Ucapan hari natal



As'salamualaikum,

UCAPAN 'SELAMAT HARI NATAL'



SOALAN:-


Bolehkah kita mengucapkan 'Selamat Hari Natal' kepada rakan kita yang beragama Kristian dan mengunjungi rumahnya sempena hari perayaan tersebut ?

JAWAPAN:-


Hari Natal disambut sempena kelahiran Jesus sebagai anak Allah. Keyakinan ini amat bertentangan dengan Islam sebab Allah tidak memiliki anak. Allah menegaskan, "Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan" (Surah Al-Ikhlas, ayat 3)

Apabila seorang muslim mengucapkan 'Selamat Hari Natal' bererti dia mengucapkan 'Selamat menyambut kelahiran anak Allah'.Apabila seorang muslim menghadiri perayaan Hari Natal, bererti dia sama-sama meraikan hari kelahiran anak Allah.

Semua ini bertentangan dengan sikap seorang muslim yang sepatutnya, "Hendaklah bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolong pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan" (Surah Al-Maidah, ayat 2).

Oleh itu, kita sepatutnya bertolong-tolongan menjemput mereka ke agama Islam, bukannya meraikan hari kebesaran mereka yang mencerobohi dasar Islam hingga akhirnya mereka terasa pengikhtirafan kita ke atas agama mereka. Semua ini bukan bererti memecah belahkan rakyat Malaysia tetapi kita tidak seharusnya meraikan sesuatu yang bertentangan dengan pegangan agama masing-masing.

walahualam.

2 comments:

Anonymous said...

astaga..banyak nye dose aku..ish3

Fatin Nur Nabilah Roslan said...

As'salamualaikum , hoho . Ucaplah astagfirulahalazim lebih baik kn (: . owh , jika kita tdk thu tak mengapa . Tetapi jika sudh thu , lbih baik amek tndkn yg lebih baik agr tdk melakukan kslhn yg sama lagi. Allah itu Maha Pengampun dan Menerima Taubat hambaNya . insyaAllah .


JAZAKALLAHU KHAIRA , SEMOGA BERMANAFAAT !