As'salamualaikum,
Pasti masa cuti kalian terbuang begitu sahaja jika kamu tidak merancang sesuatu. Melancong ? Mungkin ada di antara kalian yang berasa was-was kerana tidak mempunyai bajet. Jangan risau, kamu juga boleh melancong sekiranya kamu bijak merancangnya. Mari ikut panduan ini
Rancang tempat yang ingin kamu lawati dan senaraikan terlebih dahulu. Lebih baik kamu pergi ke tempat yang tidak memerlukan bayaran masuk. Bagaimanapun, setiap tempat biasanya mempunyai kadar untuk pelajar. Jadi, gunakanlah sebaik-baiknya.
Buat bajet tentang percutian kamu. Masukkan sekali, anggaran perbelanjaan pengangkutan, penginapan dan kos makan minum
Lebih baik menyertai percutian secara berkumpulan. Selain dapat menjamin keselamatan ia juga dapat menjimatkan kos percutian impian kamu.
Pilih tarikh yang sesuai. Sebaiknya jangan pergi melancong pada waktu sibuk iaitu pada hari cuti umum mahupun cuti sekolah kerana harganya akan berganda-ganda.
Membeli belah ? Lupakanlah sahaja..Berdasarkan status kamu sebagai pelajar, kurangkan membeli benda yang boleh didapati di tempat kamu walaupun harganya lebih murah. Beli benda yang betul-betul kamu inginkan sahaja, barulah ia bernilai.
APA NAK BUAT CUTI NI YA ?
KERJA SAMBILAN
Bosan ? Mungkin kamu boleh mencari kerja sambilan ketika cuti ini. Selain berpeluang untuk mendapatkan duit poket, kamu juga bolehlah mendapatkan pengalaman bekerja. Lebih baik lagi, kamu mencari kerja sambilan yang mempunyai kaitan dengan apa yang kamu pelajari di pusat pengajian.
KURSUS JANGKA PENDEK
Inilah peluang untuk kamu mencipta nilai tambah agar kamu mempunyai kelebihan berbanding orang lain. Ambil apa sahaja kursus yang kamu minati agar kamu tidak terasa terbeban menyertai kursus tersebut.
SERTAI NGO
Satu lagi kreadit buat diri kamu. Daripada tidak berbuat apa di rumah, lebih baik kamu sertai badan-badan kebajikan, dapat juga mengembangkan tahap pergaulan kamu. Selain itu, bolehlah kamu melatih tahap komunikasi dengan pelbagai umur.
PERJUMPAAN SEMULA
Mungkin sudah lama tidak bertemu rakan-rakan ketika berada di alam persekolahan, jadi ambil masa ini untuk bertemu dengan mereka. Sekian lama tidak bertemu, pastinya ada banyak cerita yang ingin dikongsikan bersama.
BERIADAH
Kalau asyik mengadap televisyen dan merasai makan enak setiap hari, pastinya berat badan pun boleh bertambah. Untuk mengelakkannya, lebih baik kamu keluar beriadah dan menghirup udara segar.
No comments:
Post a Comment