- Apakah persediaan para pengantin untuk menyambut malam pertama bersama kekasih hati? sudah tentu semuanya sudah dirancang sebaik mungkin supaya pertemuan pertama itu benar-benar dirasai kemanisannya. namun adakah kita semua pernah memikirkan tentang persediaan apa yang telah dibuat untuk malam pertama kita di dalam KUBUR?
As'salamualaikum ,
Malam penentuan, bahagia atau sengsaranya seorang insan di dunia dan akhirat bergantung pada saat-saat dirinya dibaringkan di dalam kubur. Jika pengantin baru berdebar-debar menunggu pujaan hati sedia beradu menikmati cinta malam pujaan hati. Bagaimana pula insan yang ditinggal keseorangan menanti malam pertamanya di dalam kubur?
Malam penentuan, bahagia atau sengsaranya seorang insan di dunia dan akhirat bergantung pada saat-saat dirinya dibaringkan di dalam kubur. Jika pengantin baru berdebar-debar menunggu pujaan hati sedia beradu menikmati cinta malam pujaan hati. Bagaimana pula insan yang ditinggal keseorangan menanti malam pertamanya di dalam kubur?
Beruntunglah orang yang sudah memahami tanda-tanda dekatnya kematian kerana dia boleh mempersiapkan amalanya secepat mungkin untuk kembali menghadap Allah. Tanda-tanda kematian itu ialah sakit dan tua. Sakit merupakan rahmat bagi orang-orang yang beriman kerana mereka akan ingat kepada kematian jika ditimpa sakit. Tua juga menjadi tanda bahawa sudah dekatnya lubang kubur yang memanggil. Namun ianyan tidak bermakna mereka yang masih muda boleh terlepas dari cengkaman malaikat maut.
Sesungguhnya maut datang terlalu cepat, tidak boleh menunggu walaupun sesaat pun untuk kita bebas daripadanya. Suatu hari Rasulullah S.A.W pernah berjalan dan melihat Ibnu Amir sedang membina rumahnya, kemudian
Nabi S.A.W bersabda:
"Apakah yang engkau sedang lakukan? Ibnu Amir menjawab: Wahai Rasulullah, saya sedang membina rumah untuk berteduh dari hujan dan panas. Rasulullah S.A.W bersabda: Urusannya (datangnya kematian) lebih cepat daripada (kerja yang kamu lakukan) itu." (Hadis riwayat: Abu Daud,Tirmizi,Ahmad dan Ibnu Majah)
Begitulah yang terjadi kepada anak-anak Adam, belum habis cita-cita dikejar maut pula yang meruntuhkan impian. Tetapi begitulah hakikatnya manusia dituntut untuk membina masa depan akhiratnnya. Jangan sesekali lalai, ajal maut pasti datang pada bila-bila masa saja. Tidak boleh menunggu sampai anak dewasa, bukankah ramai yang mati meninggalkan anak-anak yang masih kecil? Tidak boleh ditunda sehingga harta simpana cukup untuk bekal anak dan isteri kerana ramai yang mati kerana meninggalkan hutang yang banyak.Ramai pula yang bermati-matian menyediakan segala keperluan keluarga sehingga boleh terjamin hidup sampai tujuh keturunan. Tetapi alangkah malangnya dia pula lupa menyediakan bekal hidupnya sendiri di akhirat nanti.
Suami isteri hendaklah saling mengingati tentang pentingnya malam pertama di alam kubur. Jika kulit sudah sama bersentuhan, ingatlah ia akan dipisahkan. Jika kemesraan begitu lekat menguasai jiwa dan perasaan anda berdua jangan dilupakan ada 'Kuasa Yang Maha Besar' boleh menceraikannya bila-bila masa.
Malam ini dia disisi, esok malam siapa yang tahu? Semua kita akan pulang bersendirian sebagaimana Allah S.W.T cipta kali pertama, pulang ditangisi sebagaimana datang ditangisi. Apabila pandangan mata telah mengikuti perjalanan roh dari hujung kaki hingga berlepas dari jasad. Mata itu terbelalak seakan-akan meminta satu peluang saja lagi supaya Allah tangguhkan tempoh walau seketika.
Suami dan anak-anak anda menangis atau tidak sama sekali tidak memberi apa-apa makna, hanya amal soleh menjadi penolong kita. Semua urusan yang kita anggap penting dalam hidup kita tidak lagi mustahak.
Rumah,anaksuami,kereta,harta,perhiasan,saham.kerjaya,jawatan,pangkat,penghormatan, dan pujian semua sia-sia. Tidak mampu menyelamatkan kita di dalam alam Barzakh.
Rumah,anaksuami,kereta,harta,perhiasan,saham.kerjaya,jawatan,pangkat,penghormatan, dan pujian semua sia-sia. Tidak mampu menyelamatkan kita di dalam alam Barzakh.
Apakah amal soleh yang anda sempat lakukan yang terakhir kalinya? Barulah diri menyesal mengapa tidak sempat merasai khusyuk dalam solat, tiada masa untuk zikrullah,takut miskin kerana sedekah,tak sabar menahan penatnya berpuasa,tak ada peluang untuk menghayati Al-Quran, belum berminat terhadap majlis ilmu yang bermanfaat, tak tumbuh lagi rasa ikhlas,reda,sabar,jujur,amanah dengan segala tanggungjawab, sehingga semuanya berkahir dengan satu kata keramat 'tak sempat Ya Allah!'
Bagaimana pula dengan dosa-dosa kita kepada pasangan hidup, suami atau isteri, anak-anak,ibu bapa, saudara mara, teman dan kawan, jiran tetangga, orang yang dikenali dan yang tidak dikenali, bagaimana pula dosa-dosa kita kepada Allah? Apakah mata, telinga,hati,tangan,kaki,telah dibebaskan dari ikatan jenayah yang pernah dilakukan? Semuanya berakhir dengan mata terbelalak ketakutan, dada yang pecah kerana gelisah keterlaluan, wajah yang menghitam kerana ngeri apakah balasan diri?
jasad dibawa ke lubang kubur, menjerit meminta tolong jangan dihantarkan ke sana, kerana masih banyak urusan yang belum diselesaikan dengan selamat. Semuanya sudah pun terlambat, walau selambat mana pun manusia cuba memuji anda,hanya Tuhan Yang Maha Mengetahui amal perbuatan kita semua,bersedialah kita semua menghadapinya.
No comments:
Post a Comment