Bukan pada nama

Assalamualaikum , 


Alhamdulillah kembali di sini . 


Syukur kepada ALLAH keran memberi kita peluang untuk bertaubat , minta ampun pada-Nya . Selawat buat junjungan Besar lagi Mulia , Nabi Muhammad S.A.W yang merupakan Seri Tauladan yang terhebat buat kita sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W . Begitu juga Ahli keluarga Nabi Muhammad S.A.W , para sahabat Nabi Muhammad S.A.W dan muslimin serta muslimat yang masih hidup mahupun yang sudah kembali kepada ALLAH .  Saya tegaskan juga pada diri saya sendiri , jangan tangguhkan taubat . Jika boleh lakukan secepatnya . Jangan jadikan ayat 'kejap lagi' atau sewaktu dengannya sebagai alasan untuk kita termasuk diri saya sendiri lupa bertaubat sehingga sampai ketika tidak merasa dosa yang dilakukan . Nauzubillaminzalik . 


Seperti yang kita tahu , terutama bagi lepasa Spm 2011 . Kebanyakkan mereka sudah nampak hala tuju masing-masing ke mana selepas ini . Ada juga yang sudah mula memasuki Ipta / Ipts / Tingkatan 6 / Matrikulasi yang saya tahu . Setiap dari mereka memiliki minat dan bidang yang berbeza dan ada juga yang sama . Cita-cita yang berbeza , pemilihan kerjaya berbeza , mungkin tempat belajar yang berbeza , persekitaran yang kondusif dan seumpanya . 


Namun niat mereka semuanya sama dan tidak akan lari yakni 


' Saya hendak belajar ' 


Itu mungkin ayat yang sudah terbiasa dengar . Pelbagai jawaban yang boleh dikemukan oleh para mahasiswa dan mahasiswi ini . Namun ibu saya sentiasa berpesan niat kita ke sana hendak belajar . Pokoknya niat , jika betul niat maka ALLAH pasti memudahkan bagi kita . 


Maaf terlebih dahulu , tidak semestinya bagi sesiapa yang tidak memasuki Ipta , Ipts itu tidak boleh berjaya . Tidak sama sekali . Semuanya terletak pada rezeki yang ALLAH beri . Memang belajar di Ipta nampak macam rasa aura mahasiswa dan mahasiswi tapi jika niat bertentangan dengan yang sebetulnya tidak mustahil tempat belajar dijadikan bukan tempat menimba ilmu lagi . 


Cuba lihat ?


Contoh ada anak petani , nelayan boleh berjaya dengan cemerlang . Jika dilihat ada rumah mereka yang atapnya rosak , berlubang sana sini . Makan minum juga mungkin tidak menentu seperti kais pagi makan pagi kais petang makan petang sahaja . Kelengkapan buku-buku rujukan bagi anak-anak mereka apakah mencukupi . Baju mereka jika boleh dipakai , menutupi badan pakai masih boleh walau sudah kecil dari badan akibat tidak mampu mereka tetapi mereka inilah yang berjaya kerana niat mereka yang betul , murni dan ditambah usaha , doa dan tawakal kepada ALLAH .


Cuba lihat kita ?


Ada anak pegawai bank , guru besar , cikgu , eksekutif . Kemudahan yang diberi mencukupi , nak baju dibelikan , nak laptop dibelikan , nak buku rujukan dibelikan , nak kasut baru dibelikan . Tempat belajar yang selesa , mungkin ada penghawa dingin , mungkin ada sekali meja belajar yang khusus . Saya berpesan terus pada diri saya , jika kita telah diberi kemudahan sebegitu rupa kita kena gunakannya di jalan yang betul maksudnya jalan yang betul seperti belajar , mengulangkaji pelajaran , membaca buku Ilmiah . 


Apa yang ingin saya sampaikan di sini , bukan tempat belajar itu menjadi ukuran untuk kita berjaya tapi Niat dalam diri kita . Apa yang ingin kita genggam , kita kecapi untuk menjangkau era masa hadapan yang mungkin lebih mencabar . Kalau anak petani boleh berjaya tidak mustahil kita ikut sekali mereka . Kesusahan mereka lebih berbanding kita . Susah mereka mungkin lampu di rumah menggunakan pelita sahaja tapi kita ada lambu berbagai corak dan warna . Susah mereka berjalan kaki jauh dari rumah ke sekolah , kita menaiki kereta , motor , dihantar ibu ayah , naik bas atau van . 


Saya dapat melihat bahawa tempat kita belajar tak menghalang kita untuk berjaya . Ini juga berbalik pada diri masing-masing . Bagaimana hati mereka mengarah untuk lakukan sesuatu samada hal baik atau buruk . Jadi tak kira dimana anda belajar ALLAH sudah tetapkan yang terbaik buat anda walau anda tidak nampak sekarang . Kita tidak boleh menolak takdir kecuali dengan berdoa , memohon pada ALLAH . Minta dengan bersungguh-sungguh agar ALLAH tempatkan kita dalam kelompok orang-orang yang berIman , orang yang menegakkan Islam , orang yang patuh suruhan ALLAH . 


Jangan bersedih kepada sesiapa sahaja . ALLAH sayang kita , kita kena sangka baik pada ALLAH . ALLAH tak mungkiri janji-Nya . Percaya , yakin ya !! Saya minta maaf atas segala salah silap saya . Dari ALLAH tetap yang terbaik .






p/s : Saya nak usrah 

No comments:


JAZAKALLAHU KHAIRA , SEMOGA BERMANAFAAT !