Berjaya atau gagal ?

Assalamualaikum




Aku tidak mengerti kadang kala

Namun sebaliknya terselit rasa gembira

Apakah ini hadiah dari ALLAH yang Maha Esa

Ini kali ke-2 Alhamdulillah Ya ALLAH

' Berjaya itu ujian , tidak berjaya juga satu ujian ' 

Dua-dua itu ujian

Kerana dunia itu pentas tempuhi onak duri

Jika LULUS maka UNTUNGLAH

Jika GAGAL maka RUGILAH

Aku banyak tertanya-tanya
Aku banyak bersoal jawab dengan diri sendiri
Aku banyak berfikir

Apa jua yang diberi ia hanya sementara

Tidak kekal membawa mati itu pangkat , darjat , harta

Ingat ia mainan semata-mata

Jika TELAH INGAT maka BERHATI-HATI

Barangsiapa dikehendaki Allah kebaikan baginya maka dia diuji (dicoba dengan suatu musibah)
 
(HR. Bukhari)

p/s : Semoga dalam perlindungan-Nya sentiasa . Amin



Cara baca Surah Al-Fatihah dengan betul



Assalamualaikum , 


Di atas ada video yang InsyaALLAH membantu semuanya dalam membaca Surah Al-Fatihah yang Indah ini . Dalam solat Surah Al-Fatihah wajib dibaca . Maka mari kita sama-sama pelajari . 


p/s : Moga ALLAH memberkati Ustaz don , orang sekeliling , yang mempelajari , dan semuanya . Jazaakallahu khaira dan jazaakillahu khaira . 


Link pilihan : 


Al-Fatihah bacaan bertajwid 


Bacaan Al-Fatihah oleh Ustaz Asbahanie

Doa - merendah diri

Assalamualaikum 

Doa merendah diri : 




" TIADA TUHAN (YANG DAPAT MENOLONG) MELAINKAN ENGKAU (YA ALLAH) ! MAHA SUCI ENGKAU ( DARIPADA MELAKUKAN ANIAYA ! TOLONGLAH AKU ! ) SESUNGGUHNYA AKU ADALAH DARI ORANG YANG MENGANIAYA DIRI SENDIRI "  
( SURAH AL-ANBIA' : 87 )



Sumber : Baitpuitis

Kehebatan ilmu , keberanian Abdullah Ibnu Ummi Maktum


Assalamualaikum 
SIAPA tidak kenal dengan seorang sahabat yang sangat berani walaupun tidak boleh melihat? Beliau digelar Ibnu Ummi Maktum atau nama sebenarnya Abdullah bin Qais bin Zaidah bin Al-Asham.
Beliau anak daripada seorang ibu bernama ‘Atikah yang biasa dipanggil Ummi Maktum. Abdullah ibnu Ummi Maktum termasuk salah seorang yang mula memeluk Islam.
Beliau juga antara tujuh orang yang berani menampakkan ke Islamannya di Makkah.
Beliau merasakan ajaran Islam menjadikan hatinya bersih, walaupun matanya tidak dapat melihat.
Itu adalah nikmat besar yang dikurniakan Allah kepadanya. Abdullah ibnu Ummi Maktum memiliki ilmu dan adab istimewa yang dianugerahkan Allah kepadanya, menggantikan kebutaan matanya sebagai cahaya dalam pandangan dan pancaran hati.
Beliau memang tidak dapat melihat, tetapi dapat melihat menggunakan mata hatinya. Hatinya dapat mengetahui apa yang tersembunyi.
Beliau berhijrah ke Madinah pada pasca perang Badar dan menjadi muazzin kedua Rasulullah s.a.w selepas Bilal bin Rabah.
Rasulullah menunjuk Abdullah ibnu Ummi Maktum sebagai penggantinya untuk mengimamkan solat umat Islam di Madinah ketika Rasulullah pergi ke medan perang.
Ibnu Ummi Maktum seorang sahabat Rasulullah yang mendapat teguran daripada Allah s.w.t. Satu hari beliau mendatangi Rasulullah untuk mempelajari al-Quran.
Ketika itu, Rasulullah sedang berbicara dengan tiga orang Quraisy, mengajak mereka memeluk Islam. Lalu Rasulullah berpaling muka terhadap Ibnu Ummi Maktum.
Kemudian turunlah firman Allah yang bermaksud:  
"Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling. Kerana Telah datang seorang buta kepadanya. Tahukah kamu barangkali dia ingin membersihkan dirinya (daripada dosa). Atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu memberi manfaat kepadanya? Adapun orang yang merasa dirinya serba cukup. Maka kamu melayaninya. Padahal tidak ada (celaan) atasmu kalau dia tidak membersihkan diri (beriman). Dan adapun orang yang datang kepadamu dengan bersegera (untuk mendapatkan pengajaran). Sedang ia takut kepada (Allah). Maka kamu mengabaikannya." 
(Surah Al-a’la ayat 1-10).
Walaupun buta, Ibnu Ummi Maktum memiliki naluri yang sangat peka untuk mengetahui waktu. Setiap menjelang fajar, dengan perasaan jiwa yang segar dia keluar dari rumahnya, dengan bergantung pada tongkatnya atau lengan salah seorang Muslimin untuk mengumandangkan azan di masjid.
Beliau berganti-ganti azan dengan Bilal bin Rabah. Apabila Bilal mengambil giliran menjadi tukang azan, maka Abdullah ibnu Ummi Maktum yang iqamah.
Pada waktu fajar Bilal mengumandangkan azan untuk mengejutkan kaum Muslimin di sepertiga malamnya.
Sedangkan Abdullah ibnu Ummi Maktum mengumandangkan azan pada waktu Subuh.
Oleh kerana itu, Rasulullah menetapkan azan Abdullah ibnu Ummi Maktum sebagai sandaran habisnya waktu sahur.
Rasulullah bersabda yang bermaksud:  
"Makan dan minumlah kalian hingga Ibnu Ummi Maktum mengumandangkan azan..."
Abdullah ibnu Ummi Maktum adalah orang yang sangat mulia kerana dua wahyu yang diturunkan Allah berkaitan dengan beliau.
Yang pertama adalah teguran terhadap Rasulullah yang ada dalam surat ‘Abasa dan yang kedua mengenai ketentuan berperang bagi orang yang mampu dan berhalangan dalam berperang.
Beliau memiliki hasrat yang besar untuk ikut berperang di jalan Allah walaupun matanya buta.
 Imam bukhari mengatakan dalam tafsir Ibnu Katsir juz 5 ketika turun firman Allah surat An-Nisaa’ ayat 95 yang bermaksud: 
" Tidaklah sama antara orang yang beriman yang duduk (tidak ikut berperang) . . . " 
Rasulullah memanggil Zaid bin Tsabit untuk menulisnya. Kemudian datanglah Ibnu Ummi Maktum yang mengadukan mengenai keadaan dirinya yang tidak dapat melihat.
Kemudian turun firman Allah yang bermaksud:
          "Kecuali yang mempunyai uzur..."




Walaupun ayat itu sudah diturunkan, beliau masih tetap memiliki hasrat yang tinggi untuk syahid di jalan Allah.
Akhirnya Allah mendengar doa beliau untuk berjihad dan menjadi orang buta pertama mengikuti perang dalam sejarah Islam iaitu perang Al-Qadisiyah.
Ketika itu beliau membawa panji berwarna hitam sambil mengenakan perisai dan maju ke medan perang.
Abdullah ibnu Ummi Maktum adalah orang yang taat beribadah.
Buktinya, beliau tetap mentaati perintah Allah dan Rasulullah untuk solat berjemaah di masjid walaupun beliau tidak boleh melihat.
Berbeza dengan Muslim hari ini, walaupun diberi penglihatan yang sempurna oleh Allah namun mereka tidak pernah solat berjemaah di masjid.
Bukan saja tidak solat berjemaah di masjid, malah ada yang meninggalkan solat fardu. Kisah Ibnu Ummi Maktum memberi banyak pelajaran berharga kepada kita.
Beliau selalu bersyukur kepada Allah walaupun tidak diberi penglihatan. Berbeza dengan kita yang kadang-kadang mengeluh mata terlalu sepet atau terlalu besar.
Padahal kita masih diberi kesempatan daripada Allah untuk melihat dan menikmati keindahan alam menghijau.
Beliau juga tetap ingin ikut berperang walaupun matanya buta.
Semoga kita dapat meneladani sikap beliau yang tawaduk dan ketaatannya dalam beribadah. Paling penting adalah meneladani sikap beliau yang selalu bersyukur walaupun memiliki kekurangan.
Kenapa pula kita sering memperhatikan kekurangan dalam diri kita? Kekurangan yang sedikit lebih diperhatikan daripada kelebihan yang melimpah ruah.
Allah menciptakan segala sesuatu dengan sempurna dan sesuai dengan diri kita.
Hanya saja kita lebih sering ber-suuzhon (buruk sangka) kepada Allah daripada ber-husnuzhon (berbaik sangka).
Orang yang ditakdirkan Allah s.w.t tidak boleh melihat bukanlah orang yang paling menderita di dunia ini kerana boleh jadi Allah menyelamatkannya mereka dari melakukan maksiat mata apabila diberi penglihatan
Sumber : SINI & SINI

Hukum membina binaan di atas kubur

Assalamualaikum

Pertanyaan :

Kini banyak kubur yang dikelilingi dengan batu bata malah ada yang membina kubur ahli keluarga dengan marmar dan membuat bumbung . Apakah hukumnya membuat binaan di atas kubur ? Adakah boleh dicantikkan atau dibiarkan kosong hanya berbatu nisan sahaja ?

Contoh gambar

Jawapan :

Waalaikumussalam , 

Kubur dari segi takrifannya merujuk kepada tempat yang digunakan untuk mengebumikan orang yang telah meninggal dunia .

Kawasan perkuburan menurut Islam ditegah daripada melakukan perkara-perkara yang boleh menjejaskan adab dan dianggap tidak menghormati mayat di kawasan perkuburan tersebut seperti mendirikan penempatan di atasnya , membina tembok atau menggali balik mayat tanpa tujuan . 

Dalam sebuah hadis ada menyebut maksudnya :

" Nabi S.A.W menegah daripada membina tembok di atas kubur , tinggal di atasnya , membuat binaan dan menulis di atasnya " 


(Riwayat al-Tarmizi) 


Adapun untuk membersihkan perkuburan adalah satu keharusan dan janganlah sampai melakukan pembaziran kerana kos untuk membina dengan marmar dan sebagainya amat mahal . Alangkah eloknya jika wang yang hendak digunakan itu dinafkahkan pada jalan kebajikan dan diniatkan kepada si mati InsyaALLAH mendatangkan padahala kepadanya . Wallahualam .


Sumber : Akhbar Kosmo yang dijawab oleh Ustaz Muhammad Riduan Zainal Abidin . Jika mahu merungkai permasalahan masing-masing boleh email ke rencana@kosmo.com.my . Jumaat 27 April 2012 . 

10 syarat pakaian solat bagi perempuan

Assalamualaikum 
Perbincangan yang ke-10 ini khusus  membicarakan syarat-syarat pakaian bagi perempuan apabila mereka hendak mendirikan ibadah solat samada dalam suasana musafir mahupun tidak musafir. Adat kebiasaan Nusantara melihatkan kaum wanita selalu dan hanya selalu memakai set kain putih yang digelar sebagai telekung setiap kali mereka bersolat sehinggakan dianggap bahawa telekung itu adalah jenis pakaian yang wajib bagi seorang wanita untuk mendirikan solat. Insya-Allah dalam perbincangan ini akan dihuraikan syarat sebenar pakaian solat bagi wanita dan lain-lain hal bertalian dengannya. Diharapkan perbincangan ini akan membawa manfaat apabila dengan tidak sengaja timbulnya suasana yang menjemputnya.

Syarat Pakaian Solat Wanita.

Pakaian wanita dalam solat terbahagi kepada dua, pertama yang menutupi kepala sehingga leher dan labuh ke dada manakala yang kedua ialah yang menutupi badan sehingga labuh ke kedua-dua kaki. Dua hadith di bawah ini dijadikan rujukan oleh para ahli fiqh -
[01] Dari A'isyah radiallahu-anha bahawa Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam telah bersabda: Tidak diterima solat seorang wanita yang telah baligh kecuali dengan memakai kain tudung. (Khimar).[1]
[02] Ummu Salamah radiallahu-anha berkata bahawa dia pernah bertanya kepada Rasulullah sallallahu - alaihi - wasallam: Bolehkah wanita mengerjakan solat dengan memakai pakaian panjang (Dar'u) dan tutup kepala tanpa memakai kain sarung (Izar) ? Beliau bersabda: Boleh, apabila pakaian panjangnya itu (Dar'u) dapat menutupi kedua telapak kakinya.[2]
Hadith pertama menerangkan bahawa seorang wanita yang hendak bersolat, hendaklah dia memakai kain tudung atau dalam Bhs. Arab adalah Khimar iaitu sehelai kain yang menutupi kepala sehingga ke leher. Ini adalah makna dari segi bahasa, sementara dari segi tuntutan syari'at pula, tudung yang dipakai itu hendaklah dilabuhkan dari kepala sehinggalah ke dada atau lebih sedikit sampai menutupi kawasan kedua buah dadanya. Ini jelas tertulis dalam al-Qur'anul Karim -dan hendaklah mereka menutup bahagian dada mereka dengan tudung kepala mereka. [Maksud surah an-Nur 24 - 31].
Hadith ini juga menunjukkan bahawa memakai tudung adalah syarat sah atau tidak solat seorang wanita itu, difahami melalui lafaz …Tidak diterima solat seorang wanita…… Dari itu jelas hukum fiqh bahawa memakai tudung yang menutupi kepala sehingga ke dada  seorang wanita itu adalah merupakan syarat sah solatnya.[3]
Hadith kedua menerangkan bahawa pakaian seorang wanita itu, selain dari tudung kepalanya, hendaklah sesuatu yang panjang sehingga dapat menutup dari leher sehinggalah ke kedua belah tapak kakinya. Dar'u ialah pakaian Arab yang seumpama gaun atau jubah yang dipakai melalui leher dan ianya memanjang sehingga ke betis atau lebih[4], maka melalui hadith ini Nabi sallallahu-alaihi-wasallam mensyaratkan bahawa gaun atau jubah itu haruslah memanjang sehingga menutup kedua tapak kaki wanita.[5]
Dari dua hadith ini jelaslah bahawa pakaian solat seorang wanita itu ialah sesuatu yang dapat menutup dari kepala sehinggalah ke kakinya. Secara minimum ia terdiri dari dua helai kain iaitu yang pertama adalah tudung kepala dan kedua adalah baju panjang. Selain itu boleh memakai lebih dari dua helai kain asal sahaja ia menutup dari kepala hingga ke kaki. Dua bahagian anggota yang terkecuali ialah muka dan tangan dari pergelangan ke bawah di mana ia tidak perlu ditutup. Ini berdasarkan firman Allah Azza waJalla:


Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya. 


[Maksud surah an-Nur 24 - 31].
Dari ayat di atas Allah Subhanahu waTa'ala melarang kaum wanita daripada memperlihatkan perhiasan tubuh badan mereka kecuali yang zahir darinya. Yang dimaksudkan sebagai zahir ialah sesuatu yang biasa terdedah, selalu dipergunakan untuk kerja harian dan tidak merangsangkan nafsu kaum lelaki secara normal. Anggota-anggota yang zahir ini ditafsirkan sebagai muka dan tangan dari pergelangan hingga ke hujung jari.[6] Walaubagaimanapun ada juga yang berpendapat kedua bahagian ini, samada tangan mahupun muka perlu tetap ditutup.


Jenis Pakaian
 Jenis pakaian yang dipakai hendaklah longgar dan labuh yakni tidak menampak bentuk badan wanita tersebut, sekalipun dia merasakan badannya tidak mempunyai bentuk. Ini dapat difahami juga melalui ayat di atas yang melarang kaum wanita memperlihatkan perhiasan tubuh badan mereka. Perhiasan ini ada dua jenis, iaitu perhiasan asli tubuhnya dan kedua ialah perhiasan tambahan seperti rantai, gelang dan sebagainya. Kedua-dua ini tidak boleh diperlihatkan kepada khalayak umum kecuali kepada suaminya dan beberapa ahli keluarga terdekat.[7] Cara terbaik untuk melindungi perhiasan asli tubuh badan ialah dengan mengenakan pakaian longgar dan labuh dan ini adalah sesuatu yang disepakati tanpa keraguan. Antara tuntutan yang senada ialah memakai pakaian yang tidak nipis sehingga menampakkan warna kulit atau bayangan tubuh badan di sebaliknya. Ini juga termasuk tuntutan menutup aurat wanita.[8]
Daripada dua penjelasan di atas, iaitu syarat pakaian dan jenis pakaian, dapatlah kita ketahui bahawa pakaian yang semestinya dipakai oleh seorang wanita apabila sedang solat atau di luar solat adalah sesuatu yang dapat menutup dirinya dari kepala sehingga ke kaki kecuali muka dan tangan dari pergelangan ke jari-jari. Selain itu pakaian tersebut hendaklah longgar dan labuh, tidak menampakkan bentuk badan ataupun bayangan ataupun warna kulit di sebaliknya. Oleh itu apa sahaja pakaian yang dapat menepati syarat ini boleh digunakan bagi tujuan mendirikan solat dan urusan harian di luar rumah. Telekung yang selalu dipakai oleh muslimah di Nusantara ini sangatlah baik kerana ia menepati segala syarat-syarat tersebut tetapi perlu diketahui bahawa telekung bukanlah satu-satunya sahaja yang boleh digunakan untuk bersolat. Dalam erti kata lain, telekung bukanlah syarat wajib solat.


Seperkara lain yang perlu dinyatakan ialah bahawa walaupun muka dan tangan tidak dikategorikan sebagai aurat yang wajib ditutup, kedua bahagian ini amat dituntut agar tidak dihiasi dengan sesuatu yang boleh membawa perhatian atau rangsangan kepada orang lain. Sebagai tambahan, walaupun muka itu tidak wajib ditutup, ia amat digalak agar diselindungi disebalik kain nipis atau yang seumpama bagi mengelak niat buruk orang-orang lelaki yang rakus sifatnya.[9]
Perkara kedua yang perlu dinyatakan di sini ialah syarat pakaian solat sepertimana yang diterangkan di atas adalah wajib dipatuhi oleh seseorang itu samada dia berada dalam suasana orang ramai atau bersendirian. Dalam erti kata lain, sekalipun seorang wanita itu berada berseorangan dalam biliknya, dia tetap wajib menepati syarat-syarat ini sekalipun tiada orang yang melihat. Ini adalah kerana syarat pakaian solat adalah bagi memenuhi hak dan adab seorang hamba yang sedang beribadah kepada Rabbnya dan ia tidak berhubung-kait dengan adab sesama manusia. Berbeza pula dalam suasana di luar etika solat, di mana seseorang wanita itu dibolehkan membuka kain tudung atau sebagainya apabila berhadapan dengan suami, ayah sendiri, keluarga terdekat dan seterusnya.[10]


Apabila pakaian yang ada tidak menepati syarat.
Apabila seseorang muslimah hendak bersolat lalu tidak mempunyai pakaian yang dapat menepati syarat-syarat di atas maka apakah tindakan seterusnya ? Contohnya ialah apabila berada dalam pesawat terbang lalu disedari bahawa dia terlupa membawa set telekung atau kain tudung (bagi yang sememangnya tidak bertudung); dan setelah dicari apa-apa alternatif pakaian lain namun tidak ditemui juga. Maka bagaimanakah tuntutan solatnya ?
 Maka yang pertama perlu dijelaskan ialah menunda solat tersebut ke waktu atau masa yang lain atas tujuan akan diqadha adalah bukan salah satu dari alternatif yang dibenarkan syara' kerana solat tersebut tetap wajib ke atas dirinya. Solat hanya boleh ditunda dari masanya dalam situasi darurat, iaitu situasi yang melibatkan ancaman bahaya kepada nyawa atau mana-mana anggota badannya (Life and Death situation only). Adapun ketiadaan pakaian yang dapat menepati syarat-syarat solat maka itu dipandang sebagai satu keuzuran dan bukan darurat.
Satu pilihan syari'at yang dibolehkan ialah menjamakkan solat tersebut jikalau dijangkakan bahawa dalam waktu yang akan datang dia berkebolehan untuk melaksanakan solatnya itu dengan memenuhi syarat pakaian yang sempurna. Antara solat Zohor dan Asar, atau antara solat Maghrib dan I'syak, boleh didirikan dalam satu waktu jikalau ada kesulitan yang menimpa, sekalipun tidak dalam keadaan musafir. Contohnya seseorang yang tidak mempunyai pakaian yang menepati syarat bagi solat Zohor dan dijangkanya secara yakin bahawa dia mampu memenuhinya pada waktu Asar nanti maka dianjurkan dia mendirikan solat Zohornya itu bersama solat Asar dalam waktu Asar nanti berdasarkan kaedah jamak takhir. Persoalan seterusnya adalah - apakah yang harus dilakukan apabila tiba waktu solat Asar dan dia masih belum dapat menepati syarat pakaian yang diwajibkan, atau bagi solat subuh yang sememangnya tidak boleh dijamak atau dilengah-lengahkan ?
sesuatu dari tuntutan agama tidak dapat dipenuhi oleh seseorang insan, syari'at menganjurkan agar dia tetap berusaha untuk melaksanakan perintah asal tersebut dengan sesempurna mungkin, sedaya mungkin dan sekuat mungkin. Dua dalil yang dijadikan petunjuk oleh para ahli fiqh ialah firman Allah Azza waJalla dalam


surah at-Taghabun 64, ayat 16 yang bermaksud : Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya upaya kamu.
Nabi sallallahu-alaihi-wasallam juga telah bersabda: 

Apa yang aku tegah kamu darinya maka hendaklah kamu jauhinya dan apa yang aku perintah kamu dengannya maka hendaklah kamu laksanakan sedaya mampu.[11]
Dari dua petunjuk dalil di atas, para ahli fiqh segenap Mazhab yang empat tetap mewajibkan seseorang mendirikan solat-solat fardhunya sekalipun pakaiannya tidak mencukupi syarat-syarat yang termaktub. Apabila pakaian yang sedia dipakai tidak menepati syarat sepenuhnya untuk bersolat dan setelah diusahakan gagal menemui sebarang pakaian atau alternatif lain maka dibolehkan tetap bersolat dengan pakaian yang sedia ada.[12] Justeru itu tetap diharuskan bersolat sekalipun berpakaian jubah atau baju kurung atau baju kebaya atau apa-apa sekalipun walau hanya dengan seluar jeans dan baju kemeja T. Bagi yang memakai tudung diharuskan terus bersolat sekalipun tudung tersebut adalah kecil dan tidak labuh sehingga ke dada sementara bagi yang tidak bertudung diharuskan juga tetap bersolat sekalipun tanpa tudung. Solat sebegini adalah tetap sah dan tidak perlu diulangi atau diqadha.
Walaubagaimanapun diulangi bahawa kebolehan ini hanyalah bagi mereka yang benar-benar gagal menemui sebarang bentuk pakaian yang dapat menutupi kepalanya atau/dan lain-lain bahagian sebagaimana yang disyaratkan. Sikap malas atau sengaja meremehkan tuntutan menutup aurat dalam solat bukan sahaja menyebabkan solatnya tidak sah tetapi juga akan dipertanggung-jawabkan kerana mempermainkan hukum agama.


Syarat minima pakaian solat.
Sudah tentu tertanya di hati - apakah dia batas minima bagi seseorang yang pakaiannya tidak menepati syarat-syarat solat ? Maka jawapannya ialah walauapapun kekurangan pakaian yang dihadapi, solat tersebut tetap wajib dilaksanakan dan tetap sah sekalipun jikalau terperangkap dalam suasana tidak berpakaian langsung. Prof. Dr. Wahbah Zuhaili, ahli fiqh mutakhir dan juga Ketua Fakulti Fiqh dan Usul Fiqh di Universiti Islam Damaskus, Syria menerangkan rincian pendapat setiap mazhab ahli sunnah yang empat mengenai batas minima pakaian solat seseorang[13], iaitu -
Menurut pendapat ulama'-ulama' Mazhab Maliki, seseorang yang tidak mempunyai pakaian penutup aurat hendaklah dia tetap bersolat sekalipun bertelanjang kerana menutup aurat adalah dituntut ketika terdaya maka gugurlah tuntutan jika tidak terdaya.

Menurut pendapat Mazhab Hanbali, dalam keadaan tidak ada penutup aurat hendaklah dilakukan solat secara duduk dan melakukannya secara isyarat.
Menurut pendapat ulama'-ulama' Mazhab Shafie dan Hanafi, wajib dilakukan solat sekalipun dengan melumuri tanah pada tubuh badan sebagai penutup aurat dan berkekalan dalam keadaan sedemikian sehingga selepas solat, atau dengan melumuri air yang keruh pada tubuh badan sebagai penutup aurat.
Menurut pendapat ulama'-ulama' Mazhab Hanafi dan Maliki memadai dengan kegelapan sebagai penutup aurat kerana darurat, sementara menurut pendapat yang asah di kalangan ulama'-ulama' Mazhab Shafie, hendaklah menutup kemaluan dengan tangan, begitu juga menurut pendapat ulama'-ulama' Mazhab Hanbali kerana dengan itu tercapai tujuan menutup aurat sebagaimana yang telah dijelaskan sebelum ini.
Dalam keadaan tersebut menurut pendapat ulama'ulama' Mazhab Shafie, hendaklah dilakukan solat secara berdiri bagi menyempurnakan rukun solat dan menurut pendapat yang madhab di kalangan mereka, solat tersebut tidak wajib diulangi selagi sebagaimana yang telah dijelaskan sebelum ini. Sementara itu menurut pendapat ulama'-ulama' Mazhab Hanafi, hendaklah dilakukan solat secara duduk dan membuat isyarat ketika rukuk dan sujud sebagaimana juga pendapat ulama'-ulama' Mazhab Hanbali. Itulah yang lebih utama daripada solat secara berdiri dan membuat isyarat ketika rukuk dan sujud kerana menutup aurat adalah lebih penting daripada menunaikan rukun. 

Demikian salinan penerangan Prof. Dr. Wahbah Zuhaili. Penerangan di atas insya-Allah tidak mungkin akan temui suasananya dalam sepanjang hidup kita. Namun ia dikemukakan bagi menunjukkan bahawa para ulama' fiqh dari semua 4 Mazhab yang sedia ada tetap mewajibkan solat dilaksanakan dalam waktunya sekalipun berhadapan suasana dan keadaan yang amat mengharukan. Faktor ketiadaan pakaian yang secukupnya tidak diterima sebagai alasan atau dalih untuk menundakan solat atau meninggalkannya terus.
Kesimpulan.
1.     Syarat pakaian solat yang diwajibkan bagi seorang wanita ialah kain tudung yang menutupi dari kepala sehingga ke bawah kawasan dada dan pakaian yang dapat menutupi sehingga ke kedua tapak kakinya. Selain itu pakaiannya hendaklah longgar dan tidak menampakkan bentuk badan atau bayangannya dan tidak nipis sehingga melihatkan warna kulit di sebaliknya.
2.     Apabila gagal menepati syarat pakaian solat yang diwajibkan dan dia telah berusaha sedaya mampu, hendaklah tetap mendirikan solat tersebut dengan sekadar apa yang ada. Solat sebegini adalah sah dan tidak perlu diulangi.






  SUMBER : hafizfirdaus.com



[1]              Maksud hadith riwayat Imam Abu Daud, Ibnu Majah dan Tirmizi, Sunan Tirmizi - no: 0374.
[2]              Maksud hadith riwayat Imam Abu Daud, Sunan Abu Daud - no: 0611.
[3]              Imam asy-Shaukani - Nail-ul-Authar, 2/100-101 , Imam as-Sha'nani - Subul-us-Salam, 1/392.
[4]              Shaikh Muhammad 'Attiyah Khamis - Fiqh Wanita - Solat, ms 11.
[5]              Dari hadith ini ada penerangan hukum lain yang lebih mendalam, lihat kitab Imam asy-Shaukani - Nail-ul-Authar, 2/100-103 , Imam as-Sha'nani - Subul-us-Salam, 1/394, Prof. Dr. Hasbi as-Shiddieqie - Koleksi Hadith-hadith Hukum, 2/212-234.
[6]              Muhammad Asad - The Message of The Qur'an - Translated and Explained, pg 538, fn 37.
[7]              Lihat surah an-Nur 24 sambungan ayat 31.
[8]              Antara tulisan yang terbaik mengenai syarat-syarat pakaian wanita ialah buku berjudul Hijab al-Mar'ah al-Muslimah fii Kitab al-Qur'an was-Sunnah oleh Shaikh Nasiiruddin Albani. Lihat juga mana-mana buku yang khusus membicarakan berkenaan Islam dan wanita, antara lain oleh Maulana Wahiduddin Khan - Islamic Women in Syariah, Prof. Abdur Rahman I. Doi - Women in Syari'ah dan banyak lagi.
[9]              Demikian penjelasan Shaikh Nasiiruddin Albani - Hijab al-Mar'ah al-Muslimah fii Kitab al-Qur'an was-Sunnah, ms 31 dan Shaikh M. Ali as-Shabuni - Tafsir Ayat-ayat Hukum al-Qur'an, 2/273-274.
[10]            Imam Ibnu Taimiyah - Hijab, Pakaian Wanita dalam Solat dan Luar Solat (edisi terjemahan, tahqiq oleh Shaikh Nasiiruddin Albani) - ms 76.
[11]            Maksud hadith dari Abu Hurairah radiallahu-anhu riwayat Imam Bukhari dan Muslim, Syarh Matan al-Arba'in an-Nawawi, no: 09.
[12]            Prof. Dr. Abdul Karim Zaidan - Ensaiklopidia Fiqh Wanita, 1/286, Shaikh Ahmad Naqib al-Misri - Umdat al-Salik, F-5.8. (Kini telahpun diterjemahkan ke Bhs. Ingg oleh Nuh Ha Min Keller atas tajuk - Reliance of the Traveller.)
[13]            Prof. Dr. Wahbah Zuhaili - Fiqh dan Perundangan Islam, 1/60I, Imam Ibnu Qudamah al-Maqdisi - al-Mughni, 1/592,  Imam an-Nawawi - Majmu Syarh al-Muhadzzab, 3/188, Prof. Dr. Hasbi as-Shiddieqie - Koleksi Hadith-hadith Hukum, 2/247.

Al-QURAN akan hilang dan Ilmu akan diangkat


Assalamualaikum

Ertinya :

Daripada Huzaifah bin al-Yaman r.a berkata : Rasulullah S.A.W bersabda :

" Islam akan luntur (lusuh) seperti lusuhnya corak (warna-warni) pakaian (bila ia telah lama dipakai) , sehingga (sampai suatu masa nanti) orang sudah tidak mengerti apa yang dimaksudkan dengan nusuk (ibadat) dan apa yang dimaksudkan dengan sedekah . Al-Quran akan dihilangkan kesemuanya pada suatu malam sahaja maka pada hari esoknya tida tinggal di permukaan bumi daripadanya walaupun hanya satu hayat . Maka yang tinggal hanya beberapa kelompok daripada manusia diantaranya orang-orang tua , laki-laki dan perempuan

Mereka hanya mampu berkata :

" Kami sempat menemui nenek moyang kami memperkatakan kalimah ' La ilaha illALLAH ' , lalu kami pun mengatakannya juga . Maka berkata Shilah (Perawi Hadis dari Huzaifah) , ' Apa yang dapat dibuat oleh ' La ilaha illALLAH ' terhadap mereka sedangkan mereka sudah tidak memahami apa yang dimaksudkan dengan sembahyang , puasa , nusuk (ibadat) dan sedekah ? "

Maka Huzaifah memalingkan mukanya pada setiap kali pertanyaan Shilah itu . Kemudian Shilah bertanya lagi sehingga akhirnya Huzaifah menjawab


" Kalimah itu dapat menyelamatkan mereka daripada api neraka " (Huzaifah berkata 3 kali)


H.R IBNU MAJAH



KETERANGAN :

Hadis di atas tadi menerangkan kepada kita bahawa pada suatu masa nanti Ilmu tentang ISLAM akan diangkat , AL-QURAN juga akan diangkat daripada muka bumi ini . Orang ramai hanyalah mengenali beberapa istilah ISLAM , tetapi mereka tidak memahami apa yang telah dimaksudkan dengan istilah-istilah itu . Begitu pula mereka hanya sekadar mampu mengucap kalimat ' La ilaha illALLAH ' tetapi mereka tidak memahami apa tuntutan kalimah suci terhadap mereka . Walaubagaimanapun ALLAH S.W.T dengan belas kasihan-NYA masih menghargai keimanan mereka yang sedikit itu dan akan memasukkan mereka ke dalam syurga . SubhanALLAH . MAHA SUCI ALLAH


Hampir kiamat ISLAM akan mundur , 

Bagaikan kain yang sudah luntur , 

AL-QURAN kan hilang tidak ditutur , 

Ilmu diangkat beransur-ansur , 

Solat sudah tidak difaham , 

Ilmu Syariat tidak di dalam , 

Terlalu jahilkan rukun ISLAM , 

Hingga syahadah susah ucapkan .


Sumber : Buku berjudul ' Sedarkah kamu wahai manusia antara semalam & hari ini ' . Penulis buku Wan Md Jamal Bin Wan Md Saman .





Wasiat Rasulullah S.A.W kepada Siti Aisyah R.A


Assalamualaikum ,


Rasulullah SAW berucap kepada Aisyah,

               "Wahai aisyah, janganlah kamu tidur sebelum mengamalkan empat perkara, yaitu";

1. Hatamkanlah (tuntaskan membaca) Al Quran
2. Jadikanlah para Nabi itu yang memberi syafaat (pertolongan) bagimu di hari kiamat nanti.
3. Jadikanlah kaum muslimin itu ridla kepadamu.
4. Lakukan ibadah haji dan umrah.

Sesudah bersabda demikian Rasulullah SAW masuk untuk melakukan shalat, maka tinggallah Aisyah sendiri di atas ranjang sampai Rasulullah SAW sudah menyempurnakan shalatnya. Tatkala Rasulullah SAW sudah selesai shalat, Aisyah berkata kepadanya,
      
     "Ya, Rasulullah, empat perkara amalan di atas itu bagi bapakku, ibuku dan saudara wanitaku pada saat sekarang tidak mungkin melakukannya".
      
Mendengar penuturan Aisyah tersebut Rasulullah SAW tersenyum, seraya berkata,
      
        "Ketika kamu membaca Surat Al Ikhlas sebanyak tiga kali, itu berarti sudah menghatamkan Al Quran. Ketika kamu membaca shalawat kepadaku dan kepada nabi (yang datang) sebelumku, itu berarti kamu kaan memperoleh pertolongan syafaat besok pada hari kiamat. Ketika kamu memohonkan ampunan kepada seluruh orang mukmin, maka mereka semua ridla kepadamu. Ketika kamu membaca kalimat -maha suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada tuhan selain Allah dan Allah maha besar- maka kamu (sama dengan) melakukan ibadah haji dan umrah".(riwayat Bukhari)


Empat hal yang diwasiatkan Rasulullah SAW kepada Aiysah itu merupakan pegangan hidup bagi setiap orang yang beriman dan juga pelindung bagi keselamatan diri di dunia dan akhirat.



Pertama;
Rasulullah SAW menganjurkan membaca Surat Al Ikhlas sebelum tidur karena hikmah dan keutamaannya diantaranya adalah sama dengan menghatam Al Quran.


Kedua;
Rasulullah SAW menganjurkan banyak membaca shalawat karena dapat melapangkan rejeki, penyelamat dari fitnah dan sebagai perantara untuk memperoleh syafaat atau perlindungan dari Rasulullah SAW di akhirat nanti.


Ketiga;
Rasulullah menganjurkan untuk mendoakan dan menolong kepada sesama mukmin. Dengan cara demikian orang-orang mukmin akan ridla dan senang.


Keempat;
Rasulullah SAW menganjurkan kita untuk membaca tasbih, hamdalah, tahlil dan takbir setiap akan tidur karena pahala dari bacaan tersebut di atas sama dengan melakukan ibadah haji. Ibadah haji adalah rukun iman yang harus dilaksanakan bagi orang yang mampu dan telah memenuhi persyaratan.Tidak semua ummat muslim mampu melakukannya, maka Rasulullah SAW memberikan amalan yang nilai pahalanya sama dengan melakukan ibadah haji di tanah haram.


Subhanallah.. semoga menjadi amalan dalam kehidupan seharian kita.. Insya'Allah.. :)


Sumber : srikandislambicarakita.blogspot

Parasit hati

Assalamualaikum

Memandang Dengan Pandangan Rahmat.

Hari ini dia mungkin penzina,
esok lusa dia mungkin 'abidah mukhlisah ilallahi ta'ala.

Hari ini dia mungkin tidak bertudung,
esok lusa mungkin dia adalah yang paling ikhlas sekali menutup auratnya, dan paling menjaga kesopanan muslimahnya.
Hari ini dia mungkin seorang yang kaki mencarut,
esok lusa mungkin dia adalah yang paling lembut sekali bicaranya.

Harii ini dia mungkin seorang yang ingkar kepada Allah SWT dengan sering melaksanakan maksiat yang besar,
esok lusa mungkin dia adalah yang paling istiqomah melaksanakan qiamullail kala kita semua sedang lena.

Hari ini dia mungkin seorang yang tidak beriman kepada Allah SWT, syirik kepadaNya, kufur kepadaNya,
esok lusa mungkin dialah yang paling beriman kepadaNya, memperjuangkan hak-hakNya, kala mereka yang telah Islam semenjak lahir dengan warisan keluarga meninggalkan perjuangan menegakkan agamaNya.

Kita tidak pernah tahu.
Kita tidak pernah akan tahu.
Maka dengan alasan apakah kita mahu bersangka-sangka itu dan ini kepada manusia, saat kita pula tidak dapat menembusi jiwanya?
Saat kita pula tidak bersamanya 24 jam sentiasa hingga kita mungkin terlepas banyak kebaikannya yang lain.

Tugas kita bukan me'neraka'kan orang.
Itu urusan Allah SWT. Dia yang memasukkan ke neraka sesiapa yang Dia kehendaki, dan memasukkan ke dalam syurga sesiapa yang Dia kehendaki.

Tugas kita, adalah mengajak manusia ke jalanNya.
Bukan menjahanamkan mereka.

Pandanganlah dengan pandangan rahmat.
Alangkan Allah Yang Maha Berkuasa itu,
tidak pula mengazab Firaun, Namrud, Haman, Qarun, Kaum 'Ad, Kaum Thamud, Abu Jahal, Abu Lahab dan lain-lain, tanpa menghantarkan kepada mereka para Rasul memberikan peringatan, yang rata-rata bukan sehari dua penyampaian peringatan mereka kepada manusia seperti itu.

Maka siapakah kita untuk memandang orang dengan pandangan laknat?
Sedang Allah SWT sentiasa memandang semua hamba-hambaNya, dengan pandangan rahmat.

Siapakah kita?

Hari ini kita mungkin adalah yang beriman kepadaNya,
ketahuilah bahawa esok lusa, mungkin kita jugalah yang akan kufur dan menentang perintahNya.
Bukan mustahil.
Dan sentiasalah berjaga-jaga.




 CREDIT TO: Hilal Asyraf


Sumber : bellahumaira 





 

Kealpaan manusia

Assalamualaikum


Ya Allah, Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari kesempitan dunia dan kesempitan hari kiamat. 

(HR. Abu Daud)


Alam fana kian rapuh dimamah usia ,
Namun manusia kian lupa segala-galanya ,
Lupa akan asal usulnya , 
Lupa dia hanya insan yang kerdil di maya ini , 

Mereka hanya memandang bintang di langit tinggi ,
Seterusnya lupa rumput nan di bumi 
Ironinya , 
Adakah jernih perih lama begitu muda hilangnya , 
Adakah sudaah hilang fungsi minda kurniaan-Nya ,
Hingga hilang pertimbangan dan rasional 

Insan di mayapada kini , 
Marilah bermuhasabah tenang diri , 
Tentang apa dan salah silap kita , 
Hingga kita begitu jauh alpa , 
Jernihkan hati yang malap , 
Kembalikan keserian pagi , 
Hulurkan tangan perdamaian , 
Ciptakan sejarah kegemilangan bangsa 


~ Nukilan pena : Puan Norlela Bt Mohd Noor 2009 . Seorang guru yang berdedikasi dan beriman kepada ALLAH ~

Baru

Assalamualaikum ,

Malam 1:17 AM
Aku terdetik seketika berfikir tentang sesuatu
Yang pasti perlu aku fikirkan lagi
Aku takut lalu aku tenangkan diri
Bersangka baik kepada ALLAH dan semua
Lihat keburukan aku pada dia
Lihat kebaikan dia pada aku
Aku belajar benda yang baru
Walau ramai yang sudah lama belajar itu
Namun ALLAH telah memberi aku satu pelajaran baru

Yakni ?

Tidak mengharapkan balasan daripada manusia

Alhamdulillah 

ALLAH membuka pintu hati ini untuk belajarnya

Tidak mengharapkan balasan manusia

Belajar melihat & merenung kebaikan orang lain pada diri

Bukan 

Belajar melihat & merenung keburukan orang lain pada diri



Rasulullah SAW bersabda : "Siapa ingin menjadi manusia terkaya, hendaklah dia lebih mempercayai yang di sisi Allah daripada apa yang ada bersamanya"


Kadang-kadang kita mungkin merasa diri ini yang betul mengikut pengetahuan sendiri bukan dengan pandangan orang lain , sahabat baik kita . Diri belajar hari ini , kita harus berhati-hati setiap ketika dengan belajar mendengar apa yang dikatakan seseorang tentang sesuatu . Apa yang dikatakan itu benar atau tidak . Fikir dalam-dalam , ulang-ulang kali walau kita lambat pickup . Apa sebenarnya orang tu nak sampaikan ? Apa sebenarnya yang orang tu nak kita tahu ? Jadi ini mungkin ada berkaitan dengan hati kita sendiri .

Jangan kita terus nak bagi 'penalti' atau 'kad merah' maksudnya menjatuhkan hukuman sesuka hati pada orang lain jika sesuatu yang dia lakukan bertentangan dengan kita . Ia peringatan buat saya juga . Peringatan yang baik itu kadang-kala kita kabur-kaburkan untuk memahaminya . Namun bila kita kesal dan ingat kembali kesilapan kita itu teruslah kita ubah . Cintailah orang lain . Dicintai semula itu urusan ALLAH kata Hilal Asyraf .




Nota : Mungkin peristiwa kecil ini dianggap remeh kadang kala . Namun ALLAH menunjukkan jalan-Nya yang tersendiri dengan pelbagai hikmah . Aku tak berani untuk katakan apa . Tapi biarlah Dia yang memahami segalanya . Doa yang terbaik dan jangan putus harapan pada-Nya . Amin . Wallahualam


P/S : Mara layari ini SINI bagi maklumat yang lebih lanjut untuk lepasan SPM 2011 . Sahabat baik saya yang memberi tahu ini . Mari follow mereka SINI & SINI . HIJRAH MENARA GADING !

Kesilapan umat Islam di hari Jumaat

Assalamualaikum 

Hari Jumaat merupakan penghulu segala hari. Umat Islam disarankan supaya memperbanyakkan ibadah-ibadah sunat yang lain di samping memenuhi kewajiban menunaikan solat fardhu Jumaat. Pada hari Jumaat juga Umat Muhammad diharuskan untuk melakukan segala aktiviti termasuklah mencari rezeki yang dikurniakan oleh Allah. Kebebasan ini tidak dikecapi oleh kaum Bani Israil terdahulu di mana syariat Nabi Musa melarang sama sekali kaumnya daripada mencari rezeki pada hari kebesaran mereka iaitu hari Sabtu sebaliknya mereka diperintahkan supaya memperuntukkan masa tersebut melaksanakan ibadah. Berbeza dengan syariat Nabi Muhammad, Allah S.W.T memberi kebebasan dan ruang yang cukup luas kepada hambanya untuk mencari rezeki dengan apa cara sekalipun termasuklah berniaga dan berjual beli. . Namun begitu, terdapat beberapa keadaan dan waktu khusus yang dilarang oleh Allah S.W.T menjalankan sebarang bentuk perniagaan dan jual beli pada penghulu segala segala hari ini. Allah S.W.T berfirman di dalam surah al-Jum’ah ayat 9:


Wahai orang-orang yang beriman! Apabila dikumandangkan seruan mengerjakan Solat Jumaat, maka bersegeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah S.W.T dan tinggalkanlah jual beli (pada saat itu) ; yang demikian adalah lebih baik bagi kamu , jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya). Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah dari limpah kurnia Allah S.W.T, serta ingatlah akan Allah S.W.T banyak-banyak (dalam segala keadaan) supaya kamu berjaya ( di dunia dan di akhirat).


Ayat tadi jelas menunjukkan larangan Allah S.W.T terhadap Umat Islam yang melakukan urusan jual beli ketika mana azan Jumaat telah dikumandangkan. Larangan ini ditujukan kepada mereka yang ditaklifkan kefarduan Solat Jumaat sama ada peniaga lelaki dan pembeli lelaki yang kedua-duanya memenuhi syarat-syarat wajib Jumaat seperti sihat, baligh, berakal dan tidak bermusafir. Larangan ini membawa maksud haram urusan jual beli dijalankan ketika azan Jumaat telah dilaungkan. Imam Ibn Kathir al-Syafie menyebut:

  
  Para ulama bersepakat berkenaan pengharaman jualbeli selepas azan yang kedua. ( Tafsir Ibn Kathir, 4/367)

Jika disoroti sejarah, berniaga dan berjual beli pada hari Jumaat juga dilakukan pada zaman baginda Rasulullah saw tetapi bezanya aktiviti jual beli itu itu ditangguhkan setelah berkumandangnya azan, atau dengan lebih tepat lagi ketika khatib sedang berkhutbah di mimbar. Hal ini tidak berlaku sama sekali di masjid-masjid di negara kita. Lihatlah bagaimana keghairahan si peniaga melariskan jualannya, si pembeli sibuk membeli belah sedangkan pada waktu tersebut khatib sedang berkhutbah. Perlu diingat walaupun hukum jual beli tetap sah tetapi ia dilakukan dalam waktu yang diharamkan. Perkara inilah yang menjadi punca ayat al-Quran di atas tadi diturunkan.

Imam Ahmad, Bukhari, Muslim dan Tirmizi mengemukakan riwayat sebuah hadith daripada Jabir r.a katanya: Sewaktu Nabi Muhammad SAW sedang berkhutbah pada hari Jumaat, tiba-tiba datang satu rombongan perniagaan. Lalu kebanyakan sahabat pergi kepada mereka sehingga yang tinggal bersama Nabi Muhammad SAW ketika itu hanya 12 orang sahaja. Lau Allah S.W.T menurunkan ayat yang bermaksud “ Malangnya apabila mereka Nampak perniagaan atau hiburan, mereka lantas menggapainya. Mereka meninggalkan engkau ( wahai Muhammad) bersendirian tegak berkhutbah.

Istimewanya Solat Jumaat berbanding dengan solat lain ialah kerana terdapatnya khutbah. Justeru tidak sempurna solat Jumaat seseorang itu tanpa mendengar khutbah. Malahan menurut jumhur ulamak, khutbah merupakan antara syarat sah solat Jumaat. Sa’id bin Jubair berpendapat bahawa khutbah menyamai 2 rakaat solat zuhur, seandainya khutbah ditinggalkan dan mengerjakan Solat Jumaat sahaja bererti kita telah meninggalkan dua rakaat solat Zuhur.

Realiti yang berlaku, ramai di kalangan jemaah tidak berminat untuk masuk ke dalam masjid mendengar apa yang ingin disampaikan oleh khatib, sebaliknya mereka rasa lebih selesa berada di luar masjid. Lebih menyedihkan lagi ada yang sempat berbual-bual kosong ketika khatib sedang berkhutbah. Sikap ini jelas mencerminkan sifat sombong kita kepada Allah S.W.T.

Allah S.W.T memberi ganjaran yang besar kepada mereka yang sering berusaha datang awal ke Masjid pada hari Jumaat terutama sebelum khatib berkhutbah. Dalam sepotong hadith Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:



“Apabila tiba hari Jumaat, maka pada setiap pintu masjid terdapat malaikat yang mencatat orang-orang yang masuk mengikut urutan. Apabila imam / khatib telah duduk di atas mimbar, maka malaikat menutup buku catatan mereka dan datang untuk mendengar khutbah.”

Kesimpulannya, seluruh Umat Islam sama ada penjual, pembeli dan para jemaah lelaki hendaklah berlapang dada dan mengambil berat isu yang telah menjadi wabak yang perlu ditangani kerana ia melibatkan hukum haram dan tidak sahnya solat Jumaat seseorang. Justeru beberapa pendekatan dicadangkan :

Pertama: Aktiviti jual beli hendaklah ditagguhkan sementara waktu ketika mana azan kedua berkumandang.

Kedua: Perniagaan boleh diteruskan dengan syarat urus niaga tersebut dijalankan antara penjual wanita dan pembeli wanita sahaja.

Ketiga: Para jemaah lelaki disarankan agar menangguhkan urusniaga di samping mengambil peluang masuk awal ke dalam masjid mendengar khutbah .




Pahitnya kesilapan tenangnya pembetulan

As’salamualaikum ,



Kehidupan yang bina atas dasar kerana ALLAH akan buahkan hasil yang bermakna lagi bernilai pada sesiapa yang ‘mahukan’ .

Kenapa kata ‘mahukan’ ?

Tanpa kita sedar pernah kah kita fikir apa yang kita lakukan itu benar-benar inginkan Redha-Nya sahaja ? Kerana itu Tanya kembali pada diri kita apa benar kita ‘mahukan’ Redha-Nya atau ada udang disebalik batu . Hati rasa tidak tenang atau rasa semacam mungkin menyebabkan kita tidak ikut peraturan yang telah ALLAH tetapkan .

Manusia macam kita memang kadang-kadang tidak sedar atau sedar tentang sesuatu perlakuan itu . Jika dilakukan dengan menggunakan akal fikiran mungkin perasaan sewaktu itu dapat dikawal . Perasaan yang ALLAH beri . Kasihsayang , cinta , rindu dan sebagainya . Ia perlu dikawal dengan kadar yang sederhana . Islam itu mementingkan kesederhanaan . Ia adil dan semuanya dapat dibahagi sama rata . Tiada kategori hamba bagi manusia kepada manusia yang lain TAPI hamba kepada ALLAH itu tetap selamanya .

Kita ni hamba ALLAH yang bagaimana ?

Cuba flesh back balik kata-kata kita dan perlakuan kita . Kita puas dengan penerimaan bagi diri kita dan orang sekeliling kita . Ada yang kita lepas pandang dengan dua mata yang ALLAH beri ? Ada kita fikir teman sebelah kita rasa bila kita keluarkan kata-kata tanpa berfikir dahulu ? Ada kita lunturkan suasana yang cerah selepas perkataan yang mungkin hanya sepatah tapi memberi impak yang negatif pada persekitaran itu ?

Rasulullah SAW bersabda : 

"Sesungguhnya Allah SWT murka kepada orang yang berperangai jahat dan berlidah kotor." (HR. At-Tirmidzi)

Ya ALLAH , aku hambaMu yang lemah dan melampaui batas . Ampuni hambaMu ini . Aku tak mampu untuk berkata apa , hanya ingin berkata padaMu ya ALLAH sesuatu yang tersimpan ini .

Kita selesa tak dengan keadaan kita sekarang ? Jika ya Alhamdulillah , moga ALLAH memberi kita semua landasan yang benar dan betul . Kalau tidak bagaimana pula ? Kembali kepadaNya dan jangan sesekali berputus-asa untuk mendapat Rahmat ALLAH . Walau waktu itu kita putus asa biarlah kita putus asa dalam keadaan berusaha . Kesilapan yang lepas itu adalah dari tangan kita sendiri yang melakukannya . Ia satu tempias yang sangat terkesan bukan ? ALLAH masih memberi kita peluang agar tempias ini memberi seribu hikmah di masa hadapan . Lihat ? Its beautiful . Tiada Tuhan melainkan hanya pada ALLAH , Nabi Muhammad S.A.W itu utusan ALLAH !

Saya mengingatkan pada diri saya . Saya seperti dikejutkan dari bangun dengan kesilapan saya yang lepas . Kita sama-sama belum terlambat untuk berubah kan ? Kita boleh bebas dari seksa kejahatan ini . Selagi kita ingin berubah ALLAH akan beri jalan . InsyaALLAH . Munajat kepada-Nya , minta pada-Nya . Hanya Dia yang menggerakkan hati ini . Wallahualam . 

"Timbanglah perkataan dan perbuatanmu sebelum di timbang di akhirat kelak."

(Khalifah Umar r.a)

Pahitnya kesilapan , tenangnya pembetulan
(Novel matahari m/s 126 karya Hilal Asyraf) > langitilahi.com

JAZAKALLAHU KHAIRA , SEMOGA BERMANAFAAT !