Bangun wahai manusia !





As'salamualaikum,

Tipu jika dunia ini tiada lakonan , sandiwara dan tipu muslihat. Dunia jugalah yang sudah membutakan mata-mata manusia yang kerdil ini agar alpa kebesaran Allah, keagungan Allah, keindahan yang diciptakanNya, rezeki yang diberikan olehNya, kecintaan kepadaNya. Hal ini memang sesuai dikatakan 'DUNIA SUDAH DEKAT PADA KIAMAT'. Mata dan hati yang tertutup oleh dunia menjadikan manusia semakin hari semakin besar dirinya, semakin hari semakin banggakan dirinya, semakin hari semakin suka akan pujian kepadanya bagai musang berjanggut. Apa sebenarnya yang manusia ini inginkan ? Harta ? Pangkat ? Rupa paras yang cantik ? Kereta mewah ? Rumah besar ? Emas yang banyak ? Lama-kelamaan manusia akan tenggelam juga dengan kebendaan ini. Bak kata pepatah, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.


 Setinggi mana pun kekayaan kita, Allah tidak akan pernah kalah! Allah Maha Berkuasa kerana Dialah yang mencipta bumi ini bukan kita seorang manusia yang tidak tahu kapan akan mati dan apa akan terjadi seterusnya pada kehidupan bahkan Allah lebih mengetahui segalanya. Kenapa Allah jadikan dunia? Kerana ingin menguji manusia ? Kenapa hendak menguji manusia ? Kerana ingin menguji tahap keimanan kita kepadaNya. Apakah kita ini masih bersyukur dengan apa yang telah diberikan? Apakah kita mengeluh apabila ditimpa musibah pada diri ? Apakah kita sedar siapa kita ini ? Allah tidak akan sengaja melakukan sesuatu tanpa sebab-sebabNya. Sebab itu, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Sama juga bak kata gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya. Jika kita gagal sekali, kita pasti ingin buat yang terbaik lebih dari apa yang sudah kita lakukan sebelum ini. Sudah pasti Allah akan membalasnya dengan memberikan hasil yang lumayan. Allah itu terlalu pemurah. Jika kita melakukan kesalahan , Dia masih mengampunkan dosa-dosa kita selagi kita bertaubat kepadaNya, melakukan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya.


Apa yang kita miliki di dunia ini, bukan hak kita tetapi hak Allah yang kekal abadi. Sepanjang hidup kita ini, Allah yang telah banyak membantu kita. Apa kita sedar ? Susah senang Allah juga tempat kita mengadu. Kita terhutang budi yang teramat sangat kepadaNya. Tapi apa yang kita sudah beri ? Mensia-siakan peluang dan masa. Kalau emas ada di depan mata, siapa yang tidak mahu ambil, kalau duit jatuh di depan mata siapa yang tidak mahu kan ? Ibaratnya seperti ini, masa kita hidup inilah kita gunakan peluang sebaik-baiknya. Bila waktu kita sudah tiba, apa yang boleh kita buat? Nak menjerit? Nak menangis ? Nak minta ampun ? Nak sujud? Barulah sedar! SubhanaAllah. Hanya amalanya yang  dapat membantu dirinya sendiri. Kita memang tidak nampak berapa banyak amalan baik kita ? Berapa banyak amalan buruk kita ? Kita masuk syurga ke neraka ? Apa kita tahu ? Kenapa Allah tidak tunjukkan ? Sebab Allah tidak mahu kita menjadi riak, banggakan diri. Kita ni hina di sisiNya.


Apa yang boleh kita lihat, semakin moden dan canggih dunia semakin rendah sifat agama pada diri manusia yang hidup di metropolitan. Dipermain-mainkan, masyaAllah. Kalau kita dipermain-mainkan apakah kita akan kecewa? Ya ! Kita ini terlalu banyak mengecewakan Dia dan Nabi junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Sedihnya, kita tidak pertahankan apa yang Nabi Muhammad S.A.W bawa dengan susah payahnya. Kita tak menghargai setiap detik pengorbanannya sehingga Nabi Muhammad S.A.W ditendang oleh anak bapak saudara baginda iaitu Abu Lahab untuk pertahankan  kesucian Agama Islam tapi apa yang jadi sekarang?Apa kita masih tidak sedar semua ini ! Bukalah mata, telinga dan fikiran anda .  Apa kita sanggup menganiyai pengorbanan Nabi Muhammad S.A.W pada kita ? Sehingga akhir nafasnya, baginda masih risau akan pengikutnya. Baginda risau saat beliau sudah tidak ada lagi. Itu tandanya betapa besar dan kasih sayang yang tidak terhingga darinya buat kita yang kerdil ini.


BERTAUBATLAH KEJALANNYA DARI SEKARANG ,
TIDAK AKAN PERNAH SESAT JIKA MENGIKUT AJARAN YANG DIBAWA,
BAHKAN ALLAH MENOLONG NABI MUHAMMAD KETIKA BAGINDA BERDAKWAH,
JADI AGAMA ISLAMLAH AGAMA YANG DIREDHAI OLEHNYA,
ALLAH AKAN MEMBANTU HAMBA-HAMBANYA YANG INGIN MELAKUKAN KEBAIKAN.


2 comments:

Anonymous said...

salam...tol tu...wat kebaikan memang mudah...bahkan memuji allah atau berselawat pon da kira kebaikan kita....pada penghujrahan nabi dlu..cuma 70 org yg pergi dengan penuh keimanan mampu menjadikan islam sebuah agama yg disegani seluruh dunia...skarang umat yg mencecah berjuta ini x mampu menegakkan islam yg sedia ada...apa yg pentingnya kita perlu membaca ma'thurat yg dikumpulkan pleh imam hasan al-banna...ana baru je blek dari program..ape yg dorang titikberatkan cuma membaca buku tersebut sahaja dalam tempoh sebula...kesannya cukup besar dalam diri..bukan baca secara sughra tettapi ikut apa yg dikehendaki dalam buku tersebut sbb banyak nas yg penting yg x diketahui disampaikan melaluinya...wallahua'lam..

Fatin Nur Nabilah Roslan said...

Waalaikumsalama, ye betul3. terima ksih ats nsihat yg membina. semoga kte smua diredhai Allah :)


JAZAKALLAHU KHAIRA , SEMOGA BERMANAFAAT !