Action !

As'salamualaikum ,


Manusia termasuk diri sakit kalau ditimpa penyakit . Ada tak penyakit yang tak dapat dirasa dengan badan sendiri ? 

' Penyakit hati ? '

Otak yang dah ada penyakit ini susah untuk membangun negara Islam . Dulu tak ada bunuh mak / anak / lain-lain . 

' Sekarang kenapa ada ? ' 

Memang kita harap sempurna semua walau di depan mata realitinya tidak sempurna namun usaha seperti rancangan Islamik , lagu-lagu nasyid , info-info yang bermanafaat yang sentiasa mengingat-ingatkan itu adalah usaha walau kecil jika istiqamah InsyaALLAH akan besar kan ? Akan diikut kan ? Saya pun nak ikut sama , tak nak ketinggalan dalam hal ini . Mudah-mudahan bimbing saya . 

Ini bukan seperti ' no action talk only ' tapi ia melaksanakan . Tanggungjawab dipikul bersama jom ?





p/s : Rancangan bertajuk ' BICARA ' siaran tv alhijrah . Segalanya bermula di sini . Wallahualam

Fi-z-ik

As'salamualaikum , 

Alhamdulillah , ALLAH MAHA PENYAYANG . Masih memberi kita semua peluang untuk memperbetulkan kembali apa yang masih kurang . Masih menyedarkan kita mana yang harus kita ambil iktibar dan ikutan . Selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah S.A.W , ahli keluarga Rasulullah S.A.W dan para sahabat Rasulullah S.A.W . Buat ahli keluarga kita juga , sahabat , cikgu , jiran tetangga dan muslimin muslimat yang masih hidup mahupun yang sudah menghadap Ilahi . 

Teringat suatu ketika kelas pertama subjek fizik tahun 2010 , Puan Fadilah ada bertanya . 

Fizik tu apa ? 

' Jawapan yang bermacam ' 

' Garu kepala ada tak ? -___- ' 

' Jawapan : Tak tahu ' 


Cikgu menjawab , sebenarnya fizik itu semua yang ada dalam kehidupan kita semua . Awak duduk , berdiri , sedut , hembus udara semua tu ada berkaitan dengan fizik . Macam fizik ni mentol kepada lampu , tak de mentol apa guna elektrik yang hidup untuk mencerahkan lagi sesuatu ruang dengan cahaya . Ya ke ?


' Ohh , macam tu (: ' 

 Bila kita berfikir kembali , macam kita hidup ini . Kita hidup bertuhankan ALLAH , MAHA SATU . Mesti kita akan berbalik kepada yang MAHA SATU . Pensil pun tak akan lengkap tanpa pemadam ye tak ? Apa lagi kita ni ? Hanya hamba yang lemah sangat sangat memerlukan ALLAH pelengkap hidup kita . Kalau tak pertolongan ALLAH , kita tak boleh nak buat apa . Sebab semuanya ' under izin-Nya ' .  

Kita kena bersyukur sebab dikawal oleh ALLAH dari kita dikawal oleh diri sendiri yang tak sempurna ni . Dekat pada-Nya , ALLAH akan pegang kita erat-erat tak nak kita lepas supaya kita sentiasa dijaga dengan penuh kasih sayang kerana ALLAH MAHA PENYAYANG . Memang sukar untuk kita lepas dari ikatan tali syaitan-syaitan , tapi kita kena kuat juga untuk mendapat kasih sayang ALLAH . Saya sendiri tak terlepas dengan semua ini , sangat hanya hamba ALLAH yang lemah . 

Kadang-kadang kita tak berfikir sebelum bertindak apa-apa sebelum nak buat . Apabila dah buat , menyesal mula timbul . Namun kita perlu bersyukur juga ' Alhamdulillah ' kerana ALLAH menyedarkan kita sebelum ajal disapa . Kita kena belajar juga bersyukur . Tak apa kita bersyukur hal-hal yang kecil sekalipun macam ibu bagi kita duit sekolah RM2.00 kita bersyukur dan ingat ramai lagi yang tak dapat makanan / kebuluran dan mendapat penyakit disebabkan kekurangan makanan . Pabila kita bersyukur dengan hal yang sedikit , hal yang besar turut akan sama kita syukuri . Itulah , ALLAH MAHA TELITI . 

' Kita lemah kerana kita tidak kembali kepada usul kekuatan dan kelemahan. Allah SWT adalah yang menguatkan dan melemahkan kita. Namun apakah kita memilih untuk dikuatkan oleh Allah SWT? Atau dilemahkan Dia?

Jika ingin dikuatkan, maka mendekatlah.
Kerana menjauh hanya buat diri kita semakin melemah '
 [Hilal Ayraf]


p/s : Syukurlah . Biar rasa kuno pada dunia tapi kita celik akhirat . Wallahualam 

Bahagia itu pilihan

As'salamualaikum , 

Suatu ketika, diriku diulit rasa kesedihan yang menyebakkan. Dalam situasi ini, hanya air mata sahaja yang menjadi teman berbicara. Aku diulit kesedihan bila mengenang nasib diri yang selalunya ku rasa tidak sebaik nasib orang lain.  

Sedang hati dilanda kesedihan, tiba-tiba aku terpandang seekor kura-kura yang sedang merangkak perlahan menyeberangi jalan. Melihat keadaan si kura-kura itu, rasa sedihku hilang. Semangat kuatku kembali menapak dalam diri.  

Aku mempunyai jawapan pada persoalan yang sering aku tanyakan pada diriku sebelum ini.  

Mengapa harus aku merasa sedih. Sedangkan aku sepatutnya harus merasa bahagia kerana aku seorang manusia. Manusia yang ada segala-galanya. Kalau dibandingkan dengan si kura-kura itu.  

Kura-kura juga sendirian, tetapi si kura-kura tidak pernah bersedih. Malah si kura-kura tetap menjadi dirinya yang penyantun dan penyabar. 

Terkadang kita mengukur kebahagiaan di mata orang, lantas kita mengorbankan erti bahagia di mata sendiri. Sedangkan bahagia itu letaknya di hati. Kita tidak mampu berasa bahagia kalau kita merasakan tidak boleh bahagia.


   
Kita melangkah tatkala bahagia hanya beberapa langkah di hadapan dan kita mengambilnya tanpa perlu merampas daripada sesiapa. 

  Berbahagialah selalu kerana bahagia itu adalah milik setiap orang yang telah bersedia untuk berasa bahagia. Nikmatilah kebahagiaan itu sebaik mungkin.

Semoga berbahagia selalu
Sumber : SINI

 

Moga-moga

As'salamualaikum , 

Alhamdulillah segala puji ALLAH S.W.T . Selawat dan salam buat junjungan MULIA Nabi Muhammad S.A.W serta ahli keluarga Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat Nabi Muhammad S.A.W . Amin


Moga diri kita sihat walafiat 
Moga ALLAH memberi diri kita kekuatan 
Moga ALLAH memberi diri kita kesabaran
Moga ALLAH memberi diri kita ketenangan 
Moga ALLAH memeberi diri kita kemuliaan jiwa 
Moga ALLAH medampingkan diri kita dengan kawan yang soleh / solehah


Moga semuanya moga ALLAH memakbulkannya . Amin . Moga kita sama-sama bersalam-salaman , memohon maaf atas khilaf samada nampak atau buat tak nampak . Moga diri kita kuat dan sempurna keteguhannya bersama Islam yang SYUMUL lagi INDAH . Tanpa Islam kita tidak tahu arah tuju kita . Di padang mahsyar nanti akan kita sama-sama dikumpulkan , dibangkitkan kembali selepas meninggal dunia . Hanya ALLAH sahaja yang boleh menghidupkan dan mematikan . Dialah yang terkahir dan terawal . Sentiasa hidup dan selalu berjaga . Wallahulam .

Kata-kata semangat sahabat : 

Gagal sekarang tidak bererti gagal selamanya . Ada hikmah semua yang ALLAH tetapkan . Cuba awak fikir apa hikmahnya ? Mungkin ALLAH nak awak lebih usaha , atau nak uji penerimaan awak terhadap takdir ini . Fikirlah ALLAH sentiasa bersama kita . InsyaALLAH awak tidak sedih lagi

Jangan merasa sekarang adalah penamatnya ! Islam mengajarkan kita untuk maju ke depan dan bukan mengajarkan kepada kita diam di tepi jalan . Untuk maklumat lanjut boleh layari blog ini (Kisah si pemalas dengan Abu Hanifah) . 

' Janganlah kamu bersikap lemah dan jangan pula kamu bersedih hati , padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya , jika kamu orang yang beriman ' 

(Al-Imran ayat 139)





p/s : Kepada semua pelajar SPM 2011 moga rezeki anda diberkati ALLAH , diberi perlindungan ketika berada di luar kelompok yang lain , diberi kekuatan dan ketabahan . Amin

Rabu - 21/3/2012

As'salamualaikum , 

Alhamdulillah , segala puji bagi ALLAH S.W.T yang MAHA SATU dan MAHA SEMPURNA . Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W . Doa juga buat ahli keluarga Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat handai Baginda Nabi Muhammad S.A.W juga . 


Tahu tak rabu ini ada apa ? 

HA ! Hari bersejarah memberikan seribu pertanyaan kepada semua mantan SPM 2011 . Hari ini juga bakal kami semua ketahui keputusan kami setakat mana . Apa bidang yang secocok dengan kami . Menandakan esok merupakan detik ini . InsyaALLAH lepas jam 10.00 A.M bermulalah peristiwa ini . 


Nak pakai baju apa ?

Ada sesetengah sekolah memakai pakaian sekolah dan ada juga yang pakaian bebas . Tidak kira pakaian apa yang dipakai asalkan ia sopan dan kemas . Tidak mencurigakan orang ramai yang melihat . Bersederhana kan bagus (':


Sebelum keluar rumah nak buat apa ?

Cium tangan dan dahi ibu bapa . Baca doa keluar rumah , bacalah ayat Kursi sebagai pelindung buat diri . Mudah-mudahan dengan usaha yang sedikit ini ALLAH melihat ya . Ikhlas dengan niat kerana ALLAH S.W.T (': 


Sebenarnya , macam cikgu saya kata . Memang malam sebelum tarikh tu berdebar , tak nak tak nak tidur . Macam boleh terbuka mata tu sepanjang hari . WAH ! Fenomena yang luar biasa bukan ? . Mudah-mudahan keputusan kita semua memudahkan kita memasuki ke IPTA yang kita minati dan sesuai . Memudahkan kita memahami , menerima mata pelajaran yang diberi . Amin . Kabulkanlah Ya ALLAH .

Sebenarnya tak ada apa-apa modal nak bagi tahu . Sebagai seorang hamba ALLAH , manusia , murid , anak semua kita tahu apa yang terbaik untuk diri . Selagi ia tidak melanggar hukum hakam ALLAH . Bertawakal dan berserah , hati akan berasa lapang dengan apa jua keputusan yang akan tertulis di kertas slip itu . InsyaALLAH . 

Ada cadangan :

Malam ini lepas maghrib atau tidak kira bila masanya di rumah masing-masing mari kita sama-sama baca Yassin , mohon betul-betul pada ALLAH . Tapi bukan masa susah sahaja kita minta pada ALLAH tapi waktu senang juga ya . Mudah-mudahan malaikat mendoakan kita , ALLAH jua memakbulkan doa kita semua . Amin .

 Nak mengira waktu ?


p/s : Saya harap semua dapat yang terbaik . Cemerlang dunia dan akhirat . Amin (':


Rahsia muka manis

As'salamualaikum 

Abu Yazid Al-Busthami , seorang pelopor sufi , pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut . 

Dengan murung lelaki itu mengadu : 

" Tuan guru,sepanjang hidup saya , rasanya tidak pernah lepas saya beribadah kepada ALLAH s.w.t. Orang lain sudah lelap , saya masih bermunajat . Isteri saya belum bangun , saya sudah mengaji . Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki . Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan ? "


Sang guru menjawab sederhana : 

" Perbaiki penampilanmu dan ubahlah riak mukamu . Kau tahu, Rasulullah S.A.W adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tidak pernah keruh dan selalu ceria . Sebab menurut Rasulullah s.a.w salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya "


Lelaki itu tunduk . Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilanya . Mulai hari itu , wajahnya sentiasa berseri . Setiap kesedihan di terima dengan sabar ,tanpa mengeluh.

Alhamdulillah sesudah itu ia tidak pernah datang lagi untuk berkeluh-kesah . Sikapnya ramah , wajahnya sentiasa menguntum senyuman bersahabat. Riak mukanya berseri.


Sumber : Majalah Iman . 

Sumber blog : hanya-bicarasahaja





Tambahan saya ;

Benar , memang memek muka ni memainkan peranan yang besar dalam hidup . Kalau murung je , tak ada semangat nak lakukan apa jua kerja kan ? Kata orang , makan tak kenyang , mandi tak basah , tidur tak lena . Macam gitulah . Senyuman memaikan peranan pada otak . Jika keadaan muka kita , masam , kusam & tiada tenaga . Saya sendiri kena belajar untuk tidak masam depan ramai orang walau masalah datang pada kita . Senyum juga satu sedekah . Jadi pesanan untuk saya , tips sebegini jangan lupa untuk kita praktikkan . Ambil pengajaran daripada para sahabat Nabi Muhammad S.A.W yang terdahulu . InsyaALLAH .


p/s : Ada akak itu rindu sayalah . Hehe , saya suka akak itu rindu saya (*:

Pintu hati

As'salamualaikum , 

a. erm, cantikla baju yang dia pakai nie. mesti mahal. hisy, kalaulah aku kaya (tak bersyukur@angan-angan palsu) 
b: eh? itu bukan tu ke? apa dia buat dengan brader tu kat situ? (sangka buruk) 
c: benda-benda remeh camtu pun nak cerita kat fb, hish tak malu ke? ('ujub/rasa diri bagus) 
d: oh, dia nie couple dengan orang nie rupanya, tengok sikit gambar dorang(sibukkan diri dengan hal sia-sia) 
e: hmm, dia minat orang lain rupanya. cantik pulak tu. huh, siapalah aku? (rendah diri, dan sedih dengan hal tak sepatutnya) 
f: haihh, nampak rapat dua-dua orang nie. mesti ada apa-apa nih. (sangka buruk, lebih buruk kalau diceritakan pada orang lain@mengumpat) 
g: baju kaler tu dengan beg kaler tu? hisy, tak reti match ke? ('ujub)




Saya tak rasa, orang mudah terlepas dari 'godaan-godaan' atau 'hasutan-hasutan' seperti ini
malah jujur, akur diri sendiri tak pernah terlepas

Meski tak dikhabarkan pada orang lain, bukankah bisikan hati itu hakikatnya turut mengganggu kejernihan hati? dan syaitan itu, ada saja teknik atau taktik halusnya

Baik 'memandang' di alam nyata, mahupun di alam maya

Mungkin sebab-sebab inilah, 'menundukkan pandangan' menjadi sebahagian dari perintah yang termaktub dalam Al-Quran, supaya hati kita lebih terdidik untuk tawaduk, syukur nikmat, menghormati orang lain, dan tidak menyibukkan diri dengan hal yang sia-sia, dan hikmah-hikmah yang lainnya

Hmm, mujahadah sangat sukar, bukan?
Tapi, sungguh! Allah menjanjikan kelazatan dan kemanisan iman bagi yang memenangkan!

Dan aku selalu mengulang, mencita-citakan itu
Menjadi bahagian dari akhlakku
Mahukah kau, mencita-citakan hal yang sama?

Allah, sabarkan kami dalam mujahadah kami . Amin .
 
 
Sumber : umairahshafei


Tambahan saya ; 
 
Alhamdullillah dapat berkenalan dengan akak Umairah ini sangat beruntung . Alhamdulillah , segala puji ALLAH MAHA SATU . Coretan beliau sangat tinggi . Berkaitan dengan hal ini , saya tak nafikan kalau diri saya sendiri mengalaminya , melakukannya . Hal yang kecil ini , kita sukar untuk lihatkan jika tiada yang menegur , menyampaikan apa yang benar & salah . Hal ini begitu pentinglah teguran , saling ingat mengingatkan antara satu sama lain . Berlapang dada dan jangan menafikan apa yang benar di depan mata . 
 
Orang yang berkasih-kasihan pada jalan ALLAH apabila berjumpa , lalu jelaskan satu sama lain untuk mengikis segala kesusahan daripada mereka , sebagaimana daun-daun kayu yang kering berguguran pada musim dingin 
 
(Mujahid) 

p/s : JazaakALLAHu Khaira kepada kakak-kakak yang banyak membantu saya . Love you all (':

Marah yang baik


As’salamualaikum ,

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah , segala puji bagi ALLAH , syukur pada ALLAH . Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W  jangan tinggal . Buat ahli keluarga dan sahabat handai Baginda Rasulullah S.A.W juga muslimin dan muslimat yang berjuang ke jalan ALLAH . Moga kita semua dijalan yang lurus . Amin

Bismillahirahmanirahim , sudah lama juga merihatkan jari jemari untuk mengusik papan kekunci ini . InsyaALLAH hari ini diberi keizinan untuk menulis sedikit . Mudah-mudahan memberi saya dan semua sahabat pengajaran . Ilmu ini datang dari ALLAH . Manusia memiliki pelbagai perasaan . Perasaan ini digunakan mengikut keadaan seseorang pada waktu itu . Namun ada juga perasaan ini digunakan dengan cara yang tidak betul atau mungkin tidak dikawal dengan baik .

Perasaan marah yang terkawal ada kebaikannya . Sebagai contoh , marah apabila cemburu dalam batas-batas yang tidak melampau adalah baik bagi memelihara maruah suami , isteri dan keluarga .

Mengikut Imam Bukhari dan Muslim Nabi berkata :

“  Sesungguhnya Saad itu cemburu orangnya dan aku lebih cemburu dari Saad dan ALLAH lebih cemburu dariku (dalam perkara halal dan haram) “


Marah apabila melihat agama serta hukum hakam ALLAH dipermain-mainkan juga adalah baik kerana ia merangsang individu itu mencengah kemungkaran .


Imam Ghazali berkata :

“ Sesungguhnya ketiadaan marah sama sekali adalah tercela . Yang terpuji ialah perasaan marah yang disuluh oleh akal dan agama “


Marah biar bertempat kata orang . Di sini dapat dilihat kalau sifat marah itu ada gunanya . Tidak ada yang sia-sia ALLAH lakukan samada kita sendiri sedar atau tidak  . Marah itu akan bertukar menjadi baik jika kaedah yang digunakan betul dan berlandaskan AL-Quran dan Sunnah .

 Imam Muhammad bin Kaab pula berkata :

“ Sesiapa yang memiliki tiga perkara sempurnalah imannya kepada ALLAH . Apabila dia mendapat kesenangan dia tidak terjebak ke dalam batil . Apabila dia marah , kemarahannya tidak mengeluarkannya dari landasan kebenaran . Apabila dia berkuasa dia tidak mengambil harta yang bukan haknya “

(Hal ini disebutkan di dalam Ihya Ulumuddin oleh Imam Ghazali)


 Jika soal cinta , contohlah kita cemburu pabila ada orang sukakan perempuan itu tapi bukan kita . Ingatlah wahai wanita , ALLAH menjagamu kerana Dia cemburu melihatmu bersama orang bukan mahram bagimu . ALLAH melarang kita buat itu sebab nak jaga kita . Tak nak ke ALLAH jaga kita dari lelaki yang tidak ikhlas cinta kita sebelum akad nikah nanti ? ALLAH tak nak kita disakiti kedua kali dan ingin kita matang . Wanita bangkitlah , saudari hidup kerana ALLAH pasti bahagia . InsyaALLAH . Tidak rugi kita lepaskan lelaki itu kerana ALLAH akan beri yang lebih baik , pesan sahabat baik saya . Jadi kita harus yakin , nak solat pun kena yakin dengan bacaan yang kita baca . InsyaALLAH mudah-mudahan kita tergolong jalan yang lurus . Sayang sahabat semua (‘ :


  Abu Hurairah ra berkata , sabda Nabi Muhammad S.A.W :

“ Sesungguhnya ALLAH cemburu dan cemburu ALLAH ialah mencegah orang mengerjakan apa yang telah diharamkan –Nya “


Kepada semua yang kenali saya , saya minta maaf atas segala salah silap , perilaku , kata-kata lepas dari mulut ini . Maaf sangat atas semua marah yang saya lepaskan pada kalian . Maafkan saya , maafkan saya , maafkan saya . 




p/s : Kepada akak tersayang , maafkan saya juga . Saya tahu akak buat untuk saya , saya harap akak Berjaya dalam hidup . Jangan toleh belakang (‘:  . Isi yang bagus dalam ini saya ambil dari buku Tip-tip cemerlang daripada Quran karya Ustaz Danial . As’salamualaikum .


Lawan

As'salamualaikum , 

Alhamdulillah walau daku lupa untuk mengucapnya dalam kehidupanku . Bagaikan lupa untuk daku ungkapkan meskipun itulah ucapan yang bagus untuk daku basahkan di bibir yang ALLAH S.W.T ciptakan untuk daku . Pagi yang basah dengan bau-bauan air hujan semalam , daku sedikit sekali mensyukuri , menghargai , melihat kuasa ALLAH S.W.T walaupun sebenarnya ia terjadi disekeliling daku . Mata daku berfungsi dengan sempurna , tiada yang kurang namun kenapa begitu alpanya , lupanya daku untuk melihat semua kehebatan ALLAH S.W.T ini . Mati tidak mengira masa , umur , tempat dan selainnya . Mati boleh menjadikan rupa itu berubah , kerana takutkan , gerun dengan ayat itu . Kerana itu , memang memohon itu perlu , pohon pada ALLAH MAHA ESA . Pabila memohon , janganlah malas , janganlah tidak membasahkan telekung dengan air mata bersih itu . Daku pinta hati itu , hati yang itu , hati yang sangat menyayangi-MU dan utusan-MU , Rasulullah S.A.W . Selawat ke atas Baginda Muhammad S.A.W . Aku lupa itu ini , seperti diri ini tiada jiwa dan pengisian . Menangis rasanya melihat gelak-tawa lain dihadapan ini . Bagaimana rasanya itu . Tipu jika daku tidak pernah gembira . Gembira itu perasaan yang keluar dari muka melalui hati . Sejauh mana gembira itu kekal jikalau hati ini sedih membisu . 


Lawanlah godaan SYAITAN 
Lawanlah semampu BOLEH 
Lawanlah sehingga MASIH BERNYAWA 
Lawanlah jikalah dengan TANGISAN

Tanyailah orang-orang soleh mengapa dia tidak berhibur : " Bagaimana hendak bergembira sedangkan mati itu dibelakang kami,kubur di hadapan kami,kiamat itu janjian kami,neraka itu memburu kami dan perhentian kami ialah ALLAH "
(via Aku Islam )


ALLAH S.W.T sangat menyayangimu . Ya ALLAH , cintailah daku pada sesuatu yang Engkau cintai dan jauhilah daku padda sesuatu yang Engkau murkai . Amin .

Penakut

As'salamualaikum , 


Siapa yang tak takut ditinggalkan , 

Aku takut , 
Layu kusam tak bermaya semua terserlah , 
Aku bimbang kasih sayang tidak lagi muncul ,
Apa dikira kasih sayang aku dan dia , 
Apa akan berpisah nanti , 

Tidak aku tidak mahu itu , 

Aku tak nak macam tu , 
Aku nak kekal ukhuwah ini , 

Hanya ALLAH yang boleh memisahkannya ,
Jika dengan izin-Nya aku redha , 
Cemburu ini memakan diri , 
Buat aku keliru tidak keruan ,

Aku tak tahu mana hendak aku pilih , 
Aku kena sokong bukan begini ,
Aku kena kuat bukan begini ,
Aku kena sedar siapa aku berbandingnya , 

Aku takut ,
Aku takut , 
Aku takut .

Aku mohon maaf kepadamu 

Berila hambaMu yang kerdil ini kekuatan . 



Sukses




As'salamualaikum , 


Janganlah berputus asa. Tetapi kalau anda sampai berada dalam keadaan putus asa, berjuanglah terus meskipun dalam keadaan putus asa 


Sumber : Santapan Minda

Rutin membaca surah Al-Baqarah di rumah untuk mengusir syaitan

As'salamualaikum ,

Alhamdulillah pagi yang sejuk . Selawat ke atas junjungan Mulia Nabi Muhammad S.A.W , ahli keluarga , sahabat handai Nabi Muhammad S.A.W , seperjuangan yang menegakknya syariat ALLAH S.W.T dan muslimin muslimat lain . InsyaALLAH , mudah-mudahan kita meninggal dalam keadaan baik , mengucap dua kalimah syahadat sewaktu detik kematian . Amin .



Hadis-hadis dalam hal ini di antaranya :

 Rasulullah S.A.W bersabda : 

" Janganlah kalian jadikan rumah-rumah kalian sebagai kubur ! Sesungguhnya syaitan lari dari rumah yang dibacakan di dalamnya surah Al-Baqarah " 

(Sahih Muslim , cet Abdul Baqi , 1/539)

Rasulullah S.A.W bersabda : 

" Bacalah surah Al-Baqarah di rumah-rumah kalian kerana sesungguhnya syaitan itu tidak masuk ke dalam rmah yang dibaca di dalamnya surah Al-Baqarah " 

(Hadis Riwayat Al-Hakim di dalam Al-Mustadrak , 1/561 ; dan dalam Shihul Jami' , hadis no. 1770)


Tentang keutamaan ayat dua terakhir dari surah Al-Baqarah serta pengaruh membacanya bagi rumah :

Rasulullah S.A.W bersabda : 


" Sesungguhnya ALLAH Taala menulis seuatu kitab sebelum Ia menciptakan langit dan bumi sekitar 2000 tahun , Ia berada di atas Arsy dan menurunkan dua ayat penutup (terakhir) dari surah Al-Baqarah . Dan tidaklah syaitan mendekat rumah yang dibacakan di dalamnya kedua-dua ayat tersebut selama tiga malam " 


(Hadis riwayat Imam Ahmad di dalam As-Sunnah 4/274 dan selainnya ; dalam Sahihul Jami' hadis no. 1799)


Sumber : 40 nasihat penting untuk suami isteri (Mutiara berharga memperbaiki rumahtangga) . Penulis , Syaikh Muhammad Soleh


p/s : Okay , saya belum berumah tangga tapi kita semua sesuai untuk membacanya kerana ia berkaitan dengan kehidupan seharian . Kediaman kita syurga kita jadi jadikan kediaman kita dihiasi dengan ayat-ayat Al-Quran agar berasa tenang dan InsyaALLAH sebarang gangguan dapat dielakkan . Amalan doa masuk dan keluar rumah juga perlulah dipraktikkan . Biasakan lidah menyebutnya , membacanya dan akan dapat mengamalnya . Tanamkan sifat Ikhlas , ketenangan ketika membaca . Niat kerana ALLAH , redha ALLAH . Peringatan buat saya . InsyaALLAH . JazaakALLAHu Khaira . Wallahualam .

Mula esok

As’salamualaikum ,

Alhamdulillah , setelah sekian lama menunggu akhirnya datang juga . Sebelum itu selawat buat junjungan Mulia Nabi Muhammad S.A.W . Doa buat ahli keluarga Nabi Muhammad S.A.W , para sahabat Nabi Muhammad S.A.W , ibu bapa , sahabat , guru-guru , jiran tetangga , muslimin muslimat yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia .

Alhamdulillah , segala pujian bagi ALLAH . Walau ujian datang menimpa diri dengan penyakit yang terdahulu aku harus / sering / selalu mengingatkan diri agar jangan putus asa dengan semua ini . Anggap ini seperti permainan , bukan maksudnya ALLAH nak buat diri ini susah tetapi jangan kita salahkan apa-apa . Supaya dapat merasa manisnya ujian tu . Sebenarnya kena setkan kat minda .

Kalau minda ni set ‘Negatif’ apa-apa yang dilakukan kalau baik manapun mesti macam tak boleh nak ‘ngam’ . Tapi cuba kalau minda ni di setkan ‘Positif’ apa-apa perkara yag dibuat mesti mudah dan senang . Ia peringatan buat saya juga bukan kerana saya ini lebih baik atau apa tapi sama-sama kita perbaiki apa yang tak betul lagi sebelum masa tidak lagi diberi .

“ Ya ALLAH , jika ini perjalanan hidupku maka berilah diriku ini kekuatan “ ,  Amin .

InsyaALLAH esok permulaan selepas hampir lama menunggu . Belajar memandu kereta . Sahabat lain dah dapat ‘P’ InsyaALLAH saya juga nak jadi macam tu pula . Perancangan perlu dilakukan dan ketentuan hanya ALLAH yang menentukan . 


Jadual belajar ;

HARI
 MASA
RABU  (7.3.2012)
3.15 P.M
JUMAAT  (9.3.2012)
1.00 P.M
ISNIN (12.3.2012)
3.15 P.M
RABU   (14.3.2012)
3.15 P.M
KHAMIS  (15.3.2012)
3.15 P.M


Okay , itulah jadualnya . Tadi di call oleh untie tu . Beb , sangat gementar . Tanya pengalaman sahabat yang berpengalaman ni kan . Lihat temu bual kami-kami . Tanya macam nak ujian JPJ pula . Huhu .

Me : You , bagi sikit tips / motivasi tentang belajar ni ?
You : Mula-mula , pastikan masuk kereta tutup pintu dulu baru betulkan cermin sisi kanan / kiri / belakang .
Me :  Lagi ? Nak bukak aircond (penghawa dingin) boleh tak ?
You : Buat apa T.T , belajar bukak tingkap laa .
Me : Kasut sukan boleh pakai ? Kat tempat kaki tu kena pakai kasut yang elok-elok kan ? Kalau tak , nak pijak lain terpijak lain .
You : Boleh . Jangan pakai slide shoes (kasut leper perempuan tu) sebab tapaknya ada yang licin . Jadi nanti tak terpijak pula benda kat bawah kaki tu .
Me : Ohh , nak bawa berapa kilometer ?
You : Dalam litar , bawa slow je . Pakai gear satu je .
Me : Ohh , terima kasih you .

Okay , memanglah tak ingat conversation (temu bual) ni seberapa sangat tapi ada lebih kurang macam ni . Pertanyaan ni semua tertanya-tanya dalam minda ni . Jadi tanyalah orang yang kita kenal sebelum tanya orang yang kita tak kenal . Ibu ayah banyak membantu juga . Thanks a lot .

Harap-harap buat sekali je . Amin . Sebab jumaat hari yang test JPJ jadi dapat terus buat test JPJ minggu tu juga sebelum ambil keputusan SPM :3 . Seram , mimpi macam-macam . Harap-harap itu cuma mainan tidur aja . Belajar memandu 10 jam . Sehari 2 jam . Moga-moga 10 jam tu sangat cukup untuk practice make perferct . Amin . Sekadar yang mampu (:

p/s : Doakan saya semoga diberi kekuatan tenaga , akal fikiran , kesabaran , positif minda dan semua yang baik . JazaakALLAHu Khaira . Amin .

Sedih kerana kesalahan

As'salamualaikum , 

Waktu menunjukkan 12:34 P.M . Bertarikhkan 4/3/2012 . Alhamdulillah terima kasih Ya ALLAH . Selawat dan salam buat junjungan Mulia Nabi Muhammad S.A.W . Doa buat ahli keluarga Baginda Muhammad S.A.W , para sahabat Baginda Muhammad S.A.W , muslimin muslimat yang masih hidup meskipun yang telah menghadap Ilahi , ALLAH S.W.T . 

Saudara pendengar rahimakumullah 

Apakah pernah saudara dilanda kesedihan , kegelisahan , akibat dosa ? YA ! DOSA ? . Kita melakukan kesalahan . Tidak ada terlepas daripada melakukan kesalahan . 

" Setiap Bani Adam melakukan kesalahan , dan yang terbaik antara mereka ialah yang mahu bertaubat " 

Saudara , terkadang kesalahan kita itu terlalu mencengkam perasaan kita . Akhirnya kita bersedih . Ada orang begitu murung , sedih , tak boleh nak buat apa kerana kesalahan yang menghantui fikirannya . Dia melakukan dosa kepada emak bapanya , dia berdosa kepada adik-beradiknya , dia berdosa kepada gurunya , dia berdosa kepada jirannya , kepada sahabatnya , kepada sesiapa sahaja . 

Apakah ada dosa lebih besar selain dosa kita kepada ALLAH , rabbul jalil ?

Tapi mengapa harus bersedih ?

 Bukankah ALLAH MAHA PENGASIH MAHA PENYAYANG ?

 Bukankah ALLAH ghafuur ? 

Bukankah ALLAH ghaffar ? 

Bukankah ALLAH tauwaab ?

ALLAH MAHA PENGAMPUN . ALLAH penerima TAUBAT . Berlapang dada kepada ALLAH S.W.T . Ya benar kita buat dosa , kita buat salah , tapi ALLAH sentiasa menanti kehadiran kita untuk menerima taubat kita . 

Firman ALLAH S.W.T : 

" Wahai orang-orang beriman , bertaubatlah kepada ALLAH dengan taubat yang sebenar " 

(Al-Tahrim 66:8)

Saudara , dengarkan seruan ALLAH ! ALLAH menyeru kita yang berbuat dosa ini : 

" Wahai hamba-Ku , wahai manusia , bertaubatlah . Wahai orang yang beriman , bertaubatlah " 

ALLAH mengajak kita untuk bertaubat . Apakah tidak terdetik di hati kita untuk menyahut seruan ALLAH ? Marilah kita sahut seruan taubat . 


KITA BERTAUBAT KERANA ALLAH , 

KITA KEMBALI KEPADA ALLAH , 

KITA MENYESALI DOSA-DOSA , KESALAHAN YANG PERNAH KITA LAKUKAN , 


' Tuhan , aku tak layak masuk syurga-Mu , namun tidak upaya jika Kau campak ke dalam api neraka-Mu . Terima taubatku ya ALLAH . Ampunkan dosa-dosaku . Hanya Kau Tuhan yang mengampunkan dosa-dosa besar ' 




Sumber : Buku berjudul Jangan Bersedih [Zikir Munajat & Tazkirah] . Penulis , Dr Badrul Amin Bahron . 


p/s : Pabila kita melakukan solat sunat taubat , kita titipkan doa taubat . Doa mohon ampun . Dalam mathurat ada . Jika kita ini sukar untuk bangun malam menunaikan solat taubat . Pada waktu pagi yakni ketika melakukan solat sunat dhuha , kita boleh lakukan sekali solat sunat taubat ini . Ini benar peringatan buat saya terutamanya . Kita sama-sama nak berjaya di akhirat sana . Amin . Wallahualam .

Takut hilang

As'salamualaikum , 

Alhamdulillah syukur kehadrat ALLAH . Selawat dan salam buat junjungan Mulia Nabi Muhammad S.A.W . Doa buat ahli keluarga Baginda Muhammad S.A.W , para sahabat handai Baginda Muhammad S.A.W dan muslimin muslimat yang masih hidup mahupun telah meninggalkan kita di dunia ini . 

Saudara , penonton , pendengar rahimakumullah .

Setelah manusia dapat sesuatu , dia memiliki sesuatu , maka timbul pula suatu macam kesedihan , keresahan .


# APA DIA ?

Takut hilang sesuatu . Maka ada orang bersedih kerana hilang sesuatu . Hilang harta , anak , suami , isteri . Dia menjadi berdukacita . Terkadang-kadang dia hilang punca . 


# MENGAPA HARUS DEMIKIAN ?

Laa tahzan ! Jangan bersedih . Bukanlah segala apa yang ALLAH kurniakan kepada kita itu hanyalah pinjaman sementara . Tiada yang kekal .


" Tiap sesuatu di muka bumi ini akan binasa . Yang kekal hanya wajah Tuhanmu yang MAHA SUCI , MAHA MULIA " 

(Ar-Rahman 55: 26-27)


Saudara saudari sekalian , 

ALLAH beri , ALLAH tarik kembali . ALLAH beri kita harta . ALLAH juga menariknya kembali . Bukankah itu adat orang meminjam ? Kita hanyalah meminjam harta daripada ALLAH S.W.T . Dan jikapun kita katakan bahawa kita pemegang amanah ALLAH , maka sifat orang yang memegang amanah ialah suatu masa dia terpaksa memulangkan semula amanah itu kepada sang empunya . 

Ketahuilah hidup kita , mati kita , semua yang kita miliki , adalah milik ALLAH . 

Saudara saudari . Mata ini bukan milik saya . Suatu masa ia akan kabur dan ia akan hilang begitu juga saya . Telinga , mulut yang boleh berkata-kata , tangan yang boleh bergerak , tubuh yang ada tenaga , yang boleh berjalan , kaki yang boleh melangkah ke mana saja , semuanya ini adalah PINJAMAN sementara . 



# BERAPA LAMA ?

Hanya ALLAH MAHA MENGETAHUI . 


Maka jika itu kita yakini , apabila kita kehilangan sesuatu , apakah kita akan bersedih ? Tidak , kita tidak akan bersedih . 

Ada orang kehilangan anak lantas dia bersedih . Mengapa mesti dia bersedih ? Sekiranya dia yakin bahawa anak itu milik ALLAH dan sudah tiba masanya untuk dia mengembalikan semula anak itu kepada ALLAH , serahlah kepada ALLAH , yang MAHA MEMILIKI anak itu . 

Ada orang kehilangan harta benda - 1000 nilainya , 2000 , 3000 , 4000 hatta 100000 hatta berapapun , kalai kita yakin bahawa itu milik ALLAH dan sudah tiba masanya untuk ia kembali kepada ALLAH 


# MENGAPA HARUS BERDUKACITA ? 

" (Sifat orang beriman , sifat orang yang takut kepada ALLAH , sifat orang yang tunduk kepada ALLAH) , ialah mereka yang bila ditimpa musibah atau bencana , (apa pun bentuk musibah dan bencana itu) , mereka berkata : ' Kita datang dari ALLAH , akan kembali kepada ALLAH ' " 

(Al-Baqarah 2:156)


Hasbi Rabi jallallah 
(Memadailah bagiku ALLAH)

Maa fi qalbii ghaurullah 
(Tiada di hatiku selain ALLAH)

dan Muhammad Rasulullah 
(Muhammad pesuruh ALLAH)



Sumber : Buku berjudul Jangan Bersedih [Zikir Munajat & Tazkirah] . Penulis , Dr Badrul Amin Bahron . 


p/s : Ia peringatan buat saya dan semua . Jadi kita ni semua milik ALLAH yang MUTLAK . Dari-Nya juga kita pergi dan dari-Nya juga kita akan dikembalikan . Wallahualam .

JAZAKALLAHU KHAIRA , SEMOGA BERMANAFAAT !