Tips bangun solat subuh



As'salamualaikum, 

Ramai di kalangan kita yang mengalami kesukaran untuk bangun awal pagi dan mendirikan solat Subuh di awal waktu. Masalah ini terjadi atas beberapa sebab; antaranya ia telah menjadi tabiat, tidur lewat dan perasaan malas.





 

Berikut adalah beberapa panduan atau tips yang boleh dicuba oleh kita bagi mengatasi masalah ini :
 
Tidur awal; sekitar 10 atau 11 malam supaya tidur anda mencukupi.


Ambil wuduk sebelum tidur.


Tanam azam di dalam diri untuk bangun awal.
  

Baca surah Al-Mulk, 3 Qul dan doa sebelum tidur 

Pasangkan niat ' Aku nak bangun pukul sekian kerana Allah'



Maafkan semua orang sebelum tidur


Elakkan makan makanan berat sebelum tidur 


Elak diri dari melakukan maksiat sebelum tidur 


Gunakan alarm di telefon bimbit atau jam loceng untuk membantu anda. Pastikan ia berkualiti.


Minta tolong orang lain seperti ibu atau rakan untuk mengejutkan anda. Mungkin minta   mereka simbahkan air atau urut ibu jari anda sekiranya masih sukar untuk bangun!

DOA :





Panduan di atas memerlukan sedikit latihan. Namun insyaAllah, Allah pasti tolong kita sekiranya kita MAHU. (artikal dari I luv Islam)

3 comments:

KizZ said...

Wah camgini memang kompem bangun subuh ni..tapi adehh susah cket yang no 1...tido awal...

Jom sini,
Kiz Garden

Fatin Nur Nabilah Roslan said...

Assalamualaikum, haha kte smua mmg kne bangun solat subuh kan ? Jadi sama-sama kita amalkan sebelum masuk tdur supye snang nak bgun menghdp Allah pagi itu. walahualam

Keyyah said...

jgn mkn menda berat sblm tdo..yup ini mmg btol..mmg badan rasa berat sgt nk bgn...


JAZAKALLAHU KHAIRA , SEMOGA BERMANAFAAT !