As'salamualaikum , syukur Alhamdulillah kepada Allah yang telah memutuskan Nabi Muhammad S.A.W sebagai pentafsir kepada isi kandungan Al-Quran , selawat dan salam ke atas junjungan mulia Rasulullah S.A.W yang menjadi contoh hidup kepada kita , untuk diikuti segala gerak kerja dan tingkah laku baginga yang betul-betul bertepatan dengan apa yang diajar oleh Allah melalui kalamNya yang mulia . Baginda S.A.W juga sahabatnya yang menjadi ikon dan pembakar semangat kita dalam memperjuangkan Islam .
Baiklah , dengan izin Allah hari ini saya ingin kupaskan tentang isu 'DAYUS' . Perkara yang di ambil ringan terutama kaum adam . Makna dayus seperti yang kita tahu adalah sinonim ditujukan kepada (lelaki yang takut pada perempuan). Contohnya , seperti seorang suami yang takut kepada isteri , dijerkah sedikit pun sudah kecut perut dan langsung tidak berani angkat muka . Kalau isteri suruh tidur di luar bilik pun , ikut sajalah . . hendak buat macam mana .
Nabi Muhammad S.A.W bersabda , " Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan daru dikenakan azab) mereka pada hari kiamat : Si penderhaka kepada ibu bapa , si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki dayus , "
Riwayat Ahmad dan An-Nasaie : Albani mengesahkannya sohih : Ghayatul Maram , n0 278
Mari kita tengok secara ringkasnya , apakah dan siapakah lelaki dayus ?
Dayus disebutkan dalam beberapa riwayat athar dan hadis yang lain iaitu :
Sabda Nabi S.A.W bermaksud , Dari Ammar bin Yasir berkata , dia mendengar Rasulullah S.A.W berkata : " Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaitu si dayus , si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak . "
Lalu sahabat berkata : Wahai Rasulullah , kami telah faham orang yang ketagih arak tetapi apakah itu dayus ?
Berkara Nabi , " Iaitu orang yang tidak mempedulikan siapa yang masuk bertemu dengan ahlinya (isteri dan anak-anaknya) . "Riwayat At-Tabranis ; Majma az-Zawaid , 4/327 dan rawinya adalah thiqat
Dari hadis ini , kita dapat memaham bahawa maksud lelaki dayus adalah si suami atau bapa yang langsung tiada perasaan risau dan ambil endah dengan siapa isteri dan anaknya bersama atau bertemu . Malah , sesetengahnya sanggup membiarkan sahaja isteri dan anak perempuannya dipegang dan dipeluk oleh sembarangan lelaki lain .
Imam Az-Zahabi menerangkan lagi berkenaan perihal dayus dengan katanya :
Ertinya : " Dayus iaitu seorang lelaki yang mengetahui perkara keji yang dilakukan oleh ahlinya dan dia sekadar senyap dan tiada rasa cemburu (atau ingin bertindak) dan termasuk juga ertinya adalah sesiapa yang meletakkan tangannya kepada seorang wanita yang tidak halal baginya dengan syahwat . "Al-kabair , 1/45
Ada para isteri pada zaman serba moden ini yang sering menyalahkan suami kerana terlalu cemburu . Benarlah . . cemburu buta memang menyusahkan . Haiwan pun ada sifat cemburu apatah lagi manusia yang dikurniakan akal dan fikiran untuk membezakan baik dan buruk . Memang dalam hal ini , seorang suami mempunyai hak untuk bertanya dan menyiasat setiap langkah isteri mereka . Para isteri usahlah pula lantang memarahi suami yang melakukan tindakan begitu dan membuat kesimpulan bahawa suami tidak mempercayai anda .
Ketika manakah seseorang lelaki itu boleh dikategorikan sebagai 'DAYUS' ?
Membiarkan aurat isteri dan anak perempuan dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan yang menyebabkan aurat terlihat .
Membiarkan isteri bersalin dengan dibidan oleh doktor lelaki tanpa keperluan mendesak . Rasanya kita banyak pilihan lagi dalam hal seperti ini .
Membiarkan kecantikan aurat , bentuk tubuh isteri dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau diluar rumah (isteri tidak menutup aurat, pakai seksi dan memegang lelaki lain di pejabat tanpa keperluan mendesak)
Membiarkan isteri balik lewat tanpa mengambil tahu bersama dengan lelaki mana , apa yang dibuatnya dan siapa yang menghantarnya pulang .
Membiarkan anak perempuannya dating dengan tunangnya atau dengan teman lelaki yang bukan mahramnya . Membiarkan anak-anak berdua-duaan dengan pasangannya di rumah . Kononnya ibu bapa sporting , amat memahami perasaan anak-anak .
Membiarkan isteri atau anak perempuan memasuki rancangan realiti TV sehingga sanggup terlompat-lompat , terkinja-kinja , berpegang-pengangan dan berpelukan dengan bukan mahram serta ditonton oleh jutaan manusia .
Terlalu banyak lagi yang ada , untuk maklumat semua kedayusan ini akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya . Jika berlaku secara sulit , maka si suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepadanya . Mungkin ramai di antara kita akan berkata dalam hati masing-masing : " Oh . . ramainya lelaki dayus di sekelilingki ; kiri , kanan , belakang . . semua ada " . Wahai para isteri dan anak-anak perempuan , jika sayangkan suami dan ayah anda janganlah memasukkan mereka dalam kategori dayus yang tiada ruang buat mereka untuk ke syurga Jannatul Naim-Nya . Sayangilah diri dan keluargamu . Jagalah diri dan keluargamu dari azab api neraka .
Wahai kaumku , berhati-hatilah dalam setiap gerak-gerik dan langkahmu dalam mendidik isteri dan anak perempuanmu. Usah sesekali tergolong dalam kategori lelaki dayus yang disebut oleh Nabi Muhammad S.A.W dalam hadis-hadinya yang mana diharamkan syurga buat golongan ini . Walahulam .
2 comments:
kepada kaum wanita yang lain..janganlah membenarkan suamimu menjadi dayus..dan kepada kaum lelaki juga,,sntiasa berwaspada dan berhati2..jgnla membiarkan isteri dan anak2 mu tidak menutup aurat..sama2 lah kita mengambil iktibar..
alhamdulillah..saya dapat mempelajari sedikit ilmu,,apbila membaca blog ini..terima kasih..
Alhamdulillah , yang baik itu datang dari Allah dan kesalahan itu datang dari diri saya sendiri . Mudah-mudahan kita dapat pelajari apa yang kita sebelum ini masih tak nampak . Semoga Allah melindungi kita semua (:
Post a Comment