Sayangilah Ibu & Bapa sepenuh hati






As'salamualaikum , 



Alhamdulillah , segala puji bagi ALLAH yang telah memberi kita peluang untuk bertemu lagi . Banyakkanlah kita berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dengan ikhlas dan hormat . Amin , insyaALLAH . 


Saya sebagai seorang anak ingin berkongsi satu tajuk iaitu ' SAYANGILAH IBU DAN BAPA SEPENUH HATI ' . Tidak ada anak yang tidak sayangkan ibu dan bapanya . Begitu juga anda semua kan ?  Ilmu ini saya ambil dari majala ' KUNTUM ' . Kita mestilah mentaati , mendengar dan lakukan apa yang disuruh selagi tidak bertentangan dengan hukum syarak . Ingatlah , Redha ALLAH terletak pada Redha Ibu & Bapa maka lakukan kebaikan kepada mereka sebagaimana mereka telah menjaga kita sehingga dewasa . 


Perkara yang WAJIB dilakukan sebagai tanda kasih-sayang kepada ibu & bapa :


----> Mendengar kata ibu bapa , sama ada nasihat atau teguran mahupun perintah dan arahan

----> Menghormati ibu bapa dengan berbudi bahasa dan bersopan santun seperti menjawab panggilan mereka dengan suara yang rendah dan lembut .

----> Tidak meninggikan suara kepada ibu bapa , apatalagi memarahi mereka . Kepada anda yang beragama ISLAM , salam dan cium tangan ibu bapa anda sebelum ke sekolah . 

----> Menannya khabar tentang keadaan ibu bapa , juga berkaitan kerja mereka pada waktu petang .

----> Membantu ibu dan bapa mengangkat beg atau barangan yang dibeli . 

----> Menolong ibu dan bapa melakukan kerja rumah .

----> Tidak membuat bising hingga menganggu kenteteraman ketika ibu bapa ada di rumah . 

----> Tidak bertengkar apa lagi bergaduh dengan adik beradik lain . 

----> Mendoakan kebahagiaan mereka dunia dan akhirat . 





























No comments:


JAZAKALLAHU KHAIRA , SEMOGA BERMANAFAAT !