Jiwa terasa kosong ?









As'salamualaikum . 

"... Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan." - (Surah Ali-Imran : 148)


Duhai insan, 

Jiwamu terasa kosong?
Perlu peneman,
Kekasih hati yang prihatin,
Pengisi jiwa ragamu itu.
Tapi tahukah kamu,
Cinta yang kamu dambakan itu menyakitkan.
Sering pula ia mengecewakan,
Selagi dia belum halal untukmu,
Selagi itu ia menyeksakan jiwamu.
Kamu dan dia belum ada ikatan,
 

Itu hakikat!
Meletakkan harapan...
Hanya bakal mengundang kekecewaan demi kekecewaan,
Kerana semuanya, masih tiada kepastian.


Hatimu kosong?
Isikanlah hatimu itu,
Jangan biar kekosongan menyelubung dirimu,
Berimanlah.
Yakinilah.
Bahawa Dia itu sentiasa dekat,
Amat-amat dekat,
Amat amat amat dekat.


Dia tahu kamu sedang berduka,
Dia Maha Tahu betapa berat ujian yang menimpa,
Dia mendengar segala rintih jiwamu itu,
Dirimu itu milik-Nya,
Dan pada-Nya jua ada pengubat jiwamu yang lara.


Isi hatimu...
Dengan cinta-Nya,
Syukurmu atas nikmat-nikmat yang kamu peroleh tidak terhitung jumlahnya.
Pengharapan yang kamu gantung hanya pada-Nya.
Sungguh, 
Ia dapat menenangkan jiwa,
Setenang-tenangnya.


Bertawakkallah kepada-Nya
Yakinlah, 
Dia punyai aturan untukmu,
Dan pastinya ia yang terbaik!
Sedang manusia itu hanya mampu bersangka-sangka...


Duhai insan,
Isi hati kecilmu itu...
Kerana sesungguhnya Dia sentiasa ada...!


SUMBER : iluvislam

Malam 2011

Malam tanggal 11/21/2011 ,

Keheningan malam kian terasa ,

Mendengar dan melihat gelagat orang bersorak ,

Pada hari perlawanan Malaysia dan Indonesia .



As’salamualaikum , Alhamdulillah bertemu kembali lagi kita setelah lama sudah daku tidak meninjau perkembangan blog ku ini . Apa khabar semua ? Mudah-mudahan berada dalam keadaan sihat yang diberikan ALLAH buat anda . Alhamdulillah . Selawat jangan putus pada junjungan Nabi Muhammad S.A.W yang mulia dan terpuji . Doa buat ahli keluarga Nabi Muhamamad S.A.W dan para sahabat Nabi Muhammad S.A.W .

Malam ini terasa sunyi ditambah lagi dengan kesunyian suaraku . InnaAllahama’ana , namun ALLAH itu sentiasa ada . Hari ini aku dan sahabatku yang lain sudah selesai menjawab kertas soalan Pendidikan Islam kertas 1 dan 2 . Dari pagi dan sehingga tengah hari tadi . Alhamdulillah , dapat jawab . Esok hari cuti dan lagi tiga kertas yang belum aku jawab . Mudah-mudahan aku dapat buat dengan baik walaupun subjeknya berat untukku pikul .

Hatiku terasa sunyi , apakah kerana imanku ? Ya ALLAH , kuatkan imanku ini . Berikanlah hidayah dan kesabaran ya ALLAH . Semakin hari aku seperti hilang fokus dan tidak ambil tumpuan pada satu hal yang dominan bagiku . Aku berasa aku semakin kurang kawan . Mungkin salah aku juga , aku terlalu egois pada sesuatu . Ya ALLAH , hamba bermohon agar Engkau memberikan diriku sebuah hati yang bersih .

Sahabatku ada mengatakan , tak semua orang boleh kita buat mereka sukakan kita . Namun kadang-kadang aku sendiri berfikir , siapa aku ini ? Aku khalifah ALLAH . Tujuan aku di bumi ini ? Beribadat kepadaNya . Aku berasa aku menyukai diriku yang dulu . Walaupun aku belum bertudung labuh lagi namun hatiku seperti bertudung labuh . Aku tidak tahu kenapa aku katakana seperti itu . Dahulu dan sekarang perangaiku berubah . Aku rasa rindu dengan diriku yang dulu , hatiku yang dulu , perangaiku yang dulu dan amalanku yang dahulu . Namun , masa tidak boleh undur ke belakang setelah kita menghadapi seterusnya .

Ya ALLAH , Engkau  sahaja mengetahui dosa yang aku lakukan . Sesungguhnya Engkau sukakan kemaafan , maka berikalah kepadaku kemaafanMu . Maafkan segala kemalasan diriku ini , segala pemikiran negatifku , segala perkataan yang tidak elok keluar dari mulutku , segala tidak syukur ku kepadaMu . Aku ingin jadi manusia normal ya ALLAH . Manusia yang pagi bangun , bersyukur kepadaMu dan aku ingin hidupku dengan fitrah yang betul . Fitrah manusia yakni sukakan kebaikan bukan kemungkaran  .Ya ALLAH , mudah-mudahan Engkau memberikan daku masa untuk berubah sebelum tiba ajalku . Amin .

Ya ALLAH , soal jodoh jadikan hati ini redha dengan ketentuanMu . Walaupun aku orang asing baginya , jadikan aku mencintainya keranaMu . Lebihkan cintaku kepadaMu dan Rasulullah S.A.W . Amin . Ingatkan daku selalu yang lalai ini ya ALLAH , jangan aku mudah terpengaruh dengan syahwat serakah . Maafkan dosa dan perlakukan tidak sopanku selama aku hidup ya ALLAH . Jadikan aku ubah diriku ke arah yang baik sebelum mencari yang sesuai untukku . Harapan , semoga mango bahagia dengan keluarganya . Amin .

Aku pernah berfikir , menjadi seorang isteri bukan satu tugas yang senang untuk dipikul . Namun , bila kita sudah dimiliki oleh seorang lelaki yang bergelar suami kekuatan itu akan muncul dalam diri agar gerbang perkahwinan itu berkekalan dan diberkati oleh ALLAH . Perkara pertama yang aku ingin lakukan pada hari pertama berkahwin ialah solat Subuh berjemaah dengannya sebagai imamku . SubhanaALLAH , nyaman dan indah rasanya . Novel-novel ada juga menulis banyak tentang perkahwinan dan percintaan yang pelbagai rupa . Ada akhirnya yang sedih dan gembira namun roda kehidupan itu sentiasa berputar . Tidak semua itu indah dan baik isinya namun ada juga yang masam . Rasa yang masam inilah, kita akan cuba mengubahnya ke arah yang elok .



Aku rindu dengan kerajinanku dahulu ,

Aku rindu dengan senyumanku dahulu ,

Aku rindu dengan ukhuwah persahabatan keranaNya seperti dahulu ,

Aku rindu dengan masa dahulu ,

Aku rindu dengan waktu Asar seperti dahulu ,

Aku rindu dengan ayat Al-Quran dan taranum dahulu ,

Aku rindu dengan sepatu merah jambuku dahulu ,

Aku rindu dengan Bulan Ramadahan yang dahulu ,

Aku rindu ingin menyayangiMu dan RasulMu .



Bawalah aku ke jalan yang lurus walau berat sekali dosa ku ini Ya ALLAH . Hanya kepada ALLAH berhak disembah dan hanya kepadaMu kami memohon pertolongan . Aku mohon ampun dan maaf atas segala dosa hambaMu ini . Aku hambaMu yang hina dan lemah . Mereka lebih mulia dariku ya ALLAH . ALLAHlah Maha Agung lagi Maha Pengampun .

Nota ringkas ini hanya sekadar luahan perasaanku . Jika ada salah tolong tunjukkan daku yang lemah ini . Secara jujur , aku ingin mencari kembali imanku , aku rindukannya seperti dahulu . Agar hidupku dapat normal dan hatiku hanya inginkan RedhaMu yang satu . Walahualam . Was’salam .






Petua berguna agar doa dimakbulkan oleh ALLAH S.W.T .

اللهمّ صلّ على سيّدنا وحبيبنا محمّد وعلى آله وصحبه وبارك وسلّم



Mudah-mudahan Allah sentiasa mengampuni dosa kita, merahmati kita serta menyelamatkan kita daripada segala azab di dunia dan di akhirat.

Pada catatan kali ini, insya Allah kita berkongsi mengenai satu petua agar doa kita diterima oleh Allah.

Caranya ialah dengan mengapit doa kita dengan selawat dan salam atas Penghulu kita Nabi Muhammad sholla Allah 'alaihi wa sallam dan keluarganya pada permulaan dan akhir doa.

Hal ini demikian kerana telah dipersetujui oleh para 'ulama Islam bahawa selawat dan salam yang diucapkan oleh orang yang berkekalan melakukan dosa (fasiq) sekalipun akan diterima oleh Allah (sebagaimana yang saya dengar daripada guru yang mulia, Syaikh Ahmad Fahmi Zamzam Al-Banjari An-Nadwi Al-Maliki hafizhohu Allah). Insya Allah, selawat yang mengapit doa kita itu ibarat lift yang membantu mengangkat doa kita, untuk diterima oleh Allah.






Bahkan lebih daripada kebaikannya untuk diamalkan semasa berdoa, ibadah berselawat ini ada begitu banyak faedahnya. Boleh dikatakan, kalau lidah kita sentiasa sibuk dengan selawat pagi petang siang malam sekalipun tidak akan merugikan sama sekali.

Mudah-mudahan Allah beri kepada kita kekuatan untuk mengamalkan ilmu ini dengan ikhlas dan berterusan. Juga, sebarkanlah kebaikan ini kepada umat Islam yang lain juga. Walahualam .

Selamat Hari Raya 'Idil Adha









 
Allahu Akbar. Allahu Akbar. Allahu Akbar. Walillah hilham.

- Solat hari raya dan sembelih korban -

Dari Al-Barra, katanya; "Saya mendengar Nabi berkhutbah. Kata beliau: "Pekerjaan kita hari ini (10 Zulhijjah) ialah solat. Sesudah itu pulang dan menyembelih korban. Sesiapa yang berbuat demikian bererti telah menjalankan agama kita." (Sahih Muslim)


- Tidak makan sehingga selesai solat 'idil Adha -

Diriwayatkan dari Buraidah ra. ia berkata : Adalah Nabi saw keluar untuk solat 'idil fitri selepas makan terlebih dahulu dan tidak makan pada 'idil adha sehingga beliau kembali dari solat hari raya. ( H.R : Ibnu Majah, At-Tirmidzi dan Ahmad)


- Tidak melalui jalan yang sama waktu pergi dan balik solat hari raya -

Diriwayatkan dari Jaabir ra. ia berkata : Adalah Nabi saw apabila keluar untuk solat hari raya ke mushalla, beliau menyelisihkan jalan ( yakni waktu pergi melalui satu jalan dan waktu balik melalui jalan yang lain ). (H.R : Bukhari )


- Perempuan juga digalakan menghadiri perhimpunan solat hari raya - 
 
Diriwayatkan dari Ummu 'Atiyah ra. ia berkata : Rasulullah saw. memerintahkan kami keluar pada 'idil fitri dan 'idil adha, semua gadis-gadis, wanita-wanita yang haid, wanita-wanita yang tinggal dalam kamarnya. Ada pun wanita yang sedang haid mengasingkan diri dari tempat solat, mereka menyaksikan kebaikan dan mendengarkan khutbah. Saya berkata : Ya Rasulullah bagaimana dengan kami yang tidak mempunyai jilbab? Beliau bersabda : Pinjamlah daripada saudara mara kamu. ( H.R : Jama'ah)




KEISTIMEWAAN HARI ARAFAH 


- Hari Arafah hari istimewa -
 

Dari Aisyah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda; "Tidak ada satu hari dimana Allah Taala paling ramai membebaskan hambaNya dari Neraka selain dari hari Arafah." (Sahih Muslim)

 

- Pujian Allah bagi orang yang wukuf di Arafah -
 

Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesungguhnya Allah SWT. memuji mereka yang sedang wukuf di Arafah kepada penduduk langit dan berkata kepada mereka : “ Lihatlah kepada hamba-hambaKu yang datang kepadaKu.“.(HR Ahmad)

 

- Digalakan berpuasa kepada yang tidak menunaikan haji -

Rasulullah saw. ditanya mengenai puasa pada hari Arafah. Rasulullah saw.mengatakan, Dikaffarah (diampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang. (HR Muslim)


Hari Arafah adalah pada 9 Zulhijjah.

Salam 'idil Adha dari sekeluarga.

Allahu Akbar. Allahu Akbar. Allahu Akbar. Walillah hilham. 

Walahualam . .


sumber >> TAZKIRAH .

JAZAKALLAHU KHAIRA , SEMOGA BERMANAFAAT !