As'salamualaikum ,
“ Sesungguhnya tidak ada yang berhak menyeksa dengan api selain Rabb (Tuhan) pemilik api “ Hadith Riwayat Abu Daud , hadis sahih no 6277
Kita bukan dilarang membunuh haiwan-haiwan yang berbahaya tetapi ada kaedah tertentu dalam membunuhnya . Jika kita bunuh nyamuk pun ada kaedah tertentu dalam membunuhnya . Jika kita bunuh nyamuk pun ada kaedahnya seperti menyembur dengan racun serangga , begitu jugalah jika hendak bunuh tikus . Usahlah sampai melemaskannya di dalam baldi sehingga terkapai-kapai sebelum mati di hadapan mata kita . Perbuatan menjirus air panas atau membakar adalah perbuatan HARAM di sisi Islam . Semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita semua .
Ini kerana Allah telah memerintahkan agar berlaku ehsan kepada makhluk-makhlukNya sebagaimana sebuah hadis , daripada Syaddad Bin Aus daripada Rasulullah S.A.W bersabda :
“ Sesungguhnya Allah S.W.T sudah menetapkan agar berlaku ehsan kepada semua . Apabila kamu hendak membunuh , maka perelokkkanlah cara membunuh dan apabila kamu hendak menyembelih , hendaklah perelokkan cara menyembelih “ Riwayat Muslim no.5167
HADIS-HADIS
- Riwayat Imam Al-Bukhari daripada Abu Huairah
“ Rasulullah S.A.W pernah mengutus kami dalam satu pasukan dan baginda bersabda , “ Apabila kamu sekalian mendapatkan fulan dan fulan iaitu dua orang Quraisy yang baginda sebutkan namanya , maka bakarlah dengan api “
Kemudian ketika kami hendak berangkat , baginda bersabda , “ Aku tadi menyuruh kalian untuk membakar fulan dan fulan , tetapi sesungguhnya tidak selayaknya meneyksa dengan api kecuali Allah S.W.T . Oleh itu apabila kamu menemui kedua-duanya , maka bunuhlah mereka . “ Riwayat Al-Bukhari no.2853
- Riwayat Abu Daud daripada Ibn Masud
“ Ketika kami bersama Rasulullah S.A.W dalam satu perjalanan dan baginda berhajat (ke belakang) , tiba-tiba kami melihat seekor burung yang mempunyai dua ekor anak . Kami kemudiannya mengambil kedua-dua anak itu , lantas ibunya datang dengan terbang berputar-putar . Nabi S.A.W lantas datang dan bersbada , “ Siapakah yang mempermainkan burung itu dengan mengambil anaknya ? Kembalikanlah anak burung itu kepadanya “
- Riwayat Abu Daud no.6277
Baginda melihat ada sarang semut yang kami bakar , kemudian baginda bertanya , “ Siapa yang membakar sarang ini ? “ Kami menjawab , “Kami” . Baginda bersabda , “ Sesungguhnya , siapa pun tidak layak menyeksa sesuatu dengan api kecuali Tuhan api itu sendiri “
- Hadis riwayat Muslim no.2071
“ Jika serangga tersebut membahayakan , ia boleh dibunuh dengan menggunkan racun serangga , tetapi bukanlah dengan api . Rasulullah S.A.W bersabda , ‘ Lima serangga perosak boleh dibunuh sama ada di dalam ihram atau tidak , iaitu tikus , kala jengking , gagak , helang dan anjing gila ‘
- Fatwa Islaamiyaah , hal 451
Yang ke enam ialah ular . Rasulullah S.A.W menjelaskan kepada kita bahawa serangga ini merbahaya dan ia bukanlah sebagaimana binatang/serangga lain yang tidak membahayakan . Maka Nabi S.A.W menyuruh kita membunuhnya sama ada di dalam ihram ataupun tidak . Bagi serangga yang lain seperti kumbang , lipas atau lipas , bolehlah dibunuh dengan menggunakan racun serangga , dan bukanlah dengan api “
Sama-samalah kita mengelakkan diri daripada menyeksa binatang , lebih-lebih lagi menyeksa mereka dengan api . Janganlah juga jadikan burung atau apa sahaja binatang sebagai sasaran kita untuk memanah atau menembak sekadar suka-suka , selain bertujuan memburu untuk mendapatkan makanan . Antara adab terhadap binatang ialah memberi mereka makan dan minum . Ini termasuk dalam kategori amal soleh dan mendapat pahala . InsyaAllah .
- Hadi riwayat Bukhari , Muslim dan Ahmad
“ Allah mengutuk orang yang menjadikan sesuatu yang bernyawa sebagai sasaran “
- Hadis riwayat Bukhari , Ahmad dan Ibn Majah
“ Pada setiap yang mempunyai hati yang basah (haiwan) terdapat pahala (dalam berbuat baik kepadanya)
- Riwayat Tirmidzi , Ath Thabrani dan Al Hakim
“ Kasihanilah sesiapa sahaja yanga da di bumi ini , nescaya kalian akan dikasihi oleh yang ada di langit “
Bagi sesetengah kes yang boleh dikategorikan sebagai darurat , adalah dibenarkan seperti terpaksa membakar sarang tebuan yang boleh membahayakn nyawa penduduk sekitar . Bagi pemungut-pemungut madu lebah , pastinya mereka mempunyai kaedah tersendiri dalam menanganinya kerana jarang saya mendengar mereka membakar lebah bagi mendapatkan madu untuk dijual . Walahualam .
No comments:
Post a Comment