Was-was nak guna troli/bakul di pasar raya untuk meletakkan barangan yang dibeli ?

As'salamualaikum , 


Soalan : 

Perkara seperti ini mungkin nampak remeh bagi kebanyakan orang tetapi tidak bagi saya yang begitu teliti dalam kehidupan berkeluarga . Selalunya apabila kita pergi membeli belah di pasar raya , kita selalu menggunakan troli barang atau bakul yang telah disediakan . Apa yang saya khuatirkan ialah kemungkinan troli tersebut telah digunakan oleh pelanggan (non Muslim) yang menggunakannya untuk meletakkan barangan yang tidak halal seperti daging khinzir ataupun minuman keras . Perlukah disamak semua barangan yang telah saya beli disebabkan penggunaan troli oleh pelbagai jenis golongan . Harap ustaz dapat meleraikan masalah ini . 


Jawapan : 

Mengenai soalan menggunakan troli yang dikhuatiri telah digunakan untuk membawa barangan yang najis seperti daging khinzir , perlu diketahui bahawa ulama besar Islam dalam memutuskan sesuatu hukum itu telah mempertimbangkan banyak aspek dan menggunakan kaedah-kaedah seperti : 

Hadis sahih yang maksudnya : 

" Tinggalkanlah perkara yang meragukan dan buatlah perkara yang tidak meragukan " 

Firman ALLAH S.W.T yang bermaksud : 

"  ALLAH tidak membebani seseorang kecuali perkara yang dapat dilaksanakan " 

dan 

Firman-Nya yang bermaksud : 

" ALLAH tidak menjadikan agama (ISLAM) ini menjadi sesuatu yang susah . 

Juga 

Hadis sahih ada menyatakan yang bermaksud : 

" Mudahkanlah , jangan menyusahkan , berilah khabar gembira , jangan membuat mereka lari " 


Adakah kita YAKIN semua troli atau bakul itu telah digunakan untuk membawa najis mughalazah ? Takkanlah setiap kali hendak guna troli atau bakul di pasar raya , kita akan bertanya pada pekerja , siapa yang telah menggunakannya dan apa barangan yang dibelinya ? Perasaan was-was mesti ada tetapi biarlah kena pada tempatnya . 

Hukum ISLAM memang adil dan saksama . Ia tidak dikenakan kepada perkara-perkara yang susah untuk dilaksanakan atau melakukannya pada perkara yang tidak jelas kepastiannya . Jadi , perihal troli tersebut ; 

Apakah anda pasti ia telah digunakan membawa benda najis dengan melihat sendiri dan adakah nampak bekas najis tersebut pada troli tersebut ? Apakah najis tersebut dalam keadaan basah yang melekat pada makanan yang kita akan makan atau makanan/barang terbungkus dengan selamat dalam beg plastik ? 

Tinggalkanlah perkara yang meragukan keraka jika setiap sesuatu itu hendak diteliti dengan mendalam , pasti kehidupan kita akan jadi lebih rumit dan menyusahkan 

Saya bagi satu contoh yang paling senang untuk dijadikan panduan . Katakanlah anda berjalan waktu hujan dan terkena air yang bertakung di jalan atau lopak yang anda sendiri tidak pasti apakah air tersebut mengandungi najis atau tidak . Jika anda was-was dan ingin menanggalkan pakaian yang terkena air tersebut ataupun membersihkan bahagian yang terkena air itu , adalah DIGALAKKAN kerana ISLAM itu agama yang bersih dan sukakan kebersihan . Tetapi jika keadaan tidak mengizinkan kita untuk berbuat begitu seperti faktor masa dan tempat disebabkan ingin bersolat dan tidak mempunyai pilihan lain , maka dibolehkan memakainya untuk bersolat jika kita yakin bahawa pakaian tersebut tidak terkena najis . Wallahu Taala A'lam .




Sumber :  Buku berjudul 'Mencari Redha-MU' . Siri soal jawab . Oleh penulis dan pendakwah bebas daripada Ustaz Noor Hisham Ismail . 

Harry potter and deathly hallows

As'salamualaikum , 

Okay selamat malam . Lepas balik kerja petang tu , tekan-tekan rimut tv . Tengok-tengok cerita . Jumpa-jumpa cerita Harry potter ni HA ! Pertama kali tengok ok bolehlah . Tapi tak banyak sangat . Tak ekstrem sangat . Ya , part I katakan . So , part II tak tengok lagi . Tengok macam banyak lagi ekstrem . Yola , peminat ekstrem walau tak logik nak juga tengok . Macam avatar pula . Jangan percaya sudahlah . Kungfu , PUISH PUISH suka juga . Tembak-tembak ? DUSH DUSH . Okay , walau tak pernah pegang senapang atau pistol betul . PLKN tak dapat , kalau tidak boleh dah pegang senapang betul . Askar sementara kat sana . Diajar oleh jurulatih yang berpengalaman kan (:



Entah sejak bila boleh minat cerita ni ? Ketagih ? Belum cuma minat sahaja . Okay faham betul-betul ayat tu . Cerita ni macam tergantung sebab ada part II dia . Jadi yang part I ni sedih juga . Ramai tolong potter ni . Ada yang mati sebab tolong potter ni . HUHU . Okay , tak tahu nak cerita macam mana . Tak tengok lagi part II , macam mana pula . 




Ada kata orang atas ni hensem . Okay saya senyum je (: 


p/s : Tengah melayan tv ni . Akak kesayangan saya sudah tidur . TAMAT

Ceria

As'salamualaikum , 

Telefon lapuk berwarna merah hitam disebelah kanan tangan berlampu , tanda ada mesej yang masuk . Silent biar macam tersembunyi sikit . 


Mesej terima ; 

Em , rindu awak jadi orang yang ceria . 


Mesej balas ; 

Dulu saya macam happening . Huhahuha . Tapi sekarang saya macam pendiam . Tapi ada baiknya kan ? 


Mesej terima ; 

Belum dijawab . . .


Mengikut di atas , bukan nak kata diri saya ni pendiam nampak baik . Bukan ! Tapi sampai dah ada yang menegur . Kenapa ni ? Awak ada masalah ke ? Diam aja ? Saya tak nak juga bersangka buruk pada orang yang bertanya kerana dia telah ambil berat tentang diri saya sendiri walau mungkin waktu itu dia ada masalah tapi masih tetap niat nak membantu saya terutama ahli keluarga saya , sahabat-sahabat saya , kakak-kakak saya dan sebagainya . Dulu memang berbeza dengan perangai serba-serbi keanakkan walau sekarang belum menjangkau 18 tahun namun kematangan perlulah ada . Baik , matang tak semestinya pada rupa . Itu kira bonuslah . Tapi cara pemikiran , tindakan , apa yang betul atau tidak . Hum , saya sekarang kenapa lebih berterus-terang ? Apakah bagus cara ini ? Untuk hal yang baik boleh kah ? 

Hati tertanya , persoalan yang terbuku dalam hati hanya ALLAH yang MAHA MENGETAHUI . Bila diluahkan , memang saya sendiri tidak tahu jawapan sebenarnya . Mana yang benar tapi ALLAH MAHA ADIL kan ? Masa yang ditunggu , dengan cara ini ALLAH nak ajar saya erti kesabaran . Ya , berkenalan dengannya bukanlah perkara mudah . Bukan mudah untuk dicorak , bukan mudah nak fahami . Diri sendiri tidak tahu , apa yang dilihat benar ? Hem , diri sendiri cuba untuk tidak ambil tahu dengan berdiam diri . Boleh ? Bukan sombong , tapi biar diri belajar nak berdiam diri . Berdiam , dengan cara ini hanya doa dapat diiringi . Ikhlas dapat dibentuk . Redha serta pasrah turut sama menjejaki . Air mata berlinangan , hati merintih . Biarlah , ikut haluan ALLAH beri . 

Biar terbuka hati , berlapang dada ini menerima . Bergetar untuk menulis , membalas mesej selepas ini . Apa biar telefon dimatikan atau langsung tidak mengfungsikannya lagi ? Laman sosial lain sudah berjaya . Lepas ini apa lagi . Menghidupkan kembali telefon seperti hadiah . Kejutan datang dengan mesej yang tidak disangka . Ohh , berterus terang walau terluka . Jangan selindung apa-apa . 


Mesej dihantar ;
Tak ada siapa teman kita ?

Mesej diterima ;

Tidak , kita ada Dia , ALLAH maksud kita . 


Mesej dihantar ; 

Ya . Benar , ALLAH tetap ada untuk kita .


Innalaha Ma'ana . ALLAH sebaik-baik penolong . 



Salam semesra angin malam , 

Yang menghembus lembut bersama segarnya embun , 

Moga menyulam rindu penyegar , 

Ukhuwah fillah antara kita berdua 

[ Salam Mahabbah daripada hamba ALLAH ]

 HIDAYAT ALLAH PERLU DICARI , BUKAN DINANTI




p/s : Mesej dari seorang kakak yang saya selalu bergaduh manja . Inspirasi daripada semua yang dikenali . Wallahualam .

ALLAH sebaik-baik penolong

As'salamualaikum , 

Alhamdulillah , syukur kepada ALLAH S.W.T masih memberi saya keizinan untuk kita berdoa , memohon ampun dan memperbaiki kesalahan diri sendiri . Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W yang kita sayangi . Doa buat ahli keluarga Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat Nabi Muhammad S.A.W yang kita sama sayangi juga justeru menjadi ikutan buat kita sebagai umat ISLAM . 

Hari ni 28/2/2012 . Okay , tak lama lagi dah nak ambil keputusan SPM . Apa rasa ? Gementar ayat biasa ? Okay , sangat gementar . Katanya 22/3/2012 ini akan keluar . Memanglah saya sendiri tak tahu keputusan saya macam mana . Di kelilingi sahabat-sahabat yang sangat cerdas pemikirannya dan akal fikiran dalam belajar . Mudah-mudahan keputusan yang keluar sangat dapat menampung kami memasuki mana-mana Institu Pengajian Tinggi yang sesuai buat kami . ALLAH dah tetapkan jadi , bimbinglah kami yang lemah ini IKHLAS & REDHA terimanya dengan baik (: . Amin Ya ALLAH . 

" Orang yang terkaya adalah orang yang menerima pemberian (takdir) daripada ALLAH dengan senang hati " 

(Ali bin Husien)

Jadi , teringat borang UPU yang sekarang fasa-2 kini suda dibuka . Fasa-2 menyuruh mantan SPM seperti kami mengisi Universiti mana ingin kami pilih . Jadi sebenarnya saya sangat inginkan ditempatkan dalam kalangan suasana yang harmoni dengan sifat ISLAM . Kerana siapa tidak takut alpa dengan godaan syaitan . Hem , kalau waktu solat pun syaitan boleh ganggu . Apa lagi di waktu lain ? ALLAH nak uji . Setinggi mana keimanan kita pada ALLAH , TUHAN SEMESTA ALAM . Ujian yang datang , tanda ALLAH sayangkan kita . Cuma saya dan diri kita sendiri lihat ia lain . Astagfirulahalazim . Jauhnya kita melencong , padahal ALLAH nak bagi yang baik kenapa kita tolak .

Abu Hurairah ra berkata , sabda Nabi Muhammad S.A.W : 

" Siapa yang dikehendaki oleh ALLAH padanya suatu kebaikan maka diberinya cubaan "

Jadi saya sendiri bukan mudah nak terima kadang-kadang . Hem , tapi kalau ALLAH beri ujian nak kita matang dan faham serta berfikir dengan akal yang waras . Kalau kita tak diberi ujian , kita akan buat sesuka hati kat dunia . Tak ada warna dalam hidup . Tapi dengan ujian , kita akan berhati-hati selalu . Satu cara yang saya dengar , apa perkara yang kita lakukan , kita fikir kalau Nabi Muhammad S.A.W junjungan mulia berada bersama kita waktu tu , apa akan Baginda Nabi Muhammad S.A.W katakan . Benar atau salah perbuatan kita tu ? Saya kata pada diri sendiri , ikut haluan ALLAH dah beri dan jangan terlalu fikirkan sesuatu yang tidak perlu sebenarnya bahkan mungkin boleh jatuhkan iman kita . Nauzubillah . Jauhkan kami semua Ya ALLAH , Yang MAHA MENDENGAR doa kami ini . 

" Apabila kamu terlanjur melakukan suatu dosa , maka janganlah kamu jadikan ia sebagai sebab kamu patah hati daripada beristiqamah bersama Tuhanmu , kerana kadang kala ia merupakan dosa terakhir yang ditakdirkan ke atas kamu " 

(Ibn Athoilah) 



Semua orang pernah lakukan dosa kerana kita manusia bukan maksum . Namun , saya sendiri nak berubah juga ke arah baik . Bila lihat orang buat baik , cemburu pun ada . Tengok muka dia bersih bersinar . Mesti Iman dia kuat sangat . Hem , terfikir apa ALLAH akan ampuni kita . Tapi kenapa sikit sekali kita merintih padaNya kerana itu sahaja tempat kita memohon pada ALLAH S.W.T . LaillahailALLAH . Tiada Tuhan selain ALLAH . 

Tika hati rasa gundah , 

Biarlah ALLAH jadi penenang , 

Tika jiwa rasa sunyi , 

Biarlah Al-Quran jadi hiburan , 

Bila diri rasa sepi , 

Cukup ALLAH sebagai peneman . 


p/s : Aku terima mesej dia . Entah apa ingin aku jawab , aku berdiam dan terus berdiam . Jalan penyelesaian . Wallahualam . Terimalah Taubat hambaMu yang hina ini Ya ALLAH . Amin . Inspirasi dari sahabat handai juga ini . 


Entri lain : 

La Tahzan, Innallaha Ma'ana. 

Apabila Akar Tidak Kuat Mencengkam

               Madihah diapit ibubapa di hadapan rumah yang membina dirinya selama 18 tahun


As'salamualaikum , 

“Makcik takde petua apa, semua gurunya yang didik. Dia tak pernah menangis depan Makcik, tapi Makcik selalu nampak dia menangis tengah malam ketika solat Tahajud,” kata ibu Nik Nur Madihah, pelajar cemerlang SPM 2007 (20A).

Ogos ini Madihah akan terbang ke UK untuk menyambung pelajaran dalam bidang Fizik. Kata bapanya, dia tidak akan bimbang kerana yakin Madihah dapat mengekalkan imej Muslimah hasil asuhan guru-gurunya di Maahad Muhammadi Perempuan, Kelantan.

Dalam catatan pengalaman saya menulis biografi gadis ini, saya yakin Madihah dapat melalui cabaran fenomena di Langit British. Tinjauan singkat saya ke mukim tarbiah Maahad Muhammadi Lil Banat menemukan insan-insan bergelar ‘ibu’ yang hebat. Merekalah yang diamanahkan ibubapa para pelajar untuk mengasuh dan mendidik, bukan sekadar mengasah otak untuk abjad A.
 
Setiap pagi, para pelajar memulakan pengajian dengan doa penerang hati, nama-nama ALLAH dan selawat. Para pelajar diwajibkan menutup aurat dan diterangkan peri pentingnya menjaga syariat dan menjunjungnya di mana-mana. Dalam program Usrah dan halaqah, para pelajar mendalami agama luar bilik darjah. Mereka dikhabarkan tentang akidah, syariat dan akhlak dalam rangkuman yang tidak dipisah-pisahkan. Mereka juga disibukkan dengan aura qiyamulail, muhasabah dan ilmu. Natijahnya, di mana mereka berada, para pelajar ini menjadi muslimah yang baik.

Inilah akar yang menunjangi jiwa-jiwa para pelajar cemerlang angkatan Maahad Muhammadi Lil Banat. Madihah atau Siti Fatimah (Pelajar terbaik SPM 2006) tetap menjadi ciri yang sama walau mereka telah mencorak dunia akademia luar.

Semoga mereka terus kukuh sebagai Muslimah sejati yang dianugerahkan Allah dengan otak yang cerdas. Merekalah harapan pewaris bangsa di bumi yang meletakkan Islam sebagai agama utama.

Ingatlah, apabila Akar akidah tidak kuat mencengkam dalam diri, maka natijahnya akan rosaklah peribadi. Kala itu, walau cerdas mana sekalipun, kau sudah di barisan perosak agama dan hanya Tuhan dapat membantumu kembali ke jalan lurus.

Sumber : ummuhani


p/s : Ambil yang baik . Kebaikan yang orang lain contohi jadikan motivasi dalam diri bukan untuk diejek kata dia belagak atau apa . Jangan kita sombong pada kebaikan tapi kawan dengan kebaikan . Kata salah seorang cikgu saya , kita banyak membaca kejayaan orang lain menjadikan diri nak jadi macam dia . Pembakar semangat bukan niat nak bermegah atau apa . Niat ikhlas nak belajar + tambah ilmu kerana ALLAH S.W.T . Semoga menjadi tauladan buat saya dan juga semua sahabat yang saya sayangi . Wallahualam . JazaakALLAHu Khaira .

Seminar Productive Muslim



As'salamualaikum , 

Salah sebuah website kegemaran saya adalah Productive Muslim, dalam website ini banyak menerangkan mengenai bagaimana seseorang itu menjadi lebih produktif sebagai muslim. Saya juga sangat meminati video-video youtube yang mereka hasilkan. Ringkas, padat dengan mesej Islam yang jelas.

Saya baru mendapat email daripada rakan saya, Abu Productive (Pengasas dan CEO Productive Muslim) mengenai satu seminar yang mereka akan adakan di Malaysia. Mungkin ini satu peluang menarik bagi usahawan-usahawan Melayu menyertainya. Di bawah adalah poster seminar tersebut.



Rebutlah peluang ini, setidak-tidaknya lawatlah productivemuslim.com 


Sumber : Blog Shahabudeen Jalil


Anda boleh melayari di sini juga ; 



p/s : Okay , sebenarnya ternampak dekat surat khabar kosmo . Hari ini tarikh tamatnya . Masa 9 pagi - 5 petang . Tempat di Kuliyyaj ICT , UIAM . Memang sayang sangat sebab baru perasan . Tapi moga dengan program sebegini menaikkan semangat kita dengan sentiasa menyokong . Fikir ia bukan untuk kita seorang sahaja tapi semua ukhuwah . Semoga ISLAM menjadi sebegitu harmoni . Amin (':

Muzik dalam ISLAM





As'salamualaikum ,


Soalan ; 
Saya sudah lama berniat untuk belajar bermain gitar untuk hiburan diri saya sendiri apabila saya memerlukannya (sekadar untuk menghiburkan hati dan tidak keterlaluan) . Tapi niat saya terbatas kerana saya pernah dengar bahawa hukum bermain alat muzik bertali adalah haram . Saya ingin mendengar penjelasan Ustaz sendiri mengenai hal ini dan bolehkah ustaz membawa dalil yang kuat untuk hal ini. Terima kasih ustaz . 


Jawapan ; 

Waalaikumusssalam , 

Tidak ada sebarang nas yang menyebut tentang gitar dengan jelas didalam hadith-hadith soheh . Kerana itulah berlaku khilaf dikalangan ulamak-ulamak tentang hukum bermain gitar ini . Ada yang mengharamkannya sama sekali samada menyebabkan lalai atau pun tidak. Ada yang mengharuskannya dengan alasan tidak memberi sebarang kemudaratan.


Pendapat setengah ulamak pula mengharuskan bermain dengan syarat :
  1. Untuk sekadar hiburan sendiri sahaja.
  2. Tidak bercampur dengan perkara-perkara yang haram seperti dadah, perempuan atau seumpamanya
  3. Tidak dijadikan sebagai sumber pendapatan.
  4. Tidak lalai daripada kewajipan dan tidak menyebabkan orang lain jadi lalai.
Jika saudara ingin bermain juga maka pendapat terakhir ini adalah elok untuk di ikuti. Janganlah sampai tak hadir ke surau dan masjid untuk belajar agama disebabkan oleh permainan. Hiburan diharuskan oleh Islam hanyalah untuk menghilangkan rasa jemu atau bosan bukannya dijadikan perkara penting dalam kehidupan.
Jika hanya berhibur tapi tak pernah hadir ke masjid dan surau untuk solat dan belajar agama maka jelaslah ini adalah hiburan yang diharamkan oleh Islam.

DI JAWAB OLEH USTAZ AZHAR IDRUS 

Sumber : cahayaislam.net

Beliau bernama pendidik

As'salamualaikum , 

Aku berkenalan dengan beliau . Aku sayang beliau . Beliau sangat mengambil berat tentang aku . Aku takut kalau gara-gara aku beliau berbuat dosa ? Aku tak tahu apa akan jadi lepas ini . Namun , aku hendak jadi seperti beliau walau aku cemburu sebenarnya . Ya , malu rasanya bila dapat jumpa dengan beliau . InsyaALLAH dengan izin ALLAH . Beliau kalau boleh nak aku ikut apa yang beliau buat . Nak sama-sama dapat apa yang beliau dapat . Tak kedekut dengan benda baik . Kalau boleh beliau nak ajak aku pergi sana duduk sama-sama kat sana dengar halaqah kat sana . Tapi memandangkan jarak yang agak berbeza . Huhu , dengan twitter , telefon , blog dapat kami hubungi . Mudah-mudahan beliau sihat di sana . Beliau sudah berjaya , sudah menjadi seorang pendidik . Anak murid beliau sangat sukakan beliau . Beliau sekarang sudah bergelar guru yang sampai akhir hayat , akan dipanggil guru . Moga segala bekalannya di dunia menjadikannya sangat beruntung di akhirat . Amin . 

Moga beliau sentiasa teguh imannya menjadi seorang hambaNya , umat Nabi Muhamamd S.A.W yang kental jiwanya , anak buat ibu bapa , sahabat buat sahabatnya yang lain , pendidik , pendakwah dan sebagainya . Apa yang baik segalanya datang dari ALLAH . Beliau sangat kuat matlamatnya , kejar hidup sampai jauh dari keluarga . Aku bukan ingin memuji beliau tapi sebagai semangat untuk aku juga lepas ini . Memang kehidupan tidak seperti yang dibayangkan . Indah semuanya ? Tapi dengan kesemua yang diberikan indah dari ALLAH , hanya dengan mata kasar berkata tidak bukan ? Nafsu , aku juga begitu . Hem , maafkan hambaMu ini Ya ALLAH .

Kepada beliau .  Moga ALLAH memberkati dirimi sekeluarga & orang disekelilingmu .

Ini blog beliau Perjalanan Mencari Tuhan 




p/s : Moga saya dimaafkan . Aku cinta Islam . I like being a Muslim & Muslimah . Wallahualam .

Baju dia kotor

As'salamualaikum , 

Sepasang suami isteri baru sahaja berpindah ke rumah baru . Setelah memindahkan kesemua perabot dan barangan , si isteri memilih satu sudut yang menghadap tingkap bagi meletakkan meja tulis . 

Di situlah nanti dia akan menghabiskan masanya dengan menulis dan mengemas kini blognya memandangkan dia suri rumah sepenuh masa . 

Sambil menulis , dia dapat memerhatikan segala gelagat jirannya dari tingkat dua pangsapuri yang disewa . Apatah lagi kawasan yang didiaminya itu kawasan yang terkenal sebagai kawasan yang berpenduduk padat . 

Pada suatu hari , dia ternampak jirannya menjemur baju . Tetapi ada sesuatu yang tidak kena . Apabila suaminya pulang , diceritakan kepada suaminya perihal jirannya itu . 

" Saya rasa jiran kita tu tidak reti mencuci bajulah abang , " luahnya kepada suami , satu-satunya teman berbual . 

" Kenapa sayang cakap macam tu ? " 

" Sebab saya nampak baju-baju yang dia jemur macam kurang bersih . Masih ada lagi kotoran yang melekat " 

" Oh , " balas suaminya ringkas sambil mencuri pandang ke arah tingkap . 

Setelah seminggu berlalu , si isteri bercerita lagi kepada suaminya , " Jiran kita tu dah reti cuci baju . Saya tengok baju yang dia jemur tu bersih . Tidak macam biasa " 

Suaminya terangguk-angguk . 

" Masalahnya bukan jiran kita tu tidak tahu mencuci baju atau cuci baju ala kadar , tetapi masalahnya ialah tingkap kita ni yang kotor . Hari Ahad hari tu abang dah cuci tingkap tu sampai bersih berkilat , "  jelas suaminya . 



PENGAJARAN ; 

Satu jari telunjuk yang menuding ke arah orang lain , hakikatnya empat lagi menunjuk ke arah diri kita sendiri . Sebelum menyalahkan orang lain atas sesuatu yang kita sendiri belum jelas tentangnya , koreksi diri kerana kita juga ada kesalahan sendiri .


Sumber : Majalah Solusi isu no 38 m/s 112 . 

p/s : Tanpa kesalahan kita tidak tahu apa salah kita . Jadi , saya juga sebagai HambaNya haruslah sentiasa memikirkan kesalahan diri kerana kita ini tak sempurna . Ya ALLAH , ampuni hambaMu yang lemah ini . Bukakan pintu hati hambaMu yang lemah ini . Amin .

Hukum menziarahi kubur

As'salamualaikum , 

Soalan ;

Apakah HUKUM menziarahi kubur ?


JAWAPAN ;

Menziarahi kubur adalah sunat malah Nabi Muhammad S.A.W menyuruh umatnya menziarahi kubur . Dahulu , memang Nabi Muhammad S.A.W melarang menziarahi kubur , kemudian larangan ini dimansuhkan . 

Sabda Nabi Muhammad S.A.W : 

Maksudnya : " Sesungguhnya aku dahulu melarang kamu menziarahi kubur , ingatlah sekarang ziarahlah kubur kerana sesungguhnya menziarahi kubur boleh mengingatkan kamu akan hari akhirat " 130

Hadis ini menjelaskan hukum sunat ziarah kubur dan tujuannya ialah untuk mengambil iktibar dan peringatan . Sunat bagi orang yang menziarahi kubur membaca doa berikut yang maksudnya ; 

Maksudnya : " Selamat sejahtera untukmu , wahai penduduk kampung daripada kalangan orang Mukmin dan Muslim . Sesungguhnya dengan izin ALLAH , kami akan menyusulmu , kami memohon kepada ALLAH untuk kami dan untuk kami agar diberi keselamatan " 131

Sumber : Buku berjudul ' SOAL JAWAB REMEH TEMEH TENTANG AKIDAH TAPI ANDA MALU BERTANYA ' . Penulis , Nik Abdul Rahim Nik Abdul Ghani .

 BAGAIMANA KEADAAN KITA DI SANA . YA ALLAH , HEM .


Anda juga boleh melihat di sini ;

Hukum menziarahi kubur bagi wanita |

| Membaca Ta'awudz ketika melintas kuburan  |

Ya RASULULLAH S.A.W yang MULIA & TERPUJI




As'salamualaikum ,

Kata-kata ustaz berdekatan surau saya ketika tazkirah mengenai ' Baginda RASULULLAH S.A.W yang MULIA dan TERPUJI , apa yang dapat saya ambil dari kata-kata beliau adalah ;

# Orang ISLAM lebih baik dari segalanya kerana ISLAM agama yang TERBAIK 

# ISLAM mesti AMANAH dalam semua hal 

# Orang yang BERIMAN tidak rasa BEZA dengan lain tapi merasa sama semuanya kerana kita ini HAMBA ALLAH yang MAHA SATU . Contohnya , kita makan sepinggan dia pun makan sepinggan . Jadi ? Tiada BEZA . 

# ISLAM agama yang BENAR . TIADA KERAGUAN !

# Tidak kenal NABI MUHAMMAD S.A.W >> BERDOSA <<

# Tidak cinta NABI MUHAMMAD S.A.W tidak sempurna ISLAM dalam diri kita .

# Kisah kecintaan SAHABAT NABI MUHAMMAD S.A.W yang MULIA kepada NABI MUHAMMAD S.A.W sangat HEBAT . Perlu kita baca termasuk saya .

# CINTA ORANG BERIMAN , masing-masing menghargai satu sama lain . 

# Tak mungkin jadi ISLAM TANPA AMAL ! 

# Kembalilah ke ajaran ISLAM yang SEBENAR yakni mengikut AL-QURAN dan HADIS . Tanpa hadis tidak lengkaplah . 

# Jaga WUDUK ; Muka dan tangan akan BERSINAR  di akhirat . 

# Kepada IBU dan BAPA ; Jangan hanya memberi anak makan sahaja mencukupi tapi memberi PENDIDIKAN AGAMA juga perlulah + MENCUKUPI .

# Cinta pada SUNNAH NABI MUHAMMAD S.A.W tanpa mengira sangat apa yang kita lakukan . Jika ikhlas kerana ALLAH , maka ia satu IBADAT buat kita . Amin . 


Ya Rasulullah

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim ( 2X )

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya tuhan saja yang tahu

Kutahu cintamu kepada umat
Umati kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu

Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu
Sumber : Sang Humaira

Wasiat Rasulullah s.a.w kepada Para Sahabat

As'salamualaikum , 

Wasiat pertama kita pada kali ini adalah daripada hadis musalsal mahabbah . Berkata Sheikh Dr. Mahmoud , diriwayatkan daripada guruku Syeikh Muhamad Yasin al-Fadhani al-Jawi , daripada gurunya , Sayidina Mu'az bin Jabal bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda kepadaku , maksdunya ; 

"  Wahai Mu'az sesungguhnya aku mencintaimu , maka ucaplah : 

' Ya ALLAH , tolonglah hamba untuk berzikir pada-Mu , mensyukuri-Mu dan baik beribadat pada-Mu ' (Riwayat Abu Daud) " 

Kemudian , antara wasiat-wasiat Rasulullah s.a.w yang Baginda wasiatkan kepada sahabat mulia Sayidina Abu Zar al-Ghiffari , bahawa Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya : 

" Aku berwasiat kepadamu untuk bertakwa kepada ALLAH . Sesungguhnya takwa perhiasan bagi semua perkerjaanmu . Hendaklah engkau membaca Al-Quran dan berzikir mengingati ALLAH . Jika kamu berzikirr mengingati ALLAH , sesungguhnya itu adalah zikir (sebutan) namamu di langit dan cahaya untukmu di bumi . 

" Dan hendaklah engkau , wahai Abu Zar , panjang diamnya , kecuali berkata yang baik . Sesungguhnya diam itu menghalau syaitan daripadamu dan diam itu menolong kamu untuk mengerjakan pekerjaan agamamu . Janganlah sekali-kali kamu , wahai Abu Zar , banyak ketawa kerana sesungguhnya banyak ketawa itu mematikan hatimu dan menghilangkan cahaya wajahmu . Dan hendaklah engkau mujahadah melawan hawa nafsumu . 

" Sesungguhnya mujahadah melawan nafsu itu adalah kewalian umatku . Hendaklah engkau mencintai orang miskin , duduklah bersama mereka kerana mereka pada hari kiamat esok , mempunyai daulat yang besar . Wahai Abu Zar , pandanglah orang dibawahmu , jangan engkau pandang orang diatasmu , maka yang demikian itu terlebih sayugia untukmu agar kamu tidak meremehkan nikmat yang ALLAH berikan kepadamu 



" Wahai Abu Zar ; hendaklah kamu bersilaturahim dengan kerabatmu , meskipun mereka memboikotmu , dan hendaklah kamu berkata yang hak , walaupun kebenaran itu pahit . Kebenaran itu ialah apa-apa yang datang kepadamu daripada ALLAH s.w.t . Dan janganlah kamu takut golongan yang mencerca dan mengkritikmu . 

" Wahai Abu Zar , janganlah kamu berkata orang lain apa-apa yang ada pada dirimu sendiri . Cukuplah bagi seseorang itu menjadi pengecut bilamana dia ada tiga sifat ini ; tahu apa yang ada pada semua orang lain , tetapi tidak tahu apa yang ada pada dirinya ; malu orang berbuat sesuatu sedangkan dia juga melakukannya dan menyakiti makhluk . 

" Wahai Abu Zar , tiada akal yang terlebih baik daripada tadbir dan tiada warak yang lebih baik daripada menahan diri daripada menyakiti orang lain . Tiada kebaika yang terlebih baik daripada akhlak yang mulia " 


Jadi marilah kita sibuk dengan diri kita sendiri , sebelum sibuk dengan kesalahan dan kelemahan orang lain . Jika rumah kita dibuat daripada kaca , janganlah kita melempar orang lain dengan batu . Semoga ALLAH s.w.t memberikan kita hidayah dan taufik-Nya . Amin .



Sumber : Majalah Solusi isu no 50 m/s 27 . Cerna Minda daripada Ir. Ahmad Jais Alias Al-Syazili .

Syurga dan neraka telah wujud sekarang

As'salamualaikum , 

Soalan : 

Adakah ALLAH telah menciptakan syurga dan neraka ? Adakah kedua-duanya telah wujud sekarang ?


Jawapan : 

Ya , syurga dan neraka telah wujud sekarang . Dalilnya ada dalam Al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad s.a.w . 

Firman ALLAH s.w.t dalam surah Ali 'Imran ayat 131 : 

Maksudnya :  Dan peliharalah diri kamu daripada api neraka , yang telah disediakan bagi orang kafir . 

Maksud " telah disediakan " ini menunjukkan telah wujud . 

Firman ALLAH s.w.t tentang syurga dalam surah Ali 'Imran ayat 133 : 

Maksdunya : Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan daripada Tuhan kamu dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi yang telah disediakan bagi orang yang bertakwa .

Manakala hadis Nabi s.a.w pula telah sabit dalam Sahih Bukhari dan Muslim mengenai kisah gerhana matahari , Nabi s.a.w mendirikan solat lalu dibentangkan kepada Baginda syurga dan neraka . Nabi s.a.w telah menyaksikan syurga sehingga Baginda ingin mencapai tangkai anggur SYURGA

Kemudian , Nabi s.a.w lupakan hasratnya tadi . Nabi s.a.w juga menyaksikan neraka dan dapat melihat Amru bin Luhayy Al-Khuza'iyy sedang menarik tali ususnya di dalam neraka . Ini kerana ususnya terburai di dalam neraka akibat diseksa . Amru ialah orang pertama yang memasukkan SYIRIK ke tanah Arab . 

Nabi s.a.w juga melihat perempuan diseksa kerana sebab mengurung seekor kucing tanpa memberi makanan kepadanya . Ini semua menunjukkan syurga dan neraka telah wujud sekarang . Wallahualam .

Sumber : Buku berjudul 'SOAL JAWAB REMEH-TEMEH TENTANG AKIDAH, TAPI ANDA MALU BERTANYA' . Penulis Nik Abdul Rahim Nik Abdul Ghani .




p/s : Moga bermanafaat dan sentiasa kita takut pada ALLAH . Ya ALLAH yang MAHA PELINDUNG , lindungi kami dari azab api neraka , mala petaka serta bencana dan azab kubur . Amin .

Hukum melihat aurat kartun





As'salamualaikum ,

Bismillahirahmanirahim , 

Alhamdulillah terjawab juga , apa-apa yang boleh membuat syahwat kita ini tinggi jadi tidak boleh sama sekali . Wallahualam . 

Cara yang betul untuk membasuh telekung

As'salamualaikum , 

(1) SOALAN

SAYA ingin tahu bagaimana cara betul untuk membasuh kain telekung. Adakah boleh dibasuh dengan memasukkan ke dalam mesin basuh atau perlu merendamnya terlebih dulu?

Ada sumber yang pernah saya dengar mengatakan lebih baik basuh telekung dengan tangan kerana dianggap lebih bersih.

Bukan telekung saja, malah kain pelekat ayah saya yang digunakan untuk solat juga dicuci dengan menggunakan kaedah sama. Harap Datuk boleh jelaskan.

DILLA

JAWAPAN
 

Menggunakan mesin basuh untuk membasuh pakaian yang tidak kena najis, tidak menimbulkan sebarang masalah, yakni pakaian yang dibasuh itu tetap suci hukumnya.

Namun yang timbul masalahnya apabila mesin basuh itu turut sama digunakan untuk membasuh pakaian bernajis atau yang kena najis.


Maka hukum pakaian yang dibasuh itu tidak suci, kerana pakaian yang kena najis itu dibasuh oleh perhimpunan air yang tidak sampai dua kolah dalam takungan mesin basuh itu.

Jika hendakkan pakaian itu suci, ia perlu dikeluarkan dan dibilas dengan air yang suci sekali lagi. 

Sumber : permasalahanfeqh 






(2) Mencuci Telekung Dengan Mesin Basuh 

SOALAN

Apa pendapat tuan tentang mencuci telekung dengan menggunakan mesin basuh? Sesetengah mengatakan tidak suci.  


Salmah, Segamat
JAWAPAN

Salah satu syarat sah solat adalah suci badan, pakaian dan tempat daripada najis, jika pakaian yang kita gunakan itu suci daripada najis maka ianya telah memenuhi syarat tersebut. Tidak kiralah dengan cara bagaimana kita membasuhnya, apakah dengan tangan, dengan mesin basuh atau memerahnya di sungai dan sebagainya. Haruslah dengan air yang mengalir. Jika dengan mesin, sekali dibilas dengan air sabun dan dua kali dibilas dengan air biasa, sudah pun memadai.

Sumber : darulnuman


p/s : Moga bermanafaat semuanya ya . InsyaALLAH . Wallahualam .  




Jangan bersedih , maafkan orang yang menyakiti anda itu lebih baik

As'salamualaikum , 

Alhamdulillah bertemu kembali kita dengan izin ALLAH . Segala apa yang kita dapati pada hari ini semuanya datang dari ALLAH kerana Dialah MAHA PEMURAH dan MAHA PENGASIH . Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad s.a.w yang MULIA dan TERPUJI . Begitu juga doa buat ahli keluarga Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat Nabi Muhammad s.a.w . Moga ditempatkan di dalam syurga ALLAH yang kekal abadi . Amin . 

Baiklah , siapa yang tak pernah disakiti kan ? Saya sendiri pernah disakiti dan menyakiti hati orang lain . Itu lah kesalahan saya sebagai manusia yang tak lekang dek kesalahan . Namun , ALLAH MAHA BAIK . ALLAH masih memberi peluang dekat kita semua untuk perbetulkan balik kesalahan yang kita kadang-kadang sengaja tak nampak atau buat-buat tak tahu sebenarnya . Sejak dua menjak ini , ujian silih berganti namun diri harus lawan dengan sepenuh tenaga yang diberikan oleh ALLAH s.w.t . Hem , namun diri tidak boleh menyalahkan sesiapa . Diri harus belajar memahami takdir bahawa hidup ini untuk MAHA HIDUP yakni ALLAH MAHA SATU . 

Pada perkongsian kali ini , saya ingin berkongsi tentang memaafkan orang yang telah menyakiti kita . Mungkin kita sendiri pernah menyakiti hati orang lain tanpa disedari dengan mata kasar kita . Namun hati orang siapa tahu kan ? Bukan mudah nak jaga hati orang lain kalau kita main belasah je setiap apa yang kita buat . 

" Berfikir dahulu sebelum lakukan " 

Saya pun apabila fikir balik , betul kata-kata ni . Kerana tida mustahil mungkin hanya dengan sebaris ayat boleh terjadinya kes membunuh , memaki hamun , dendam , membenci dan sebagainya . Amarah yang dikawal dengan nafsu akan terjadinya hal di atas . Seperti seorang sahabat baik saya ada mengatakan . Kata beliau 

" Jangan perasaan kawal kita , tapi kita mengawal perasaan " 

Seperti itulah . Jadi memang she banyak bantu saya . Tika saya sedih atau kemurungan saya luahkan pada dia , sebagai sahabat baik saya . Namun , luahan kepada ALLAH s.w.t juga jangan dilupa . ALLAH sukakan hambaNya yang memohon kepadaNya sebanyak mana pun . Seorang pendendam dan pendengki , iaitu orang yang menderita kerana memelihara dendam dalam hatinya . Jika ia ingin membalaskan dendamnya ia harus mengorbankan hatinya , dagingnya , darahnya , perasaannya , kedamainnya , ketenteramannya dan kebahagiaannya . Akhirnya hanya KERUGIAN yang akan diperolehinya . 

Dan sesungguhnya ALLAH Subhanahu wa Ta'ala telah mengkhabarkan kepada kita tentang ubat dan penyembuhan dari penyakit ini , sebagaimana di dalam surah Ali-'Imran , ayat 134 : 

. . . dan orang -orang yang menahan amarahnya dan memafkan (kesalahan) orang . . .


Jadilah kamu pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang ma'aruf serta berpalinglah dari orang-orang yang bodoh (Al-A'raf : 199) 

 . . . tolaklah (kejahatan) itu dengan cara yang lebih baik, dan tiba-tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-olah dia telah menjadi teman yang amat setia (Fushshilat : 34)




Sumber : Ambil pengisian Dari buku berjudul La-Tahzan Jangan Bersedih Dont be sad - Setelah kesulitan pasti ada kemudahan oleh penulis Dr 'Aidh bin 'Abdullah Al-Qarni .


p/s : Diriku harap agar beliau dirahmati oleh ALLAH . Diriku tidak mampu berbuat apa-apa selain doa untuk beliau . Buku yang tertulis namamu itu masih bersamaku dan akan ku simpan sampai bila-bila . InsyaALLAH . Wallahualam . JazaakALLAHu Khaira .

10 wasiat Imam Hassan Al-Banna

As'salamualaikum ,


10 Wasiat Imam Hassan Al-Banna

 

 
(1) قم إلى الصلاة متى سمعت النداء مهما كانت الظروف.

1. Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walau bagaimana keadaan sekalipun.

(2) أتل القران أو طالع أو استمع أو ذكر الله ولا تصرف جزءا من وقتك في غير فائدة.

2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis- majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.

(3) اجتهد أن تتكلم بالعربية الفصحى فإن ذلك من شعائر الإسلام.

3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.

(4) لا تكثر الجدل في أي شان من الشؤون أيا كانت فإن المراء لا يأتي بخير.

4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara, sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.

(5) لا تكثر الضحك فإن القلب الموصول بالله ساكن ووقور.

5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

(6) لا تمزح فإن الأمة المجاهدة لا تعرف إلا الجد.

6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

(7) لاترفع صوتك أكثر مما يحتاج إلية السامع فإنه رعونة وإيذاء.

7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu rasmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

(8) تجنب عيبه الأشخاص وتجريح الهيئات ولا تتكلم إلا بالخير.

8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.

(9) تعرف إلى من تلقاه من أخوانك وان لم يطلب إليك ذلك. فأن أساس دعوتنا الحب والتعارف.

9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.

(10) الواجبات أكثر من الأوقات فعاون غيرك على الانتفاع بوقته.وإن كان لك مهمة فأوجز في قضائها

10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.

 
# Jangan jadi jahil. Ilmu dah diberi, baca, fahami, dan amalkan. :)
# Jangan Lupa Sebar. Sebar Bahagia. ♥


Sumber : SINI & SebarBahagia & SINI JUGA
 

Hukum tidak memakai pakaian ketika solat bagi lelaki ?

As'salamualaikum, 
PENULIS: USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

Terdapat tegahan dari Nabi s.a.w. menyebutkan;

لاَ يُصَلِّي أَحَدُكُمْ فِي الثَّوْبِ الْواحِدِ، لَيْسَ عَلَى عَاتِقَيْهِ مِنْهُ شَيْء

“Janganlah sesiapa dari kamu mengerjakan solat dengan satu pakaian sahaja di mana tidak ada di atas bahunya satu pakaian pun” (HR Imam al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

Menurut mazhab Hanbali dan Hanafi : 
Tegahan hadis di atas menunjukkan kepada pengharaman. Jadi menurut pandangan ini; wajib ketika mengerjakan solat kita menutup atas badan kita dengan sebarang kain sekalipun nipis sekadar tidak menampakkan warna kulit.

Namun mazhab Syafi’ie dan Malik berpandangan
Larangan dalam hadis di atas hanyalah larangan makruh sahaja, tidak haram. Jadi, mengikut pandangan ini; kita disunatkan memakai baju atau menutup bahagian atas badan kita ketika solat dan jika kita tidak melakukannya tidaklah sampai berdosa atau sampai membatalkan solat asalkan kita telah menutup aurat yang wajib (iaitu dari pusat ke lutut).
Dalil pandangan kedua ini ialah; hadis dari Abu Hurairah r.a. yang menceritakan; seorang lelaki bertanya Nabi s.a.w.; ‘Adakah harus sesiapa dari kami menunaikan solat dengan hanya satu pakaian sahaja?’. Jawab Nabi s.a.w.;


أَوَ كُلُّكُمْ يَجِدُ ثَوْبَيْنِ

“Adakah ke semua kamu memiliki dua pakaian?”. (Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim)


Hadis ini memberi pengertian : 
tidak semua orang memiliki dua pakaian. Jadi jika diwajibkannya sudah tentu akan menyukarkan orang yang tidak mampu untuk menunaikan solat. 
Berkata Imam an-Nawawi :
hadis ini menunjukkan keharusan mengerjakan solat dengan memakai satu pakaian sahaja. Namun para ulamak sepakat bahawa; memakai dua pakaian adalah paling baik.

RUJUKAN: Syarah Soheh Muslim, Juz. 4, Kitab as-Solah, bab as-Solah Fi Tsaubin Wahidin
SUMBER LAIN : 
p/s : Sebenarnya , ia ilham dari adik saya sendiri . Muhammad Danish Hafiz Bin Roslan . Bukan nak berbangga tapi sebenarnya , budak kecil yang bersih jiwanya ini banyak sekali bertanya tentang Islam berbanding kita . Pernah ditanya oleh adikku , boleh ke solat pakai jam tangan ? SubhanALLAH , bagusnya kalau kita juga macam tu . Banyak bertanya tentang Islam , ia akan membuatkan diri sentiasa jatuh cinta lebih kepada Islam . JazaakALLAHu Khaira adik . Semoga ALLAH memberkatimu dan jadikan dirimu anak yang soleh . Amin (:  

K O O P

As’salamualaikum,

Alhamdulillah bertemu lagi kita kembali di sini . Syukur kehadrat ALLAH s.w.t kerana memberi kita peluang untuk melihat sendiri kelemahan diri dan terus memperbaikinya selagi nyawa masih diberi kesempatan . Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w  yang terpuji begitu juga ahli keluarga Rasulullah s.a.w dan para sahabat Rasulullah s.a.w . Semoga ALLAH menempatkan semua dalam syurga ALLAH yang telah ALLAH s.w.t janjikan . Sesungguhnya ALLAH Maha Menepati Janji .  Amin .

Petang tadi macam biasa , mula kerja di sekolah tersayang yang telah saya duduki sejak dari tingkatan satu hinggalah ke tingkatan 5 . Waa , sekolah ada juga berubah . Koperasi pun dah berubah . Kalau dulu simen yang sejuk , lepas tu dibaluti dengan tikar dan Alhamdulillah rezeki bertambah diganti dengan mozek yang berwarna pink . Dunia dah majulah kan ;D . Alhamdulillah , ALLAH permudahkan semuanya . Senang nak mop . HAHA . Tadi pun senarai barang nak beli alatan-alatan membasuh , mencuci , mengmop ni semua . Senarailah , macam tuala , detergen (pencuci lantai) , pewangi (tak kesah jenama apa janji wangi) . HEHE .



Okay , nak dikatakan biasalah budak-budak . Macam-macam kerenah ada . Kadang-kadang yang nak beli barang tu , yang tanya bukan tuan yang nak beli barang tu tapi kawan dia pula yang tanya . Tak apa , sama-sama susah dan senang kan ? Tapi satu yang bagusnya , budak-budak ni suka belanja kawan-kawan dia , kalau dia hutang duit dengan kawan dia , dia bayar . Its real , saya tengok sendiri depan mata . Ia terjadi depan koperasi tau tak T.T . Satu yang dapat lihat di sini , bagaimana kan kalau kita tak ada kawan ? Bosan ke ? Sunyi ke ? Hem , bagi saya kawan itu perlu ada . Sebab kita sebagai manusia saling memerlukan antara satu sama lain . Hidup kita pun , bergantung pada ALLAH , ALLAH tetapkan jadi saya sendiri bagi tahu kat diri ini , jangan sombong kalau orang buat baik kat saya . Jangan sangka buruk kata , dia ni tunjuk baik atau apa . Tapi kita contohi , InsyaALLAH okay (: . Kalau cemburu ? Cemburu kearah kebaikan tidak apa , melalui itu kita boleh contohi orang yang melakukan kebaikan itu .

Ada juga masalah yuranlah , resitlah tak bagi . Heew heew , pening tapi bagi menyelesaikan masalah pasti ada jalannya kan ? InsyaALLAH , cikgu pun kata kita tak nak bergaduh dengan parents so , satu jalan mudah ikut aja dan catat barang yang dia dah ambil walaupun bukti tidak kukuh dapat dilihat . Cehhwaahh , nak jadi peguam ke wahai fatin nur nabilah ? Heee , InsyaALLAH (; . Itulah ISLAM ITU MULIA & INDAH . Cikgu sangat-sangat bagi sokongan , adik-adik koperasi (pengawas koperasi) pun bagi kerjasama . Walau ada masalah sikit , tapi kalau dah diberi amaran sekali oleh cikgu , dia orang terus ambil langkah drastik . That’s the wright way (: . Yeah , manusia tak sempurna jadi dengan tidak kesempurnaan itu manusia saling membetulkan kesalahan . Cikgu-cikgu pun sibuk , sebab bukan satu tugas atau tanggungjawab nak kena pikul tapi banyak dan plus banyak . Apa lagi sebagai isteri kan ? Tapi itulah , kalau saya tengok pun dah penat apa lagi kalau situasi saya macam cikgu-cikgu saya ini . HUHU . Macam mana nak jadi SUPER WOMEN ni ! ;3 Ah , gediknya ~~

Tapi keseluruhannya , memuaskan . I give 4 bintang dari 5 okay ? 4/5 Alhamdulillah lah tuu . Dari tak bagi betul tak ? Mhuuaa , itulah bila dah kerja pupukan sifat

IKHLAS | AMANAH | TANGGUNGJAWAB | MESRA | BEKERJASAMA

Itulah salah satunya walaupun masih ada banyak lagi kan sebenarnya ? Yaa yaa , anda semua mesti tahu kan ? Apa perlu kita lakukan , muhasabah diri kalau sebelum ni , kita kerja tak ikhlas ke , ada cemburu dengan kawan-kawan lain ke sebab dia lebih rajin dari kita ke ? Sebab dia banyak dipuji oleh cikgu lebih dari kita ke ? Sebab dia disukai oleh ramai orang ke ? Fullstop ! Buang semua tu , ganti yang BARU . Cuba terbalikan .


# Tak ikhlas tolong cikgu – Lepas ni saya nak ikhlas tolong cikgu kerana ALLAH , banyak kali sebut ‘LILLAHI TA’ALA’ . Saya buat kerana ALLAH walaupun hanya menyapu sampah , susun barang . Semua itu . ALLAH Maha Melihat .

# Cemburu dengan kawan – Lepas ni saya nak cemburu yang POSITIF . Maksudnya , cemburu saya itu tak jejaskan iman saya , tapi meningkatkan keimanan saya dengan mengikuti kebaikan dia dengan NIAT kerana ALLAH dan nak berubah .

# Nak orang lain tengok kita buat apa – Contoh kita tengah susun barang , bila orang ramai datang kita nak orang tu tengok kita buat kerja macam kita ni rajinlah eh . SO ! BUANG ITU RIAK ! Satu tips kalau tak nak timbul riak adalah mengganggap orang lain lebih mulia dari kita . Satu tips saya kalau tak nak orang lain tengok kita buat kerja tu , kita buat sorok-sorok jadi tak ada orang nampak dan kita boleh kikis sifat tu sekaligus . InsyaALLAH .

Barangsiapa memberi,menolak,mencintai,membenci,dan menikah karena Allah,maka sempurnalah imannya


(HR Abu Daud)

Dan sebenarnya , banyak lagi tapi tak tertaip di sini . Anda pasti tahu kan jika anda pernah alami atau lihat peristiwa macam ni . Kalau niat kita nak berubah kea rah yang baik , kebaikan sudah tercatat untuk kita . Baru aja niat , belum lagi kalau kita dah buat kebaikan itu . TAPI ! Kalau keburukan , kita berniat nak buat , tapi tak lakukan , tidak ada tercatat apa-apa pun selagi kita belum lakukan . ALLAH Maha Pemurah .

Kepada semua yang mengenali diri , daku minta maaf atas salah silapku terhadapmu . Maafkan daku yang lemah dan tidak terdaya melakukan apa pun . Maafkan daku sahabat . Kepada sahabat saya , Nurul Aisyah Bt Mainor . Terima kasih sebab sentiasa ada di sampingku di dalam koperasi . Nanti kita tengok hantaran kahwin lagi tau . HAHA ;D .

Sayang untuk semua kerana ALLAH . Wallahualam . As’salamualaikum .

JAZAKALLAHU KHAIRA , SEMOGA BERMANAFAAT !