Jauhi 17 Amalan Yang Menyebabkan Mendapat Seksa Kubur




Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah, 
Setiap manusia apabila sampai saat kematiannya maka ianya tidak ditangguhkan atau di percepatkan oleh Allah S.W.T. walaupun sesaat. Apabila mati saja anak Adam ianya akan dikebumikan dan di masukkan keliang lahat. Maka ketika inilah bermulanya hidup baru di alam barzakh. Kehidupan disini hanya terdapat dua keadaan saja saamada mendapat kenikmatan seperti duduk ditaman-taman syurga ataupun seperti duduk salah satu lubang daripada lubang api neraka.

Mereka yang mendapat azab atau seksa kubur adalah kerana semasa di dunia ini mereka melakukan salah satu atau lebih daripada 17 dosa dan kesalahan yang dilarang oleh Allah S.W.T.

Disebutkan oleh Imam Ibnu Qayyim rahimahullah bahawa seksa kubur ditimpakan kerana berbagai macam dosa dan maksiat, di antaranya:
1. Melaga-lagakan (mengadu domba) dan mengampu.
Nabi S.A.W berwasiat kepada Sayidina Ali : "Wahai Ali ! Saya melihat tulisan pada pintu syurga yang berbunyi "Syurga itu diharamkan bagi setiap orang yang bakhil (kedekut), orang yang derhaka kepada kedua orang tuanya, dan bagi orang yang suka mengadu domba (mengasut)."

2. Tidak basuh dengan suci selepas buang air kecil.
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Bersih-bersihlah kamu daripada kencing, sebab umumnya seksa kubur itu kerana kencing. (yakni hendaklah dicuci kemaluan sebersih-bersihnya.)

3. Solat tanpa bersuci.
Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : “Allah tidak menerima solat tanpa bersuci”
(Hadis Riwayat Muslim )

Diriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. pernah melihat seseorang melakukan solat, sedangkan pada tumitnya ada sedikit yang tidak terkena siraman air wuduk. Nabi S.A.W. memerintahkannya untuk mengulangi wuduk dan solatnya .
(Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Dawud)

Nabi S.A.W. menyuruh orang tersebut untuk mengulangi solatnya kerana solat tersebut dilakukan tanpa bersuci dan tidak sah.

4. Berdusta.
Rasulullah S.A.W. bersabda kepada Sayyidina Ali k.w. yang bermaksud :
"Wahai Ali ! Berbuatlah jujur sekalipun hal itu akan membahayakan dirimu didunia. Sesungguhnya kejujuran itu bermanfaat di kemudian hari. Dan janganlah berdusta sekalipun bermanfaat bagimu ketika itu kerana kedustaan itu akan menyulitkan kamu di kemudian hari."

5. Melalaikan dan malas mengerjakan solat.
Nabi S.A.W. ada bersabda yang bermaksud :
“ Bermula orang yang meninggalkan solat pada hal ia dalam keadaan sihat, maka Allah tidak memandang kepadanya dengan pandangan rahmat, dan baginya kelak azab yang amat hebat melainkan kalau ia bertaubat dari perbuatannya itu”

6. Tidak mengeluarkan zakat.
Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud :
“Barangsiapa mempunyai emas atau perak senisab, sedang tidak di keluarkan zakatnya, kelak di hari kemudian ia akan di kejar-kejar oleh ular yang besar dan sangat berbisa dari neraka yang mengigit tangannya sehingga terpotong, kemudian tangannya kembali sebagai sediakala, di gigit lagi ular itu, demikianlah setiap masa, sehingga akhirnya orang yang bakhil itu akan di seret ke Neraka Jahannam”

7. Berzina
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
“ Jauhilah oleh kamu akan zina, kerana kecelakaannya empat macam iaitu hilang seri (cahaya) pada wajahnya , di sempitkan rezekinya , dan kemurkaan Allah atasnya dan menyebabkan kekal di dalam neraka.” (Hadis riwayat Thabrany dan Ibnu Abbas)

8. Mencuri
Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : ”Tidak dipotong tangan seseorang pencuri itu kecuali seperempat dinar atau lebih daripada nilai wang mas”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

9. Berkhianat.
Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : “Empat perkara, siapa yang terdapat padanya empat perkara ini, maka ia adalah munafik tulin, dan siapa yang terdapat padanya salah satu darinya, maka padanya ada satu ciri kemunafikan; apabila diberi amanah ia berkhianat, apabila bercerita ia berdusta, apabila membuat janji ia mungkiri dan apabila berdebat ia curang.” (Hadis Riwayat Bukhari no. 34, 2459, 3178 dan Muslim no. 2635. dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a.)

10. Menfitnah sesama umat Islam.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

11. Makan riba.
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :
“Hai orang-orang yang beriman , bertakwalah kepada Allah dan tinggalkanlah riba (yang belum di pungut) jika kamu orang-orang yang beriman. Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba) maka ketahuilah , bahawa Allah dan RasulNya akan memerangimu . Dan jika kamu bertaubat (dari mengambil riba), maka bagimu pokok hartamu, kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya.”
(Surah Al- Baqarah ayat 278-279)

12. Tidak menolong orang yang di zalimi
Firman Allah S.W.T. dalam hadis qudsi yang maksudnya : “Wahai segenap hambaku, sesungguhnya Aku telah mengharamkan perbuatan zalim atas diri-Ku dan Aku telah menjadikan hal tersebut sebagai perkara yang haram antara sesama kalian, maka janganlah kalian saling menzalimi.”(Hadis Riwayat Muslim)

13. Minum khamar ( tuak, arak atau minuman keras )
Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud :
“ Empat ( macam manusia) tidak Allah masukkan mereka itu ke syurga dan tidak akan merasai kenikmatannya, peminum arak , pemakan riba, menzalami (memakan) harta anak yatim dengan tidak hak dan derhaka pada ibu atau bapa.”
(Hadis Riwayat Al-Hakim)

14. Memanjangkan kain hingga di bawah mata kaki
Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : “Barangsiapa menyeret pakaiannya kerana sombong maka Allah tidak memandangnya pada hari kiamat”.(Hadis Riwayat Bukhari)

15. Membunuh
Firman Allah S.A.W. yang bermaksud :
“Dan barangsiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah Jahannam , kekal ia di dalamnya dan Allah murka kepadanya, dan mengutukinya serta menyediakan azab yang besar baginya.”
(Surah An- Nisaa’ ayat 93)
Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud :
“ Orang yang mati terbunuh , akan datang di hari kiamat dengan mengantungkan kepalanya di salah satu tangannya , sambil memegang pembunuhnya dengan tangan yang lain , sedang darah terus mengalir. Apabila mereka berdua sudah ada di hadapan Allah, maka orang yang terbunuh itu berkata :' Ya Allah, inilah orang yang telah membunuh aku'. Maka Allah berkata kepada sipembunuh :' Celakalah engkau', lalu di bawalah orang itu ke neraka.”

16. Mencaci sahabat Rasulullah S.A.W.
Allah S.W.T. berfirman, yang bermaksud : "Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) di antara orang-orang Muhajirin dan Anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah reda kepada mereka dan mereka reda kepadaNya. Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang besar". (Surah at-Taubah ayat 100)

Al-Qadhi ‘Iyaadh berkata :”Jumhur ulama berpendapat bahawa orang yg menghina/mencaci maki para shahabat Rasulullah S.A.W. harus dihukum takzir (yakni harus didera menurut kebijaksanaan hakimIslam )”. [Fathul Bari VII hal. 36].

17. Mati dalam keadaan membawa bidaah.
Nabi S.A.W bersabda maksudnya : “Barangsiapa membuat buat hal baru yang baik dalam Islam, maka baginya pahalanya dan pahala orang yang mengikutinya dan tak berkurang sedikitpun dari pahalanya, dan barangsiapa membuat-buat hal baru yg buruk dalam Islam, maka baginya dosanya dan dosa orang yang mengikutinya dan tak dikurangkan sedikitpun dari dosanya” (Sahih Muslim hadis no.1017, demikian pula diriwayatkan pada Sahih Ibn Khuzaimah, Sunan Baihaqi Alkubra, Sunan Addarimiy, Sahih Ibn Hibban dan banyak lagi).

Sahabat yang dimuliakan,
Imam Ibnu Qayyim rahimahullah selanjutnya berkata, "Ketika keadaan manusia banyak yang melakukan dosa-dosa di atas, maka kebanyakan ahli kubur adalah dalam keadaan diseksa. Dan orang yang selamat daripadanya amatlah sedikit. Secara lahirnya, kuburan itu memang hanyalah tanah biasa, padahal didalamnya terdapat penyesalan dan seksa.

Di atasnya nampak tanah, batu-batu yang terukir dan bangunan, tetapi di dalamnya adalah bencana. Mereka mendidih dalam penyesalan sebagaimana periuk mendidih dengan apa yang ditanaknya. Sedangkan angan-angannya tak mungkin lagi dipenuhi."

Imam Ibnu Qayyim rahimahullah mengatakan, sebab-sebab keselamatan seksa kubur adalah dengan menjauhi sebab-sebab terkena seksa kubur, yakni berbagai macam maksiat dan dosa. Untuk itu, Ibnu Qayyim rahimahullah menganjurkan, hendaknya setiap muslim melakukan perhitungan atas dirinya setiap hari, tentang apa dosa dan kebaikan yang telah dilakukannya pada hari itu.

Selanjutnya, hendaknya ia memperbaharui taubatnya kepada Allah dan tidur pada malam itu dalam keadaan taubat.

Jika ia meninggal dunia pada malam itu, maka ia meninggal dalam keadaan telah bertaubat. Jika bangun dari tidurnya maka ia siap menghadapi harinya, dan bersyukur kerana ajalnya masih ditangguhkan. Dengan demikian ia masih berkesempatan beribadah kepada Rabbnya dan mengejar amal yang belum dilakukannya.

Sebelum tidur, hendaknya pula ia dalam keadaan berwuduk, senantiasa mengingat Allah dan mengucapkan zikir-zikir yang disunnahkan Nabi S.A.W. sehingga ia tidur. Jika seseorang dikehendaki baik oleh Allah, nescaya dia akan diberi kekuatan untuk melakukannya.

Kemudian Ibnu Qayyim rahimahullah menyebutkan ketaatan yang dapat menyelamatkan dari seksa kubur, di antaranya:
 
Senantiasa mengikatkan diri di jalan Allah.

  
Mati syahid di jalan Allah.

  
Membaca surat Al-Mulk.

 
Meninggal kerana sakit perut.

 
 Meninggal dunia pada hari Jumaat.

 
p/s : Oleh itu beramallah dengan amalan soleh secara berterusan dan jauhilah segala perbuatan atau perkataan yang boleh mengundang dosa dan maksiat di sisi Allah S.W.T. Mukmin yang berhati-hati dan sentiasa muhasabah diri adalah lebih baik daripada mukmin yang berpuas hati dengan amalan-amalan yang telah dikerjakannya . Dipetik dari group kawan fb saya yakni ADD !!

Kurang konsentrasi dalam belajar ?



As'salamualaikum pada petang jumaat yang indah lagi permai ini . Setinggi-tinggi syukur kepadaNya yang telah memanjangkan lagi usia kita untuk bertemu di laman sosial blog ini . Alhamdulillah dan mari kita berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W .

Baiklah berbalik pada tujuan saya menulis adalah untuk berkongsi tentang cara mengatasi masalah kurang konsentrasi atau perhatian terutama dalam pelajaran . Seperti yang kita semua maklum , menuntut ilmu itu adalah wajib . Kita sebagai pelajar pasti menginginkan pembelajaran kita itu diberkati oleh ALLAH S.W.T , dipermudahkan segala urusan ketika pembelajaran dan mudah memahami apa yang diajar oleh guru mahupun pensyarah . 

Acapkali , masalah pelajar yang sering kita dengar ialah tentang fikiran yang selalu terganggu atau melayang entah kemana hingga mengganggu tumpuan dalam pembelajaran dan aktivit pembelajaran atau boleh dikatakan hati mati . Berbagai tips dan resepi untuk kita atasi masalah ini daripada merebak .


* Memaksa jiwa - fikiran dan minda menumpukan sepenuhnya kepada aktiviti yang dilakukan .

* Lakukan proses pembelajaran di tempat yang tiada gangguan - misalnya dalam bilik .

* Lakukan proses pembelajaran di tempat yang  senyap dan sesuai .

* Sediakan peralatan yangs ecukupnya - alat tulis dan kertas .

* Lakukan aktiviti pembelajaran dengan teknik yang baik dan berkesan - membuat peta minda .

* Buat perancangan awal dan jangan bertangguh - jadual waktu belajar . 

 * Membuat perancangan terperinci 

* Biasakan diri melakukan satu aktivit dalam satu masa .

* Menyediakan diri dengan sepenuhnya terhadap aktiviti yang akan dilaksanakan . 

* Selesaikan dengan sempurna sesuatu aktiviti sebelum melakukan aktiviti lain . 





p/s : Setiap manusia itu akan beruntung jika mendapat bantuan membuat keputusan dan pilihan dalam penyesuaian diri bagi merangsang cara-cara untuk hidup berjaya . Sumber dari Berita Harian .

Kesungguhan hati


Bismillahirahmannirahim , As'salamualaikum semua . Mudah-mudahan semua sentiasa dirahmati ALLAH selalu , insyaALLAH . Baiklah malam ini dengan izinNya saya ingin berkongsi tentang 'cinta' . Mungkin semua sudah tahu 'cinta' tu memang memberikan banyak maksud yang tersurat dan tersirat . Namun 'cinta' siapa perlu kita rebut dahulu ? Apakah kita sudah merebut cinta itu ? 


Niat suci tidak cukup ampuh sebagai jalan spiritual bagi bertemu dengan cinta sejati . Niat itu perlu disempurnakan melalui penyucian diri . Kemudian , diiringi pula dengan motivasi diri yang tinggi dan serius , pantang menyerah , tidak mudah putus-asa dan tidak mudah goyah . Menyucikan diri diiringi dengan kesungguhan dalam usaha bertemu cinta sejati mempercepatkan datangnya bantuan daripada ALLAH sehingga cinta pun semakin hampir . 


Banyak orang yang masih menangguh-nagguhkan pernikahan kerana kurangnya kesungguhan dalam usaha mencari cinta jenis ini . Sekiranya bertemu dengan orang yang dapat menarik hatinya dan dia pun merasakan demikian , tiba-tiba hatinya goyah , niatnya berubah dan akhirnya menarik diri daripada perkahwinan . Banyak orang yang berusaha keras mencari di mana beradanya wanita solehah atau lelaki soleh tetapi selepas berjaya dijumpai , mereka meninggalkannya . Mereka menyangkakan masih ada yang lebih soleh ataupun solehah untuk mereka . Sekiranya bertemu dengan yang lebih soleh dan solehah , mereka masih enggan menerimanya . Hal ini kerana mereka merasakan calon itu masih ada kekurangannya dan ada yang lebih baik lagi . 












Sayangnya , sebelum mereka meninggalkan cinta sejati yang pernah mereka temui , mereka menyatakan hasrat mahu bernikah . Mereka pernah meyakinkan orang itu supaya tidak berasa takut bercinta . Hal ini kerana mereka tidak berniat untuk memainkan perasaan . Lebih daripada itu , dalam usaha dia memikat , dia pun janji tidak sambil lewa apa lagi berlaku khianat . Namun , hanya kerana melihat sedikit kelemahan daripada cinta baru diperoleh niat suci dan kesungguhan itu dengan mudah dilingkari . 




p/s : Berhati-hati dengan tipu daya manusia yang kononnya sedang mencari cinta . Sekiranya dia benar-benar mempunyai niat suci , dia tidak akan menunggu lama bagi meminang dan menjadikan anda cinta sejatinya yakni isteri atau suami . Sekiranya sebaliknya ! Berhati-hatilah ! Dipetik dari buku : Bibir merayu hati bernafsu : karya - Ahmad Haikal Ieman - Walahualam .

Petua Imam Syafie





Bismillahirahmanirahim , dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA PENYAYANG . As'salamualaikum semua . 



 PETUA IMAM SYAFIE 

>  KEKAL SIHAT <

Empat perkara menguatkan badan
 
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
 
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
 
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata
 
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat
Empat perkara menajamkan fikiran
 
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

 
> 4 CARA TIDUR <

1. TIDUR PARA NABI
 
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

 
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
 
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
 
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang
banyak dimakan.

 
4. TIDUR SYAITAN
 
Menelungkup seperti tidurnya ahli neraka

'
'
'
'
'
'
'

Selamat Beramal Dengan Ajaran Kaum Salaf.

Cara syaitan membuka aurat wanita !









Bismillahirahmanirahim , as'salamualaikum . . 


Syaitan dalam menggoda manusia memiliki berbagai cara strategi, dan yang sering dipakai adalah dengan memanfaatkan hawa nafsu, yang memang memiliki kecenderungan mengajak kepada keburukan (ammaratun bis su’). Syaitan seakan mengetahui kecenderungan nafsu kita, dia terus berusaha agar manusia keluar dari garis yang telah ditentukan Allah, termasuk melepaskan hijab atau pakaian muslimah.


Berikut adalah cara bertahap:


1.Menghilangkan Definisi Hijab

Dalam tahap ini syaitan membisikkan kepada para wanita, bahawa pakaian apa pun termasuk hijab (penutup) itu tidak ada kaitannya dengan agama, ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan bagi para wanita. Jadi tidak ada pakaian syar’i, pakaian dengan apa pun bentuk dan namanya tetap pakaian.
Sehingga akibatnya, ketika zaman telah berubah, atau kebudayaan manusia telah berganti, maka tidak ada masalah pakaian ikut ganti juga. Demikian pula ketika seseorang berpindah dari suatu negeri ke negeri yang lain, maka harus menyesuaikan diri dengan pakaian penduduknya, apa pun yang mereka pakai. Berbeza halnya jika seorang wanita berkeyakinan, bahawa hijab adalah pakaian syar’i (identiti keislaman), dan memakainya adalah ibadah bukan sekadar gaya (fesyen). Biarpun hidup bila saja dan di mana saja, maka hijab syar’i tetap dipertahankan. .
Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus. Caranya?


Pertama, Membuka Bahagian Tangan


Telapak tangan mungkin sudah kebiasaannya terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan model yakni membuka bahagian hasta (siku hingga telapak tangan). “Ah tidak ! apa-apa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang?”, begitu bisikan syaitan. Dan benar si wanita akhirnya memakai pakaian model baru yang menampakkan tangannya, dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa saja. Maka syaitan berbisik, “Itu tidak apa-apa kan?”




Kedua, Membuka Leher dan Dada


Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi, “Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan model pakaian yang lebih maju lagi, yakni terbuka bahagian atas dada kamu. Tapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sekadar sedikit untuk mendapatkan hawa, agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli, sebab hanya sebahagian kecil sahaja yang terbuka.”Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari yang fesyen setengah lingkaran hingga yang fesyen bentuk huruf “V” yang tentu menjadikan lebih terlihat lagi bahagian sensitif lagi dari dadanya.




Ketiga, Berpakaian Tapi Telanjang


Syaitan berbisik lagi, “Pakaianmu hanya gitu-gitu saja, tak ‘cool’, carilah fesyen atau bahan lain yang lebih bagus!” “Tapi apa ye?” Si wanita berfikir. “Banyak fesyen dan kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat yang agak ketat biar lebih sedap dan cantik dipandang,” syaitan memberi idea baru.Maka tergodalah si wanita, dicarinya fesyen pakaian yang ketat dan kain yang tipis bahkan transparent. “Mungkin tak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya saja yang agak berbeza, biar nampak lebih feminin”, begitu syaitan menokok-nambah. Hasil pakaian tersebut akhirnya menjadi budaya di kalangan wanita muslimah, makin hari makin bertambah ketat dan transparent, maka jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai wanita kasiyat ‘ariyat (berpakaian tetapi telanjang).




Keempat, Agak di Buka Sedikit


Setelah para wanita muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi dan sebagaimana biasanya dia menawarkan idea baru yang sepertinya ‘cool’ dan ‘vogue’, yakni dibisikkan kepada wanita itu, “Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, soalnya sempit, apa lebih baik ia di belah hingga lutut atau mendekati paha? Dengan itu kamu akan lebih selesa, lebih kelihatan lincah dan bebas bergerak.” Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahagian bawah hingga lutut atau mendekati peha ternyata membuat lebih selesa, terutama ketika akan duduk atau naik kenderaan. “Erm, tersingkap sedikit tak apa-apalah, yang penting enjoy,” katanya.


Inilah tahap awal syaitan merosakkan kaum wanita, hingga tahap ini pakaian masih tetap utuh dan panjang, hanya fesyen, corak, potongan dan bahan saja yang dibuat berbeza dengan hijab syar’i yang sebenarnya. Maka kini mulailah syaitan pada tahap berikutnya


Pertama, Membuka Telapak Kaki dan Tumit


Syaitan Berbisik kepada para wanita, “Baju panjang benar-benar tidak selesa, kalau hanya dengan membelah sedikit bahagiannya masih kurang memadai, lebih elok kalau dipotong sahaja hingga atas mata kaki. Ini baru agak longgar. Oh, ada yang terlupa, kalau kamu pakai baju sedemikian, maka tudung yang besar tidak sepadan lagi, sekarang kamu cari tudung yang kecil agar lebih serasi dan sepadan, orang tetap menamakannya dengan tudung.”Maka para wanita yang terpengaruh dengan bisikan ini terburu-buru mencari fesyen pakaian yang dimaksudkan. Tak ketinggalan kasut tumit tinggi, yang kalau untuk berjalan, dapat menarik perhatian orang.




Kedua, Membuka Seperempat Hingga Separuh Betis


Terbuka telapak kaki telah biasa ia lakukan, dan ternyata orang yang melihat juga tidak begitu ambil peduli. Maka syaitan kembali berbisik, “Ternyata kebanyakan manusia menyukai apa yang kamu lakukan, buktinya mereka tidak ada reaksi apa-apa, kecuali hanya beberapa orang. Kalau langkah kakimu masih kurang selesa, maka cubalah kamu cari fesyen lain yang lebih menarik, bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya terlihat kira-kira sepuluh sentimeter saja. Nanti kalau sudah biasa, baru kamu cari fesyen baru yang terbuka hingga separuh betis.”Benar-benar bisikan syaitan dan hawa nafsu telah menjadi penasihat peribadinya, sehingga apa yang saja yang dibisikkan syaitan dalam jiwanya dia turutkan. Maka terbiasalah dia memakai pakaian yang terlihat separuh betisnya kemana saja dia pergi.




Ketiga, Terbuka Seluruh Betis


Kini di mata si wanita, zaman benar-benar telah berubah, syaitan telah berhasil membalikkan pandangan jernihnya. Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak bercanggah dengan para wanita di masa Nabi dahulu. Namun bisikan syaitan dan hawa nafsu menyahut, “Ah jelas tidak, kan sekarang zaman sudah berubah, kalau zaman dulu para lelaki mengangkat pakaiannya hingga setengah betis, maka wanitanya harus menyelisihi dengan menjulurkannya hingga menutup telapak kaki, tapi kini lain, sekarang banyak lelaki yang menurunkan pakaiannya hingga bawah mata kaki, maka wanitanya harus menyelisihi mereka iaitu dengan mengangkatnya hingga setengah betis atau kalau perlu lebih ke atas lagi, sehingga nampak seluruh betisnya.”“Tetapi apakah itu tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki”, wanita bersungut. “Fitnah? Ah, itu kan zaman dulu, di masa itu kaum lelaki tidak suka kalau wanita menampakkan auratnya, sehingga wanita-wanita mereka lebih banyak di rumah dan pakaian mereka sangat tertutup. Tapi sekarang sudah berbeza, kini kaum lelaki kalau melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ‘oh’ atau ‘wow’, bukankah ini bererti sudah tidak ada lagi fitnah, kerana sama- sama suka? Lihat saja fesyen pakaian di sana-sini, dari yang di pasar malam hingga yang berjenama di pusat membeli belah, semuanya memperagakan fesyen yang dirancang khusus untuk wanita maju di zaman ini. Kalau kamu tidak mengikutinya, akan menjadi wanita yang ketinggalan zaman.” Demikianlah, maka pakaian yang menampakkan seluruh betis akhirnya menjadi kebiasaan, apalagi ramai yang memakainya dan sedikit sekali orang yang mempersoalkannya. Kini tibalah saatnya syaitan melancarkan tahap terakhir dari tipu dayannya untuk melucuti hijab wanita.


 Serba Mini
Setelah pakaian yang menampakkan betis menjadi pakaian sehari- harian dan dirasa biasa-biasa saja, maka datanglah bisikan syaitan yang lain. “Pakaian memerlukan variasi, jangan yang itu saja, sekarang ini fesyen skirt mini, dan agar sepadan, rambut kepala harus terbuka, sehingga benar-benar kelihatan indah.”


Maka akhirnya skirt mini yang menampakkan bahagian bawah peha lalu dipakai, bajunya pun bervariasi, ada yang terbuka hingga lengan tangan, terbuka bahagian dada sekaligus bahagian punggungnya dan berbagai fesyen lain yang serba pendek dan mini. Koleksi pakaiannya sangat beraneka ragam, ada pakaian untuk berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian rasmi, pakaian malam, petang, musim panas, musim sejuk dan lain-lain, tak ketinggalan seluar pendek separuh peha pun dia miliki, fesyen dan warna rambut juga ikut bervariasi, semuanya telah dicuba. Begitulah sesuatu yang sepertinya mustahil untuk dilakukan, ternyata kalau sudah dihiasi oleh syaitan, maka segalanya menjadi serba mungkin dan diterima oleh manusia.











p/s : Peringatan buat saya dan semua . Saya ambil ni dari salah sebuah fb sahabat saya . Harap kita dapat buka minda kita ini . walahualam .

Pilih antara dua ?





As'salamualaikum . Saat duduk bersendirian di suatu malam yang hening dan penuh syahdu, mengenangkan nasib diri yang penuh dengan debu-debu dosa, aku mula berfikir apa yang telah aku lakukan sehingga saat ini. Bagaimanakah pandangan Sang Pencipta; Allah terhadap hambaNya yang hina ini. Ketika itu aku mula mencari solusi untuk menjadi seorang hamba yang lebih baik dan hebat di sisiNya.

Makanya, aku diberi 2 pilihan yang aku mampu pilih yang mana satu aku inginkan bermula saat aku mula bangun tidur dan tidur kembali. Antara pilihan-pilihan itu adalah:





 Solat Subuh di awal waktu dan berjemaah di surau ATAU Solat Subuh lambat (gajah/dinasour) dan solat bersendirian


Rajin pergi ke wad (belajar) ATAU malas dengan tidur/'surfing' internet di bilik


 Banyak buka, baca Al-Quran dan menghayatinyaATAU banyak buka dan baca komen-komen/status di face'Book'
  
  Datang meeting/liqo'/usroh ATAU ponteng meeting/liqo'/usroh


Banyak study (duniawi & ukhrawi) ATAU banyak sleeping


 Banyak berzikir (ingat Allah) ATAU banyak sembang kosong


 Banyak menulis perkara-perkara yang berfaedah (eg: di blog/facebook) ATAU banyak komen/tulis benda-benda yang tak berfaedah (eg: di blog/facebook/YM)


 
Banyakkan berpuasa sunat ATAU banyak makan




In relationship with Allah & Rasul ATAU ber'couple' with somebody


Muhasabah diri setiap hari sebelum tidur dan baca doa tidur ATAU tidur terus tak baca doa

 

Banyak lagi rasanya ya Allah... tak mampu lagi untuk ku senaraikan kesemuanya kerana sebak hatiku sehingga tertitis butir-butir mutiara taubat. Hati ini hiba mengenangkan dosa-dosa yang telah ku lakukan. Rasanya tak tertulis kesilapan-kesilapan yang telah ku lakukan dek kerana tersilap memilih antara 2ua. Astaghfirullah; aku memohon ampun daripadaMu ya Allah. Tiada daya dan upaya untuk aku berubah menjadi hamba yang terbaik tanpa bantuan dan pertolonganMu ya Allah. Moga-moga taubatku diterima ya Allah dan aku tidak akan berputus asa menjadi hamba yang terbaik kerana rahmatMu tak pernah kunjung malap kepada semua hambaNya...


Firman Allah S.W.T:
"Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni segala dosa. Sungguh, Dialah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang" (Surah Az-Zumar: 53)


"Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa" (Surah Ali 'Imran: 133)


"Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, (segera) mengingat Allah, lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya, dan siapa (lagi) yang dapat mengampuni dosa-dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan dosa itu, sedang mereka mengetahui." (Surah Ali 'Imran: 135)


"Mereka itu balasannya ialah ampunan dari Tuhan mereka dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Dan itulah sebaik-baik pahala bagi orang yang beramal." (Surah Ali 'Imran: 136)

 





Hadis Nabi:


Rasulullah bersabda dalam hadisnya, "Setiap anak Adam itu berbuat kesalahan (dosa), namun sebaik-baik orang yang berbuat kesalahan adalah orang yang bertaubat". (HR At-Tirmidzi & Ibnu Majah)

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: "Syurga dikelilingkan dengan perkara-perkara yang dibenci oleh hawa nafsu dan neraka dikelilingkan dengan perkara yang disukai oleh hawa nafsu" (HR Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi)



P/S : Aku tertarik tatkala membaca kata-kata seorang sahabatku, Hidayah:
"Kita diberi dua pilihan, syurga atau neraka. Syurga hanya menerima orang yang hebat. Jika rasa tak layak ke sana, jangan terfikir bina setinggan di pinggir syurga. Andai takut ke neraka, kita tiada pilihan lain, kecuali menjadi orang yang hebat."

Lapangkan dada , buanglah hasad dengki !





As’salamualaikum semuanya , Alhamdulillah kepada ALLAH kerana diberi lagi kepada kita kesempatan . Berselawat kepada Rasulullah S.A.W , yakni Nabi yang terakhir . Baiklah , amatlah saya merindui kalian semua disebabkan sudah agak lama tidak mengpost kan sesuatu di blog yang tidak seberapa ini . Alhamdulillah , malam ini saya ingin berkongsi kepada semua tentang salah satu sifat mazmumah yang mungkin ada dalam diri setiap dari kita , yakni manusia . Sifat negatif lagi tidak disukai oleh ALLAH ini mungkin ada dalam diri kita yang lemah ini . Namun , mari kita lapangkan dada , buanglah hasad dengki! 



Begitulah tajuk entri kali ini , ingin saya paparkan untuk semua . InsyaALLAH dan mudah-mudahan kita semua termasuk saya sekali mendapat input yang boleh memotivasikan diri kita dari gred E menjadi gred C , B dan A . Islam sendiri sebuah agama yang syumul dan pasti mahukan hati umatnya sentiasa bersih ibarat sebiji buah yang kita hendak beli , sudah pasti kita akan memilih yang baik bentuk dan teksturnya . Bersih daripada mazmumah , syirik dan segala sifat tercela . Jiwa yang tidak bersih adalah jiwa yang tidak sihat . Ia tidak senang terhadap nikmat yang diperolehi seseorang , sebaliknya ia pula mahu nikmat itu untuk dirinya sendiri . Inilah sifat ‘dengki’ . Namun , apabila dengki itu diselaputi dendam yang membara , maka kita menyebutnya sebagai hiqdun .

Apabila jiwa seseorang sudah sampai hiqid (dengki / dendam) ini ia sebenarnya telah menular episod permusuhan yang bakal membawa ke mati . Ia sentiasa menantikan saat-saat dan peluang keemasan untuk melepaskan dendamnya , menunggu kesempatan untuk menghambur dan memburaikan rasa sakit hatinya yang amat dengan mencelakan orang yang didendaminya itu . Kala itu , apa yang ada di tangan semuanya menjadi senjata . Ada asid , asid dicurahkan . Ada pisau , pisau dirodokkan . Ada pistol , peluru dimuntahkan ~ Bahagiakah hidup sebegini ? Bagaimana mahu bahagia kalau setiap saat hati dilanda kebimbangan dan rasa dendam yang tidak ada kesudahannya .

Sabda Rasulullah S.A.W :  “ Tidak ada kerehatan (hakiki) bagi para hasad (pendengki) “

Rasulullah S.A.W tidak mendidik kita untuk menjadi pendengki . Sesuatu pemberian ALLAH S.W.T itu hendaklah dilihat sebagai rezeki yang ditentukan olehNya . Kalau setiap orang sudah tercatat rezekinya , maka apa yang harus didengkikan lagi ? Gerun pabila kita mahu memikirkan dan merenung pembalasan ALLAH terhadap pendengki di akhirat nanti . Apakah kita terlalu yakin bahawa segala perbuatan kita tidak akan diperhitungkan ALLAH S.W.T di mahkamahNya nanti ?

Sabda Nabi S.A.W : “ Sesiapa padanya ada penganiyaan terhadap saudaranya berupa harta benda atau sesuatu (yang lain) maka hendaklah ia meminta halal daripadanya sekarang , sebelum (tiba masanya) tidak berguna dan bermakna lagi dinar mahupun dirham (yakni hari kiamat yang tidak bermakna lagi segala harta kekayaan duniawi) . (Sebab) jika ia mempunyai amalan soleh , maka akan diambillah demi amalannya yang soleh itu kadar penganiyaannya dan jikalau ia tidak memiliki amal soleh (kebajikan) maka akan diambil semua kesalahan (dosa) temannya (yang dianiyai) itu , lalu dipikulkan (dibebankan) ke atasnya “ [Riwayat Bukhari]

Maka kesempatan baki usia yang ada ini , janganlah dipersia-siakan . Selain segera beramal soleh , kesalahan dan dosa terhadap seseorang pun hendaklah segera diselesaikan . Apa kata Nabi S.A.W : “ Selesaikanlah hari ini ! “  ertinya di dunia ini . Jangan tunggu tibanya hari kiamat dan hari akhirat iaitu Negara pembalasan .

Sanggupkah kita memikul segala dosa dan noda teman kita ? Atau sanggupkah segala kebaikan kita diberikan percuma kepadanya hingga tiada berbaki apa-apa lagi kebaikan atau hasanah untuk diri kita ? Tidak syak lagi rasa dendam yang membawa kepada penganiyaan tersebut merupakan sifat yang dibenci ALLAH S.W.T . Kalau begitu , jangan biarkan ia memenuhi minda dan jiwa kita . Gantikan ia dengan sifat penyabar , lapang dada , pemaaf dan saling menutupi keaiban .

Sabda Rasulullah S.A.W : “ Sesungguhnya sifat fitnah dan hasad dengki itu (membawa) ke neraka . Kedua-duanya tidak berkumpul di dalam hati seseorang muslim “

Kalau hati seseorang muslim sejati tidak bersarang dengki , dendam , amarah , maka hati siapakah yang aktif menanam , menyiram dan menyuburkannya ?

Sabda Rasulullah S.A.W : “ Hindarilah hasad dengki , kerana hasad itu memakan segala amalan kebajikan bagaikan api yang memakan kayu-kayu kering “ [Riwayat Abu Daud]


p/s : Sifat tidak senang , terhadap orang lain yang memperolehi nikmat dan rasa senang sekiranya ia kehilangan nikmat tersebut adalah sifat syaitaniah . Ia berkecamuk di dalam jiwa orang-orang yang dirasuki dendam yang mungkir lagi merosakkan hati manusia . Walahualam .

JAZAKALLAHU KHAIRA , SEMOGA BERMANAFAAT !