Istighfar


As'salamualaikum dan selamat malam semua . Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat Allah subhanawata'ala kerana dengan iziNya dapat kita sekarang ini masih menghirup udara segar yang percuma daripada Allah Yang Maha Pemurah . Subhanalah , sekarang ini kita duduk di atas bumi ini pada alaf ke 21 kalinya . Allah itu Maha Kaya , Dia memberikan kita tempat tinggal sementara ini supaya kita tahu kenapa ada akhirat . Namun jangan kita mudah terpedaya dengan sandiwara dunia , terikut dengan hawa nafsu sendiri , menjadikan akal sebagai Tuhan dan pelbagai lagi . Nauzubillah ini boleh menyebabkan iman seseorang itu jatuh terus dan tidak mendapat rahmat Allah . Rahmat serta keredhaanNya amatlah bernilai dan setiap hambaNya pasti menginginkannya kerana dengan rahmat dan keredhaanNya hidup seseorang itu sentiasa mulia di sisiNya . Siapa yang tidak mahu ? Gila jika siapa kata tidak itu .






Dada yang sempit terasa lapang ,

Kesusahan bertukar nikmat ,

Kesedihan beransur kegembiraan ,








ANUGERAH 3 SERANGAI .

Di dalam Sunan Abu Daud tercatat sebuah hadis riwayat daripada Ibn Abbas bahawa Nabi bersabda :
" Sesiapa yang memperbanyakkan istigfar , maka Allah akan menjadikan baginya bagi setiap kesusahan ada jalan keluar , bagi setiap kesempitan ada cara untuk mengatasinya serta mengurniakannya rezeki daripada sumber yang tidak disangka-sangka . "

MasyaAllah , Subhanallah , Tabarakallah . Fungsi taubat dan istigfar adalah untuk membasuh dosa , tetapi Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Kaya mahu menggembirakan hati hamba-hambaNya yang kembali ke pangkuannya dengan anugerah-anugerah  sampingan yang dahsyat-dahsyat . Inilah yang dikatakan perniagaan dengan Allah yang langsung tiada risiko , tidak rugi apa-apa namun anugerah dan kelebihan yang berganda-ganda .

Bagaimana sekarang ? Banyak masalah yang melanda ? Dekatkanlah diri kepada Allah , kembalilah ke pangkuanNya , mohonlah kemaafan dan redhaNya , pintalah keampunanNya dan akhirnya saksikanlah betapa sempurna sifat kasih sayang dan kepemurahanNya .





PENAWAR DOSA

Sahabat Nabi , Abu Zar r.a meriwayatkan sebuah hadis marfu' . Sabda Rasulullah s.a.w : 
" Sesungguhnya setiap penyakit ada ubatnya dan ubat kepada dosa adalah istighfar. "


MENJANA KEJAYAAN

Ummul Mukmimin , Aisyah berkata :
" Berjayalah mereka yang mendapati di dalam buku catatan amalnya istighfar yang banyak . "


TEMAN DI ALAM BARZAKH

Kubur itu keseorang yang sunyi sepi . Tiada peneman dan tiada pendamping . Beruntunglah orang yang banyak beristigfar semasa hayatnya di fana kerana akan hadir peneman setia mendampinginya hinggalah hari kiamat .

Berkata Abu Manhal :
" Tiada jiran yang lebih dikasihi seseorang di dalam kuburnya melainkan istighfar yang banyak. "




PENYELAMAT LIDAH

Andai kita tidak dikawal lidah , makan banyaklah bencana yang akan dicetuskan olehnya . Terkadang bencana lidah membawa kepada pergaduhan , penceraian , peperangan bahkan kemurtadan . Namun dengan perbanyakkan beristighfar , maka insyaAllah terselamatlah lidah kita daripada sibuk membicarakan hal-hal yang tidak kena-mengena dengan diri kita bahkan boleh memusnahkan pahala amalan kita .

Daripada Huzaifah r.a beliau berkata :
' Wahai Rasulullah , aku memiliki lidah yang tajam . Selalunya yang menjadi mangsa ialah isteriku . Nabi Muhammad s.a.w menjawab : ' Apakah engkau tidak beristighfar ? Sesungguhnya aku beristighfar kepada Allah s.w.t seratus kali sehari semalam . '

Lidah tajam di sini bermaksud tidak mempedulikan apa yang akan diucapkan serta kesan buruk yang lahir daripadanya . Maka , marilah kita sama-sama bertaubat sebelum meneruskan safar ke dataran mahsyar . Walahualam .

No comments:


JAZAKALLAHU KHAIRA , SEMOGA BERMANAFAAT !