e-2-vent



As'salamualaikum dan selamat malam semuanya , alhamdulillah Allah memudahkan segala urusan hamba-hambaNya . Hari ini , event yang sangat banyak pergi . Actually , two event only . Haa , nak suspen jelah haiyaa T___T . Semalam kan tidur pukul 4.00 pagi . Haa (!) Apa yang fatin nur nabilah ni buat ? Ohh , dia menyiapkan kerja sekolahnya yang tidak banyak manapun tapi adalah jugak sebab esok paginya banyak event nak melawat jadi kenalah siapkan cepat . Neway , that night tusyen so macam tak sempat kot nak buat . Haha !




Okaylah , pagi tuu tidur lambat siapkan apa ? 

 - Agama Modul m/s 42-44 -

PERISTIWA : Haa , buat di atas katil bukan di atas meja punn sebab apa ? Mengedik tiba-tiba ! Hakhak . Buat atas bantal yang berwarna biru dan bunga besar sambil kepala bagaikan hendak baring di atas bantal yang lagi empuk itu . Uses two blue pillow (: . Wah , favourite colour tuu . Penulisan punn bagaikan cap kaki itik sebabnya ada yang terbesar ada yang terkecil pula dan guna pen yang berlainan warna . Haa , walaupun saya tulis perkataan dengan saiz yang berbeza tapi saya masih tahu perbezaan perkataan tuu samada besar ataupun kecl tau . * It means belum nak tidur sepenuhnya lagi . Kuang kuang (!) .


- Baca buku berjudul  " Bibir Merayu Hati Bernafsu " -

PERISTIWA : Sebelum pergi tusyen , terus pergi TESCO dekat situu . Haa , nak jugak budak besar ni ikut pergi TESCO tuu so ayah dan ibu tunggulah sampai class tusyen end until 9.15 p.m . Wah , malam tuu best sangat ! Sir ajar tentang Nonanol , bentanol , alkalane and many more . Apa yang interesting about chemistry ni ? Haa , nama dia salah satunya sebab tak pernah dengar sebelum ni jadi jakun jugaklah . Yelah , bila belajar benda baru ni , untunglah kan ? Ada guru yang sudi nak mengajar , jadi pendidikan yang diberi itu amatlah bernilai dan perlulah bersyukur sebab masih ada lagi yang tak berkesempatan untuk pergi bersekolah . Haa , TESCO tutup lambat tapi kedai-kedai kecil kat dalam tuu tutup awal dalam pukul 11.something p.m . Dalam otak nak beli apa ? BUKU ! Wah , dah lama tak beli buku-buku kesayanganku seperti buku keagamaan , komik , wanita , dara , novel (yang muka surat sikit je) :P . Haa , dapat beli dua buah buku . IBU belanja , terima kasih ibu (: . Satu tuu judul ' MENCARI REDHA-MU ' dan satu lagi ' BIBIR MERAYU HATI BERNAFSU ' . Amatlah seronok bila dapat beli barang yang kita hendak tapi asalkan berpada-pada supaya dapat mengelakkan pembaziran . 


- Kemas Pencil Box -

PERISTIWA : Haa , pencil box ni warna pink dan ada gambar teddy bear depan dia . Haha , macam budak kecik sikit jee kan (; . Haa , pencil box ni besar sangat ! Kalah satu kelas punya , tapi cikgu punya lagi besar pencil box beliau ^__^ . Ohh , kemas semua yang berterabur , nak buat undang-undang macam dekat librarylah , pensil dan pen letak dekat tempat yang sama , gam sebelah sana , pembaris belakang sini , kalkulator at the center . Haa , so memudahkan kerja mengambil kan kan . Biar susah dahulu senang-senang kemudian . 


Haa ,  pergi kenduri kahwin kakak kawan saya . Janji pukul 12.00 a.m dan tepat pun . Pergi tumpang kawan , balik pun sama juga tapi ayah pesan jangan lama sangat sebab lepas kenduri tuu nak pergi tempat lain pulak . Haa , jadi memang asyik tengok jam di tangan tuu je . Takut-takut terlebih masa pulak , almaklumlah dah lama tak pergi kenduri kahwin jadi excited nak tengok pengantin dan makan-makan wee ~ Terima kasih atas jemputan tuu ya izzat . Makanan sangatlah sedap , alhamdulillah . Semoga pasangan pengantin berkekalan sehingga ke akhir hayat , Amin  (: 

Lepas tuu , balik je ayah call suruh balik cepat sikit . Waa , kena marah kejap (': . Balik tu zooom pergi ke NILAI 3 . Haa , NILAI 3 bagus untuk orang yang nak kahwin . Hantaran semuanya ada di sana . Murah-murah semuanya , wah promote ni !! . Hee , so saya beli apa ? Bunga telur ? Bukan tapi beli baju muslimah jee , haha as usual akanku pakai baju tu di sana dan dah dirasmikan di dalam kedai itu juga . Haa , baju yang mula-mula pergi sana masuk dalam plastik . Hehe , tak sabar-sabar fatin nur nabilah ni . 



Okay , dah tuu cari baju MALAYSIA . Wah , saya dapat saya dapat warna kuning belang-belang tuu . Terima kasih ayah (: . Ayah beli sampai tiga-tiga anak beliau , haa belakang baju tuu semua ada nama sendiri . Special punya , biasalah peminat bola kot -.- . Haa , balik rumah je kepenatan melanda sebab pening . Ramai sangat orang agaknya yang lalu lalang yelah hari ahad selalunya memang ramai pun . Fuhh , banyak betul cerita ni . Haa sampai sini dululah , esok sekolah tahu jadi kena bangun awal-awal biar fresh . Hee , solat qiamulail sekali pukul 4.30 pagi nanti tau . Jom sama-sama ya , insyaAllah dengan izinNya (: . walahualam .




Mahasiswa mesti jaga akhlak !




As'salamualaikum . Apakah sebenarnya yang mahu dibuktikan oleh sekumpulan pelajar promahasiswa Universiti Putra Malaysia (UPM) yang menimbulkan kekecohan sehingga beberapa orang cedera di universiti itu baru-baru ini .

Pada saya , kekecohan yang khabarnya berlaku selama 17 jam itu bukan semata-mata memprotes timbalan UPM membatalkan kemenangan 11 calon promahasiswa , tetapi mungkin ada sebab yang lain . Jika tidak masakan kerosakan akibatnya agak memeranjatkan . Selain beberapa orang termasuk pengawal keselamatan UPM sendiri cedera , keroskanan harta benda juga bukan sedikit . Kejadian itu kini menjadi kes polis .

Paling mendapat kesan ialah imej UPM sendiri . Bagi orang luar , agaknya begitulah cermin sikap buruk bakal pemimpin masa depan kita . Di manakah kualiti kepimpinan dan keintelektualan lepasan menara gading jika demikianlah cara mereka menyelesaikan masalah ? Jika akhlak diambil kira , adakah begitu akhlak bakal pemimpin masa depan negara ?

Sudah pasti ada dalang di sebalik kedangkalan tindakan  kebudak-budakan itu ? Atau mereka terikut-ikut dengan gelagat kelompok tertentu di luar sana yang hanya nampak tindakan berdemostrasi dan ganas yang boleh menyelesaikan masalah . Jika begitulah halnya , cetek benar pemikiran kumpulan pelajar terbabit .

Walau apapun masalah dan kemusykilan yang timbul ekoran pilihan raya kampus , proses penyelesaian sepatutnya bersifat tertib dan matang . Tidak dinafikan mungkin ada kesilapan tertentu yang menyebabkan kemenangan 11 calon promahasiswa itu dibatalkan . Atau mungkin juga kekalahan mereka adalah tulen . Kesemua itu boleh dirungkai secara harmoni bukan dengan cara membuat kecoh .

Saya fikir pihak universiti selepas ini harus berlapang dada dan lebih terbuka dalam mendengar dan menyelesaikan masalah yang timbul . Manalah tahu pada pilihan raya kampus akan datang , masalah dan penyelesaian kekecohan yang berlaku di UPM akan jadi iktibar atau panduan kepada IPTA yang lain . Bersifat tertib dan meneriman penjelasan sepatutnya menjadi budaya golongan pelajar . Menerima kelemahan diri sendiri dan bangkit membaikinya juga amalan terpuji .

Begitulah sepatutnya sentiasa terpahat pada pemikiran bakal pemimpin negara ini selain melancarkan demostrasi yang bukan-bukan . Sedarkah kumpulan yang berdemostrasi itu ? Di hadapan siapakah mereka menunjukkan perangai buruk itu ? Bukankah sasaran kemarahan mereka itu ialah pendidikan dan pemimpin universiti mereka sendiri . Jika marah sekali pun , hormatilah mereka sebagai orang yang lebih dewasa . Jika kumpulan yang mereka marah itu orang dewasa , selesaikanlah masalah secara orang dewasa .
 
Bukankah tempat mereka menunjukkan perasaan itu tempat yang mulia di mana ilmu dan ilmuwan menjadi paksi bukan pasar . Di pasar sekalipun orang ramai masih tertib dalam tawar-menawar . Sedarlah bahawa proses demokrasi telah pun dilaksanakan di UPM dan IPTA lain . Ada yang menang ada yang kalah . Kumpulan yang menang kita ucapkan tahniah , kepada yang kalah pula tentu ada sebabnya dan kita mahu mereka tetap berkhidmat walaupun mereka tewas .

Calon-calon yang bertanding seharusnya menoleh kembali tujuan mereka bertanding . Mereka menawarkan diri untuk memimpin dan berkhidmat . Walau apa pun label yang dibawa sama ada proaspirasi , promahasiswa atau tiada label , perjuangan hakiki adalah untuk menjadi perantara di antara pihak universiti dengan pelajar dalam menyelesaikan permasalahan pelajar . Di hadapan mereka ialah pelajar-pelajar lain yang menunggu dengan harapan perkhidmatan orang yang mereka pilih .

Kepada mereka yang berdemostrasi , jangan fikir mereka disokong seratus peratus oleh penyokong-penyokong . Sudah pasti ada yang menyesal memilih mereka dek perlakuan buruk . Lihatlah akibatnya , kemenangan mereka sepatutnya disyukuri tetapi lain pula masalah yang timbul . Kepada yang terbukti terbabit dalam kekecohan di UPM itu , mereka sudah pasti akan diambil tindakan tegas oleh pihak universiti . Jika begitulah keadaannya sia-sialah kemenangan yang diperoleh .

 








SUMBER : KERATAN AKHBAR KOSMO m/s 10

Perihal berzikir dengan kuat / keras




Surah Al ‘Araf ayat 205

وَاذْكُرْ رَبَّكَ فِي نَفْسِكَ تَضَرُّعًا وَخِيفَةً وَدُونَ الْجَهْرِ مِنَ الْقَوْلِ بِالْغُدُوِّ وَالْآصَالِ وَلَا تَكُنْ مِنَ الْغَافِلِينَ



Ertinya :          “Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya), dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai.”

Penjelasan :     Sebab tersilap faham ayat tersebut, seseorang akan tertanya-tanya : Bolehkah kita berdzikir dan berdoa dengan memekik ataupun meninggikan suara sedangkan ayat tersebut melarang kita berbuat demikian?

Oleh yang demikian untuk menjelaskan ayat yang tersebut di atas kenalah mengetahui dan memahami sebab turunnya dan kaitannya dengan ayat sebelumnya.

Ayat sebelumnya adalah ayat 204 Surah al-‘Araf iaitu ayat

وَإِذَا قُرِئَ الْقُرْآنُ فَاسْتَمِعُوا لَهُ وَأَنْصِتُوا لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ



Ertinya, “Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.”

Imam An-Naisabury radhiAllahu 'anhu di dalam kitabnya [1] berkata :

عن أبي هريرة في هذه الآية: {وَإِذَا قُرِىءَ ٱلْقُرْآنُ} قال:
نزلت في رفع الأصوات وهم خلف رسول الله صلى الله عليه وسلم، في الصلاة.


Diriwayatkan dari Abu Hurairah radhiAllahu 'anhusebab turun ayat yang tersebut adalah katanya, “Turun ayat ini pada mengangkat suara sedang mereka (sahabat) di belakang Rasulullah (saw) di dalam sembahyang.”
وقال قتادة: كانوا يتكلمون في صلاتهم في أول ما فُرِضت، كان الرجل يجيء فيقول لصاحبه: كم صليتم؟ فيقول كذا وكذا. فأنزل الله تعالى هذه الآية.


Berkata Qatadah radhiAllahu 'anhu pula “Adalah mereka (sahabat) pada ketika itu bercakap-cakap di dalam sembahyang mereka di awal-awal sembahyang itu difardhukan. Adalah pada ketika itu seorang lelaki datang maka ía berkata kepada sahabatnya “Sudah berapa kamu sembahyang, maka kata (sahabatnya) begini dan begitu, maka Allah Ta‘ala menurunkan ayat ini.
وقال الزُّهْرِي: نزلت في فتى من الأنصار كان رسول الله عليه السلام كلما قرأ شيئاً قرأ هو، فنزلت هذه الآية


Berkata pula al-Zuhri radhiAllahu 'anhu, “Turunnya (ayat ini) pada seorang pemuda dari kaum al-Ansar. Pada ketika itu bilamana Rasulullah sallAllahu 'alaihi wasallam membaca sesuatu dari al-Qur‘an maka pemuda itu turut membacanya maka turunlah ayat ini”.

وقال ابن عباس: إن رسول الله صلى الله عليه وسلم قرأ في الصلاة 

المكتوبة، وقرأ أصحابه وراءه رافعين أصواتهم، فخلطوا عليه. فنزلت هذه الآية
.
 


Berkata pula lbnu al ‘Abbas radhiAllahu 'anhu, “Bahawasanya Rasulullah sallAllahu 'alaihi wasallam membaca di dalam sembahyang fardhu dan para sahabat membaca di belakang Rasulullah sallAllahu 'alaihi wasallam dengan meninggikan suara maka bercampur baurlah suara-suara mereka, maka turunlah ayat ini.”

وقال سعيد بن جبير ومجاهد وعطاء وعمرو بن دينار وجماعة: نزلت

في الإنْصَات لإمام في الخطبة يوم الجمعة.




Menurut Sa’id bin Jubair radhiAllahu 'anhu, dan Mujahid radhiAllahu 'anhu dan ‘Atha radhiAllahu 'anhu dan ‘Amr bin Dinar radhiAllahu 'anhu dan sekumpulan ulama, menyatakan turun ayat ini pada perintah diam bila imam berkhutbah pada hari Jumaat.

Dengan penjelasan tersebut dapatlah kita fahami maksud ayat 205 rnemerintahkan agar, ingatlah Tuhan di dalam hati dalam keadaan rendah diri dan takut dan bukan dengan suara keras, asal maksud perintah tersebut adalah ketika di dalam sembahyang berjamaah agar tidak nengganggu jamaah yang lain lebih-lebih lagi kepada imam.

Namun mengenai berzikir dengan suara yang keras para ulama menjelaskan, harus berzikir dengan suara yang kuat, keras dan harus memekik tetapi dalam keadaan pekikan yang hendaklah dikawal sehingga tidak memudharatkan diri.

Di antara ulama yang mengharuskan jahr (menguatkan atau mengeraskan suara sekalipun di dalam masjid) adalah al-Imam Jalaluddin as-Sayuthi radhiAllahu 'anhu. Beliau menyatakan di dalam kitab [2] beliau seperti berikut:

Seseorang bertanya kepada beliau, “Sudan terbiasa para ulama sufi mengadakan majlis dzikir dan menguatkan suara di masjid-masjid dan mengangkat suara dengan tahlil, adakah itu makruh atau tidak?”

Beliau (Imam Sayuthi radhiAllahu 'anhu) menjawab, “Sesungguhnya tidak makruh pada yang demikian. Terdapat hadis yang banyak menyatakan galakan/sunat menguatkan suara dengan dzikir. Terdapat juga hadis-hadis mengalakkan/mensunatkan memperlahankan berdzikir dan terdapat juga hadis-hadis yang mengalakkan/mensunatkan himpunan kedua-duanya sekali menguat dan memperlahankan berdzikir. Dan itu adalah berlain-lainan dengan berlain-lainannya hak dan keadaan dan orang-orang yang berkenaan.”


Berhijrah jom !




As'salamualaikum semua yang dirahmati sekalian . Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya dapat kita sama-sama kembali berkumpul di dunia yang sementara ini . Arus era globalisasi kini menunjukkan pelbagai peningkatan kemajuan ekonomi . Namun , apakah sosial juga meningkat maju setaraf dengan kemajuan yang ekonomi duduk sekarang ini ? Apakah sosial sudah maju dan boleh menjadi contoh kepada rakyat di negara luar ? Persoalan yang sangat dan sering kali di kupas oleh orang ramai berkenaan isu seperti ini yang tidak syak lagi pasti melibatkan REMAJA terutamanyalah .



Sejajar dengan di atas , pihak kerajaan khususnya sebagai tulang belakang rakyat bagi membangkitkan rakyat yang tahu pada masa depan dan mengetahui perihal kehidupan sebenar ini sebenarnya amat membutukan sokongan dan kerjasama yang tinggi dari kita semua as rakyat . Macam dalam kartun Wonderpats , " Apa yang penting ! Kerja sama " . Haa , kan dah terkeluar ayat kanak-kanan (!) Haa , sebagai gurau-gurau manja . Kerjasama amatlah penting kerana dengan sifat memupuk kerjasama sesama sendiri membolehkan yang susah menjadi senang . Setiap soalan itu ada jawapannya . Setiap kesulitan ada kemudahannya . Setiap yang berlaku ada hikmahnya . Jadi , mari kita sama-sama membantu masalah sosial yang semakin hari semakin bantut ilmu agamanya , semakin kurang sifat mulia sebagai seorang muslim dan muslimah dan semakin banyak ke arah kebaratan .




Marilah !



Ayuhlah !



Bangkitlah !



Sedarlah !




Kita sendiri sebenarnya sudah mengetahui kalau hidup ini tidak lama mana kan ? Kalau kita asyik nak bersuka ria , enjoy tak kira waktu dan tempat itu sama kita bersuka ria hanya seketika . Apa kita tak nak enjoy selama-lamanya . Di mana ? AKHIRAT . Mana yang kita inginkan ? Telefon yang berapa hari akan rosak atau tahan lama sampai bila-bila ? Tepuk dada tanya iman . Nak yang mana satu ? Menyesal dahulu atau menyesal kemudian kemudian hari ? Ya Allah , kami berlindung kepadaMu dari segala perkara yang tidak elok . SesungguhNya Kau Maha Pelindung . Mudah-mudahan kita menjaga tatasusila , tatacara , tatabercakap , tatainteraksi dan sebagainya kepada orang lain . Adab sopan santun kaum adam dan hawa janganlah jatuhkan atau korbankan semata-mata kerana duniawi . Acapkali kita lihat di dada-dada akhbar tentang kes pembuangan anak , masalah sosila remaja , rogol , liwat dan pelbagai lagi masalah yang dihadapi . Alaf 21 ini memang satu alaf yang sangat kritikal soal 'sosial' ini .




Sebelum pergi ke sekolah pagi tadi , saya sempat mendengar satu tazkirah pagi di IKIM.FM . Tazkirah pagi itu ada mengatakan kalau rakyat Malaysia ini , banyak terpengaruh dengan ikutan budaya barat sana tapi tidak terpengaruh dengan ikutan kemajuan barat sana . Maksudnya seperti ambil yang keruh buang yang jernih . Okay , dia seperti ini kalau budaya barat seperti bukan muhrim berpegang tangan , berpelukan , tidak menutup aurat , berfoya-foya tetapi rakyat Malaysia tidak mengikuti kemajuan di sana seperti mencipta Laptop Epal , mencipta robot , dan ciptaan yang bermanafaat yang boleh kita contohi dari orang sana . Macam dalam cerita Nujum Pak Belalang , " jarang-jarang " . Haa , bukan tak ada langsung tapi jarang-jarang dan kuranglah katakan . Apa nak saya simpulkan di sini ,  mencontohi orang lain itu bagus tapi ambillah yang baiknya sahaja dan yang tidak baik itu tidak perlu kita ambil .




Di sekolah sewaktu Sambutan Maulidur Rasul , sekolah ada menjemput seorang penceramah yang saya amat kagumi . Dalam ceramah beliau ada menyebut kalau " jadilah seorang yang bijak bukan seorang yang pandai " . Alamak (?) Garu-garu kepala ke (!) Haa , nak dinyatakan di sini bahawa konteks perkataan 'pandai' dan 'bijak' memiliki jurang maksud yang berlainan . Jika dilihat dengan mata kasar , memanglah lebih kurang je sama maksudnnya tapi sebenarnya berbeza maksudnya . Kenapa penceramah itu kata 'bijak' ? Kerana bijak boleh membezakan mana yang baik dan buruk tetapi kalau 'pandai' hanya pandai dari satu sudut itu dan hanya pandai seperti itu sahaja . Bijak itu salah satu sifat Nabi Muhammad SAW yakni Fathanah . Ikutilah dan amalkan sifat baginda iaitu siddiq , amanah , tabligh , fathanah . Sama juga , nasihat kepada diri saya yang hanya hambaNya yang lemah .




Cita-cita untuk berjaya pasti hendak di ambil sampai terkapai-kapai untuk mendapatkannya tapi kalau ketika terkapai-kapai itu sudah mula sifat putus asa tidak akan maju diri kita sendiri . Jika kita tak ubah diri sendiri bagaimana orang lain ingin bantu kita ? Tak de sefahaman , kerjasama , toleransi dan sifat rajin . Kalau tidak ada sifat-sifat ini bagaimana nak majukan diri . Hanya dengan berkata , semua benda boleh jadi sekelip mata ? Mustahil , boleh kah kita hanya berdoa dan tiba-tiba rezeki jatuh di depan mata tanpa usaha ? Mustahil . Allah itu Maha Adil . Kata ibu saya , " jika banyak usaha kita berbaloilah hasil yang kita akan dapat namun jika kurang usaha kita berbaloilah hasil yang kita akan dapat tu kurang juga ."





Masa depan kita sudah kita bayangkan ? Sudah kita bermimpi tentang masa depan selain 'berkahwin' . Kata guru saya , membayangkan masa depan bukan bagai ' mat jenin ' tapi sebahagian hidup kita selepas alam persekolahan tamat . Tak salah kita membayangkan namun mesti kita inginkan mimpi itu jadi kenyataan , bayangan itu menjadi nyata dalam hidup kita . Tak kenal maka tak cinta kan ? Kenallah masa depan yang bagaimana ingin kita perlukan . Lama kelamaan sifat cinta pada diri soal masa depan akan sentiasa terpahat dalam matlamat hidup seseroang insan yang bergelar manusia . Kita selidik dan sentiasa menjadikan sesuatu itu insipari dan pembakar semangat agar terus membara mengejar pengorbana mendapatkan ilmu Allah yang Maha Luas . Ilmu kita nak dibandingkan dengan Dia , kita hanya ada ciput sahaja berbanding Dia kerana Dia Ketua Segala Ilmu di Dunia . SubhanaAllah , besar NikmatMu ya Allah . Alhamdulillah .




Ayuh kawan-kawan , marilah kita sama-sama muhasabah aktiviti kita , diri kita , pergaulan kita , cara hidup kita perlulah ke arah yang diredhaiNya bukan sebaliknya . Ingin mencapai cintaNya haruslah melakukan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya . Kalau tak boleh buat semua jagan tinggal semua , itulah kata-kata dari sahabat baik saya .  Yang baik itu datang dari Allah dan kekurangan itu dari saya sendiri yakni hamba Allah yang lemah . Saya masih rendah dan mohon tunjuk ajar dari semua . Saya juga ingin membantu yang lain ke arah yang lebih baik juga , dakwah ke jalan yang lebih baik supaya kita semua sama-sama berjaya dan kecapi syurga Allah yang Indah itu . Siapalah kita ingin memasuki syurgaNya tetapi tidak juga ingin kami masuk ke dalam neraka . Berilah kami , keampunanmu dan keredhaanMu , sesungguhNya Kau Maha Agung . walahualam .




Memaksimumkan keupayaan otak .










Kita berfikir untuk menyelesaikan masalah matematik , merangka ayat untuk menulis karangan atau merancang sesuatu menggunakan otak . Otak ialah anugerah Allah yang paling bernilai bagi setiap manusia . Manusia punyai akal dan otak sedangkan haiwan hanya memiliki otak bukan akal . Itulah yang membezakan antara manusia dan haiwan .

Otak kita mempunyai dua bahagian utama iaitu otak kanan dan kiri . Otak kiri melibatkan pemikiran bercorak 'akademik' seperti perkataan , nombor , kebolehan saitifik , metematik , bahasa dan lebih kepada hafalan . Otak kanan pula melibatkan aktiviti bersangkutan irama , imaginasi , warna , khayalan , ilham , corak , dimensi dan lebih kepada kesenian dan kreativiti .

Mengikut pakar motivasi , orang yang lebih menggunakan otak kiri lebih pandai daripada yang lebih menggunakan otak kanan . Tetapi orang yang menggunakan kedua-dua belah otaknya lebih pandai dari orang yang menggunakan sebelah sahaja otaknya . Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti yang boleh merangsang kedua-dua belah otak tersebut .

Sebagai perumpamaanya , orang yang dapat menggunakan kemahiran kedua-dua belah tangannya untuk menulis , tentunya lebih baik daripada mereka yang dapat menggunakan kemahiran sebelah tangan sahaja . Begitu juga seorang pemain bola sepak yang boleh bermain dengan menggunakan kemahiran kedua-dua belah kakinya , sudah tentu lebih baik daripada pemain yang hanya mempunyai kemahiran bermain dengan sebelah kaki sahaja .

Begitulah juga dalam penggunaan otak manusia . Untuk manusia menjadi insan yang lebih berketerampilan dan seimbang dari aspek rohani dan jasmani sewajarnya ia perlu berkemahiran menggunakan kedua-dua belah otaknya dengan berkesan semasa berfikir .




KEMAHIRAN MENGGUNAKAN KEDUA-DUA BELAH OTAK



Persoalan yang timbul , adakah kita menggunakan kedua-dua belah otak dengan bijaksana ? Umapamanya adakah kita selalu menggunakan otak kanan kita untuk menggambarkan pelajaran atau adakah otak kanan selalu digunakan untuk berimaginasi masalah peribadi , angan-angan kosong , dendam , hasad dengki dan perasaan yang tidak berhubung kait dengan pelajaran ?

Jika otak bahagian kanan ini belum lagi digunakan sepenuhnya untuk menggambarkan pelajaran , maka masanya telah tiba untuk anda kita semua menghapuskan semua khayalan dan imaginasi kosong . Gunakan setiap saat yang ada untuk khayalan bagi membayangkan isi kandungan pelajaran .

Teknik pembayangan perlukan penumpuan . Penumpuan yang serius dan terfokus amat perlu . Sebaik-baik suasana ialah dalam keadaan sunyi sepi seperti semasa berehat , berbaring sebelum tidur malam , semasa duduk berseorangan menenangkan fikiran , semasa di dalam bas atau teksi , semasa di stesen bas dan lain-lain .

Sebagai contoh , kita ambil sewaktu suasan berbaring sebelum tidur . Bilik sudah gelap . Keadaan sunyi sepi . Dalam suasana ini , tenangkan fikiran . Mula bayangkan soalan-soalan , rajah , sifir , graf dan apa-apa juga yang telah anda pelajari . Bayangkan apa yang telah anda pelajari di sekolah siang tadi satu persatu .



Untuk menguatkan tumpuan , anda boleh menulis atau melakar apa yang diingat di atas tilam dengan menggunakan jari telunjuk anda . Amalkan ini setiap malam . Soal diri kita , satu ke satu soalan , mata pelajaran ke mata pelajaran sehinggalah tertidur . Ulangi apabila terbangun di tengah malam . Amalkan teknik ini dari sehari ke sehari , minggu ke minggu , bukan ke bulan . Apabila ruangan khayalan ini dopisitifkan dengan fikiran yang sihat , anda akan rasakan hasil usaha ini . Bagi kita yang belum mengamalkannya , cubalah mula dari sekarang . Walahualam .




KATA-KATA : KURANG SEMANGAT MENGAKIBATKAN LEBIH BANYAK KEGAGALAN BERBANDING KURANGNYA KEBIJAKSANAAN ATAU KEMAHIRAN .

Terdetik .






As'salamualaikum semua , alhamdulillah semakin hari semakin banyak kerja sekolah yang perlu dibereskan . Begitulah kehidupan sebagai seorang pelajar , tak kan lari dari melakukan tugas-tugas yang diberikan oleh guru . Itu maknanya tanggungjawab kita sebagai seorang pelajar yang inginkan kejayaan . Semua pelajar pasti mengimpikan kejayaan untuk mengecapi bintang yang nun jauh di atas sana dengan sedaya mampu dan juga dengan usaha serta doa yang tidak pernah putus . 

 Tahun ini my SPM examination . Wah , sangat nak lompat-lompat macam main skipping . Haha , lompat ke nak terjun ? . Berbalik kepada perkara yang nak disampaikan ini , hidup ini umpama roda yang berputar . Kejap kita akan ke bawah dan kejap kita akan ke atas . Sebab itulah manusia tidak sempurna . Bagi saya , kalau kita usaha insyaAllah Allah akan balas seperti apa yang telah kita usahakan . Maksudnya , Allah akan balas setimpal dengan usaha yang kita lakukan selama ini misalnya jika usaha kita lebih ganjarannya juga lebih tapi kalau usaha kita kurang maka kuranglah ganjarannya . Hal ini persis juga seperti kita melakukan solat . Jika bacaan Al-Fatihah itu salah bacaannya , maka tidak sah dan tidaklah diterima solat itu . Lihat ? Hal ini mesti kita anggap kecil aja tapi hal sekecil inilah boleh menyebabkan ke arah yang salah . 

Allah itu Maha Adil , Allah Maha Agung dan Maha Pemurah teman-teman . Nak dibandingkan dengan kita ni , sering kali lupa padaNya , tidak bersyukur pada rezeki yang Dia berikan , lupa kepada kasih sayangNya , lupa pada tanggungjawab kita kepadaNya dan bermacam lagi . SubhanaAllah tapi Allah tetap sayang pada kita , tetap ampunkan dosa-dosa kita , tetap inginkan hambaNya masuk ke syurga dan tetap mahu menolong diri kita ke arah yang diredhaiNya . Teman-teman , pepatah ada menyebut ' biar bersusah-susah dahulu , bersenang-senang kemudian ' . Saya amat tertarik dengan pepatah ini kerana pepatah ini sangat sinonim untuk dikaitakan dengan kehidupan kita sekarang ini . 

Solat itu penting jangan jadi seperti patuk ayam . Solat perlu istiqamah dengan betul , niat yang betul dan berwuduk juga perlu betul . Saya juga manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesalahan . Apa yang saya tulis hanya ingin berkongsi serba sedikit tentang apa yang saya alami selama saya hidup ini . Yang baik datang dari Allah dan kesalahan dari diri saya sendiri . 




Saya budak baru belajar ,
Jika ada salah tolong tunjukkan .

Keluhan hati

As'salamualaikum ,

 Abdullah Ibnu Mas'ud menjawab 


" Bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat . Pertama , ke tempat orang yang membaca Al-Quran , tidak kira samada kamu ikut membacanya ataupun kamu hanya mendengar bacaan orang lain . Kedua , kamu menghadiri majlis pengajian yang mengingatkan kamu kepada Allah . Ketiga , kamu mencari waktu sunyi , contohnya di waktu malam dan ketika itu kamu bangun melaksanakan ibadah kepada Allah serta memohon kepadaNya agar diberikan ketenangan dan kedamaian hati kepadamu . 

Jika selepas melakukan semua itu jiwamu masih juga tidak tenteram maka mintalah kepada Allah agar digantikan hatimu dengan hati yang lain kerana hati yang kamu miliki sekarang ini bukan hatimu . "




Dalam Al-Quran , Allah menyebutkan,

" SesungguhNya manusia diciptakan bersifat suka mengeluh . Apabila dia ditimpa kesusahan dia berkeluh-kesah dan apabila mendapat kebaikan ( harta ) dia menjadi kedekut . Kecuali orang yang melaksanakan solat . Mereka tetap setia melaksanakan solatnya . " [ Surah Al-Ma'aarij ] , ayat 19-23 .


Kita meluahkan kepada orang yang betul , orang yang sedia membantu atau sekurang-kurangnya kepada orang yang sudi mendengar cerita kita pada pandangan yang positif . Mereka sudi menerima kehadiran kita dengan hati yang lapang dan sabar mendengar apa-apa yang kita luahkan . Sebaliknya , elakkan meluahkan keluhan hati kepada orang-orang yang tidak sudi menolong , sama ada tolong mendengar masalah atau menolong menyelesaikan masalah . Elakkan juga menyatakan kepada orang-orang yang terkenal dengan sikap negatif kepada orang lain . 


Ajaran Islam mengajar kita hal sebaliknya . Setiap musibah yang melanda haruslah dilihat dari sudut positif . Insan diminta meyakini bahawa segala ketentuan Ilahi akan ada hikmahnya . Baik dan buruk hanya pada pandangan mata kasar manusia , namun setiap ketentuan Allah berlandaskan sifat kebijaksanaanNya . Cara hidup Islam ini akan mengembalikan energi positif ke dalam diri insan yang dilanda ujian . Fitrah insan yang diciptakan dengan penuh energi positif harus dikembalikan kepada asalnya . Dengan kekuatan ini , segala ujian dapat diterima dengan sabar dan reda .


Kemuncak segala kesedihan insan akan lebur bilamana dirinya hampir dengan Allah yang menentukan segala perjalanan hidup manusia di muka bumi ini . Menyatakan keluhan hati kepada Allah di waktu keheningan malam merupakan saat yang sangat mendamaikan hati bagi insan yang ikhlas bangun malam beribadat kepadaNya . Inilah sunnah Rasulullah SAW demi membina kekuatan dalaman diri dalam mengharungi segala dugaan hidupnya di sepanjang perjuangan dakwah ke jalan Allah . 


" Wahai orang yang berselimut ( Muhammad ) ! Bangunlah ( untuk solat ) pada malam hari , kecuali sebahagian kecil ( iaitu ) separuhnya atau kurang sedikit dari itu atau lebih daripada ( seperdua ) itu dan bacalah Al-Quran dengan tartil . Sesungguhnya Kami menurunkan wahyu yang berat ( Al-Quran ) kepadamu . Sesungguhnya bangun malam ( bersolat dan beribadat ) itu lebih kuat ( mengisi jiwa ) dan ( bacaan Al-Quran pada waktu itu ) lebih berkesan . " [ Surah al-Muzammil , ayat 1 hingga 6 ]



Sesungguhnya setiap insan di ajar untuk tidak menyerah kalah bila dilanda ujian hidup . Nyatakanlah setiap keluhan hati dengan cara yang betul agar diri terus bersemangat menempuh hari-hari depan . InsyaAllah .



Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW

As'salamualaikum , 


AMALAN TERBAIK DALAM HIDUP






1. Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH
berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan ? Tirmizi.
Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.
 

 2. Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitunganya
setiap hari akan dapat keberkatandalam apa jua dengan syarat ia
berusaha mencari keredhaanNya.
 

 3. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan
dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya
dalam dirinya.
 

4. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah
memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh
ketenangan fikiran.
 

5. ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan
berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.
 

6. Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan
mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang
lainnya sebagai simbolik kesopanan.
 

7. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH
akandi kurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah
untuk menerokai pelbagai ilmu.
 

8. Sesiapa yang berniat mandi(untuk solat jumaat) kemudian pakai
pakaian terbaik & wangian lalu solat jumaat, dosanya akan diampun
hingga jumaat berikutnya-Ahmad.
 

9. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan
izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.
 

10. Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi SAW apabila berwuduk,
beliau membasahi janggutnya-Tirmizi
 

 11. Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, dia makan
dan sebaliknya beliau tinggalkan-Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu pemberian orang lain.
 

12. Sahabat meriwayatkan: Aku lihat Nabi SAW makan dengan 3 jari(ibu
jari telunjuk & tengah)-Muslim. Jarang sekali beliau makan dengan 4 @
5 jari kecuali ada keperluan
 

13. Menurut Sayyid Ahmad dahlan, sesiapa berselawat walau sekali
pada malam jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti
yang dihadapi oleh para nabi
 

14. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada
air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh
 

15. Perbaharui wuduk tiap kali bersolat krn padanya terdapat banyak
fadhilat. Hadith: Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci, ALLAH
catatkan 10 kebaikan baginya-Abu Dawud.
 

16. Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap
selepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam
menghadapi apa jua masalah
 

17. Nabi SAW sering menghadap kekanan sedikit setelah solat
berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam
berzikir dan doa seketika bersama makmum
 

18. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan
beselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu
 

19. Nabi tak makan sambil bersandar-Bukhari. Ertinya, baginda makan
dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu
kenyang & mudahkan penghadaman
 

20. Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai
solat subuh, Maghrib dan isyak, ALLAH akan menghindarkannya drp
sebarang bencana
 

21. Nabi sering beristinsyaq air kedalam hidung dan
menghembuskannya. Selain membersihkan, ia juga mengelakkan sebarang
penyakit yang berkaitan dengan hidung
 

22. Setelah bersolat Nabi memohon ampun ( astagfirullahalazii m) tiga
kali-Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75
kali sehari
 

23. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari,
ALLAH akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya
fitnah
 

24. Apabila Nabi tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan ?
Bukhari. Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang
berada di kiri badan) mengepam darah
 

25. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan
kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH segala urusan dan mendapat
keampunan daripadaNYA
 

26. Tika Nabi tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas,Al- Falaq dan An-Naas
lalu meniup telapak tangan serta menyapu keseluruh tubuh)mohon
perlindunganNYA) ? Bukhari
 

27. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan
memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan
ALLAH
 

28. Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub.
Nabi menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa
perlu mandi wajib jika ingin tidur
 

29. Munurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin,
akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipudaya syaitan yang
melalaikan
 

30. Silangkan kaki jika tidur di masjid. Hadith: Sahabat melihatNabi
berbaring di masjid dgn satu kakinya atas kaki yang lain (krn bimbang
terdedah aurat) ? Bukhari
 

31. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh
Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan)
daripada baginda SAW
 

32. Adakalanya Nabi SAW amat menyukai doa-doa yang ringkas (mudah) ?
Abu dawud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit
tetapi maknanya yang menyeluruh
 

33. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW
dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari
 

34. Setelah bersolat Nabi SAW mohon ampun (astagfirullahalazi im)
tiga kali ? Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya
beristighfar 75 kali sehari
 

35. Nabi seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat. Nabi
memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya mereka tidak
bosan (atau tersinggung) ? bukhari
 

36. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali
tiap selepas solat asar pada hari jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan
dosa-dosa kecil seseorang
 

37. Menutup mulut dan rendahkan suara tika bersin. Hadith: Apabila
Nabi bersin, beliau letakkan tangan atau pakaiannya dimulut (kerana
dibimbangi terpercik) ? Abu Dawud
 

38. Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah
berselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas rahmatNya
 

39. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadakusebanyak 100
kali pada hari jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan
keadaan bercahaya ? Abu Naim
 

40. Nabi tidak pernah menolak hadiah. Hadith: nabi selalu terima
hadiah & amat menghargainya ? Bukhari
 

41. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari,
ALLAH akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka
baginya
 

42. Selalu memilih yang lebih mudah. Hadith: Mudahkan sesuatu &
jangan kamu sukarkannya ? Muttafaq Alaih
 

43. Berdiri apabila melihat iringan jenazah. Hadith: Apabila kamu
sekalian melihat jenazah ( yang diusung), maka berdirilah (sbg tanda
penghormatan) - Muttafaq Alaih 



44. Ulamak berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat saban hari tak
kira berapa hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada taun & wabak
penyakit berbahaya yang lain
 

45. Bersujud syukur jika dapat khabar gembira. Nabi sering
melakukannya ketikaberoleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda
syukur hamba terhadap ALLAH ? Abu dawud
 

46. Membaca selawat 1000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat mampu
meenghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH akan
hajatnya
 

47. Beri salam hingga tiga kali sahaja. Bahawasanya Nabi (apabila
mendatangi rumah sahabat) beri salam hingga 3 kali ? Bukhari. Jika
salamnya tak berjawab, beliau beredar
 

48. Menurut para ulamak, sesiapa yang inginkan saat kematiannya
dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah seban yak 10 kali setiap
selesai solat Maghrib
 

49. Melakukan pekerjaan rumah. Hadith: Bantuan terhadap isterimu itu
adalah sedekah-Ad-Dailami
 

50. Para ulamak berpendapat, ALLAH sempurnakan hajat yang baik
dengan senantiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, di ikuti
dengan usaha yang berterusan.





Wallahualam.

Rasulallah SAW .

As'salamualaikum , 


Keagungan Muhammad SAW
Apakah Kita Telah Mengenal Nabi Kita ?


Apakah Kita benar-benar kenal Nabi Kita? Yaitu kenal secara lahir dan batinnya, jasmani, maknawi dan rohaninya Atau Kita hanya kenal secara lahir sahaja, tidak lebih daripada itu?! Atau Kita kenal secara ngasal saja?

Sebenarnya kalau Kita kenal secara lahir dan batin, jasmani, rohaniahnya pribadi Nabi Kita Pasti Kita jatuh hati kepadanya, Kita akan cinta, Kita akan menyebut selalu namanya
Melalui selawat dan ingatan terhadapnya, Kita akan terasa terhutang budi kepadanya
Karena kedatangannya dan jasanya kepada dunia

Muhammad SAW Nabi Kita...
Nabi Kita, Dia seorang manusia istimewa,
Luar biasa yang tiada taranya
Dia adalah manusia yang paling mulia di sisi Allah Taala

Mari kita bercerita tentangnya secara ringkas agar Kita kenal
Nabi Kita sendiri...
Siapa dia yang sebenarnya?
Dia adalah Muhammad anak Abdullah, ibunya Aminah
Bangsa Quraisy dari Bani Hasyim
Nasabnya hingga ke Nabi Ibrahim

Dia adalah anak yatim piatu..
Seorang anak yang tidak pernah dapat bermanja dengan ibu bapanya seperti orang lain
Dia lahir dari keluarga yang miskin dan dipelihara pula oleh keluarga yang miskin

Dia adalah makhluk yang pertama dan utama yang paling dicintai oleh Tuhan
Yaitu yang diberi nama Nur Muhammad
Dari Nur Muhammadlah seluruh yang ada dicipta dan diwujudkan
Syurga, Neraka, dunia, Akhirat, para malaikat, Arasy, Kursi, Sirat,
manusia, jin, hewan, jamadat dan lain-lainnya

Artinya kalau bukan karena Nabi Muhammad SAW,
Yang lain tidak akan diwujudkan
Karenanya itu Nabi kita membawa rahmat zahir dan batin
Kepada seluruh makhluk Tuhan

Dia adalah makhluk yang awal dari ruh diwujudkan,
sebagai Jasad akhir keturunan para Nabi
Dia adalah satu-satunya Nabi yang diisra’kan dan dimi’rajkan
Mukanya laksana bulan purnama karena cahayanya yang terang
Dia hamba Allah yang paling bertaqwa dan paling takut dengan Tuhan
Karena itulah dia dipanggil Habibullah oleh Allah
Ketua seluruh para Rasul dan para Nabi
Penghulu seluruh orang yang bertaqwa
Imam seluruh manusia
Syariatnya untuk seluruh jin dan manusia dan penutup seluruh syariat
Orang yang memberi syafa’atul kubra di Akhirat dan orang yang pertama
masuk Syurga

Al Quran kitab yang diturunkan kepadanya paling lengkap
Merupakan mukjizatnya yang kekal dan paling agung
Tiada siappuna yang dapat menirunya

Dia memiliki ilmu dunia dan Akhirat
Sekalipun dia tidak menulis dan membaca
Nabi kita mempunyai akhlak yang paling mulia dan tiada taranya
Bahkan lebih mulia dari para malaikat
Terutama kasih sayangnya kepada manusia begitu terasa
Tawadhu’nya ( rendah diri ) adalah pakaian pribadinya
Karena itulah dia sanggup duduk, makan, minum, tidur, baring dengan
fakir miskin, Menziarahi orang sakit, mengiringi jenazah
Tiada seorang pun yang melihat mukanya melainkan jatuh cinta kepadanya
Bahkan seperti orang mabuk tidak dapat melupakannya
Sangat kasih dan simpati dengan fakir miskin, anak-anak yatim dan
janda-janda
Pemurahnya laksana angin kencang yang sangat laju

Orang yang mampu bergaul dengannya berbagai macam strata
Adakalanya laksana ibu dan ayah
Adakalanya seperti kawan yang membela dan setia
Adakalanya terasakan bagai guru
Adakalanya sebagai pemimpin
Adakalanya bagaikan Panglima
Setiap orang yang satu majelis dengannya merasakan dapat layanan yang
memuaskan darinya
Akhlaknya yang tinggi membuat Tuhan memuji
Keberaniannya luar biasa
Dia berjalan seorang diri di hadapan musuh-musuhnya
Tidak sedikit pun takut dengan raja-raja

Setiap orang yang meminta tidak pernah dikecewakan, sekalipun
terpaksa berhutang dengan manusia
Ibadahnya banyak
Sembahyangnya hingga bengkak-bengkak kakinya karena terlalu
lama berdiri di hadapan Tuhannya
Tidak pernah mendoakan musuh-musuhnya dengan kejahatan
Sangat suka meminta maaf dan memberi maaf kepada siapa saja
Dia membalas kejahatan orang dengan kebaikan
Satu perbuatan yang luar biasa
Tidak pernah menghina, mencaci dan merendah-rendahkan orang lain
Sangat pemalu dan merendah diri
Sangat menerima alasan ijin seseorang
Sangat tahan menerima ujian dalam berbagai bentuk dan keadaan
Karena itulah dia dapat menjadi ketua Ulul Azmi para Rasul alaihimussolatuwass alam

Dia suka kepada seseorang karena Allah dan murka juga karena Allah
Hatinya selalu terjaga, matanya saja yang tidur tapi hatinya tidak tidur
Karena itulah dia tidur tidak membatalkan wudhunya
Di dalam hidupnya 74 kali terjadi peperangan, 27 kali dia ikut serta
tetapi tidak pernah membunuh musuh-musuhnya walaupun seorang

Karena menegakkan kebenaran, pernah dilempar dengan
najis, dilempar dengan batu hingga berdarah, diboikot selama
tiga tahun, dikepung, hendak dibunuh, berhijrah meninggalkan tanah
air dan mendapat berbagai kesusahan dan penderitaan

Kemuliannya di sisi Allah Ta’ala begitu ketara dan terasa
Hingg namanya disandingkan dengan nama Tuhannya
di dalam dua kalimah syahadah sebagai bukti syahnya Islam dengan mengucap namanya bersama dengan nama Tuhannya

Doa yang hendak dikabulkan, awal dan akhir ditutup dengan sholawat kepadanya
Doanya sangat terkabul, bahkan siapa yang berdoa bertawasul dengannya
lebih diterima doanya
Siapa yang banyak berselawat dengannya diberi syafaat di Akhirat
Siapa yang selalu menyebut namanya diturunkan rahmat dan berkat

Mukjizat-mukjizatny a yang banyak menunjukkan kebenarannya
Tertulis khatamun nubuwwah di belikatnya
Peluhnya bak mutiara, wanginya lebih wangi daripada kasturi
Orang tidak dapat menentang matanya karena kehebatan yang terpancar
di wajahnya, musuh-musuhnya pasti menundukkan pandangannya bila
menatapnya

Banyak perkara-perkara ghaib yang dibuka Allah Taala kepadanya
Sehingga sebagian perkara-perkara yang belum terjadi Seperti peristiwa akhir zaman dapat diceritakannya

Terlalu kuat tawakalnya kepada Allah Ta’ala
Hingga makanan yang berlebih tidak disimpan untuk malamnya
Bahkan diberikan kepada yang berhak

Apabila dia buang air, tidak ada kesan membuangnya
Lalat tidak pernah hinggap pada badannya
Kalau dia berpaling, dia berpaling dengan seluruh badannya
Tidak pernah makan seorang diri melainkan berkawan
Tidak pernah mencerca makanan
Kalau dia tidak suka, dia tidak makan-makanan itu

Sangat menghormati dan memuliakan tetamunya
Terlalu menjaga hak-hak sekalipun kepada orang kafir
Terlalu mengutamakan orang lain daripada dirinya sendiri
Tidak pernah melaknat sekalipun binatang
Apa yang dikatakannya ibarat mutiara
hingga sangat mempengaruhi orang yang mendengarnya

Dapat menyatupadukan manusia yang berbagai-bagai etnik, kaum,
bangsa dan yang berlainan warna kulit, bahasa dan budaya
Bahkan dapat menanamkan kasih sayang satu sama lain di kalangan
manusia
Melahirkan manusia yang begitu taat dan patuh kepada syariat Tuhannya

Sangat unggul dalam melahirkan manusia yang tinggi akhlak dan moralnya
Mampu menjadikan dunia bersih daripada noda dan dosa
Sukses menjadikan setiap orang rasa berpuas hati di bawah naungan
pimpinannya sekalipun yang bukan Islam
Mereka merasakan dia adalah pelindung dan penyelamat kepada seluruh
makhluk sekalipun binatang

Itulah dia Muhammad Rasulullah SAW
Itulah dia nabi kita, manusia luar biasa,
Yang istimewa kejadian dan akhlaknya paling sempurna, tiada
tandingannya
Baru sedikit saja kita ceritakan tentangnya, sudah mengagumkan kita

Apakah pribadi yang seperti ini kita tidak jatuh hati kepadanya?
Apakah manusia ini kita bisa melupakan begitu saja?
Apakah kita tidak terasa terhutang budi kepadanya?
Bahkan patut bersyukur kepadanya sepanjang masa
Dapatkah kita samakan dia dengan pemimpin-pemimpin yang lain di
dunia?
Jauh panggang dari api, bagai langit dengan bumi

Salam ’alaika Ya Rosulullah


JAZAKALLAHU KHAIRA , SEMOGA BERMANAFAAT !