As'salamualaikum , punca kegembiraan itu dari Al-Quran . Adakah anda di antara muslim yang jarang menyentuh Al-Quran? Atau anda membacanya setiap hari namun tidak memberi sebarang kesan yang sepatutnya? Apapun kesnya, saya ada sedikit tips yang boleh membantu anda (termasuk saya sendiri) untuk mendekatkan diri dengan kalamullah ini…
Sebelum menyentuhnya, periksa hati anda!
Kunci utama untuk mendapatkan kelebihan dari Al-Quran adalah hati anda. Pastikan hati anda bersih, sebelum menyentuh kalimah Allah. Tanya pada diri anda, mengapa kita mahu membacanya? Adakah semata nak dapatkan maklumat dan kisah zaman dahulu kemudian dilupakan begitu je? Ingatlah bahawa Rasulullah SAW digambarkan oleh isteri baginda sebagai ‘Quran bergerak’ – dalam erti kata lain, baginda bukan sahaja membaca atau memperdengarkannya, malah menghidupkannya!
Ambil Wudhu’
Mengambil wudhu’ adalah persediaan mental dan fizikal untuk mengingatkan yang kita bukan hendak membaca buku yang sebarangan. Kita akan ‘berhubungan’ dengan Allah – oleh itu kebersihan adalah priority utama untuk berhubung dengan-Nya.
Baca 5 Minit Setiap Hari
Kebiasaannya, kita rasa kita patut membaca Al-Quran paling kurang sejam. Namun jika kita kesuntukan masa atau tidak mempunyai tabiat membaca, ianya membebankan. Mulakan dengan membacanya 5 minit setiap hari. Dengan langkah pertama inilah, Insya Allah anda akan menjadikan 5 minit itu kepada 10 minit, kemudia setengah jam, sejam atau mungkin lebih…
Fahami Apa Yang Anda Baca
Membaca Al-Quran dalam bahasa Arab adalah baik, tetapi lebih bermakna jika kita faham akan maksudnya. Pastikan kita mempunyai tafsir Quran dalam bahasa yang kita lebih fahami. Cuba untuk membaca tafsiran ayat untuk apa yang telah kita baca pada hari tersebut…
Ingat! Membacanya sendiri lebih menarik berbanding CD
Dalam dunia interaktif, CD-Rom dan program computer hari ini, ramai di antara kita merasakan membaca buku biasa adalah sesuatu yang pasif dan membosankan. Tetapi Al-Quran adalah terkecuali. Apabila kita membaca Al-Quran, kita sedang berhadapan dengan Allah. Ia menggambarkan seolah-olah Allah sedang bercakap dengan kita, jadi kita harus menumpukan perhatian.
Jangan sekadar membaca, perdengarkan!
Sekarang telah banyak versi Al-Quran yang telah di kaset atau di CD kan – dan sebahagiannya juga diterjemahkan. Adalah baik jika sedang kita memandu atau bersenang-senang, dengarkannya bacaan-bacaan Al-Quran melalui walkman atau pemain CD dan kaset. Jadikan ia sebagai tambahan kepada membaca Al-Quran, bukannya sebagai ganti.
Memohon Doa (Tambahan)
Mohon petunjuk kepada Allah apabila membacanya. Tujuan anda adalah ikhlas dan murni, kerana Allah dan cintakan-Nya. Berhubung dengan-Nya apabila membaca kalam-Nya, fahami dan aplikasikan dari bacaan Al-Quran dalam kehidupan serta mohon keberkatan dari-Nya.
2 comments:
:) terima kasih atas maklumat
As'salamualaikum , eh sama-sama . Terima kasih pada penulis artikel ni juga sbb memberikan motivasi seperti ini . Apa yang baik kita ambil dan tak baik tuu kita tak perlu ambil . Semoga bermanafaat ya (:
Post a Comment