Brave

Assalamualaikum ,

Alhamdulillah jumpa lagi . Saya cuma nak cadang satu cerita yang bagi saya bagi input pada kita . Okey , apa yang baik berlandaskan Islam kita ikut . Kalau yang magic-magic tu tak yah ambil . Sifat kasih-sayang , keluarga , dan semangat yang kita ambil dari cerita ini . Tajuk cerita ' Brave ' .



Pengajaran :

1. Keluarga sentiasa inginkan yang terbaik untuk anak-anaknya
2. Bagaimana nakal dan degilnya anak itu , dia tetap anak yang kita sayangi
3. Ibu bapa tak lelah untuk bentuk anak yang mereka sayang menjadi seorang yang terbaik
4. Sebagai seorang anak , pasti hendak balas jasa ibu bapanya
5. Sebagai seorang anak , pasti akan sayangi ibu bapa seperti mana dia sayangkan kedua-duanya
6. Sebagai seorang anak , perlu berani menjaga maruah keluarga

Memang , apatahlagi remaja macam saya hendak sesuatu yang kadang-kadang ibu bapa kita tak mampu nak beri . Tapi Alhamdulillah jika ALLAH buka pintu hati , mata hati kita sekarang tentang keperluan dari kehendak diri kita sendiri . Kita makin paksa kadang-kadang kan ? Astagfirulahalazim . Ingatlah bukan itu cara kita hendak sesuatu dari ibu bapa kita .

Ayah ibu tahu mana yang baik untuk kita kan ? Percaya bahawa Redha ALLAH itu terletak pada Redha Ibu Bapa . Bila kita jauh dari mereka mungkin rasa seronok , lama-lama kita akan rindu ibu ayah juga . Ia akan datang tempat asalnya juga . Kerana itulah fitrah kita . Tanpa ibu ayah siapalah kita kan .

Just want to share . Wallahualam

No comments:


JAZAKALLAHU KHAIRA , SEMOGA BERMANAFAAT !