasulullah S.A.W meminta dipapah untuk mengimami solat di masjid saat sakit wafat menjelang . Apa pesana Rasulullah S.A.W buat kita semua ? As-Solah ! As-Solah ! As-Solah !




Sayidina Umar Al-Khattab meminta dipapah untuk bersolat walaupun tubuhnya berlumuran darah setelah tiga liang ditikam Abu Lu’luah . Apakah wasiat yang diluahkannya saat sakarat telah mencengkam dirinya ? “ Tiada habuan di dalam ISLAM buat mereka yang meninggalkan kewajipan solatnya . “

Demikian juga kisahnya Amir Bin Abdullah Bin Zubair r.a. Keluarganya menangis teresak-esak kala dia kelemahan menghela sisa-sisa rezeki  nyawanya . Kemudian azan pun berkumandang tanda masuknya waktu solat .

“ Angkatlah tubuhku , “ katanya kepada ahli keluarganya .

“ Engkau hendak ke mana lagi ? “ Tanya mereka kehairanan .

“ Angkatlah aku ke masjid , “ luahnya penuh pengharapan .

“ Dalam keadaan sebegini ? “ Tanya mereka kembali .

“ Subhanallah ! Apakah aku tidak menyahut panggilan azan padahal aku telah mendengarnya . Angkatlah diriku ke sana ! “ pintanya berulang kali . Lalu mereka memapahnya penuh rasa belas .

Setelah satu rakaat sempat bersama imam , beliau menghembuskan nafasnya yang terkahir di dalam sujudnya , berangkat pulang meninggalkan dunia yang fana ini buat selama-lamanya . Ya , beliau mati dalam keadaan sujud kepada ALLAH YANG ESA .

Bagi orang sepertinya , tidak ada yang lebih membahagiakan selain daripada saat bertemu dengan Tuhannya . Lantaran bersungguh-sungguh memelihara hak Tuhan , maka Tuhan memelihara dirinya .



p/s : Itulah yang dapat saya kupaskan dan kongsikan buat semua . Yang baik itu datang dari ALLAH dan salah silap dari saya sendiri . Apa yang membezakan kita dengan orang kafir adalah ‘solat’ . Solat penting kerana inilah hal yang akan disoal terlebih dahulu di akhirat kelak oleh ALLAH pada kita . Jadi , peringatan dan nasihat buat diri saya sendiri agar sentiasa memanfaati masa yang ALLAH berikan ini dengan sebaiknya yakni lakukan apa yang disuruh dan tinggal apa yang dilarang oleh ALLAH . Walahualam .


No comments:


JAZAKALLAHU KHAIRA , SEMOGA BERMANAFAAT !