Felda , Kluang

Assalamualaikum

Dengar-dengar sambil memikirkan akan apa yang didengar oleh ibu-ibu , makcik-makcik , kakak-kakak itu . Sabtu lepas datang rumah Mak Uda (kakak ibu) dekat Felda , Kluang . Tak ingat nama spesifiknya . Tapi yang tahu padang sekolah menengah yang kat situ yang terpilih ada trek lumba lari (menarik) . Ziarah mak uda , semua yang ada dan baby-baby yang ramai . Ada yang baru lahir , sedang belajar menyiarap , sudah pandai berjalan , aktif bermain . Macam-macam ragam .

Akak Sarah baru sahaja selamat lahirkan baby girl . Moga jadi anak yang solehah . Amin . Tengok akak Sarah rasa takut pula tapi itulah In Shaa ALLAH bakal-bakal ibu akan alami . Kuat kerana ALLAH ! Waktu inilah bergunanya suami disisi . Buatkan air , basuh baju anak , urut isteri , pimpin isteri , temankan isteri , bantu isteri , semuanya lah kan . Sweet moga akak Sarah dan keluarga bahagia dunia dan akhirat .

Mak Uda pula tak lelah tolong itu ini , sangat rajin . Pernah dulu Mak Uda nampak kurus mungkin terlalu buat kerja atau fikir . Lagipun waktu itu anak Mak Uda nak kahwin , jadi memang nampak keletihan ibu ayah pengantin . Kan ? Ramai yang ziarah akak Sarah . Lagipun akak Sarah ramai kawan , tambah kawan suami akak Sarah . Tambah ramai yang ziarah tengok akak Sarah . Hadiah dekat baby pun banyak sangat , tak perlu beli agaknya . Hehe sebab sangat banyak dan boleh guna sampai baby dah besar .

Saudara mara turut sama datang , sebetulnya ada buat kenduri minggu ini tapi sebabkan minggu ini tak boleh pergi jadi awalkan tarikh datang rumah Mak Uda minggu lepas . Alhamdulillah cukup 2 hari pun jadi . Dekat sana belajar dengan ibu , mak cik , akak Pura memasak . Belajar tengok , dengar semualah . Praktikal belum lagi . Selak buku memasak 365 hari memasak . Macam-macam , simple dan tak banyak bahan sangat guna kalau ikut buku yang tengok hari itu . Masakan pun tak rumit .



Adik-adik kecil sangat ramai . Malam sabtu ramai datang rumah Mak Uda , bawa rojak , bawa banyak sangat makanan . Hehe . Makan tak henti-henti sebab itulah makin semangat sekarang ini . Mhuaa . Banyak belajar juga dekat sana . Kalau dulu suka datang rumah Mak Uda sebab nak tengok movie semata-mata tapi sekarang rasa lain . Murah rezeki keluarga Mak Uda . Itu kita nampak dekat keluarga Mak Uda . Anak-anak Mak Uda juga semua berjaya-berjaya , happening , sporting , peramah .

Banyak belajar itu ini . Alhamdulillah . Syukran ya ALLAH .

No comments:


JAZAKALLAHU KHAIRA , SEMOGA BERMANAFAAT !