Lesen

As'salamualaikum ,

Alhamdulillah bersyukur kehadrat ALLAH SWT kerana dengan izin-Nya kita dapat lagi berjumpa di laman sesawang ini . Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang terunggul serta keluarga dan sahabat handai Baginda . Amin .

Selamat pagi -,- . Okay , saya faham sekarang memang jam sudah menunjukkan 1:22 A.M . Waktu rehat untuk manusia setelah penat bekerja dan melakukan aktiviti harian di pagi hari . Seperti saya 'lepasan SPM' memang tak sangka kot kalau cuti lepasan SPM sebenarnya macam ni . Huhu :O . Waktu masih dalam suasana & bau-bau SPM mesti fikir lepas ni nak buat apa kan ? 

Pelbagai perkara berfaedah boleh dilakukan setelah selesai Peperiksaan SPM . Kebanyakkan dan rata-rata mesti ambil lesen , kerja sambilan di mana-mana tempat kerja kosong dan waktu tu juga banyak tawaran kerja kosong yang ada . Apa lagi tak lama lagi akan memasuki 2012 , InsyaALLAH . Sekolah juga akan dibuka semula untuk adik-adik kita menyambung pelajaran mereka dan umur juga sudah bertambah dan kelas pun ada yang dah tukar . Wahh , tepuk-tepuk kepada yang dah naik kelas ya ! Kepada semua jugalah (; .

Saya sekarang baru ambil undang-undang . Okay , ceramah 9 jam pada hari ini . Perlu sampai kat situ pukul 8.00 A.M . Harap cepat-cepat dapat lesen P ! Okay study study lahh . Buku dah bagi jangan jadikan ia perhiasan sahaja dalam beg . Hehe .



Pesan ayah : "Akak , biar kita tunggu dia , bukan dia yang tunggu kita" 

Itu maksudnya , kita perlu disiplin dalam segala hal . Nak kerja teratur tak ? Kalau nak kenalah ikut prosedur . Tak nak pening kepala . Just fikir , mana satu yang penting . Kalau kita fikir dengan serius , InsyaALLAH kita dapat bezakan apa yang sebenarnya perlu kita lakukan dulu . Ya , manusia memang tak sempurna tapi ALLAH suka hamba-Nya yang sentiasa memperbaiki dirinya ke arah yang baik . 

" Sakit boleh sembuh dengan ubat-ubatan tapi masa tidak boleh diganti dengan apa-apa jika kita terlepas begitu sahaja " 

Nak cerita di sini , urus masa . Apa lagi saya ni juga . Saya pun harus urus masa . Saya mengaku -,- . Nak dikatakan , waktu dengar ceramah tadi oleh penceramah Encik Omar . Beliau sudah 12 tahun dalam bidang ini jadi memang pakarlah kan ?? . Disebabkan masanya 9 jam , "  lawak-lawak orang tua adalah " kata Encik Omar pada kami tadi . Hehe , lawak juga ada adab . Islam tak halang untuk kita berlawak tapi biar lawak yang benar ! Maksudnya , lawak yang berunsur penipuan tidak boleh . Jangan ya sesekali ya kawan-kawan . Rasulullah S.A.W amat tegaskan sekali walaupun dalam lawak untuk menggelakkan orang . 



" Tidak rugi jujur walaupun pahit kerana akhirnya pasti manis " 

ALLAH MAHA MENGETAHUI . 

p/s : Okay , best tau dapat kawan-kawan baru . Dia orang baik-baik sangat . Bila berjumpa ucaplah as'salamualaikum dan bersalaman (sama jantina) . Semoga ukhuwah kita berkekalan ya sahabat semua . Saya sayang anda semua  . Maafkan salah silap saya selama menulis coretan ini . Ada salah silap tegurlah dan nasihatilah saya . InsyaALLAH . Wallahualam .



Seharum pusara Masyitah

As'salamualaikum , 

Bila mana hati terasa lemah, & iman terasa rapuh, sabar terasa ingin berderai, harapan terasa sudah berkecai... renungilah kembali sirah-sirah lepas yang melakarkan kehebatan insan-insan yang meletakkan tawakal & menyerahkan seluruhnya kepada Allah, sesungguhnya kekuatan & kehebatan mereka-mereka ini datangnya adalah daripada Allah.

Masih ingat kisah Masyitah? Salah seorang serikandi Islam yang dijanjikan syurga oleh Allah kerana tekadnya beliau memegang tauhid Allah hingga ke hujung nafasnya. InsyaAllah, mari kita susuri kisah tokoh Islam yang sangat berani ini, lalu mengambil kekuatan daripada beliau, betapa kukuh pegangannya memegang tali Allah.

Di antara mereka yang beriman dengan dakwah dan seruan Nabi Musa a.s ialah keluarga Masyitah dan suaminya Hazaqil. Hazaqil ialah seorang yang amat dipercayai oleh Fir’aun, manakala Masyitah pula adalah penyisir rambut anak Fir’aun. Mereka amat taat dan beriman kepada Allah SWT namun, mereka berjaya merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan Fir’aun.

Disebabkan Hazaqil menentang Fir’aun kerana menjatuhkan hukuman mati kepada seorang ahli sihir yang menyatakan keimanannya terhadap Allah, maka beliau turut dijatuhkan hukuman mati. Hazaqil menemui ajalnya dengan tangan terikat pada pohon kurma dan tubuhnya penuh dengan ditembusi anak panah. Isterinya, Masyitah sangat bersedih atas kematian suaminya itu.

Pada suatu hari, sewaktu Masyitah sedang menyisir rambut puteri Fir’aun, tanpa sengaja sisir tersebut terjatuh ke lantai, lalu Masyitah pun berkata tanpa disangka-sangka:

“Dengan nama Allah, binasalah Fir’aun.”

Disebabkan marah, anak Fir’aun telah mengadukan perkara tersebut kepada ayahnya. Lalu, Masyitah pun dipanggil oleh Fir’aun untuk disoal siasat.

Ketika disoal sama ada benar atau tidak dia menghina Fir’aun, Masyitah mengiyakan tanpa rasa takut atau gentar. Lalu, Fir’aun menjadi murka. Dua pilihan diberi kepada Masyitah, samada dia mengatakan Fir’aun adalah Tuhan yang patut disembah atau jika dia ingkar, dia dan anak-anaknya akan dimasukkan ke dalam kuali yang sedang mendidih minyaknya.

Masyitah tetap dengan keimanannya. Namun, dia merasa sedikit ragu apabila melihat wajah kedua anaknya. Namun, dengan kekuasaan Allah SWT, anak yang masih menyusu itu berkata;

“Jangan bimbang wahai ibuku. Ini kerana kita semua akan memperolehi ganjaran yang hebat daripada Allah SWT. Pintu syurgaNya akan terbuka luas menunggu kedatangan kita.”

Lantas, tanpa sedikit pun rasa takut, Masyitah terus terjun ke dalam kuali berisikan minyak panas yang sedang menggelegak itu bersama kedua anaknya. Tiada sebarang tangisan ataupun jeritan yang kedengaran. Malahan keajaiban telah terjadi dengan kehendak Allah. Minyak yang sedang menggelegak itu tiba-tiba mengeluarkan haruman yang semerbak.

Demikianlah kisah Masyitah. InsyaAllah, semoga kita semua akan dapat mengambil hikmah dan mengikuti jejak langkahnya, meninggal di dalam keadaan yang teguh menggenggam Kalimah Tauhid yang agung.


Letakkanlah diri kita sekarang di dalam situasi yang dialami oleh Masyitah. Adakah kita akan tetap memegang Tauhid Allah, atau sanggup kita melepaskan Islam & Allah kerana takut dengan minyak yang mendidih & menggelegak itu?

Sesungguhnya, tetaplah berpegang teguh kepada Allah. Berpeganglah pada hukum Allah, dari Dia kita datang, maka, kepada Dia jugalah kita kembali..

Bila mana hati terasa lemah, & iman terasa rapuh, sabar terasa ingin berderai, harapan terasa sudah berkecai... renungilah kembali sirah-sirah lepas yang melakarkan kehebatan insan-insan yang meletakkan tawakal & menyerahkan seluruhnya kepada Allah, sesungguhnya kekuatan & kehebatan mereka-mereka ini datangnya adalah daripada Allah.

Allah telah memberikan kekuatan, keyakinan & keberanian kepada mereka untuk tetap berpegang kepadaNya kerana mereka sentiasa yakin & percaya dengan kekuasaan & pertolongan Allah. Pengajaran inilah yang paling penting untuk kita semua agar iman kita akan terus dikukuhkan oleh Allah. insyaAllah..

Mudah-mudahan, kembalinya kita kelak, walau tidak seharum pusara serikandi agung Masyitah, sekurang-kurangnya, dapatlah kita meraih keredhaan Allah.. amiin ya rabbal 'alamin..

Allahumma inni as aluka ridhoka wal jannah, ya Allah..
Wallahu 'alam...
SUMBER : SINI & SINI 

p/s : Moga saya dan semua mendapat pengajaran . Wallahualam . Amin .

Ruginya meninggalkan solat

As'salamualaikum , 

Alhamdulillah , terima kasih kepada ALLAH kerana memberi saya peluang untuk menulis sedikit ilmuNya kepada anda dengan izinNya . Selawat dan salam buat penghulu kita , Nabi Muhammad S.A.W . Amin . 

Solat itu tiang agama 

Perkataan itu selalu kita dengar . Sebenarnya kita tahu kalau tinggal solat itu berdosa tapi kenapa diri kita sendiri malas untuk menunaikan solat . Kadang-kadang solat pun , macam terpaksa dan bermacam sebab seperti ada hal . Astagfirulahalazim . Ini peringatan buat saya juga . Kesalahan kita selama ini , jika ALLAH menunjukkan jalan buat kita dan kemudian kita sedar , ambilah peluang itu wahai diri begitu juga saya . Memang sifat malas itu susah sekali untuk kita kikis , tapi jika niat kita sendiri nak dekat pada ALLAH , dapat buat untuk ALLAH . InsyaALLAH , ALLAH pasti tolong . Kita kena kuat ! 



Orang yang mengabaikan solat akan mendapat kerugian di dunia dan akhirat . Di dunia , kehidupan mereka akan dipenuhi dengan maksiat dan kemungkaran , serta hidup menjadi tidak tenang dan tidak keruan . 

ALLAH berfirman bermaksud : 

" Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar " 
[Surah Al-'Ankabut 29:45] 

Apakah untungnya kalau hidup dalam kemewahan sekalipun , sekiranya hati tidak tenteram dan tidak tenang ? 

Manakala di akhirat pula , orang yang mengabaikan solat akan menerima azab yang pedih . 

Dalam kitab al-Kaba'ir karangan al-Imam al-Zahabi , dinyatakan bahawa sebahagian ulama telah berkata bahawa orang yang meninggalkan solat akan dikumpulkan bersama Qarun , Firaun , Haman , dan Ubay bin Khalaf di akhirat kelak .  

Sumber : Majalah solusi isu no 38 m/s 38 . 

p/s : Ya ALLAH ampuni aku dan kami semua . Jangan kami ambil enteng dengan semua ini . Jadikan sekecil dosa pun ia merupakan dosa besar buat kami . Bantulah kami ya ALLAH sebelum ajal kami tiba . Amin . Wallahualam .




Temuilah ayah saya ! :D

As'salamualaikum , 

Aku : saya tidak layak untuk awak.

Kau : Kenapa?

Aku : awak dari kalangan orang baik-baik, sedangkan saya…

Kau : saya dan Tuhan selalu memandangmu, apa lagi?

Aku : awak pintar, awak ada banyak peminat.

Kau : Peminat? saya tidak perlukan mereka, saya hanya perlu pendamping dan pembimbing untuk anak-anak saya kelak.

Aku : saya juga tidak dalam ilmu agama.

Kau : Kita boleh mendalaminya bersama-sama.

Aku : saya tidak cantik. Tidak seperti mereka…

Kau : Tuhan akan marah jika mendengar perkataan awak tadi, sebab itu saya memilih awak kerana awak tidak menggunakan kesempatan atas kecantikan awak.

Aku : awak ini kenapa? Sudah saya kata saya ini tidak layak, kita ibarat bumi dan langit. Terlalu banyak perbezaan.

Kau : Perbezaan membuat kita lengkap.

Aku : Awak terlalu sempurna.

Kau : Belum. Akan sempurna jika awak ada.

Aku : Cukup. Saya tidak mahu dengar lagi.

Kau : Seribu bunga tak mampu membuat awak berlembut juga?

Aku : Temuilah ayah saya. Itu lebih berharga dari seribu bunga dan ungkapan cinta.


 
 
"Jika datang kepada kamu seorang lelaki yang engkau redhai agamanya dan akhlaknya untuk meminang perempuan kamu maka nikahkanlah dia jika tidak kamu lakukan demikian maka akan timbullah fitnah dan kerosakan" (hadis riwayat Tirmidzi ).


Imam Thabrani meriwayatkan dari Anas bin Malik, bahawa Rasulullah bersabda:
"Barang siapa menikah wanita kerana kehormatannya (jawatan), maka Allah hanya akan menambah kehinaan; barang siapa menikah kerana hartanya, maka Allah tidak akan menambah kecuali kefakiran; barang siapa menikahi wanita kerana nasab (kemuliaan), maka Allah hanya akan menambah kerendahan. Dan barang siapa yang menikahi wanita kerana inigin menutupi (kehormatan) matanya, membentengi farji (kemaluan)nya, dan mempererat silaturrahim, maka Allah SWT akan memberi barakah-Nya kepada suami isteri tersebut"

Sumber : SINI

Doa untuk hati yang patah



Assalamualaikum 

اللهم اني اعوذ بك من الهم والحزن, واعوذ بك من العجز والكسل, واعوذ بك من الجبن والبخل, واعوذ بك من غلبة الدَّين وقهر الرجال


‘Allahumma innee A’oothu bika minal hammi wal hazan, wa a’outhu bika minal ajzi wal kasal, wa a’outhu bika minal jubni wal bukhl, wa a’outhu bika min ghalabatid deyni wa gahrir rijal.’



(Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kebimbangan dan kepiluan. Aku berlindung kepadaMu dari ketidakupayaan dan kelalaian. Aku berlindung kepadaMu dari perbuatan pengecut dan sifat kedekut. Dan aku mencari perlindungan dariMu daripada  hutang dan  penindasan manusia)

Lelaki yang soleh

As'salamualaikum ,


Kita selalu membicarakan ciri – ciri wanita untuk dijadikan pasangan hidup. Adakah lelaki terlepas dari tapisan ini? Semestinya tidak, kerana lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat. lelaki yang baik tidak semestinya soleh, dan soleh itu semestinya baik. Namun menjadi lelaki yang soleh lah seharusnya dicapai oleh kita semua kerana ia merupakan ISO yang Allah tetapkan.

Namun siapakah lelaki soleh? Kita sudah sering mendengar lelaki soleh, namun bagaimana ciri- cirinya?

Sebenarnya orang-orang soleh bukanlah makhluk abstrak yang sulit dikenali bentuknya. Mereka adalah manusia biasa juga, tetapi memiliki kelebihan tertentu dibandingkan manusia-manusia lainnya. Kelebihan mereka adalah dari segi keyakinan, kecaknaan, mentaliti serta amal perbuatan.

Dalam diri mereka terkumpul kebaikan-kebaikan itu, Bahkan kita boleh mengenali mereka dari sikap dan perilaku hidupnya sehari-hari. Lihatlah mereka dengan HATI, maka kita akan menemui tanda-tanda kebaikan mereka.


Lelaki soleh dijelaskan dalam Al-Qur’an adalah sebagai berikut:

“Dan diantara ahli kitab ada sekelompok orang yang berlaku lurus. Mereka membaca ayat-ayat Allah di malam hari, sedang mereka bersujud (maksudnya, mengerjakan solat malam sambil membaca kitabullah). Mereka beriman kepada Allah dan hari akhir, mereka mengajak pada kebaikan dan mencegah dari perbuatan mungkar, dan mereka bersegera mengerjakan kebaikan-kebaikan. Mereka itulah orang-orang yang soleh”. (Ali Imran 133-134).


Biasanya, tanda – tanda orang yang soleh adalah:

  • Seseorang secara tekun dan sabar menunaikan kewajiban pokok, seperti solat 5 waktu, zakat dan puasa Ramadhan. Kemudian dia menjalankan ibadah tambahan, baik berupa solat sunat, puasa sunat serta bersedekah dijalan kebaikan.
  • Seseorang yang menjauhi perbuatan dosa besar, seperti membunuh, berzina, sihir, memakan harta riba, menganiaya anak yatim, derhaka kepada orang tua, dan  sumpah palsu.
  • Seseorang yang cakna dengan keadaan sekelilingnya. Ketika disekitarnya banyak orang yang meninggalkan kewajipan, dia mengajak mereka mengerjakan kewajiban itu. Begitu pula ketika disekelilingnya banyak orang melakukan perbuatan dosa, dia mencegah agar perbuatan itu dijauhi atau dihentikan. Jika dia memiliki ilmu, dia memberi nasihat dengan perkataan atau melalui tulisan. Singkatnya, hatinya tidak tenteram ketika melihat perintah Allah diabaikan dan larangan Allah dikerjakan.
  • Seorang yang sentiasa bersemangat untuk menambah kebaikan, baik ilmu, keimanan dan amalan. Dia tidak merasa puas dengan kebaikan yang sudah diperoleh dan tidak merasa jenuh untuk berbuat yang lebih baik. Setiap kali kita bertemu dengannya, dia akan selalu lebih baik dari sebelumnya.
  • Seorang yang mendedikasikan dirinya untuk sungguh-sungguh untuk menjalankan solat tahajjud di akhir malam. Dalam solat itu dia bacakan ayat-ayat yang mampu dia hafal dari Al Qur’an. Jika boleh, hafalannya selalu bertambah dari waktu ke waktu. Namun tidak bererti jika apa yang dihafalnya, hilang kembali.

Oleh itu, kepada kaum wanita, jika anda ingin mendirikan rumah tangga, carilah lelaki yang soleh. kerana secara teori kita boleh berkahwin dengan siapa saja yang kita sukai. Tetapi ciri – ciri  suami yang benar-benar akan membimbing kita meraih tujuan kebahagiaan itu hanyalah lelaki soleh. Jika pernikahan hanya untuk hidup bersama-sama, makan minum bersama, berketurunan, serta bersenang-senang bersama, tentu dengan lelaki manapun boleh.  Namun percayalah,  lambat laun akan bermasalah jua.


  • Seorang lelaki soleh tidak akan membiarkan di dalam rumahnya ada perilaku-perilaku buruk yang boleh mengundang kemurkaan Allah SWT.

  • Seorang lelaki soleh tidak mungkin akan berbuat zalim kepada saudara semuslim, apalagi kepada orang tua, mertua, isteri dan anak-anaknya. Tidak semua suami boleh memenuhi kewajipannya terhadap keluaraga secara adil, tetapi bagi seorang lelaki soleh, dia akan berusaha sekuat kemampuannya. Dia hanya akan berhenti berusaha jika sudah tidak ada lagi jalan yang boleh ditempuh. Jika usaha maksima telah ditempuh, tetapi hasilnya tidak memadai, dengan lapang dada dia akan meminta maaf atas kekurangan dirinya. Singkatnya, mustahil dilakukan oleh seorang lelaki soleh untuk membiarkan keluarganya menderita, bahkan terlintas dalam fikirannya pun tidak. Seorang lelaki soleh akan menghargai pendapat atau pandangan isterinya dan keluarganya, meskipun tidak semestinya akan selalu menurutinya.

  • Seorang lelaki soleh bersikap lapang dada dan memaafkan kekurangan isteri dan anak-anak beserta keluarganya. Seorang lelaki soleh tidak akan membuka aib-aib keluarganya di depan umum. Membuka aib keluarga sama dengan membuka aib diri sendiri. Seorang lelaki soleh tidak akan mengkhianati kepercayaan keluarganya. Didepan keluarganya dia baik, dan ketika jauh dari keluarganya pun, dia tetap baik.

  • Seorang lelaki soleh tidak takut kepada isteri atau anak-anaknya serta keluarganya, tetapi takut kepada Allah yang selalu mengawasinya. Berbeza dengan banyak lelaki yang manis di depan isteri dan mertuanya, tetapi sebaliknya ketika jauh dengan isteri. Dan yang paling utama, seorang lelaki soleh bersedia bertanggungjawab menghadapi tuntutan Allah di akhirat ketika ditanya tentang anak-anak dan isterinya.

Rasulullah bersabda : 

“ Sesempurna  keimanan seorang mukmin, ialah yang paling baik akhlaknya. Dan sebaik-baik kalian ialah yang paling baik kepada isteri – isterinya “.
          ( HR. At-Tirmidzi )
“ Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik kepada keluarganya (isteri dan anak-anaknya ), sedang aku adalah yang paling baik kepada keluargaku “.
          ( HR. Ath-Tharbawi dan Al-Hakim )






Jadi  pernikahan yang penuh barakah, akan terlaksana jika rumah tangga dibina bersama – sama lelaki soleh serta disempurna dengan wanita soleh :)

Sumber: akuislam.com

Solat dengan sarung


Assalamualaikum , 

 SOALAN : 

Kebiasannya, umat Islam di Malaysia gemar bersembahyang dengan memakai kain sarong, maka apabila sampai ketika melakukan sujud, kadang-kadang kain sarong yang dipakai terselak (akibat tiupan angin) hingga menampakkan bahagian pelipat/belakang lutut, adakah sembahyangnya masih sah atau di kira batal. 

JAWAPAN : 


Sah sekiranya sipemakai tidak menyedari auratnya terdedah (seperti memakai kain koyak tanpa disedari). Sekiranya orang lain melihat auratnya maka sembahyangnya batal dan orang yang melihat itu wajib memberitahu sipemakai yang sembahyangnya batal. Sekiranya kita syak pula bahawa dengan bentuk badan kita, gemuk dibetis misalnya, akan menyebabkan terdedahnya aurat, maka jauhilah dari memakai sarung.

SUMBERhimpunan kemusykilan agama



Pakaian alas solat


Assalamualaikum 

SOALAN :

Setahu saya jika kita bersolat, pakaian kita tidak boleh menjadi alas kepada anggota-anggota badan spt tangan dan tapak kaki? (jika betul). Bagaimana pula dengan tapak kaki untuk kaum wanita yang sewajibnya melanuhkan telekung solat mereka yang nampaknya menjadi alas keseluruhan tapak kaki ketika bersolat. Sah atau tidak solatnya? Tolong ustaz jelaskan . 

JAWAPAN : 

Solatnya sah, kecuali sekiranya sujudnya terhalang. ( Dahi terhalang dari mengenai tempat sujud walaupun oleh sehelai rambut) . 

Menangis dalam solat ?

Assalamualaikum 

SOALAN : 

Uztaz, apakah hukumnya seorang menangis diwaktu sembahyang disebabkan keinsafannya terhadap segala dosa-dosanya yang telah lalu ? 

JAWAPAN : 


Sekiranya tiada suara yang keluar (yang boleh membatalkan sembahyangnya) maka menangis dalam sembahyang terutamanya sembahyang fardhu, hukumnya makruh. Tetapi jika dilakukan selepas sembahyang (ketika berdoa), maka itu tidak mengapa.

Batalkah wuduk ?

Assalamualaikum 

 SOALAN : 

Saya ingin mengemukakan satu soalan berkenaan dengan wuduk. Adakah batal air sembahyang kita sekiranya tersentuh kulit dengan orang non-muslim (sama jantina) . 

JAWAPAN : 

Tidak batal kerana mereka tidak najis. Akidah mereka saja yang dianggap salah. Yang berbeza hanyalah aurat dimana walaupun sama jantina kita perlu memelihara aurat kita dari mereka . 

SUMBER : himpunan kemusykilan agama   


Cara-cara mengambil wuduk 



 

Petua dimurahkan rezeki & dipanjangkan umur

As'salamualaikum , 

Petua Dimurahkan Rezeki Dan Dipanjangkan Umur : 
Dari Anas bin Malik r.a katanya , dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda :

" Sesiapa yang ingin supaya dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturrahim (hubungan kasih sayang) "

p/s : copy paste . Wallahualam .

Supa strikas


As'salamualaikum , 
Alhamdulillah bertemu lagi kita , okay malam ni nak cerita tentang satu cerita yang saya suka . Haha , 'supa strika' . Okay , bunyi budak-budak kan ? Tak apa , sebab lain orang beza citarasa . ALLAH ciptakan manusia dengan pelbagai citarasa . Hehe , alhamdulillah (; . Haha , okay ini salah satu cerita kartun yang bestlah . Cerita ni mungkin lebih okay dari yang real punya . Mhuaa , my opinion .










Name : Shakes
Club : Supa Strikas
Position : Striker
Jersey number : 10
Key move :  Bicycle kick











Name : Cool Joe
Club : Supa Strikas
Position : Midfielder (left winger)
Jersey number : 7
Key move : The King's Cross (Cool Joe is sometimes called The Crossing King)











Name : Dancing Rasta Club : Supa Strikas
Position : Midfielder (Captain)
Jersey number : 9
Key move : The Supplier











Name : El Matador
Club : Supa Strikas
Position : Striker
Jersey number : 20
Key move : The Celebration











Name : The Blok
Club : Supa Strikas
Position : Defender
Jersey number : 55











Name : Twisting Tiger
Club : Supa Strikas
Position : Midfielder (right winger)
Jersey number : 16
Key move : The Tornado











Name : Big Bo
Club : Supa Strikas
Position : Goalkeeper
Jersey number : 1
Key move : The spider one-hand dive











Name : North Shaw
Club : Supa Strikas
Position : Defender
Jersey number : 8
Key move : The Slide











Name : Coach
Club : Supa Strikas
Position : In charge… issuing orders through a megaphone!
Favourite training technique : Supa Strikas VS Supa Strikas (let’s make it challenging!)
Key move : The Blok Tackle… of course!




 Bersatu teguh , bercerai roboh 




 sumber : SINI




P/S : Cerita ini sekadar suka-suka . Wallahualam . 

Bajet bagus

As’salamualaikum ,


“ Maaflah kalau kata-kata saya ini macam bajet bagus , saya tidak berniat . . “


BAHANA BAJET BAGUS ;

“ Bajet bagus “ ialah istilah moden yang popular digunakan kini . Apa maksudnya sebenar saya tidak pasti , tetapi jika diteliti kedua-dua petikan kata-kata tersebut , fahamlah kita bahawa orang yang bajet bagus ini mungkin merasaka dirinya serba bagus , penting , bijak dan hebat , hatta tidak memerlukan pandangan dan nasihat orang lain .



Inilah perkara yang melanda umat Islam akhir zaman apabila persoalan adab dikesampingan ;


Orang berilmu jika tidak disempurnakan dengan adab , akan menjadi bajet bagus .

Orang kaya jika hilang adab , akan jadi sombong , bongkak dan bakhil .

Orang miskin yang tidak beradab akan menjadi sampah masyarakat yang melambakkan masalah sosial yang lain .

Anak yang tidak diajar beradab , akan jadi biadab .

Ibu bapa yang lemah adab , akan hilang tanggungjawab .

Pemimpin yang tidak mengambil soal adab , ada kecenderungan menjadi pemimpin yang zalim ; beraja di mata , bertakhta di hati . 

 
BANGGA DENGAN DIRI SENDIRI ;

UJUB : Berasa takjub dengan diri sendiri . Berasa dirinya hebat dan lebih daripada orang lain walaupun perasaan itu mungkin tidak terlafaz atau dizahirkan dengan kata-kata .

Guru saya memberikan contoh berikut ;

Seorang yang bangun awal pagi bertahajud , sendirian di bilik tanpa diketahui oleh sesiapapun , meratap merayu kepada ALLAH , boleh etrpercik penyakit ujub jika terdetik dihatinya perasaan dan kata-kata :

“ Alhamdulillah , awal aku bangun pagi ini , tidak sangka pula dapat tahajud dalam keadaan jiran semua tidur lena “

Cukup merasai kehebatan diri sendiri itu , walau tiada sesiapa yang tahu dia bertahajud , maka rasa takjub dengan diri sendiri itulah namanya ujub .

Contoh lain ;

Jika selepas tahajud , maka si polan itu segera ke masjid untuk solat Subuh berjemaah . Selepas berjemaah , dia sengaja bertanya kepada jirannya soalan seperti ini :

“ Jam 5.00 pagi  tadi ada dengar tak bunyi jam loceng ? Saya dengar sampai ke rumah saya , ganggu wirid dan tahajud saya tadi ! “

Penyakit ujub yang dilayan dan dibiarkan bermain-main di perasaan , jika tidak dibendung dan dirawat segera , akan mudah merebak menjadi riyak .


PENYAKIT BAWAAN IBLIS ;

Riyak yang kronik akan membawa si penghidapnya kepada takabbur , iaitu kemuncak keburukan akhlak pada mana-mana makhluk . Orang yang takabbur akan berbangga dengan kelebihannya dan menempelak orang lain dengan mengganggap semuanya lemah dan buruk .

Contoh ;

“ Awat hang tak bangkit solat Subuh ? Teruklah hang ni . Tengok macam aku , setengah jam sebelum azan , sudah siap tahajud dan nak pi masjid dah . Bukan macam hang , dok berdengkur lagi “

Takabbur ialah penyakit bawaan iblis yang berasa dirinya lebih hebat berbanding Nabi Adam a.s  ;
Seperti yang diceritakan menerusi kitab Al-Quran apabila iblis enggan sujud (hormat) kepada Nabi Adam a.s seperti para malaikat yang lain , iblis membantah dengan kata-kata :

“ Aku lebih baik daripada Adam , Engkau (wahai ALLAH ) jadikan aku daripada api sedangkan dia , Engkau jadikan daripada tanah “  [Surah al-A’raf 7 : 12]

Takabbur sang iblis menyebabkan dia dihalau keluar dari syurga oleh ALLAH s.w.t . Sifat takabbur adalah sifat yang amat dibenci oleh ALLAH s.w.t . Bahkan terdapat hadis kudsi yang mafhumnya :

“ Takabbur itu selendang-Ku dan kebesaran itu kain sarung-Ku . Maka sesiapa bertengkar dengan Aku pada salah satu daripada dua (sifat) itu , nescaya Aku campakkan dia ke dalam neraka jahanam “
         
       [Riwayat Ahmad]

Orang yang bajet bagus , tidak menghimpunkan apa-apa pada dirinya kecuali kebencian dan kemarahan orang lain . Kita akan berasa meluat dan menyampah jika ada dalam diri kita sifat bajet bagus . Yang rugi ialah diri kita sendiri kerana menutup pintu ;

NASIHAT | TEGURAN | PANDANGAN ORANG LAIN


Dikhuatiri akan terus hanyut dibuai perasaan sendiri dan mudah terjerumus ke lembah ;


MAKSIAT | KELEMAHAN | DOSA | KESALAHAN


Paling tidak pun , dengan ujub , riyak dan takabbur itu sendiri menjadikan diri kita akan dibenci oleh ALLAH s.w.t . Nauzubillahi min zalik .


Sumber : Majalah Solusi m/s 27 & 29 Ir. Ahmad Jais Alias al-Syazali .


p/s :  Kepada ALLAH s.w.t kita bermohon supaya dipelihara daripada walau setitik pun sifat ujub , riyak dan takabbur dalam hati . Info ini saya ringkaskan sedikit , semoga saya dan semua dapat jauhi dan matikan sifat ini , InsyaALLAH . Amin . Wallahualam .

To her




Assalamualaikum , 

Shera ingat lagi lagu yang awak berikan pada saya . Waktu kita selalu kat sype kan ? Hehe , skype sama-sama . Webcame sama-sama sampai senam kat dalam tu sebab dah larut malam . Huhu , macam-macam cerita . Pernah satu hari buat kerja sambil webcam . Tanya soalan add mathlah . SubhanaALLAH , indahnya . 

Pernah waktu call , nangis-nangis . Dua-dua nangis (': . Kongsi 'Khairul Fahmi' dululah . Haha , rebut-rebut dengan penjaga gol tu . Macam-macam kan ? Cerita macam-macam sampai dah tengah malam , sampai dah penat mata dan jari tangan . Hehe . 



Apa-apa pun ia kenangan yang manis . Kita tak lupa , sama-sama suka . Maaf atas tidak sefahaman kita pada shera sebelum ni , sekarang dan yang akan datang . Moga kita bersama macam dulu , saya mohon maaf atas salah silap saya yang lalu pada awak dan semua . Saya mengaku kesalahan saya , dan saya ingin perbaiki salah silap saya pada shera . Shera tetap kawan saya dunia akhirat . Moga kita berjumpa di sana walaupun bukan di sini . Moga ALLAH sentiasa bersama shera dan sekeluarga serta orang disekeliling shera . Kita tetap sayang shera .  Amin .
 
TONur Syahirah Abdul Rahim





Perpustakaan kaset di rumah

As'salamualaikum , 

PERAKAM kaset di dalam rumah boleh berfungsi baik atau jelek ? 
          Bagaimana menjadikan penggunaannya diredhai ALLAH S.W.T ? 



Di antara sarana untuk itu adalah menjadikan koleksi kaset yang ada di dalam rumah merupakan kaset-kaset Islami yang baik . Yakni rakaman dari ; 

ULAMA | PEMBACA AL-QURAN (QARI') | PENCERAMAH | PEMBERI NASIHAT | KHATIB 

dan sebagainya . Sungguh mendengarkan kaset bacaan Al-Quran yang khusyuk dari suara sebahagian iman solat terawih misalnya , memiliki pengaruh besar bagi keluarga di rumah . Baik itu , pengaruh terhadap hafalan di dalam Al-Quran mahupun pengaruh terhadap hafalan mereka , kerana sentiasa memperdengarkannya kembali , juga pengaruh segi penjagaannya dari pendengaran syaitan seperti lagu-lagu , sebab telinga dan hati tidak sesuai untuk bercampur di dalamnya kalamullah dan lagu-lagu syaitan . 

Betapa banyak kaset-kaset fatwa yang memberikan pengaruh dalam pemahaman fiqh anggota keluarga dalam berbagai persoalan yang mereka hadapi sehari-hari dalam kehidupan mereka . Di antara yang digagaskan dalam masalah ini iaitu mendengarkan fatwa-fatwa rakaman dari para ulama seperti fatwa ; 

SYAIKH ABDUL AZIZ BIN BAZ | SYAIKH MUHAMMAD NASHIRUDDIN AL-ALBANI | SYAIKH MUHAMMAD AL-UTSAIMIN | SYAIKH SOLEH AL-FAUZAN 

dan lain-lain ulama yang terpercaya kelimuan dan agamanya . Umat Islam hendaknya memerhatikan dari mana dia mengambil fatwa agama , kerana ini adalah urusan agama . Kerana itu , lihatlah dari siapa kamu mengambil agamamu . 

Kita hendaklah mengambil agama dari orang yang telah ; 

Kesolehannya |
Takwa serta waraknya | 
Bersandar kepada hadis soheh dan tidak ta'ashub mazhab | 
Berkata sesuai dengan dalil | Konsisten |
Tidak terlalu ekstrem dan memberatkan atau terlalu longgar dan mempermudah |
Mengetahui (khabir) terhadap apa yang kita nyatakan |

ALLAH S.W.T ada berfirman : 

" (Dialah) Yang Maha Pemurah , maka tanyakanlah (tentang ALLAH) kepada yang lebih mengetahui (Muhmmmad) tentang Dia "

[Al-Furqan :59]


Mendengarkan penceramah yang berdakwah menyedarkan umat , menegakkan dalil dan kebenaran serta menolak kemungkaran adalah sesuatu yang amat penting dalam pembangunan peribadi di dalam rumah tangga muslim .  

Tetapi yang penting , setiap muslim harus mengetahui ciri-ciri manhaj (metode) yang benar bagi seorang penceramah sehingga kaset-kasetnya perlu didengarkan dan yang mendengarkan aman kerananya . 


Di antara ciri-ciri itu ; 

Penceramah harus berada di atas akidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah , setia kepada sunnah dan meninggalkan bida'ah .

Hendaklah dia bersandar pada hadis-hadis sahih dan emnghindari hadis-hadis da'if dan palsu .

Hendaknya dia peka dengan keadaan sosial masyarakat serta apa yang mereka alami . Dia harus boleh meletakkan ubat tepat pada penyakit , InsyaALLAH . Menyampaikan kepada  
         manusia apa yang bermanafaat dan sangat mereka perlukan .

Hendaknya dia berani menyampaikan kebenaran sesuai dengan kemampuannya dan tidak berbicara dengan batil . 



SUMBER : 40 nasihat penting untuk suami isteri oleh Syaikh Muhammad Soleh 




p/s : Kaset-kaset perlu diletakkan di laci dengan tertib sehingga mudah diambil , jaga kaset tersebut dari hilang , rosak atau dibuat mainan oleh anak-anak . 






Menyingkirkan akhlak buruk di rumah

As'salamualaikum , 

Salah seorang dari anggota keluarga tidak mungkin tidak boleh terlepas dari akhlak buruk dan menyimpang , seperti : 

DUSTA | MENGGUNJING | MENGADU DOMBA

Akhlak buruk ini harus dilawan dan disingkirkan . Sebahagian orang menyangka bahawa hukuman jasmani adalah satu-satunya jalan keluar untuk mengatasi masalah tersebut . Di bawah ini Aisyah radhiyallah'anha meriwayatkan hadis dalam persoalan tersebut yang penuh muatan pendidikan ; 

" Rasulullah S.A.W apabila mengetahui seseorang anggota keluarganya melakukan sekali dusta , baginda terus memalingkan diri daripadanya sehingga dia mengatakan bertaubat " 

Dari hadis di atas , jelaslah bahawa memalingkan diri dan hijr ( memisah , mendiamkan , meninggalkan ) dia dengan tidak mengajaknya bercakap-cakap serta memberikan hukuman yang setimpal (dalam hal ini ) adalah lebih berpengaruh daripada hukuman jasmani . Kerana itu hendaknya para pendidik di rumah merenungkannya . 


p/s : Sumber dari 40 nasihat penting untuk suami isteri dari Syaikh Muhammad Soleh . wallahualam .






Baby baru

As'salamualaikum , 

Selamat malam semua . Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ALLAH kerana masih mempertemukan kita bersama . Selawat atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W jangan putus , InsyaALLAH . Jam sudah menunjukkan 12:20 A.M . 

Ohh , maksudnya dah pagi lahh . Alhamdulillah hari ni baby baru datang . Hehe , waktu tidur pun senyum sorang-sorang . Datang rumah dalam pukul 7:45 A.M . Mak dan ayah baby lengkapkan semuanya .Yaala , macam orang kata ' beg tangan ' atau maksud lain ' baby ' mesti banyak benda nak kena bawak . Beg tangan baby dihaskan , kalah beg tangan si ibu mengandung ((; . 





Senarai barang yang perlu pada baby  : 

(1) Botol susu


If semua perasan , kat kedai memang jual bermacam-macam jenis rupa bentuk , warna , tinggi , lebar , jenis warna semuanya cute cute . Huu , ingat zaman kita semua dulu waktu minum susu . Huaa , touching ('; . But , susu yang dijual di kedai , tak boleh lawan dengan susu ibu mengandung . Susu yang original yang diciptakan ALLAH itulah yang terbaik kerana datang dari ALLAH , MAHA MENGETAHUI . Waktu bagi baby minum susu , rasa dulu setitik . Kalau terlalu panas rendam dalam air sejuk atau suam . InsyaALLAH , supaya langkah baik untuk baby anda . Cara untuk bagi susu pada baby juga perlulah berhati-hati kerana kes baby meninggal kerana tersedak susu banyak berlaku . ALLAH menentukan , kita merancang . Ada hikmah disebaliknya , ALLAH MAHA MENGETAHUI . Jadi berhati-hatilah . Walahualam . 

(2) Pampers 

Ohh , pampers juga bermacam kan ? Soo , beli yang sesuai dan selesa untuk baby . Ada sesetangahnya gatal dan sebagainya . Ada juga baby yang alergic jadi pemilihan mengikut kesesuaian itu amat penting . Macam kita sendirilah ,  kalau tak minat baju tu nak pakai tak ? Nak beli tak ? Mesti tak kan . Hehe , example like that . Walahualam . 



(3) Barang perkakas mandi 

Seperti syampu , sabun , tuala mandi , besen besar , pengorek telinga . Like my mum do , mula-mula kena panaskan air . Jangan mandikan baby sejuk-sejuk , kesian dia . So , air biar suam-suam . Ada sejuk dan panas . Macam dalam fizik ada kata ' equillibirium ' . Kalau salah tolong betulkan -,- . Mandi pegang elok-elok , kepala baby masih lembut . 

(4) Baju & seluar 


Okay , ini paling geram . Kalau keluar kat mana-mana , kalau ada baju baby yang tergantung-tergantung tu , semuanya pink-pink kan ? Hehe , walaupun bukan kita yang pakai tapi bila tengok baby pakai , semuanya nampak lawa dan cocok . Kalau tengok baby boy dan girl macam sama aja . Alhamdulillah , Kuasa ALLAH . 

p/s : Semoga kita menjadi anak yang soleh dan solehah serta mendapat zuriat yang baik-baik . walahualam .






JAZAKALLAHU KHAIRA , SEMOGA BERMANAFAAT !