Dengar suara

Assalamualaikum ,

Alhamdulillah atas peluang yang ALLAH beri . Selawat buat junjungan Mulia Nabi Muhammad S.A.W serta ahli keluarga Nabi Muhamamd S.A.W dan para sahabat Nabi Muhammad S.A.W .




#Alhamdulillah jazaakillahu khaira kerana sudi . Suara Terengganu comel tu dah kedengaran  

Bukan pada nama

Assalamualaikum , 


Alhamdulillah kembali di sini . 


Syukur kepada ALLAH keran memberi kita peluang untuk bertaubat , minta ampun pada-Nya . Selawat buat junjungan Besar lagi Mulia , Nabi Muhammad S.A.W yang merupakan Seri Tauladan yang terhebat buat kita sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W . Begitu juga Ahli keluarga Nabi Muhammad S.A.W , para sahabat Nabi Muhammad S.A.W dan muslimin serta muslimat yang masih hidup mahupun yang sudah kembali kepada ALLAH .  Saya tegaskan juga pada diri saya sendiri , jangan tangguhkan taubat . Jika boleh lakukan secepatnya . Jangan jadikan ayat 'kejap lagi' atau sewaktu dengannya sebagai alasan untuk kita termasuk diri saya sendiri lupa bertaubat sehingga sampai ketika tidak merasa dosa yang dilakukan . Nauzubillaminzalik . 


Seperti yang kita tahu , terutama bagi lepasa Spm 2011 . Kebanyakkan mereka sudah nampak hala tuju masing-masing ke mana selepas ini . Ada juga yang sudah mula memasuki Ipta / Ipts / Tingkatan 6 / Matrikulasi yang saya tahu . Setiap dari mereka memiliki minat dan bidang yang berbeza dan ada juga yang sama . Cita-cita yang berbeza , pemilihan kerjaya berbeza , mungkin tempat belajar yang berbeza , persekitaran yang kondusif dan seumpanya . 


Namun niat mereka semuanya sama dan tidak akan lari yakni 


' Saya hendak belajar ' 


Itu mungkin ayat yang sudah terbiasa dengar . Pelbagai jawaban yang boleh dikemukan oleh para mahasiswa dan mahasiswi ini . Namun ibu saya sentiasa berpesan niat kita ke sana hendak belajar . Pokoknya niat , jika betul niat maka ALLAH pasti memudahkan bagi kita . 


Maaf terlebih dahulu , tidak semestinya bagi sesiapa yang tidak memasuki Ipta , Ipts itu tidak boleh berjaya . Tidak sama sekali . Semuanya terletak pada rezeki yang ALLAH beri . Memang belajar di Ipta nampak macam rasa aura mahasiswa dan mahasiswi tapi jika niat bertentangan dengan yang sebetulnya tidak mustahil tempat belajar dijadikan bukan tempat menimba ilmu lagi . 


Cuba lihat ?


Contoh ada anak petani , nelayan boleh berjaya dengan cemerlang . Jika dilihat ada rumah mereka yang atapnya rosak , berlubang sana sini . Makan minum juga mungkin tidak menentu seperti kais pagi makan pagi kais petang makan petang sahaja . Kelengkapan buku-buku rujukan bagi anak-anak mereka apakah mencukupi . Baju mereka jika boleh dipakai , menutupi badan pakai masih boleh walau sudah kecil dari badan akibat tidak mampu mereka tetapi mereka inilah yang berjaya kerana niat mereka yang betul , murni dan ditambah usaha , doa dan tawakal kepada ALLAH .


Cuba lihat kita ?


Ada anak pegawai bank , guru besar , cikgu , eksekutif . Kemudahan yang diberi mencukupi , nak baju dibelikan , nak laptop dibelikan , nak buku rujukan dibelikan , nak kasut baru dibelikan . Tempat belajar yang selesa , mungkin ada penghawa dingin , mungkin ada sekali meja belajar yang khusus . Saya berpesan terus pada diri saya , jika kita telah diberi kemudahan sebegitu rupa kita kena gunakannya di jalan yang betul maksudnya jalan yang betul seperti belajar , mengulangkaji pelajaran , membaca buku Ilmiah . 


Apa yang ingin saya sampaikan di sini , bukan tempat belajar itu menjadi ukuran untuk kita berjaya tapi Niat dalam diri kita . Apa yang ingin kita genggam , kita kecapi untuk menjangkau era masa hadapan yang mungkin lebih mencabar . Kalau anak petani boleh berjaya tidak mustahil kita ikut sekali mereka . Kesusahan mereka lebih berbanding kita . Susah mereka mungkin lampu di rumah menggunakan pelita sahaja tapi kita ada lambu berbagai corak dan warna . Susah mereka berjalan kaki jauh dari rumah ke sekolah , kita menaiki kereta , motor , dihantar ibu ayah , naik bas atau van . 


Saya dapat melihat bahawa tempat kita belajar tak menghalang kita untuk berjaya . Ini juga berbalik pada diri masing-masing . Bagaimana hati mereka mengarah untuk lakukan sesuatu samada hal baik atau buruk . Jadi tak kira dimana anda belajar ALLAH sudah tetapkan yang terbaik buat anda walau anda tidak nampak sekarang . Kita tidak boleh menolak takdir kecuali dengan berdoa , memohon pada ALLAH . Minta dengan bersungguh-sungguh agar ALLAH tempatkan kita dalam kelompok orang-orang yang berIman , orang yang menegakkan Islam , orang yang patuh suruhan ALLAH . 


Jangan bersedih kepada sesiapa sahaja . ALLAH sayang kita , kita kena sangka baik pada ALLAH . ALLAH tak mungkiri janji-Nya . Percaya , yakin ya !! Saya minta maaf atas segala salah silap saya . Dari ALLAH tetap yang terbaik .






p/s : Saya nak usrah 

Mazmumah I

Assalamualaikum 




#Mementingkan diri (ANANIYYAH)


ANANIYYAH ialah sifat dan sikap keakuan atau mementingkan diri serta berasa megah akan diri sendiri . 


Manusia makhluk yang saling memerlukan antara satu sama lain . Tiada siapa yang mampu hidup sendiri . Apa sahaja milik kita hanya pinjaman dan diberikan oleh ALLAH untuk berkongsi . 


Golongan kafir dikritik hebat kerana sikap mereka yang terlalu mementingkan diri sendiri . Matlamat di sisi mereka boleh mengahalalkan cara asalkan apa yang digemari nafsu dapat dipenuhi . Itulah punca fasad di muka bumi , apabila perubahan dilakukan demi memenuhi selera sendiri . 


Hakikat ini telah dijelaskan oleh ALLAH S.W.T dalam firman-Nya yang bermaksud : 
 " Mereka tidak akan memerangi kamu dalam keadaan bersatu padu kecuali dalam kampung-kampung yang berbenteng atau di balik tembok . Permusuhan antara sesama mereka adalah sangat hebat . Kamu kira mereka itu bersatu sedang hati mereka berpecah belah . Yang demikian itu kerana sesungguhnya mereka kaum yang tidak mengerti " 
(Surah Al-Hasyr 59:14)


Semoga kita tidak tergolong dalam golongan mereka yang terlalu mencintai diri sendiri sehingga membawa kepada mengutamakan kepentingan diri . Amin .


Sumber : Majalah solusi isu 28 m/s 13 . 

Panduan membeli notebook untuk pelajar universiti

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ;D

Ahha, dalam masa terdekat ni, ramai pelajar lepasan SPM 2011 yang dah nak masuk universiti dan kolej. So dalam kesempatan ini Arib nak share beberapa panduan untuk membeli notebook sebagai persediaan korang di IPT nanti! Tanpa melengahkan masa lagi, klik ‘read more’ untuk selanjutnya!



Hai hai hai! Apa khabar korang semua? Hehe. First sekali sorry sangat-sangat sebab dah jarang update blog ni. Kehidupan bulan Mei Arib agak sibuk sedikit dengan exam mid-term dan assignment yang kedua. Walau bagaimanapun, Arib sempat menulis post ni atas permintaan ramai untuk menghuraikan notebook mana yang terbaik untuk dibeli. Musim-musim nak masuk ke IPT ni kebanyakan pelajar akan membeli sebuah notebook personal sebagai kemudahan dalam melaksanakan tugasan di IPT. So dalam masa yang terdekat, nak kena cari jugak satu notebook sebelum masuk universiti atau kolej nanti.

Huhu, agak sukar sebenarnya nak recommend notebook dengan cara menulis post kat blog. Sebabnya, notebook tak seperti handphone. Kalau handphone, kita boleh recommend mengikut jenis model handphone tuu. Contoh kalau budget bawah RM500 dan nak guna untuk bergambar, kita boleh suggest model Xperia bla bla something macam tuu. Kalau notebook? Nak recommend mengikut model memang agak payah kerana model notebook selalunya hadir dengan spesifikasi dan nombor model yang berbeza. Jadi, nak recommend notebook ni selalunya perlu dilihat berdasarkan spefikasi notebook itu sendiri.

Okay, first thing bila orang tanya Arib, “notebook apa yang patut dibeli?”, Arib akan tanya balik kat orang tuu, “budget berapa?” dan “guna notebook tuu selalu untuk apa?”. Dalam situasi ni, Arib cuba untuk arrange budget korang dengan kegunaan korang dengan notebook tuu. Bukannya apa, mungkin ada di antara korang guna notebook just nak buat kerja assignment dan internet browsing jea tapi beli notebook untuk gaming yang harga lebih 2k-3k tuu, tak kea rasa membazir? So jenis spesifikasi notebook yang korang bakal cari biarlah padan dengan kegunaan korang tu.

Peringatan: Sebelum Arib meneruskan penerangan mengenai jenis notebook yang bagus untuk korang beli, first thing Arib nak ingatkan, semua jenama notebook adalah bagus yea. So Arib takkan recommend mengikut jenama macam HP lagi bagus kea, Dell okay sikit kea, sebab semua pengeluar notebook nak kan yang terbaik untuk notebook mereka. Jadi korang sila buang mentaliti jenama itu cepat rosak lah, cepat panas lah, cepat hang lah sebab notebook tu jadi macam tu adalah disebabkan penggunaan korang sendiri. Nanti di akhir post Arib bagi sedikit tips untuk penjagaan notebook ni.

Dalam post ni, Arib cuba recommend dengan penerangan yang mudah dan basic mengikut processor dengan harga yang notebook yang paling murah untuk pelajar mengikut jenis kegunaan. Arib akan cuba kurangkan istilah yang advance yang sering digunakan oleh golongan IT geek untuk mengelakkan sebarang kekeliruan buat korang semua.

Peringatan: Sebelum Arib menghuraikan lebih panjang lagi, kat sini Arib nak beritahu yang notebook tidak mempunyai 'graphics card' tapi mempunyai 'graphics accelerator'. Sebabnya notebook tiada slot untuk 'graphics card' dan 'graphics card' tidak boleh dimasukkan./upgrade dalam notebook. Pendek kata, istilah 'graphics card' hanyalah untuk PC. Dalam huraian Arib di bawah, Arib akan gunakan istilah 'graphics accelerator' sebagai panggilan untuk sebutan yang orang kita selalu sebut 'graphics card'. So harap sangat korang tak tiba-tiba blur bila Arib sebut istilah 'graphics accelerator' di bawah.

Untuk memudahkan kefahaman korang, korang anggap lah fungsi 'graphics accelerator' adalah seperti di bawah ni.

Fungsi Graphics Accelerator = Fungsi Graphics Card

Q: Pebenda Graphics Card ni? Graphics Accelerator ni apa pulak?

A: Actually, seperti rajah equation di atas, fungsi 'graphics accelerator' dan fungsi 'graphics card' adalah sama. Tujuannya adalah untuk memproses grafik di dalam komputer. Semakin canggih graphics accelerator/graphics card, semakin tinggi tahap kualiti grafik paparan komputer. Tapi ingat, kedua-duanya adalah berbeza dari segi istilah. 'Graphics card' untuk PC, manakala 'graphics accelerator' untuk notebook.

Berbalik kepada topik utama, hahh, bagi yang kaki gaming especially lelaki, saya juga telah meletakkan ruangan “Tahap Kegunaan Untuk Gaming” untuk korang refer notebook tuu sesuai kea tak untuk main game. Dah menjadi lumrah bagi lelaki, time bosan-bosan mesti nak gaming kan? Hehe.

Arahan: First sekali, korang baca dulu situasi di bawah. Lepas baca semua situasi, pilih satu situasi yang ada iras-iras dengan penggunaan korang.


Situasi 1: Guna notebook untuk buat presentation dan assignment, internet browsing, FB & Twitter, Blogging, Skype, menonton video Youtube, K-Drama (King 2 Hearts? Rooftop Prince? Whatever u_u)dan movie.

Jenis Pelajar Yang Disarankan: Pelajar yang mengambil jurusan Undang-undangAgama,PerniagaanPerguruanPenternakanMasakan, dan lain-lain jurusan yang tidak memerlukan penggunaan notebook yang tinggi.

Jenis Notebook Yang Disyorkan: Notebook dengan processor AMD Dual-Core

Tahap Kegunaan Untuk Gaming: Rendah. Game seperti Counter Strike boleh dimainkan like a boss. Tiada masalah. Game sekitar tahun 2005 macam GTA San Andreas & Need For Speed Underground 2 masih lepas untuk dimainkan. Apapun, tidak recommend untuk kaki Dota. Boleh main, cuma kadangkala slow untuk Dota dan perlu setting dengan kualiti grafik yang rendah. Kepada peminat PES, PES boleh dimainkan cuma resolusi dan graphics detail setting mestilah berada di tahap PALING RENDAH.

Harga Pasaran: Bawah RM1000. Selalunya dekat kedai boleh didapati dengan harga dalam RM999.


Situasi 2: Nak guna untuk semua aktiviti dalam situasi 1 tapi dalam masa yang sama nak guna untukbuat kerja programming.

Jenis Pelajar Yang Disarankan: Pelajar yang mengambil jurusan Sains KomputerTeknologi Maklumate-Business, dan Kejuruteraan Perisian.

Jenis Notebook Yang Disyorkan: Notebook dengan processor AMD A6

Tahap Kegunaan Untuk Gaming: Sederhana. Kebanyakan game baru seperti Need For Speed Run boleh dimainkan tanpa masalah. Recommend untuk kaki Dota. Boleh main dengan grafik yang memuaskan. Kepada peminat PES, PES boleh dimainkan cuma resolusi dan graphics detail setting mestilah berada di tahap MEDIUM.

Harga Pasaran: Bawah RM1400. Selalunya dekat kedai harga dalam RM1399.


Situasi 3: Nak guna untuk semua aktiviti dalam situasi 1 dan 2 tapi dalam masa yang sama nak guna untuk buat design, ubah lagu dan edit video HD atau erti kata lain kegunaan yang lebih melibatkanGrafik & Multimedia.

Jenis Pelajar Yang Disarankan: Pelajar yang mengambil jurusan MultimediaSeni Bina atau jurusan ke arah Architecture (Penggunaan AutoCAD), Komunikasi & Media (untuk kerja-kerja berkaitan dengan video editing).

Jenis Notebook Yang Disyorkan: Notebook dengan processor Intel i5 atau AMD A8.

Nota: Untuk processor Intel i5, sila pastikan ada cip grafik Nvidia atau AMD Radeon di dalam notebook tersebut untuk kepuasan multimedia. (Rujuk sticker Nvidia atau AMD Radeon pada notebook)

Tahap Kegunaan Untuk Gaming: Tinggi. Kebanyakan game baru seperti Battlefield 3 boleh dimainkan dengan baik. Sangat recommend untuk kaki Dota. Kepada peminat PES, PES boleh dimainkan dengan resolusi dan graphics detail setting HIGH.

Harga Pasaran: Bawah RM1900. Selalunya dekat kedai harga dalam RM1899.


Situasi 4: Nak guna untuk semua aktiviti dalam situasi 12, dan 3 tapi jumlah besar bersama notebook adalah untuk GAMING. Hehe.

Jenis Pelajar Yang Disarankan: Pelajar yang mengambil jurusan Jurutera Permainan Komputerdan Multimedia (kerap menggunakan video Full HD untuk editing).

Jenis Notebook Yang Disyorkan: Notebook dengan processor Intel i7

Nota: Untuk processor Intel i7, sila pastikan ada cip grafik Nvidia atau AMD Radeon di dalam notebook tersebut untuk kepuasan untuk bergaming. (Rujuk sticker Nvidia atau AMD Radeon pada notebook)

Tahap Kegunaan Untuk Gaming: Sangat tinggi. Hampir semua game baru seperti dapat dimainkan dengan cemerlang. Sangat recommend untuk kaki Dota. Kepada peminat PES, PES boleh dimainkan dengan resolusi tinggi dan graphics detail setting MAXIMUM.

Harga Pasaran: Bawah RM2500. Selalunya dekat kedai harga dalam RM2499.


Hahh, dah baca semua situasi di atas? Dah pilih situasi mana yang iras-iras dengan keperluan korang? Okay, sekarang, apa yang korang perlu buat ialah korang catat lah kat dalam mana-mana "Jenis Notebook Yang Disyorkan" dengan "Harga Pasaran" yang Arib dah tulis kat atas ni. Masa nak beli notebook ni nanti, gunakan kedua-dua information ni untuk survey notebook.

Contoh Arib pilih situasi 3, so "Jenis Notebook Yang Disyorkan" ialah Intel i5 atau AMD A8. Maknanya Arib akan survey kat tempat jual notebook yang ada jual notebook dengan processor Intel i5 atau AMD A8 ni dengan "Harga Pasaran" bawah RM1900. Jenama tak kisah. Asalkan processor ni ada. Lebih RM1800 Arib reject dan bawah RM1900 sahaja akan dibeli.

Q: Intel atau AMD? Mana yang lebih baik?

A: Agak sukar sebenarnya untuk compare processor Intel dengan AMD ni sebab masing-masing ada kelebihan tersendiri. Tapi bagi Arib, Arib prefer dengan AMD processor sebab harga lebih murah daripada Intel dan prestasinya sangat memberangsangkan terutama dari segi grafik. Kalau korang tengok notebook RM999 kat atas ni, notebook tuu menggunakan AMD dual-core processor. Apa yang menarik, notebook tuu siap ada graphics accelerator AMD Radeon lagi walaupun harga RM999. Kalau notebook Intel, memang tak dapat harga macam tuu yang siap dengan graphics accelerator. Senang cerita, kalau korang nak notebook dengan graphics yang canggih tapi budget terhad, korang belilah AMD. Ada budget lebih belilah Intel. Apapun, perkara ni tak perlu korang risau sebab kedua-dua brand processor ni dah sememangnya bagus dan laju.

Tips: Bagi korang yang nak cari notebook ni, pastikan notebook korang ada graphics accelerator sama ada Nvidia atau AMD Radeon. Benda ni sangat penting sebab future computing memang banyak akan pakai benda bergrafik ni. Kalau korang pilih notebook dengan AMD processor, benda ni tak jadi masalah sebab processor AMD ni memang ada graphics AMD Radeon. Yang jadi masalah bila beli notebook dengan Intel processor sebab tak semua ada graphics accelerator ni. So pastikan ada baru beli. Untuk long term usage. Mesti korang nak guna lama kan? Hehe.

Q: Macam mana nak tahu notebook tu ada graphics accelerator ke tak?

A: Cara paling mudah ialah dengan melihat sticker yang ada dekat bahagian 'palm rest' notebook. Ada sahaja stiker "Nvidia" atau "Radeon" tu bermakna ada graphics accelerator lah dalam tuu.

Notebook dengan graphics accelerator AMD Radeon


Notebook dengan graphics accelerator Nvidia

Penafian #1: Jenis model notebook yang dipaparkan di blogpost ini hanya sekadar memberi gambaran kepada para pembaca dan tidak semestinya model tersebut yang perlu dicari atau dibeli. Spesifikasi dan harga pada gambar yang dipaparkan adalah benar dan ditangkap pada tarikh 19 Mei 2012 di Low Yat Plaza.

Penafian #2: Kesemua harga dan spesifikasi notebook yang direcommend dalam blogpost ini adalah mengikut sekitar masa pertengahan bulan Mei 2012.

Penafian #3: Kesemua spesifikasi mengikut keperluan yang dicadangkan hanyalah sekadar pandangan penulis untuk membantu para pembaca dalam memilih notebook dengan harga yang paling minima dan sesuai untuk pelajar. Pembaca berhak untuk memilih selain daripada spesifikasi yang dicadangkan.

Penafian #4: Huraian yang telah dinyatakan di atas hanya untuk golongan yang bukan terdiri daripada IT Geek. Bermakna istilah dan pendapat mungkin sedikit berbeza kerana istilah dan pendapat tersebut telah diminimakan dengan istilah yang mudah untuk memenuhi kefahaman pembaca.

Jika ada sebarang kemusykilan, boleh ditanya pada ruangan comment di bawah atau cara yang lebih pantas melalui twitter Arib: @arib2020. Hehe, sekian sahaja untuk kali ni. Terima kasih kerana membaca yea! Sekian, wassalam :)

Nota Arib: Rasanya menulis post ni cabaran paling getir. Ambik masa beberapa hari untuk rangka formula macam mana nak explain dan suggest notebook ni. Ni pun tak puas hati lagi sebab rasa macam ada kekurangan. So korang kalau ada apa-apa cadangan atau comment, bagi lah erk :D



Sumber : arib2020

Mahmudah I

Assalamualaikum ,



#Mementingkan orang lain daripada diri (ITHAR) 

ITHAR dalam bahasa digambarkan sebagai mengorbankan kepentingan diri sendiri untuk orang lain . Demikianlah INDAHNYA ISLAM tanpa mengira warna kulit , bangsa , kabilah dan sebagainya kamu Muhajirin dan Ansar bersatu rasa .

Mereka adalah model ideal masyarakat satu aqidah yang diikat dengan slogan

" Tiada Tuhan yang disembah melainkan ALLAH dan Muhammad itu pesuruh ALLAH "

Jiwa yang mengutamakan saudara se-ISLAM yang lain tidak dan tidak bukan sekadar mengharapkan keredhaan ALLAH S.W.T . Tiada agenda tersembunyi di sebalik tindakan itu .

Firman ALLAH yang bermaksud : 
" Mereka juga mengutamakan orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri sekalipun mereka berada dalam kekurangan dan sangat-sangat berhajat "
(Surah al-Hashr 59: 9)


The most complete of believers in Iman (faith) are those who are the best in character - Saying of Holy of Prophet S.A.W via - SINI , SINI , SINI

Sebenarnya bukan mudah untuk ITHAR dalam sesuatu perkara . Namun tiada yang mustahil apabila iman meraja hati . Malah ITHAR juga antara lambang ukhuwah yang sejati .

#HARUS DIINGAT tiada istilah ITHAR dalam ibadat . Jadi jika berdepan sebarang situasi , solat misalnya utamakan diri sendiri terlebih dahulu .

Wallahualam .


Sumber :  Majalah Solusi isu 28 m/s 13 .

Samada kita SEDARI atau TIDAK







Assalamualaikum 


Hati tempat letaknya niat dan setiap pekara bermula daripada niatWalaupun kita berniat nak melakukan pekara yang baik , tak semestinya kita dapat melaksanakannya jika hati tidak benar benar ikhlas kerana ALLAH swt . 

Dalam proses hendak melaksanakan sesuatu pekara selepas niat ialah jangan tangguh kerana apabila mulanya bertangguh , hati kita akan mula digangu oleh syaitan yang sentiasa tidak pernah jemu menghasut kita supaya kufur kepada ALLAH swt dengan mengajak kita supaya mengengkari amanah yang kita telah niatkan . 

Jika kita melayan hasutan syaitan tanpa kita sedari sebenarnya kita lah yang menghijab hati kita sendiri daripada lebih dekat kepada ALLAH swt . 

Pada mulanya kita ikut sedikit demi sedikit hasutan syaitan supaya kita mengengkari  perintah ALLAH dan RASUL S.A.W dan kemudian kita rasa menyesal kerana tidak melaksanakan amanah yang telah diniatkan .

Kita bertekad akan mengekang sungguh sungguh nafsu umarah kita mula ada semangat tetapi hanya untuk beberapa hari sahaja kemudian kita akan mengikuti semula hasutan syaitan .

Begitulah tipudaya syaitan dalam kehidupan kita seharian tetapi jika kita selalu mendahulukan dan selaraskan kehendak ALLAH dan RASUL S.A.W di dalam kehidupan seharian kita . InsyaALLAH kita akan ada kekuatan untuk mengekang bisikan syaitan .

Jadi marilah sama sama kita perbanyakan mengingati ALLAH swt di dalam hati dengan zikrullah atau solat dengan ikhlas . Semoga kita diberi kekuatan dapat sentiasa mendahulukan kehendak ALLAH dan RASUL S.A.W  di dalam kehidupan seharian dan dapat semampu yang mungkin sentiasa selaraskan kehendak kita mengikut kehendak ALLAH swt dan RASUL S.A.W . 


Wallahhualam



InsyaALLAH




Sumber : mencariygbenar

Kelas tinggi


Assalamualaikum

“ Awak suka barang kelas pertama , atau barang kelas kedua ? “

“ Apalah punya jenis soalan itu ? Mestilah barang kelas pertama “

“ Semestinya barang kelas pertama ini terjaga , bukan ? “

“ Semestinya . Kalau tidak jaga elok-elok , maka jatuhlah kualitinya “

“ ISLAM mengangkat manusia itu pada kelas yang tertinggi . Sebab itu di dalam Islam , manusia itu diberikan peraturan yang menjaganya kekal dalam kelasnya yang tertinggi tadi . Sebagaimana awak lihat , dunia ini berjalan juga dengan peraturan .

Matahari ada peraturannya .
Peredaran planet-planet pun ada peraturannya .
Dalam Fizik , Kimia , ada hukumnya .
Dalam Biologi ada perjalannya .

Bukankah semua itu membawa kepada perjalanan dunia yang baik dan kemas sebagaimana yang kita lihat hari ini ? “

Mulut Afam sedikit  ternganga . Dahinya berkerut . Bukan kerana tidak faham tetapi kerana hampir sahaja tidak percaya akan kebenaran yang merenjat jiwanya .

“ Dan yang menciptakan hukum-hukum Fizik , Biologi , Kimia mengatur peraturan untuk perjalanan alam dan sebagainya itu adalah ALLAH . ALLAH yang sama jugalah yang menurukan ISLAM kepada manusia . Maka tidakkah awak melihat ? “



Catatan

Saya rasa tersentuh dengan penulisan di halaman 89 ini yang berjudul HERO karya Saudara Hilal Asyraf . Entah kenapa rasa memang macam terkesan . Kita hamba-Nya yang diberi akal fikiran disuruh berfikir dengan benar dan dalam tentang ini . ALLAH sudah beri aturan yang cantik untuk memudahkan lagi kehidupan kita di dunia kalau tak siapa nak ‘handle’ matahari tu bergerak semua ? Kita mampu ke ?

Sesungguhnya ALLAH MAHA KUASA !

Ada dengar tak kita merancang tapi ALLAH menentukan ? Ya , memang hidup kita juga perlu ada perancangan apa nak buat lepas ni . Tapi ALLAH jualah yang menentukan perancangan kita itu . Namun ALLAH akan beri keputusan yang baik walau kita pandang macam tak je . Bagaimana prasangka kita pada ALLAH sama dengan prasangkan ALLAH pada kita . Jadi bersangka baik dengan apa yang ALLAH beri . Jangan kita berputus-asa dengan Rahmat ALLAH jika kita tak nak ketinggalan mendapat Rahmat ALLAH yang SUCI .

Perancangan ALLAH LEBIH BAIK . Kita tak akan dipersiakan malah dijaga dengan rapi oleh ALLAH . Tapi pergantungan kita dengan ALLAH harus juga kuat . Dalam surah Al-Fatihah ada menyebut Hanya kepada Engkaulah berhak disembah dan kepada Engkaulah kami mohon pertolongan .

Wallahualam . 

Ada juga yang tidak boleh





Assalamualaikum 

Kalau mereka boleh , aku pun boleh 

Begitulah prinsip hidup yang dipegang oleh seorang pemuda . Pantang dicabar , dia akan menyahut apa jugaa cabaran yang dihadapkan kepadanya . 

Satu hari dia hendak menyeberang sebatang sungai . Malangnya , tiada jambatan atau titi yang boleh digunakan . 

Dia berlegar-legar di sepanjang tebing mencari ikhtiar untuk menyeberang . Tiba-tiba dilihatnya sebatang kayu kecil merintangi sungai itu dari tebing sebelah sini hingga ke seberang sana . 

Bolehkah aku menyeberang sama dengan menjadikan kayu sekecil ini sebagai titi ? Dia berfikir 

Tiba-tiba dia terpandang sekumpulan semut sedang merayap di atas sebatang kayu itu . Lantas dia mendapat idea . Jika berpuluh-puluh ekor semut boleh meniti di atas batang kayu itu , mengapa aku tidak boleh ? Bukankah aku cuma seorang ? Kalau mereka boleh , aku pun boleh . Begitu detik hatinya . 

Tanpa berlengah-lengah lagi dia pun melangkah di atas batang kayu yang kecil itu . 

Debus !

Dia jatuh ke dalam sungai 


Pengajaran : Ukur baju di badan sendiri . Meneladani orang lain tidak salah tetapi perlu diseimbangkan dengan mengenal diri sendiri terlebih dahulu . Ini akan mengelakkan diri kita daripada bersikap sama ada terlalu yakin atau tidak percaya akan diri sendiri 

Sumber : Majalah Solusi isu #26 m/s 108 , Angguk geleng 

Doa sebelum solat




Assalamualaikum 

Robbi a'u zubika min hamaza tisy shaya thiin, Wa a'u zubika robbi any yah dhuruun.


Ya Allah.  Aku berlindung kepada Engkau daripada gangguan syaitan dan aku berlindung kepada Engkau wahai Tuhan dari kedatangan mereka.


Sumber : SINI

Mengatasi tekanan perasaan mengikut cara ISLAM






Assalamualaikum ,


Kita adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Allah, namun kita masih tidak terlepas daripada menghadapi tekanan ketika bekerja. Pelbagai tekanan yang dihadapi menyebabkan hati menjadi runsing dan semua kerja tidak akan terlaksana.Tidak mustahil bagi individu yang berhadapan dengan masalah ini akan terbawa-bawa ke rumah hingga anak-anak pula menjadi mangsa. Namun, hati akan menjadi tenang sekiranya kita kembali kepada Allah. Apa jua yang dilakukan mestilah berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah disertai dengan niat yang ikhlas semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah.

Tip Mengurangkan Tekanan
Terdapat beberapa tip yang boleh diamalkan bertujuan bagi mengurangkan tekanan kerja:-
  • Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
Jiwa kita akan menjadi tenang jika membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah dingati.
  • Perbanyakkan membaca Al-Quran
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.
  • Banyakkan Solat Sunat
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.
  • Selalu berdoa kepada Allah
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh.Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa. 
  • Bersangka baik dengan Allah
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba-Nya. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.
  • Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.
  • Amal diet dengan disiplin yang kuat
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.
  • Menangis dengan sepuas hati
Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, mereka akan sentiasa gembira bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Maka dengan itulah, menangis dilihat sebagai salah satu cara kita dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.
  • Hargai kebolehan diri sendiri
Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria. 
  • Cintai diri sendiri
"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.
Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya.


Link pilihan : 

Panduan bagaimana mengukur keikhlasan

Assalamualaikum 



Dalam ajaran Islam, ikhlas merupakan roh amal atau jiwa ibadah. Ia jadi penentu apakah amal ibadah kita diterima atau ditolak yang mana bila amal ibadah tidak ikhlas, maka ia tidak ada nilaian di sisi Allah atau tidak ada harganya lagi. Sebaliknya kalau ikhlas dalam beramal, Allah terima dan diberi ganjaran yang tidak ternilai.
Bagaimanakah yang dikatakan ikhlas ini jadi penentu? Amal ibadah ini umpama seorang manusia. Bila nyawa (roh) sudah tidak ada, ia akan jadi bangkai. Bangkai mesti dibuang ke kubur kerana nilai kemanusiaannya sudah tidak ada lagi di waktu itu. Dia tidak layak lagi bergaul dengan orang yang hidup. Walaupun dia seorang ratu cantik, orang terpaksa buang juga kerana ia akan jadi busuk, berulat dan reput menjadi tanah.
Begitulah dengan amal ibadah kita ini. Kalau tidak ada roh-nya atau tidak ada jiwanya, yakni tidak ikhlas, Allah anggap seperti bangkai yang kotor lagi busuk, yang tidak ada harganya. Tidak layak untuk Allah menerimanya dan tidak layak diberi ganjaran pahala. Bahkan akan dicampak balik ke muka kita sekalipun seluruh makhluk-makhluk Allah di langit dan di bumi semuanya memuji-muji amal ibadahnya cantik, baik dan bernilai. Manusia hanya menilai dengan mata lahir sahaja maka yang kelihatan, amal ibadahnya itu banyak, cantik dan berakhlak. Sedangkan Allah dapat melihat yang batinnya. Sekalipun amal itu sedikit, jika ikhlas, Allah tetap menganggapnya banyak. Sedangkan amal ibadah yang banyak tetapi tidak ikhlas, Allah tetap menganggapnya sedikit atau macam amalan yang tidak wujud.
Begitulah penting dan bernilainya ikhlas itu. Allah mahu agama-Nya yang suci murni itu diamalkan secara suci pula yakni tidak dicelahi dengan sebarang bentuk hati busuk. Tidak dicelahi dengan rasa riyak, ujub, ingin dipuji, hendak nama, ingin dinilai dengan mata dunia atau dengan tujuan menolak kemudaratan manusia. Dalam hal ini

 Allah ingatkan:“Ingatlah, hanya kepunyaan Allah-lah agama yang bersih (khalis).” (Az Zumar: 3)

Juga di ayat lain: “Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan (mengikhlaskan) ketaatan kepada-Nya dalam menjalankan agama yang lurus. Dan supaya mereka mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan yang demikian itulah agama yang lurus.” (Al Baiyinah: 5)
Untuk melakukan ikhlas ini sangat susah dan sulit terutama dalam sebarang amal ibadah seperti yang kita bincangkan dalam bab sebelum ini kerana hati itu amat seni sekali. Nafsu itu sangat tersembunyi perasaan halusnya dan sangat payah dikesan. Untuk menguasainya amat sulit. Ia berbolak-balik setiap hari dan berubah-ubah pula setiap waktu dan detik. Perjalanannya tidak menentu. Bertukar-tukar dari ujub, riyak, sombong, dengki, gila puji, gila nama, ingin dinilai dengan harga dunia dan susah untuk didisiplinkan. Amal ibadah itu selalu terdorong ke arah kepentingan-kepentingan dunia ini.
Riyak, ujub dan lain-lain sifat mazmumah itu paling payah dihindari kerana gerakannya terlalu halus. Macam desiran semut, tidak dapat didengar bunyinya. Kita tidak terasa kemahuan-kemahuan nafsu atau dorongan-dorongan kemahuan hati yang jahat kerana halusnya itu. Inilah yang dikatakan syirik khafi. Kalau tidak disuluh dengan pandangan mata hati (basirah), ia tidak akan terasa adanya.
Salafussoleh, bila kenangkan hal-hal begini, mereka selalu menangis. Mereka paling takut terhadap syirik khafi ini. Takut ibadah mereka tidak ada harga di sisi Allah. Takut mereka akan muflis di Akhirat sedangkan untuk dapatkan ikhlas terlalu susah. Ikhlas hanya milik Allah. Ia adalah rahsia-Nya yang Dia sahaja yang tahu. Hatta para malaikat pun tidak tahu. Mereka hanya tahu amal lahir sahaja.
Sebab itu dalam sejarah pernah diceritakan betapa susahnya untuk dapatkan sifat ikhlas ini sebagaimana yang digambarkan oleh Sayidina Muaz.
Rasulullah SAW bersabda: “Puji syukur ke hadrat Allah SWT yang menghendaki agar makhluk-Nya menurut kehendak-Nya. Wahai Muaz!”
Jawabku: “Ya Saiyidil Mursalin.”
Sabda Rasulullah SAW: “Sekarang aku akan menceritakan kepadamu, bahawa apabila dihafalkan (diambil perhatian) olehmu akan berguna tetapi kalau dilupakan (tidak dipedulikan) olehmu maka kamu tidak akan mempunyai hujah di hadapan Allah kelak. Hai Muaz, Allah itu menciptakan tujuh malaikat sebelum Dia menciptakan langit dan bumi. Setiap langit ada seorang malaikat yang menjaga pintu langit dan tiap-tiap pintu langit dijaga oleh malaikat penjaga pintu menurut kadarnya pintu dan keagungannya. Malaikat yang memelihara amalan si hamba akan naik ke langit membawa amalan itu ke langit pertama. Penjaga akan berkata kepada malaikat Hafazah: ‘Saya penjaga tukang umpat. Lemparkan balik amalan ini ke muka pemiliknya kerana saya diperintahkan untuk tidak menerima amalan tukang umpat.”
Esoknya naik lagi malaikat Hafazah membawa amalan si hamba. Di langit kedua penjaga pintunya berkata: “Lemparkan balik amalan ini ke muka pemiliknya sebab dia beramal kerana mengharapkan keduniaan. Allah memerintahkan supaya ditahan amalan ini jangan sampai lepas ke langit yang lain.” Kemudian naik lagi malaikat Hafazah ke langit ketiga membawa amalan yang sungguh indah. Penjaga langit berkata: “Lemparkan balik amalan ini ke muka pemiliknya kerana dia seorang yang sombong.”
Rasulullah SAW meneruskan sabdanya: “Berikutnya malaikat Hafazah membawa lagi amalan si hamba ke langit keempat. Lalu penjaga langit itu berkata: Lemparkan balik amalan ini ke muka empunyanya. Dia seorang yang ujub. Allah memerintahkan aku menahan amalan yang ujub.”
Seterusnya amalan si hamba yang lulus di langit kelima dalam keadaan bercahaya-cahaya dengan jihad, haji, umrah dan lain-lain tetapi di pintu langit kelima penjaganya berkata: “Ini adalah amalan tukang hasad. Dia sangat benci pada nikmat yang Allah berikan pada hamba-Nya yang lain. Dia tidak redha dengan kehendak Allah. Sebab itu Allah perintahkan amalannya dilemparkan balik ke mukanya. Allah tidak terima amalan pendengki dan hasad.”
Di langit keenam, penjaga pintu akan berkata: “Saya penjaga rahmat. Saya diperintahkan untuk melemparkan balik amalan yang indah ini ke muka pemiliknya kerana dia tidak pernah mengasihi orang lain. Kalau orang mendapat musibah dia merasa senang. Sebab itu amalan ini jangan melintasi langit ini.’
Malaikat Hafazah naik lagi membawa amalan si hamba yang lepas hingga langit ketujuh. Rupa cahayanya bagaikan kilat dan suaranya bergemuruh. Di antara amalan itu ialah sembahyang, puasa, sedekah, jihad, warak dan lain-lain lagi. Tetapi penjaga pintu langit berkata: ‘Saya ini penjaga sum’ah (ingin masyhur). Sesungguhnya si pengamal ini ingin masyhur dalam kumpulan-kumpulan dan selalu ingin tinggi di saat berkumpul dengan kawan-kawan yang sebaya dan ingin mendapat pengaruh dari para pemimpin. Allah memerintahkan padaku agar amalan ini jangan melintasiku. Tiap-tiap amalan yang tidak bersih kerana Allah maka itulah riyak. Allah tidak akan menerima dan mengkabulkan orang-orang yang riyak.”
Kemudian malaikat Hafazah itu naik lagi dengan membawa amal hamba yakni sembahyang, puasa, zakat, haji, umrah, akhlak yang baik dan pendiam, zikir pada Allah, diiringi malaikat ke langit ketujuh hingga sampai melintasi hijab-hijab dan sampailah ke hadrat Allah SWT. Semua malaikat berdiri di hadapan Allah dan semua menyaksikan amalan itu sebagai amalan soleh yang betul-betul ikhlas untuk Allah.
Tetapi firman Tuhan: “Hafazah sekalian, pencatat amal hamba-Ku, Aku adalah pengintip hatinya dan Aku lebih mengetahui apa yang dimaksudkan oleh hamba-Ku ini dengan amalannya. Dia tidak ikhlas pada-Ku dengan amalannya. Dia menipu orang lain, menipu kamu (malaikat Hafazah) tetapi tidak boleh menipu Aku. Aku adalah Maha Mengetahui. Aku melihat segala isi hati dan tidak akan terlindung bagi-Ku apa saja yang terlindung. Pengetahuan-Ku atas apa yang telah terjadi adalah sama dengan pengetahuan-Ku atas apa yang bakal terjadi. Pengetahuan-Ku atas orang yang terdahulu adalah sama dengan pengetahuan-Ku atas orang-orang yang datang kemudian. Kalau begitu bagaimana hamba-Ku ini menipu Aku dengan amalannya? Laknat-Ku tetap padanya.”
Dan ketujuh-tujuh malaikat beserta 3000 malaikat yang mengiringinya pun berkata: ‘Ya Tuhan, dengan demikian tetaplah laknat-Mu dan laknat kami sekalian bagi mereka.’ Dan semua yang di langit turut berkata: ‘Tetaplah laknat Allah kepadanya dan laknat orang yang melaknat’.”
Sayidina Muaz kemudian menangis teresak-esak dan berkata: “Ya Rasulullah, bagaimana aku boleh selamat dari apa yang diceritakan ini?”
Sabda Rasulullah SAW: “Hai Muaz, ikutilah Nabimu dalam soal keyakinan.”
Muaz bertanya kembali: “Tuan ini Rasulullah sedangkan saya ini hanya Muaz bin Jabal. Bagaimana saya boleh selamat dan boleh lepas dari bahaya tersebut?”
Sabda Rasulullah SAW: “Ya begitulah, kalau dalam amalanmu ada kelalaian maka tahanlah lidahmu jangan sampai memburukkan orang lain. Ingatlah dirimu sendiri pun penuh dengan aib, maka janganlah mengangkat diri dan menekan orang lain. Jangan riyak dengan amal supaya amal itu diketahui orang. Jangan termasuk orang yang mementingkan dunia dengan melupakan Akhirat. Kamu jangan berbisik berdua ketika di sebelahmu ada orang lain yang tidak diajak berbisik. Jangan takabur pada orang lain nanti luput amalanmu dunia dan Akhirat dan jangan berkata kasar dalam suatu majlis dengan maksud supaya orang takut padamu. Jangan mengungkit-ungkit apabila membuat kebaikan. Jangan merobekkan peribadi orang lain dengan mulutmu, kelak engkau akan dirobek-robek oleh anjing-anjing jahanam.” 

Sebagaimana firman Allah yang bermaksud: “Di Neraka itu ada anjing-anjing perobek badan manusia.”

Muaz berkata: “Ya Rasulullah, siapa yang tahan menanggung penderitaan semacam itu?”
Jawab Rasulullah SAW: “Muaz, yang kami ceritakan itu akan mudah bagi mereka yang dimudahkan Allah SWT. Cukuplah untuk menghindar semua itu, kamu menyayangi orang lain sebagaimana kamu mengasihi dirimu sendiri dan benci apa yang berlaku kepada orang lain apa-apa yang dibenci oleh dirimu sendiri. Kalau begitu kamu akan selamat dan dirimu pasti akan terhindar.”
Amal ibadah akan tertolak percuma ibarat debu-debu ber-terbangan kalau keikhlasan hati tidak ada. Untuk menentukan amal ibadah itu ikhlas bukan boleh ditentukan dengan kata-kata. Misalnya: “Saya beri ini dengan penuh ikhlas.” “Saya buat ini ikhlas untuk awak.” “Kutujukan ikhlas untukmu.” “Saya yang ikhlas.” “Saya bantu awak dengan ikhlas hati.”
Tidak perlu disebut ikhlas. Tidak usah ungkapkan kata-kata tersebut. Ikhlas itu bahasa hati atau kerja hati. Kalau disebut, ternyata tidak ikhlas. Sebab itu diam sahaja lebih baik. Kita tidak tahu apakah kita ikhlas atau tidak. Malaikat yang kerohaniannya tajam pun tidak tahu, mengapa kita yang kerohaniannya tidak tajam mengaku kita ikhlas. Inilah tanda tidak ikhlas.

Kalau begitu bagaimana hendak mengesan amal ibadah itu ikhlas atau tidak?

Kita bawa contoh-contoh di bawah ini sebagai panduan untuk mengukur keikhlasan kita.

1. Apakah kita sembahyang, wirid, zikir, doa dan baca Quran di rumah dengan di masjid ada perbezaan? Di rumah kita buat cepat-cepat dan lebih kurang sahaja sedangkan di masjid kita lakukan dengan penuh teratur, tertib, sopan, dengan suara sedap atau cuba sedap-sedapkan suara kita. Ertinya kita buat lebih baik bila berada di masjid yakni di depan orang ramai. Itu tandanya tidak ikhlas.
2. Pernahkah kita tidak buat sembahyang sunat sewaktu di rumah tetapi kita buat atau buat lebih banyak kalau di masjid? Kita buat kerana takut orang kata atau malu pada orang. Itu tanda tidak ikhlas.
3. Kalau ada orang puji, apakah ada rasa berbunga, sedap dan suka hati? Waktu dikeji adakah rasa marah atau sempit dada dan sedih? Kalau terasa megah atau sedih, ertinya belum ikhlas.
4. Apakah kita menderma dengan bersyarat, misalnya mesti ditulis dalam daftar atau disiarkan dalam akhbar dan tv? Kalau tidak, kita tidak mahu menderma untuk masjid, surau, anak yatim, sekolah Islam dan lain-lain lagi. Atau terpaksa ditulis nama kita pada mana-mana batu asas. Kalau tidak, kita tidak menderma. Itu tanda tidak ikhlas.
5. Adakah kita membaca Al-Quran bertujuan untuk dapat hadiah besar atau piala dan lain-lain? Kalau tidak kita malas atau langsung tidak membacanya. Ini tanda tidak ikhlas.
6. Cuba kita renung-renungkan, adakah kita buat kebaikan kemudian suka sebut-sebut atau dengan harapan supaya orang itu balas kebaikan kita? Apakah selepas kita berbuat baik pada seseorang, kemudian bila dia lukakan hati kita, langsung kita berkata di depan atau di belakangnya: “Tidak patut engkau buat begini pada aku. Aku dah banyak tolong engkau. Kalau aku tak tolong selama ini, susah engkau. Memang orang tak kenang budi.” Ini juga tanda tidak ikhlas.
7. Pernahkah kita menderma hanya di depan orang tetapi kalau secara sembunyi, kita tidak menderma? Ini juga tidak ikhlas.
8. Apakah kita suka segala kebaikan hanya dicetus oleh kita sahaja? Bila orang lain yang buat kebaikan itu, kita tidak suka. Ini juga tidak ikhlas.
9. Adakah waktu kita berjawatan, kerana ada gaji dan elaun maka kita aktif dan gigih berjuang memperkatakan Islam? Kita bersyarah merata-rata tempat. Tapi bila tidak ada jawatan, kita tidak minat buat kerjakerja itu lagi. Atau kita ditukar jawatan, bukan jawatan agama lagi, langsung kita tidak minat sebut Islam lagi. Ini ada udang di sebalik batu namanya, tanda tidak ikhlas.
10. Apakah kalau pergi berdakwah di tempat yang jauh itu kita pandang pada elaun? Kalau tidak ada mileage dan elaun kita tidak pergi. Atau kalau pergi pun dengan hati yang berat. Terpaksa. Ini juga tanda tidak ikhlas.
11. Apakah kita ghairah menyebut Islam ini hanya dalam pidato-pidato atau seminar-seminar saja tetapi dalam perbualan-perbualan biasa tidak sibuk mengatakannya? Ertinya tidak sebut langsung fasal Islam. Ini juga tidak ikhlas kerana ada motif nama dan kemasyhuran.
12. Adakah kita sanggup mengajar hanya kerana kita diberi gaji? Kalau tidak ada gaji, kita tidak sanggup? Atau kalau mengajar juga secara terpaksa kerana takut dikatakan, ‘Ada ilmu, tapi tidak sampaikan ilmu!’. Itu tanda tidak ikhlas.
13. Pernahkah kita memperkatakan Islam itu hanya sewaktu-waktu kita harapkan dapat kerusi di Parlimen? Atau hendak tambat hati rakyat dengan harapan parti kita dapat memerintah? Tapi bila tidak ada kerusi lagi atau sudah tua, kita tidak sibuk-sibuk lagi memperjuangkan Islam. Ini ada kepentingan diri namanya. Juga tidak ikhlas.
14. Adakah kita buat teguran hanya pada orang-orang kecil atau orang bawahan sahaja? Tetapi bila tuan-tuan di atas kita buat kesalahan, kita tidak berani hendak tegur? Ini tanda tidak ikhlas.
15. Adakah di depan ramai sahaja kita kuat jaga disiplin? Berlakon jadi baik. Bila di belakang orang, hilang disiplin. Mulalah tidak dapat hendak kawal mata keranjang. Mula tidak dapat mengawal telinga, dan tidak berakhlak. Ini berakhlak tidak ikhlas namanya.
16. Adakah bila kita ada jawatan dalam kampung atau di masjid atau apa-apa juga jawatan dalam masyarakat, baru mahu berkorban? Tetapi bila tidak ada jawatan, tidak mahu berkorban lagi. Itu tanda kerja kita tidak ikhlas.
17. Renungkanlah, apakah kita mahu belajar Islam kerana ada jaminan masa depan? Kalau tidak, mungkin kita tidak belajar. Atau tidak bersungguh-sungguh belajar Islam. Ini juga tidak ikhlas.
18. Pernahkah kita beri bantuan kerana orang itu berbuat baik kepada kita? Sedangkan kalau orang tidak berbuat baik pada kita, kita tidak suka membantunya, walaupun orang itu patut dibantu. Ini juga tidak ikhlas.
19. Adakah kita rasa tidak senang bila ada orang sekali-sekala menggantikan kita berceramah atau bersyarah di tempat-tempat kebiasaan kita. Atau kita rasa bangga atau rasa senang hati kerana dia membantu kerja-kerja kita buat kebaikan? Jika tidak, ini juga tidak ikhlas.
20. Pernahkah terjadi dalam mana-mana mesyuarat atau mana-mana perbincangan, kita mahu biarlah cadangan-cadangan yang baik dan bagus hanya datang dari kita? Kalau ada orang lain turut sama memberi pandangan walaupun baik, kita rasa tidak senang? Ini tanda tidak ikhlas. Orang yang ikhlas, dia mahu orang lain juga dapat memperkatakan kebenaran. Bukan hanya melalui dirinya seorang.
21. Adakah depan orang ramai saja ilmu Islam itu jadi bualan kita tetapi bila berhadapan dengan anak isteri, kita bungkam? Malas hendak memperkatakan Islam. Tidak ghairah hendak sebut hal-hal Islam atau hal-hal perjuangan. Ini juga kerana bermotif nama dan kemasyhuran. Depan anak isteri mana dapat nama atau kemasyhuran.
22. Adakah kita hantar anak belajar di satusatu sekolah kerana mengharapkan didikan, tarbiah dan akhlak yang baik? Bukan kerana jaminan sijil atau dapat kerja? Atau sebaliknya yakni kalau tidak ada sijil atau tidak ada jaminan kerja, kita tidak hantar anak kita walaupun sekolah itu baik didikannya? Ini juga tidak ikhlas.
23. Adakah kita menutup aurat kerana orang suruh atau menutup aurat ini hanya di tempattempat yang tertentu sahaja? Atau di majlis-majlis rasmi sahaja seperti majlis kematian. Atau menampakkan sebahagian anggota yang terlarang atau pakaian terlalu ketat atau jarang? Atau bertudung untuk bermegah-megah? Ini semua tidak ikhlas.
24. Seorang yang pernah kita beri bantuan kerana dia patut menerima lantaran kemiskinan atau kesusahannya, kemudian dia cacatkan hati kita, apakah kita terus memberikan bantuan itu? Kalau kita teruskan memberi bantuan itu kepadanya, itu tanda ikhlas.
Cukuplah setakat ini contoh-contoh yang lumrah berlaku di tengah-tengah kehidupan kita. Agar ia menjadi kayu pengukur sejauh mana keikhlasan kita selama ini. Kita tentu ada penga-laman bersama dalam salah satu hal-hal yang berlaku di atas. Kalau begitu ukurlah diri masing-masing, apakah usaha-usaha, kerja-kerja dan amal ibadah sudah ikhlas atau belum?
Untuk mendapat ikhlas amat susah. Tetapi bila tidak ada ikhlas, ertinya tidak ada roh amal. Tidak ada nyawa ibadah. Walaupun manusia itu nampaknya hebat, di sisi Allah, tidak ada apa-apa nilai. Kosong. Ibarat habaan mansura yakni habuk-habuk yang berterbangan, hilang begitu sahaja. Oleh itu marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah SWT: “Ya Allah jadikan kami orang yang ikhlas. Jadikan usaha kami kerana-Mu. Jangan diselit di hati kami selain-Mu. Pimpinlah kami wahai Tuhan. Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Agar usaha-usaha kami tidak sia-sia. Amin. Ya Rabbal’alamin. Ya Mujibassailin, Wahai Tuhan yang menunaikan segala permintaan orang yang meminta.”
Sesungguhnya orang-orang yang ikhlas itu balasannya ialah syurga seperti sabda

 Rasulullah SAW: Allah SWT berfirman, “Aku menyediakan bagi hamba-hamba-Ku yang soleh (ikhlas), apa yang belum terlihat oleh mata dan belum terdengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas dalam hati.” (Muttafaqun ‘Alaih)


Sumber : www.usahataqwa.com 

JAZAKALLAHU KHAIRA , SEMOGA BERMANAFAAT !