Pilih antara dua ?





As'salamualaikum . Saat duduk bersendirian di suatu malam yang hening dan penuh syahdu, mengenangkan nasib diri yang penuh dengan debu-debu dosa, aku mula berfikir apa yang telah aku lakukan sehingga saat ini. Bagaimanakah pandangan Sang Pencipta; Allah terhadap hambaNya yang hina ini. Ketika itu aku mula mencari solusi untuk menjadi seorang hamba yang lebih baik dan hebat di sisiNya.

Makanya, aku diberi 2 pilihan yang aku mampu pilih yang mana satu aku inginkan bermula saat aku mula bangun tidur dan tidur kembali. Antara pilihan-pilihan itu adalah:





 Solat Subuh di awal waktu dan berjemaah di surau ATAU Solat Subuh lambat (gajah/dinasour) dan solat bersendirian


Rajin pergi ke wad (belajar) ATAU malas dengan tidur/'surfing' internet di bilik


 Banyak buka, baca Al-Quran dan menghayatinyaATAU banyak buka dan baca komen-komen/status di face'Book'
  
  Datang meeting/liqo'/usroh ATAU ponteng meeting/liqo'/usroh


Banyak study (duniawi & ukhrawi) ATAU banyak sleeping


 Banyak berzikir (ingat Allah) ATAU banyak sembang kosong


 Banyak menulis perkara-perkara yang berfaedah (eg: di blog/facebook) ATAU banyak komen/tulis benda-benda yang tak berfaedah (eg: di blog/facebook/YM)


 
Banyakkan berpuasa sunat ATAU banyak makan




In relationship with Allah & Rasul ATAU ber'couple' with somebody


Muhasabah diri setiap hari sebelum tidur dan baca doa tidur ATAU tidur terus tak baca doa

 

Banyak lagi rasanya ya Allah... tak mampu lagi untuk ku senaraikan kesemuanya kerana sebak hatiku sehingga tertitis butir-butir mutiara taubat. Hati ini hiba mengenangkan dosa-dosa yang telah ku lakukan. Rasanya tak tertulis kesilapan-kesilapan yang telah ku lakukan dek kerana tersilap memilih antara 2ua. Astaghfirullah; aku memohon ampun daripadaMu ya Allah. Tiada daya dan upaya untuk aku berubah menjadi hamba yang terbaik tanpa bantuan dan pertolonganMu ya Allah. Moga-moga taubatku diterima ya Allah dan aku tidak akan berputus asa menjadi hamba yang terbaik kerana rahmatMu tak pernah kunjung malap kepada semua hambaNya...


Firman Allah S.W.T:
"Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni segala dosa. Sungguh, Dialah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang" (Surah Az-Zumar: 53)


"Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa" (Surah Ali 'Imran: 133)


"Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, (segera) mengingat Allah, lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya, dan siapa (lagi) yang dapat mengampuni dosa-dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan dosa itu, sedang mereka mengetahui." (Surah Ali 'Imran: 135)


"Mereka itu balasannya ialah ampunan dari Tuhan mereka dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Dan itulah sebaik-baik pahala bagi orang yang beramal." (Surah Ali 'Imran: 136)

 





Hadis Nabi:


Rasulullah bersabda dalam hadisnya, "Setiap anak Adam itu berbuat kesalahan (dosa), namun sebaik-baik orang yang berbuat kesalahan adalah orang yang bertaubat". (HR At-Tirmidzi & Ibnu Majah)

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: "Syurga dikelilingkan dengan perkara-perkara yang dibenci oleh hawa nafsu dan neraka dikelilingkan dengan perkara yang disukai oleh hawa nafsu" (HR Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi)



P/S : Aku tertarik tatkala membaca kata-kata seorang sahabatku, Hidayah:
"Kita diberi dua pilihan, syurga atau neraka. Syurga hanya menerima orang yang hebat. Jika rasa tak layak ke sana, jangan terfikir bina setinggan di pinggir syurga. Andai takut ke neraka, kita tiada pilihan lain, kecuali menjadi orang yang hebat."

No comments:


JAZAKALLAHU KHAIRA , SEMOGA BERMANAFAAT !