Senyumlah

As'salamualaikum , 


U SMILEY I SMILEY

U SMILEY I SMILEY

YOU SMILEY I SMILE...



SENYUM? SENYUM? SENYUM?

apa yang dapat kita semua olah daripada perkataan 'senyum' atau dalam bahasa inggerisnya 'smile'. bagi aku, senyum itu merupakan satu perbuatan kita kepada orang lain bersama-sama melebarkan mulut mereka sehingga menampakkan gigi mereka yang putih bersih itu. HEHE!

senyum itu merupakan satu sedekah dalam ISLAM. ISLAM sendiri mengajar kita sebagai umatnya senyum sepanjang hari. tidak salah tambahan pula rugi jika kita senyum kepada orang lain. aku sendiri setiap hari senyum tidak kira orang itu aku kenal atau tidak. tapi jika orang itu kelihatan mencurigakan aku tidaklah senyum kepadanya. sering kali aku selalu lihat, senyuman seseorang itu amat indah sekali. jika kita senyum, orang yang marah akan menjadi tidak marah. HEBAT BUKAN!!!.betapa nikmatnya jika kita senyum. senyum itu seperti cinta datang kembali. aku harap aku dapat buat orang disekelilingku senyum seperti aku.

tapi ada negatifnya, kadang-kadang ada sesetengah orang yang bersangka buruk pada orang yang senyum ini. katanya ingin tunjuk-tunjuk. aku juga pernah terkena. pada suatu hari ini aku di dalam kelas tiba-tiba seorang hamba Allah mengatakan seperti ini 'wei! nabilah cuba kau senyum sikit aku nak tengok...kau senyum macam JOKERlah HAHA!!'. kelakarkan...HEHE! tapi aku tidak pernah terasa. mungkin itu cuma gurauan dan tak eloklah jika aku menganggap itu perkara yang terlalu serius. mungkin lawak dengan kawan-kawan. walau apapun, hamba Allah itu yang buatkan kelas aku jadi tidak sunyi dan juga membuatkan kelas aku seperti kapal pecah! seperti nak berperang macam cerita CROW ZEROW! pening kepala aku. takkanlah asyik nak memekik kat telinga dia je!!! jalan penyelesaian baik aku dan girl yang lain senyap dan tutup mulut dari layan budak-budak itu.

aku pun tak faham, apa yang menyebabkan budak-budak sering buat bising dalam kelas. apa yang dia orang dapat dari bising? Allah bagi mulut bukannya digunakan untuk buat bising. kata cikgu ' bising boleh tapi janganlah keterlaluan'. menyebabkan kawan yang lain terganggu untuk belajar kerana kebisingan budak-budak itu. tapi kadang-kadang lawak jugak. HEHE! gelak punya gelak sampai terbatuk-batuk. jangan sampai air tersembur sudah. HAHA! banyak gelak juga tidak elok sebenarnya. ada aku dengar 'boleh kurangkan ilmu kita yang ada di dalam otak'. aku rasa ada juga betulnya. jadi biarlah gelak itu berpada-pada. suka-ria boleh tapi jangan sampai tak ingat dunia ni siapa yang punya. ingat Allah selalu.

apa-apa pun senyumlah di mana kita berada tetapi ikut situasi juga ya. kata orang 'senyum itu boleh mengawetkan muka lebih muda'. HAHA! senyum itu indah, senyum itu aman, senyum itu tenang jadi senyumlah untuk semua. WASSALAM KAWAN :)

No comments:


JAZAKALLAHU KHAIRA , SEMOGA BERMANAFAAT !