Handphone asyik berbunyi ketika solat berjemaah . Grr , sakitnya hati ini !















I believe i can fly 

I believe i can fly 

I believe i can fly 


-Bunyi handphone yang berdering tidak henti-henti terutamanya ketika sedang solat berjemaah -



As'salamualaikum , perkara pertama sekali . Seperti lirik di atas tu , apa maksud disebalik itu semua yang ingin saya sampaikan ? Perkara pertama adalah deringan handphone !! ketika solat . Kalau berdering dekat rumah , pejabat , tandas , ketika memandu , sedang makan , dalam kuliah agam ke . . . itu biasalah tapi yang menimbulkan kemarahan orang ramai ialah ketika ia berbunyi pada waktu solat jemaah sedang berlangsung . 


Pastinya deringan telefon tersebut mengganggu lain-lain ahli jemaah yang sedang berkomunikasi dengan ALLAH . Kekhusyukan mereka terganggu dan pastinya juga pemilik telefon bimbit tersebut berasa malu sendiri di atas kecuaian tidak mematikan telefon bimbit sebelum memulakan solat . 


Kes begini sering terjadi berulang-ulang kali . Sudah berbuih mulut ustaz-ustaz beritahu . 


Apabila ditanya : " Apasal tak matikan handphone tadi ? "  

Kata ustaz : Siapa cakap tak boleh ?

Jawaban : " Eh . . . boleh ke berhenti sekejap solat dan tutup handphone ? Tak batal ke ? " 
 


Sememangnya tidak wajar deringan telefon berbunyi sewaktu seorang sedang solat , apatah lagi ketika solat berjemaah . Deringan kosong sahaja sudah menyakitkan telinga ini kan pula muzik dan nyanyian merapu . Sepatutnya pemilik telefon bimbit sudah mematikan telefonnya  ataupun pastikan berada dalam keadaan silent mood atau vibrate mood . Atau sebaik-baiknya OFF terus . Ini kerana jika telefon bimbit bergetar , ia akan mendatangkan perasaan resah kepada seseorang yang sedang solat lantas mengganggu tumpuan ibadat . Walhal kekhusyukan di dalam solat adalah sesuatu yang dituntutNya  .
Firman ALLAH : 


" Periharalah segala solat (mu) , dan (periharalah) solat wustha . Berdirilah kerana ALLAH (dalam solatmu) dengan khusyuk "  [ Surah Al-Baqarah : 238 ]



" Sesungguhnya beruntunglah orang yang beriman , iaitu orang yang khusyuk di dalam solatnya "  
[ Surah Al-Mukminun : 1-2 ]








                  
Hukum mengganggu orang bersolat 




Kita perlu faham bahawa hukum mengganggu solat orang lain adalah HARAM . Ini berdasarkan hadis Nabi S.A.W yang bermaksud  : 


" Barang siapa yang makan bawang putih atau merah ( yang tidak dimasak dan kuat baunya ) maka jauhilah kami atau disebut jauhilah masjid-masjid kami da duduklah di rumahnya sahaja "  [ Riwayat Al-Bukhari , hadis no 808 ] 


Hadis menunjukkan betapa Nabi Muhammad S.A.W melarang keras sebarang perbuatan yang boleh mengganggu solat . Malah , dalam satu hadis lain Nabi Muhammad S.A.W mendengar bacaan Al-Quran yang lantang di dalam masjid lalu baginda menegur : 


" Setiap kamu hendaklah bertutur secara peribadi dengan TUHANmu , justeru janganlah seorang kamu mengganggu yang lain dengan meninggikan suaranya semasa membaca Al-Quran "  [ Riwayat Abu Daud : 1332 ] 


Kesimpulannya adalah HARAM sama sekali perbuatan yang mengganggu solat hatta membaca Al-Quran dengan kuat , tidak kira sama ada solat sendirian mahupun berjemaah . Oleh yang demikian , hukum mematikan handphone adalah wajib ketika itu . Dalam erti kta lain , berdosa hukumannya jika si pemilik tidak mematikan handphone dengan segera .




Bolehkah bergerak untuk matikan handphone ? Pergerakan sebegini tidak membatalkan berdasarkan hadis yang berikut : 


Sesungguhnya Nabi S.A.W mengarahkan agar membunuh dua binatang buas walaupun ketika solat iaitu kala jengking dan ular ( jika ia menghampiri solat )  [ Riwayat Ibn Majah , hadis no 1235 ] 








Tegahan daripada mengganggu ahli jemaah yang lain 


 Sebagaimana kita fahami , bunyi handphone ini mampu mengganggu seluruh ahli jemaah yang sedang menunaikan solat terutamanya jika ia bermuzik dengan lagu dangdut , pop , rock dan pelbagai jenis muzik yang lain . Maka sudah tentu dosa pelakunya lebih besar . Keadaan ini dapat difahami dari tegahan Nabi Muhamamd S.A.W terhadap umat Islam yang datang ke masjid setelah memakan makanan berbau busuk .


Kesimpulannya , wajib menutup handphone semasa solat bersendirian dan berjemaah . Jika terlupa dan handphone berbunyi maka wajiblah bergerak sedikit untuk menutupnya . Pergerakan ini tidak membatalkan solat kerana ia adalah pergerakan WAJIB sebagaimana Nabi S.A.W mengizikan untuk membunuh binatang berbisa kecil semasa sedang solat . Jelaslah bahawa wajib bagi seseorang untuk bertindak 'membunuh' bunyi handphonenya kerana ia amat merosakkan ketenangan orang yang sedang bersolat , sebagaimana bahayanya kala jengking dan ular . 


p/s : Artikel dari buku berjudul ' Mencari redhaMu ' oleh penulis Ustaz Noor Hisham Ismail . Harap dapat beri kita panduan untuk menyelesaikan permasalahan yang memang berlaku dalam masyarakat sekarang . Muhasabah diri terutama diri saya sendiri . Yang baik dari ALLAH dan salah silap saya sendiri . Walahualam .




No comments:


JAZAKALLAHU KHAIRA , SEMOGA BERMANAFAAT !