Iri Hati dan Hasad Dengki





"Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain. (Kerana) bagi orang lelaki ada bahagian dari pada apa yang mereka usahakan, dan bagi para wanita (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada Allah sebagian dari kurnia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu" (An-Nisa' : 32)


Umumnya semua kita punya sifat ini, cuma bergantung kepada kekuatan diri untuk mengawalnya. Ada yang tidak mempedulikannya. Ada yang mengikutinya hingga menggadaikan maruah diri dan orang sekitarnya. Kita seringkali lupa bagaimana Allah mendidik kita supaya sentiasa meminta kepadaNya.


Tentulah Allah lebih tahu apa yang ingin dipinta kerana sifatNya yang maha mengetahui. Namun kita tetap disuruh meminta untuk menunjukkan pegabdian diri kepada Allah selaku pencipta yang tahu kebaikan untuk ciptaanNya. Jika kita tidak meminta, hanya kitalah yang rugi dan kecewa.


Akibatnya kita akan menyalahkan kelemahan diri kerana sikap pesimis (rendah hati) yang keterlaluan dan menurunkan keazaman untuk terus berjaya. Jika kita benar beriman, pastinya Allah menguji kita tanda Dia sedang melihat keazaman kita menerima takdir dan kekuasaanNya sebagai penentu segala-galanya. Yakinlah dengan setiap doa yang dipinta. Bersangka baiklah dengan Allah.


Iri Hati Itu Boleh.


Irihati tu boleh, jika kita iri hati melihat orang lain lebih banyak ibadahnya dari kita. Jika kita lihat orang lain lebih baik amalannya dari kita. Jika kita lihat orang lain lebih rajin dari kita. Seterusnya menaikkan semangat kita untuk melakukan seperti mereka.
Berazam untuk beribadah, beramal dan bekerja dengan lebih. Melebihi orang lain, ini iri hati yang baik. Iri hatilah kepada para ilmuan Islam yang telah banyak menyumbangkan buah fikiran dan gerak kerja Dakwah yang belum mampu kita laksanakan.


Iri Hati Bertukar Hasad Dengki dan Mendengki.




Hasad dengki muncul akibat bisikan syaitan yang menghembus ke benak hati untuk melakukan sesuatu kezaliman orang lain, menggunakan cara kotor untuk menjatuhkan orang dan berasa puas dengan taktik tersebut. Inilah yang minta dilindungi kepada Allah dari perasaan manusia yang hatinya busuk dan sentiasa memikirkan cara untuk naik ke atas dan memijak orang lain dengan bangganya.


Yakinlah Dengan Keadilan Allah.


Allah menciptakan kita dengan pelbagai kelebihan. Masing-masing punya kelebihan yang tidak dimiliki oleh sebahagian yang lain. Tidak lain dan tidak bukan adalah untuk melengkapkan sesama manusia. Kerana kita semuanya memerlukan antara satu sama lain.


Jika kawan kita pemarah, ada yang boleh sabarkannnya, jika kita pemboros, ada yang boleh mengawalnya, jika kita pemalas, ada yang akan menegur supaya jadi rajin. Jika kita tidak tahu, ada yang akan beritahu. Jika kita tahu, kitalah yang kena beritahu yang tak tahu.


Inilah bukti adilnya Allah menciptakan makhluknya yang sentiasa memerlukan dan tidak boleh hidup sendiri. Maka kita semua perlu saling menghormati kerana tidak satu pun di kalangan kita boleh hidup sendiri. Kita saling memerlukan. Aku memerlukan kamu. Dan kamu memerlukan aku. Walahualam .


sumber : iLuvIslam 

Adab-adab makan





Rasulullah SAW merupakan teladan bagi seluruh Muslim di dalam pelbagai aspek kehidupan. Contohnya di bidang kesehatan, ajaran-ajaran beliau memang telah banyak diuji dan dibuktikan oleh research modern tentang manfaatnya yang besar. Apabila menerapkan adab-adab makan yang beliau ajarkan, Insya Allah akan membawa kesehatan dan keberkahan.

 

Diantara adab-adab makan yang Rasulullah SAW ajarkan adalah :

 

a. Memulai makan dengan mengucapkan Bismillah.

Berdasarkan hadits Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam:
“Apabila salah seorang diantara kalian hendak makan, maka ucapkanlah: ‘Bismilah.’ Dan jika ia lupa untuk mengucapkan Bismillah di awal makan, maka hendaklah ia mengucapkan ‘Bismillahi Awwalahu wa Aakhirahu (dengan menyebut nama Allah di awal dan diakhirnya).’” (HR. Daud Dishohihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shohih Ibnu Majah: 3264)

 

b. Hendaknya mengakhiri makan dengan pujian kepada Allah.

Sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam:
“Barangsiapa telah selesai makan hendaknya dia berdo’a: “Alhamdulillaahilladzi ath’amani hadza wa razaqqaniihi min ghairi haulin minni walaa quwwatin. Niscaya akan diampuni dosanya yang telah lalu.” (HR. Daud, Hadits Hasan)
Inilah lafadznya,

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَطْعَمَنِي هَذَا وََرَزَقَنِيهِ مِنْ غَيْرِ حوْلٍ مِنِّي وَ لاَ قُوَّةٍ

 

“Segala puji bagi Allah yang telah memberi makan ini kepadaku dan yang telah memberi rizki kepadaku tanpa daya dan kekuatanku.”

Atau bisa pula dengan doa berikut,

الْحَمْدُ لِلَّهِ حَنْدًا كثِيراً طَيِّباً مُبَارَكاً فِيهِ غَيْرَ (مَكْفِيٍّ وَ لاَ) مُوَدَّعٍ وَ لاَ مُسْتَغْنَيً عَنْهُ رَبَّناَ

 

“Segala puji bagi Allah dengan puja-puji yang banyak dan penuh berkah, meski bukanlah puja-puji yang memadai dan mencukupi dan meski tidaklah dibutuhkan oleh Rabb kita.” (HR. Bukhari VI/214 dan Tirmidzi dengan lafalnya V/507)

 

c. Hendaknya makan dengan menggunakan tiga jari tangan kanan.

Hadits Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam:
“Sungguh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam makan dengan menggunakan tiga jari.” (HR. Muslim, HR. Daud)

 

d. Hendaknya menjilati jari jemarinya sebelum dicuci tangannya.

Sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam:
“Apabila salah seorang diantara kalian telah selesai makan maka janganlah ia mengusap tangannya hingga ia menjilatinya atau minta dijilati (oleh Isterinya, anaknya).” (HR. Bukhari Muslim)

 

e. Apabila ada sesuatu dari makanan kita terjatuh, maka hendaknya dibersihkan bagian yang kotornya kemudian memakannya.

Berdasarkan hadits Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam:
“Apabila ada sesuap makanan dari salah seorang diantara kalian terjatuh, maka hendaklah dia membersihkan bagiannya yang kotor, kemudian memakannya dan jangan meninggalkannya untuk syaitan.” (HR. Muslim, Abu Daud)

 

f. Hendaknya tidak meniup

Jangan meniup pada makanan yang masih panas dan tidak memakannya hingga menjadi lebih dingin, hal ini berlaku pula pada minuman. Apabila hendak bernafas maka lakukanlah di luar gelas, dan ketika minum hendaknya menjadikan tiga kali tegukan.
Sebagaimana hadits dari Ibnu Abbas Radhiyallahu’anhu:
“Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam telah melarang untuk menghirup udara di dalam gelas (ketika minum) dan meniup di dalamnya.” (HR. At Tirmidzi)

 

g. Hendaknya menghindarkan diri dari kenyang yang melampaui batas.

Berdasarkan sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam:
“Tidak ada bejana yang diisi oleh manusia yang lebih buruk dari perutnya, cukuplah baginya memakan beberapa suapan sekedar dapat menegakkan tulang punggungnya (memberikan tenaga), maka jika tidak mau, maka ia dapat memenuhi perutnya dengan sepertiga makanan, sepertiga minuman dan sepertiga lagi untuk bernafasnya.” (HR. Ahad, Ibnu Majah)

 

h. Makan memulai dengan yang letaknya terdekat kecuali bila macamnya berbeda maka boleh mengambil yang jauh.

Hadits Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam:
“Wahai anak muda, sebutkanlah Nama Allah (Bismillah), makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah dari apa-apa yang dekat denganmu.” (HR. Bukhari Muslim)

 

i. Mendahulukan orang yang lebih tua

Hendaknya memulai makan dan minuman dalam suatu jamuan makan dengan mendahulukan (mempersilakan mengambil makanan terlebih dahulu) orang-orang yang lebih tua umurnya atau yang lebih memiliki derajat keutamaan.

 

j. Tidak menatap teman makan

Ketika makan hendaknya tidak melihat teman yang lain agar tidak terkesan mengawasi.

 

k. Sopan

Hendaknya tidak melakukan sesuatu yang dalam pandangan manusia dianggap menjijikkan.

 

l. Mendahulukan orang miskin

Jika makan bersama orang miskin, maka hendaklah kita mendahulukan mereka.





Maroji’:
Disadur dari: Adab adab Harian Muslim, Ibnu Katsir 





p/s : From Bagus !!

Sayangilah Ibu & Bapa sepenuh hati






As'salamualaikum , 



Alhamdulillah , segala puji bagi ALLAH yang telah memberi kita peluang untuk bertemu lagi . Banyakkanlah kita berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dengan ikhlas dan hormat . Amin , insyaALLAH . 


Saya sebagai seorang anak ingin berkongsi satu tajuk iaitu ' SAYANGILAH IBU DAN BAPA SEPENUH HATI ' . Tidak ada anak yang tidak sayangkan ibu dan bapanya . Begitu juga anda semua kan ?  Ilmu ini saya ambil dari majala ' KUNTUM ' . Kita mestilah mentaati , mendengar dan lakukan apa yang disuruh selagi tidak bertentangan dengan hukum syarak . Ingatlah , Redha ALLAH terletak pada Redha Ibu & Bapa maka lakukan kebaikan kepada mereka sebagaimana mereka telah menjaga kita sehingga dewasa . 


Perkara yang WAJIB dilakukan sebagai tanda kasih-sayang kepada ibu & bapa :


----> Mendengar kata ibu bapa , sama ada nasihat atau teguran mahupun perintah dan arahan

----> Menghormati ibu bapa dengan berbudi bahasa dan bersopan santun seperti menjawab panggilan mereka dengan suara yang rendah dan lembut .

----> Tidak meninggikan suara kepada ibu bapa , apatalagi memarahi mereka . Kepada anda yang beragama ISLAM , salam dan cium tangan ibu bapa anda sebelum ke sekolah . 

----> Menannya khabar tentang keadaan ibu bapa , juga berkaitan kerja mereka pada waktu petang .

----> Membantu ibu dan bapa mengangkat beg atau barangan yang dibeli . 

----> Menolong ibu dan bapa melakukan kerja rumah .

----> Tidak membuat bising hingga menganggu kenteteraman ketika ibu bapa ada di rumah . 

----> Tidak bertengkar apa lagi bergaduh dengan adik beradik lain . 

----> Mendoakan kebahagiaan mereka dunia dan akhirat . 





























Menyebut ' AMIN ' selepas membaca AL-Fatihah



Mengenai membaca amin selepas membaca surah Al-Fatihah di dalam solat seperti yang dilakukan oleh kebanyakan kita hari ini maka para ulama’ menyebut bahawa ianya ialah sunat yang dituntut dan hal ini merupakan pendapat jumhur ulama’. Walaubagaimanapun menurut Ibn Hazm pula ianya ialah wajib atas makmum dan sunat bagi Imam dan mereka yang bersolat sendirian (lihat Al-Muhalla m/s 262 Jilid 3 dan Ibn Abidin 320 Jilid 1 dan Mughni Muhtaj m/s 160 Jilid 1).


Perkataan Amin bermakna اللهم استجب “Ya Allah makbulkanlah” (lihat Ibn Katsir m/s 45 Jilid 1) dan disebut dari riwayat Abi Musa Al-Asya’ari yang berkata bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
اذا قرأ (الامام) غير المغضوب عليهم ولا الضالين فقولوا آمين يجببكم الله

“Apabila Imam membaca “Ghoiril Maq’du bi’alaihim waladha’lin” maka sebutlah amin maka Allah akan memakbulkan kamu.” (Hadith Sahih, riwayat Muslim no. 404). Bahkan disebut oleh para ulama’ termasuk sunat membaca amin walaupun diluar solat sama ada berseorang diri atau bermakmum kepada orang lain atau menjadi imam jika setelah selesai membaca Surah Al-Fatihah.


Sesungguhnya perintah menyebut amin ini disebut sebagai mendapat ganjaran pahala dan manfaat seperti yang disebut dalam hadith riwayat Abu Hurairah r.a bahawa baginda Nabi s.a.w pernah bersabda:
اذا أمن الامام فامنوا فانه من وافق تأمينه تأمين الملائكة غفرله ما تقدم من ذنبه

“Jika Imam menyebut amin maka sebutlah amin sesungguhnya barangsiapa yang aminnya bertepatan (bersamaan) dengan amin para malaikat maka diampunkan dosanya apa yang telah berlalu.” (Hadith Sahih, riwayat Bukhari no. 780 , Muslim no. 410 dan Tirmidzi no. 250 serta Abu Daud no. 936).


Begitulah juga dalam hadith-hadith yang lain seperti termasuk menyebut bahawa jika selesai Nabi s.a.w membaca Al-Fatihah baginda akan menyebut amin dan menjaharkannya (melantangkannya) dan meninggikan suaranya seperti dalam riwayat oleh Imam Abu Daud dalam Sunannya hadith no. 932 yang berdarjah sahih.


Walau bagaimanapun haruslah dingatkan bahawa pembacaan amin oleh makmum haruslah selepas imam menyebut amin bukan sebelum imam atau mendahului imam seperti dalam hadith di atas. Sesungguhnya amin para malaikat ialah selepas aminnya iman bukan sebelum atau bersama iman tetapi selepas imam.





p/s : Moga menjadi pengajaran buat saya dan sahabat lain . InsyaALLAH , jangan saya dan anda putus asa dalam mendapat Rahmat ALLAH . Amin . Sahabat boleh baca banyak lagi artikel dari sini , SINI

JAZAKALLAHU KHAIRA , SEMOGA BERMANAFAAT !