Assalamualaikum ,
Dalam
sebuah hadis, diriwayatkan tentang seorang penjahat yang ingin
bertaubat. Ia masuk ke masjid. Ketika itu Rasulullah S.A.W sedang
mengimamkan solat. Setelah menunaikan solat mereka berbincang-bincang
dan penjahat yang ingin bertaubat itu mendengar Rasulullah S.A.W
berkata,
“Barangsiapa yang meninggalkan sesuatu yang haram maka akan memperolehinya ketika sudah halal”
Setelah
Rasulullah S.A.W dan para sahabat bersurai, pemuda itu turut
meninggalkan masjid. Hatinya masih ragu untuk mengutarakan taubatnya.
Namun ucapan Nabi tadi amat terkesan di hatinya. Malam pun menjelang.
Suasana yang sering menggoda dirinya untuk melakukan keburukan.
Tiba-tiba dia berhasrat untuk merompak salah sebuah rumah yang dihuni
oleh seorang janda. Ternyata di rumah janda itu terdapat banyak makanan
yang enak dan pasti mengundang selera.
Ketika
dia sedang memulakan suapannya tiba-tiba dia teringat kata-kata
Rasulullah S.A.W siang tadi. Akhirnya dia tak jadi makan. Tatkala
beranjak ke bilik ke bilik lain, dia menjumpai perhiasan dan wang yang
banyak. Dan ketika dia hendak mengambilnya, sekali lagi dia teringat
kata-kata Rasulullah S.A.W. Lalu dia membatalkan niat jahatnya.
Setelah
itu dia masuk pula ke sebuah bilik yang besar. Didapatinya janda
mu’minah itu sedang terbaring tidur dengan lenanya. Apabila ternampak
wajah janda yang cantik dan rupawan itu, dia tergoda dan bermaksud untuk
melampiaskan nafsunya. Namun tiba-tiba dia teringat kembali kata-kata
Rasulullah S.A.W tadi.
“Barangsiapa yang meninggalkan sesuatu yang haram ia akan memperolehi barang tersebut ketika ia sudah halal”
Akhirnya,
sekali lagi beliau membatalkan niat jahatnya. Lalu dia pergi
meninggalkan rumah itu dengan hati yang lega kerana mampu mengalahkan
nafsunya. Fajar mula menyinsing. Penjahat tadi pergi menunaikan solat
subuh di masjid. Kali ini dia bertekad, dia akan bertaubat di hadapan
Rasulullah S.A.W. Setelah solat, beliau duduk menyendiri di satu sudut
masjid, merenung kembali peristiwa yang baru dialaminya malam tadi dan
menghitung betapa besar dosanya andai perbuatan itu dilakukan.
Ketika
matahari terbit datanglah seorang wanita ke masjid dan menceritakan
kepada Rasulullah S.A.W kejadian semalam di rumahnya. Walaupun tiada
barang yang hilang namun beliau khuatir kalau-kalau pencuri itu datang
menyelidik semalam dan akan datang lagi malam nanti. Wanita itu juga
memohon kepada Rasulullah S.A.W ag r sudilah mencarikan seorang yang
sanggup menjaga rumahnya.
“Kenapa
kau hidup sendirian?” tanya Rasulullah S.A.W padanya. Wanita itu
menjawab bahawa suaminya telah meninggal dunia. Rasulullah S.A.W
mengarahkan pandangannya kepada seorang yang sedang duduk menyendiri di
satu sudut masjid. Rasulullah S.A.W bertanya pada lelaki tersebut
(penjahat tadi), adakah beliau sudah beristeri?
Setelah
Rasulullah S.A.W mengetahui bahawa lelaki itu telah kematian isterinya,
maka baginda menawarkannya seorang calon isteri. Lelaki itu terdiam
begitu juga janda yang mengadu tadi. Mereka sama-sama malu. Tetapi
Rasulullah S.A.W yang arif kemudian mengikat kedua insan itu menjadi
suami isteri yang sah. Dan, pecahlah tangis lelaki itu, lalu
diceritakannya kepada Rasulullah S.A.W peristiwa yang sebenarnya, dan
bahawa pencuri itu tidak lain adalah dirinya sendiri.
Wanita
itu keluar dari masjid dari masjid diiringi lelaki yang kini telah
menjadi suaminya. Mereka berjalan beriringan menuju rumah yang malam
tadi hampir
dicerobohinya. Disana makanan-makanan yang enak masih utuh seperti yang
dilihatnya malam tadi. Bezanya sekarang, makanan itu sudah tidak haram
lagi. Maka tanpa ragu-ragu makanan itu disantapnya. Wang, emas dan
perhiasan yang hendak dicuri, kini sudah menjadi miliknya yang halal.
Bahkan dia boleh menggunakannya untuk berniaga, tanpa haram sedikitpun.
Sementara
wanita cantik yang hampir dinodainya semalam, kini benar-benar sudah
menjadi isterinya. Berkat kemampuannya menahan nafsu syaitannya.
Lelaki itu berbisik sendiri dalam hati, Benarlah sabda Rasulullah S.A.W
“barangsiapa meninggalkan yang haram maka ia akan memperolehinya ketika ia sudah menjadi halal”
Demikian
indah Islam mengajar erti cinta. Cinta yang tidak diliputi keraguan,
cinta yang menimbulkan rasa tenteram, cinta yang menumbuhkan kedamaian,
cinta yang menyuburkan keimanan dan ketaqwaan. Cinta yang apabila kita
meneguknya akan diperolehi kenikmatan yang lebih dalam lagi.
Marilah
kita menjenguk dan menyemak hati kita. Masihkah ada cinta di sana?
Sudahkah kita mengemas cinta kita dengan kemasan Cinta Rabbani dan
memberi label halal di atasnya? Dan sudahkah kita menyingkirkan cinta syahwat yang akan menjerumuskan kita dalam dosa yang berpanjangan.
No comments:
Post a Comment