Hukum membina binaan di atas kubur

Assalamualaikum

Pertanyaan :

Kini banyak kubur yang dikelilingi dengan batu bata malah ada yang membina kubur ahli keluarga dengan marmar dan membuat bumbung . Apakah hukumnya membuat binaan di atas kubur ? Adakah boleh dicantikkan atau dibiarkan kosong hanya berbatu nisan sahaja ?

Contoh gambar

Jawapan :

Waalaikumussalam , 

Kubur dari segi takrifannya merujuk kepada tempat yang digunakan untuk mengebumikan orang yang telah meninggal dunia .

Kawasan perkuburan menurut Islam ditegah daripada melakukan perkara-perkara yang boleh menjejaskan adab dan dianggap tidak menghormati mayat di kawasan perkuburan tersebut seperti mendirikan penempatan di atasnya , membina tembok atau menggali balik mayat tanpa tujuan . 

Dalam sebuah hadis ada menyebut maksudnya :

" Nabi S.A.W menegah daripada membina tembok di atas kubur , tinggal di atasnya , membuat binaan dan menulis di atasnya " 


(Riwayat al-Tarmizi) 


Adapun untuk membersihkan perkuburan adalah satu keharusan dan janganlah sampai melakukan pembaziran kerana kos untuk membina dengan marmar dan sebagainya amat mahal . Alangkah eloknya jika wang yang hendak digunakan itu dinafkahkan pada jalan kebajikan dan diniatkan kepada si mati InsyaALLAH mendatangkan padahala kepadanya . Wallahualam .


Sumber : Akhbar Kosmo yang dijawab oleh Ustaz Muhammad Riduan Zainal Abidin . Jika mahu merungkai permasalahan masing-masing boleh email ke rencana@kosmo.com.my . Jumaat 27 April 2012 . 

No comments:


JAZAKALLAHU KHAIRA , SEMOGA BERMANAFAAT !