Jiwa Rabbani








As'salamualaikum , 


Alhamdulillah bertemu lagi kita di laman sosial ini dengan izin ALLAH . Marilah kita berselawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W . 


Rentetan itu , seperti yang kita semua tahu proses pembangunan semua jenis insan ini sama sebagaimana ALLAH telah membangunkan akidah Rasulullah S.A.W yakni : 

>> Membangunkan akhlaknya 


>> Memantapkan jihad dan daya juangnya 


>> Memurnikan pekertinya 


>> Menjadikan dirinya sebagai qudwah terbaik untuk seluruh umat ISLAM .




Bayangkan , dengan kekuatan akidah , baginda berjaya memberi kesan ( perubahan ) terhadap akidah orang Quraish kepada pegangan yang lebih fitrah . Dengan pegangan ini jugalah iman Zubair Ibn Awwam terus kental menyatakan iltizam dirinya hatta sewaktu diuji dengan ujian pedih . Dan dengannya juga menyebabkan Jaafar Abi Talib berjaya mempamerkan sahsiah yang baik terhadap Najasyi hingga menyebabkan Raja Habashah itu kembali kepada keyakinan yang fitrah . 







Inilah perubahan yang dituntut oleh Islam iaitu berteraskan kepada pegangan , ikatan atau simpulan antara hamba dan Khaliq . Ikatan ini amat penting bagi manusia kerana akidah yang mantap berasaskan landasan syariah akan menghasilkan akhlak yang mulia . Itulah asas pembangunan insan yang menjadi titik tolak utama bagi menentukan pola perubahan setiap manusia .




Jika keyakinan mereka kental terhadap ALLAH dan KeperkasaanNya , pasti rasa tunduk dan patuh terhadapNya berada pada tahap tinggi . Manakala jiwa yang ingkar , takbur , degil , keras hati , bengis , celopar , kufur nimat tidak akan bertandang di hati manusia .


Persoalannya ? Mengapa akhlak sangat penting bagi manusia ? Ini kerana dalam Islam ia merupakan faktor yang dapat membezakan antara manusia beriman atau sebaliknya . Manusia yang berakhlak sentiasa bersikap amanah terhadap ALLAH dan makhluk yang lain . Akhlak adalah cerminan peribadi , cerminan hati , amal dan tingkah laku . Bayangkan jika seseorang itu tidak mempunyai akhlak yang boleh dicontohi , kemungkinan urus tadbir diri dan sekitarnya berlaku atas dorongan nafsu-nafsi dan pertimbangan akal yang putus tautannya dengan hati . 





Justeru melalui rasa syukurlah akan melahirkan amanah dan adil dalam menguruskan rahmah dan ni'mat daripadaNya . Rasa itu jugalah yang mengekalkan tautan hubungan antara manusia dengan ALLAH dan menjadikan mereka bersifat mahmudah dalam menguruskan kurniaan dan anugerahNya . Manakala , umur dan kesihatan adalah ni'mah ALLAH yang dikurniakan untuk membolehkan manusia hidup dan berusaha sehingga wujud perubahan yang bersifat fitrah . Bersyukur dengan umur dan kesihatan , mendorong manusia  bertakwa untuk berbakti dan beramal sebanyaknya yang bukan sahaja untuk mendapat keredhaan ALLAH , tetapi memenuhi tuntutan risalah seorang hamba iaitu beribadat kepadNya .


p/s : Tanamlah nilai-nilai Rabbaniyah seperti jujur , ikhlas , adil , amanah , telus dan tulus .  
        Sumber dari buku berjudul "  Fitrahkah kita sebagai hamba ciptaan Ilahi ? " oleh  
        penulis Prof Dato' Dr. Sidek Baba .


 



Report Card






As'salamualaikum , 




Baiklah post pendek aja . Esok merupakan hari jumaat tanggal 1/7/2011 akan berlangsung satu majlis iaitu PENGAMBILAN REPOD KAD . Lepas ambil boleh balik rumah terus . Balik awal tuu . Hopefully semuanya berjalan seperti yang dirancang dengan izin ALLAH . AMIN


Amalan yang tidak putus pahalanya






Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :


Amal manusia yang tidak pernah putusnya mendapat pahala disisi Allah, Ada tiga perkara:


AMAL-JARIAH: Amal Jariah ertinya pekerjaan yang baik umpamanya dia menyumbangkan tenaga atau harta atau fikiran kepada masyarakat untuk pembaikan atau pembiayaan untuk masjid, musolla, madrasah, rumah sakit dan sebagainya maka selagi masjid masih digunakan beribadat, musolla dan madrasah dipakai orang, maka selama itu pula orang tadi mendapat pahala di sisi Tuhan.


Tapi kebanyakan orang berfaham amal jariah itu hanya untuk agama sahaja padahal untuk umum pun termasuk amal jariah juga. >> Misalnya: Sebuah Jalan atau jambatan yang umum diguna kerosakan, kemudian secara bergotong-royong masyarakat setempat beramai-ramai memperbaiki itupun termasuk amal jariah.


Orang awam berpendapat yang dikatakan amal soleh adalah cuma solat dan puasa saja padahal bukan yang demikian. Yang dimaksudkan dengan kata "amal soleh" adalah perbuatan yang baik, baik dalam pandangan mata umum dan juga pandangan agama. Maka tandanya orang beriman, ialah yang suka melakukan amal kebajikan.


ANAK YANG SOLEH (ANAK YANG BAIK): Sudah jelas jika orang ingin mempunyai anak yang soleh, tidak mudah diperolehi begitu saja. Maka yang pertama wajib atas org tua mengajar anak dengan pendidikan agama. Selain menghantar anaknya ke sekolah umum dan sekolah agama, orang tua juga harus memberi contoh yang baik kepada anaknya dengan melaksanakan perintah agama. InsyaAllah anak itu akan mencontohi orang tuanya.





ILMU YANG DIAJARKAN KPADA ORANG LAIN: Adapun yang dimaksudkan dengan ilmu adalah bukan ilmu agama sahaja. Ilmu itu adalah umum, ilmu ertinya adalah "Pengetahuan". Sebagaimana 


Sabda Rasulullah s.a.w. : "Sempurnanya agama dengan ilmu, sempurnanya dunia juga dengan ilmu."


Jadi tegaslah ilmu apa saja yg telah diajarkan kepada orang lain dan orang lain itu mendapat manfaat dari ilmu tersebut, maka org pertama yang mengajarkannya jika dia seorang muslim dia mendapat pahala yg tidak habis disisi Allah s.a.w.


Misalnya org pandai membetulkan radio rosak kemudian kepandaiannya diajarkan pada orang lain, lalu orang itu mendapat manfaat daripadanya yang disunatkan untuk mencari nafkah, maka orang yang mengajarkannya mendapat pahala "jariyah" dari sisi Allah s.w.t.


p/s : Perkongsian dari iluvislam

Lidah menentukan manusia ke syurga atau neraka





KATA Imam al-Ghazali, lidah antara nikmat Allah SWT yang besar dan antara ciptaan Tuhan yang amat halus dan ganjil. Lidah mempunyai bentuk yang indah, kecil dan menarik.


Selanjutnya Imam al-Ghazali berkata: 

“Keimanan dan kekufuran seseorang tiada terang dan jelas, selain dengan kesaksian lidah. Lidah mempunyai ketaatan yang besar dan mempunyai dosa besar pula. Anggota tubuh yang paling derhaka kepada manusia ialah lidah. Sesungguhnya lidah alat perangkap syaitan yang paling jitu untuk menjerumuskan manusia.”


Daripada kata Imam al-Ghazali itu jelas menunjukkan kepada kita besarnya peranan lidah dalam kehidupan manusia kerana lidah kita boleh masuk syurga dan kerana lidah juga boleh dihumban kita ke neraka.


Oleh kerana lidah boleh membawa kebaikan dan keburukan dalam hidup manusia, kita perlu sentiasa berwaspada menggunakan lidah sewaktu bertutur kata. Dengan kata lain, kita hendaklah bijak menggunakan lidah apabila bercakap.


Sekiranya kata yang kita ucapkan boleh menyebabkan orang yang mendengarnya sakit hati atau terguris, ia boleh mendatangkan keburukan kepadai kita. Pepatah ada mengatakan kerana mulut badan binasa.


Justeru, sebelum kita berkata sesuatu hendaklah berfikir terlebih dulu. Kita gunakan lidah untuk berkata sesuatu yang baik dan tidak sia-sia atau lebih baik lagi kita diam. Itu lebih memberi manfaat daripada kita berkata perkara yang boleh mendatangkan dosa. Sesungguhnya orang beriman tidak bercakap perkara yang sia-sia dan tiada berfaedah.


Daripada Abu Hurairah diriwayatkan Nabi Muhammad SAW bersabda yang maksudnya: 

“Siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau ia diam.” (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim)




Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

“Sesungguhnya Allah benci kepada orang yang jelik budi pekertinya serta kotor lidahnya.” (Hadis riwayat Imam Tirmidzi) Menurut Rasulullah SAW ada tiga jenis manusia, iaitu yang mendapat pahala, selamat daripada dosa dan binasa. 


Orang yang mendapat pahala sentiasa mengingati Allah, berzikir, mengerjakan solat dan sebagainya. Orang yang selamat daripada dosa ialah mereka yang diam, manakala orang yang binasa sentiasa melakukan perkara mungkar, maksiat dan tidak mengawal lidahnya dengan baik.


Kita dapat mengenal peribadi seseorang daripada percakapannya. Orang yang tinggi akhlak selalunya bercakap hal yang baik saja, tidak menyakiti hati orang lain, tidak mengucapkan perkataan kotor dan tidak banyak bercakap. Mereka mengawal lidah sebaik-baiknya.


Dalam hadis yang diriwayatkan Tirmidzi dan Ibnu Majah, Abu Hurairah menceritakan apabila Rasulullah SAW ditanya sebab terbesar yang membawa seseorang masuk syurga, Rasulullah menjawab: “Takwa kepada Allah dan akhlak yang baik.” Apabila ditanya pula sebab terbesar yang membawa manusia masuk neraka, maka Rasulullah menjawab, “Dua rongga badan iaitu mulut dan kemaluan.”


Tip untuk melatih diri untuk bercakap sopan moga kita sama-sama dapat mengambil iktibar dan mengamalkannya .

1) Sentiasa bergaul dengan orang yang baik tutur katanya

2) Jika mahukan anak atau orang disekeliling kita bercakap sopan , kita haruslah menjadi contoh

3) Sentiasa berdoa agar ALLAH memelihara tutur kata

4) Jangan biasakan berbicara hal yang tidak baik

5) Banyak membaca AL-Quran dan bahan ilmiah



p/s : Artikel dari sumber FOLLOW JOM !

Baca perutusan





As'salamualaikum , alhamdulillah ALLAH masih mempertemukan kita kembali . Mari kita panjatkan rasa syukur kepadaNya dan berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W . 


Baiklah , saya ingin berkongsi sedikit tentang aktiviti sepanjang minggu sebelum ini di sekolah saya . Sekolah yang dinamakan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Rinching yang terletak di Semenyih , Kajang berhampiran dengan Bangi . Okay , dipendekkan cerita minggu lepas adalah minggu koperasi sekolah saya . 


Jadi , saya salah satu pengawas koperasi yang memegang jawatan juga dalam koperasi ini . Sebenarnya tiba-tiba sahabat saya memberitahu bahawa saya , Nur Afina dan Nurul Aisyah bahawa kami bertiga akan membaca perutusan dari menteri-menteri yang besar untuk disampaikan ucapan mereka pada warga sekolah sewaktu perhimpunan rasmi . Tanda kata-kata rasmi dari mereka pada Hari Koperasi yang disambut setiap tahun di semua tempat .


Baiklah saya dengan perasaan yang bercampur baur , takut , gerun , gementar walaupun pernah berucap di atas perhimpunan namun rasa takut menyelubungi diri itu masih ada . Kata orang putih nervous konon (: . Mhuaa , sebelum berangkat ke sekolah ibu berpesan : 




Akak nanti mulakan dengan Bismillah dan sudahi dengan Alhamdulillah


Itulah ucapan dan kata-kata yang keluar dari seorang ibu yang telah membesarkan saya 17 tahun ini . Terima kasih ibu ((: . Yeah , memang pagi tu dengan keadaan tidak selesa kerana tanpa disangka saya selsema pada malam sebelum majlis itu berlangsung . Itulah , ALLAH dah tetapkan sesuatu tanpa kita duga namun semua itu ada hikmahnya .  


Dengan izin ALLAH majlis itu berjalan dengan baik . Alhamdulillah , saya dan sahabat yang lain sudah juga selesai berucap perutusan . Lega rasanya . Huaa , tapi ada kejutan lagi . Wahh , ALLAH ITU MAHA PEMURAH . Saya dan sahabat saya yang lain mendapat anugerah Koperal Terbaik Koperasi . Alhamdulillah , cara ALLAH nak berikan rezeki itu sangat unik . Terima kasih Ya ALLAH . Mudah-mudahan , kami semua dapat gunakan kelebihan yang telah Kau berikan buat kami ini dengan sebaiknya dan untuk kebaikan orang ramai juga . 


Selasai sudah majlis , pihak koperasi sekolah kami memberikan sedikit cenderamata kepada guru dan pelajar . Setiap guru akan mendapat sebatang pen dan marker manakala bagi pelajar akan mendapat sebatang pen . Okaylah tu kan ? (; . Alhamdulillah , siapa nak bagi pen kat kita free sekarang ni ? Ya tak ? Hehe . Jangan diungkit , terima sahaja dan ucap terima kasih . Habis cerita (: .


Alhamdulillah itu sahaja ingin saya kongsi , Yang baik sentiasa dari ALLAH dan salah silap dari kekurangan saya sendiri yang kerdil ini . Tegurlah saya jika anda sayangi saya , teguran anda amat saya hargai . Walahualam . Terima kasih atas kesudian membaca sahabat ;D 

















Kisah pemuda beribu bapa kan khinzir




Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.

Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?".


Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.


Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.

Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh keheranan.

Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.


Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.


"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menajdi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.


 

 


"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.

Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."


Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga."

 
Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.

Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.

 
Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T.
 
Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.

Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.


wallahu'alam....



p/s : Jangan kita lupa akan ibu bapa kita . Doakanlah mereka , patuhkanlah arahan mereka , jangan melawan mereka , jangan tinggikan suara pada mereka , rawatlah mereka , sayangilah mereka , jagalah mereka jika kita ingin menjadi anak yang soleh disisiNya . Pesanan buat diri saya yang masih banyak kekurangan . Akhir kalam , tanpa mereka siapalah kita . Artikel dari Blog FOLLOW JOM ! 

Perjalanan yang panjang baru bermula









As’salamualaikum ,

Ia sebenarnya baru bermula !  Ia baru langkah mula . Itulah kata-kata yang boleh kita gambarkan bilamana melihat jenazah muslim dikebumikan di dalam liang lahad .

Kenapa kita mengatakan suasana itu langkah permulaannya ? Bukankah sudah bertahun-tahun ia bermukim di perkampungan fana ini ? Bukankah kematian itu merehatkannya daripada penat dan lelah dunia ?


MEMANG BENAR


Perjalanan hidupnya di dunia telah sampai ke titik noktahnya . Namun , yang baru bermula adalah perjalanan akhiratnya . Safar akhirat yang panjangnya tiada berpenghujung . Bagi ahli dunia , segalanya dikira selesai ( habis cerita ) saat nisan dipacak kemas di permukaan timbunan tanah yang masih merah .


Tetapi bagi ahli akhirat ?


OH OH OH . . . .


Hanya ALLAH S.W.T sahaja yang Maha Tahu . Jenazah si Fulan bin si Fulan baru sahaja dipersiapkan untuk memulakan perjalanan yang amat panjang .


Sabda Nabi S.A.W :
“ Sesungguhnya alam kubur itu adalah tahap pertama bagi alam akhirat “

   [ Riwayat at-Tarmizi , Ibnu Majah dal Al-Hakim ]


Suka tidak suka  ,  besedia atau tidak bersedia ,  dia mesti memulakan perjalanan akhirat ini . Perjalanan yang menyaksikan betapa kerdil , bodoh , lemah serta amal jahil sekali diri . Perjalanan yang menyingkapkan betapa ia baru tersedar , terkejut dan tersentak daripada lamunan ( mimpi ) yang panjang , hidup di dunia bagai katak di bawah tempurung . Kini , di depan matanya bukan perjalanan fantasi lagi . Ia perjalanan reality , pasti lagi hakiki .


ARGG ,


JAHANAM ,


CELAKA !!


Begitulah bayangan kekejutan mereka yang mati-mati berpegang kepada andaian bahawa dunia adalah penamat segala-galanya . Bahkan itulah tempikan penasaran para pendusta yang mendustakan kehidupan dan pembalasan selepas mati .

Benar kata Nabi Muhammad S.A.W di dalam mafhum sepotong hadis . Antara yang rehat dan rehat kerananya ?


>> YANG REHAT : Ialah mukmin . Apabila ia mati , maka kerehatannya daripada penat lelah    dunia pun berakhir .


>> YANG REHAT KERANANYA : Orang fajir atau orang jahat seperti seorang pembunuh , perompak , pengganggu keamanan , perogol bersiri , pengedar dadah , pemfitnah , diktator , dan banyak lagi . Apabila matinya dia , maka orang ramai pula dapat berehat daripada kejahatan dan kebejatannya .


Maknanya bagi para mukminn dan muttaqin , kubur yang menjadi pintu gerbang perjalanan akhiratnya itu bakal menjanjikan ‘ pakej ‘  kerehatan yang amat panjang lagi abadi .

Manakala bagi si ‘ fajir ‘ , bagai yang dikata dan disangka , maka bermulalah episod derita , episod duka yang berlatar belakangkan air mata darah !





Dalam Al-Quran , ALLAH S.W.T menjelaskan betapa mayat para kuffar yang menjerit dan melolong diseksa siang dan malam , merayu kepada ALLAH S.W.T agar disegerakan hari kiamat , kerana sudah tidak tahan dan tidak mampu menanggung kepedihan sakit yang amat sangat .



“ YA ALLAH ! Segerakanlah hari kiamat ! Percepatkanlah hari berbangkit ! Agar kami boleh lepas daripada kesakitan ini “
                                                           
                          [ Demikian rayuan hiba mereka ]


p/s : Namun , semuanya tiada guna lagi . Kubur adalah jawapan kepada perjalanan akhirat yang panjang . Andai seseorang itu dimuliakan , mulialah dia selama-lamanya . Andai dihina , terhinalah berpanjangan . Saya ambil bingkisan ni dari sebua buku karya Amaluddin Mohd Napiah bertajuk - - - Bawa Hatimu Kepada Tuhan . Walahualam .

Jadilah orang yang terpelihara kerana memelihara




As’salamualaikum , sebagaimana bersungguh-sungguh Muslim Mukmin memelihara solat lima waktu sehari semalam , maka demikian jugalah ALLAH Ta’ala memelihara , menjaga dan memimpin segala urusan mereka .

Datanglah suasana , situasi , keadaan , cuaca dan musim bagaimanapun , Muslim Mukmin tetap akan memelihara solat di dalam waktunya . Itulah janji mereka pada Tuhan . Mereka ternyata amat tahan lasak mendepani apa jua dugaan yang tiba hingga solat mereka benar-benar terpelihara biarpun pada kala permusafiran , pada kala kesakitan , pada kala menimpa kenikmatan , pada kala menimpa kekalutan perang dan sebagainya . Kerana itulah ALLAH memuji dan menyebut perihal mereka di dalam Al-Quran .

Firman ALLAH : “ Dan orang-orang yang memelihara solat mereka “ [Al-Mukminun]

Rasulullah S.A.W meminta dipapah untuk mengimami solat di masjid saat sakit wafat menjelang . Apa pesana Rasulullah S.A.W buat kita semua ? As-Solah ! As-Solah ! As-Solah !




Sayidina Umar Al-Khattab meminta dipapah untuk bersolat walaupun tubuhnya berlumuran darah setelah tiga liang ditikam Abu Lu’luah . Apakah wasiat yang diluahkannya saat sakarat telah mencengkam dirinya ? “ Tiada habuan di dalam ISLAM buat mereka yang meninggalkan kewajipan solatnya . “

Demikian juga kisahnya Amir Bin Abdullah Bin Zubair r.a. Keluarganya menangis teresak-esak kala dia kelemahan menghela sisa-sisa rezeki  nyawanya . Kemudian azan pun berkumandang tanda masuknya waktu solat .

“ Angkatlah tubuhku , “ katanya kepada ahli keluarganya .

“ Engkau hendak ke mana lagi ? “ Tanya mereka kehairanan .

“ Angkatlah aku ke masjid , “ luahnya penuh pengharapan .

“ Dalam keadaan sebegini ? “ Tanya mereka kembali .

“ Subhanallah ! Apakah aku tidak menyahut panggilan azan padahal aku telah mendengarnya . Angkatlah diriku ke sana ! “ pintanya berulang kali . Lalu mereka memapahnya penuh rasa belas .

Setelah satu rakaat sempat bersama imam , beliau menghembuskan nafasnya yang terkahir di dalam sujudnya , berangkat pulang meninggalkan dunia yang fana ini buat selama-lamanya . Ya , beliau mati dalam keadaan sujud kepada ALLAH YANG ESA .

Bagi orang sepertinya , tidak ada yang lebih membahagiakan selain daripada saat bertemu dengan Tuhannya . Lantaran bersungguh-sungguh memelihara hak Tuhan , maka Tuhan memelihara dirinya .



p/s : Itulah yang dapat saya kupaskan dan kongsikan buat semua . Yang baik itu datang dari ALLAH dan salah silap dari saya sendiri . Apa yang membezakan kita dengan orang kafir adalah ‘solat’ . Solat penting kerana inilah hal yang akan disoal terlebih dahulu di akhirat kelak oleh ALLAH pada kita . Jadi , peringatan dan nasihat buat diri saya sendiri agar sentiasa memanfaati masa yang ALLAH berikan ini dengan sebaiknya yakni lakukan apa yang disuruh dan tinggal apa yang dilarang oleh ALLAH . Walahualam .


Balasan meninggalkan solat







Diriwayatkan bahwa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis.

Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?"Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya."

Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya.

Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.s. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam.

"Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula.

Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.

Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, "Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?"

Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat." Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak.

Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat.Lalu mereka cuba membunuh ular itu.

Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, "Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, menagapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."

Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?".


 Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :

  • Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjama 
  • Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya. 
  • Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

Maka inilah balasannya.


p/s : Saya share dari salah satu group / Muhasabah diri ~

Besarnya doa semasa duduk antara dua sujud





As'salamualaikum , Dalam tidak sedar..

Setiap hari kita memohon didalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami.. sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini..

Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat. Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah


Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)

Diamlah sejenak

buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka
diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil . Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan . Kemudian sampaikanlah permintaan kedua .



Warhamni (sayangi aku)

Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya.Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih -sayang Allah yang kita terima.Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah permintaan-permintaan berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu.


Wajburnii (tutuplah aib-aibku)

Warfa’nii (angkatlah darjatku)

Warzuqnii (berilah aku rezeki)

Wahdinii (berilah aku petunjuk)

Wa’Aafinii (sihatkan aku)

Wa’fuannii (maafkan aku)



Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita . Betapa besarnya nilai sebuah doa ini . sebuah doa yang kita hanya biarkan begitu sahaja . Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu.


p/s : Copy dari fb sahabat saya . Walahualam 

Menguap ? ?








Rasulullah Muhammad SAW bersabda: "Apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi haaa haaa, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu." (HR Muslim)

Rasulullah Muhammad SAW bersabda: " Sesungguhnya Allah Ta'ala membenci orang yang menguap. Menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya semampunya." (HR Bukhari)

Rasulullah Muhammad SAW bersabda: "Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka)." (HR Muslim)



DON’T DO THIS


p/s : Artikel dari fb kawan saya . Walahualam .

Hukum puasa sunat pada hari jumaat






As'salamualaikum , Di dalam mahzab Syafie, hukum berpuasa sunat pada hari Jumaat tanpa disertakan puasa sunat pada hari Khamis atau puasa sunat pada hari Sabtu adalah makruh.

Dari Muhammad bin Abbad bin Ja’far, “Aku pernah bertanya kepada Jabir: Adakah Nabi melarang berpuasa sunat pada hari Jumaat? Jabir menjawab: Ya." (HR Muslim).

Dari Juwairiah, “Bahawa Rasulullah SAW masuk kepada saya pada hari Jumaat sedang saya berpuasa. Maka sabdanya: “Adakah engkau sudah berpuasa kelmarin? Saya menjawab: Tidak. Sabdanya: Adakah engkau akan berpuasa esok? Saya menjawab: Tidak.  Baginda bersabda: Hendaklah engkau berbuka.” (HR Bukhari)

Nabi bersabda, “Hari Jumaat itu adalah hari Eid (hari raya), maka janganlah jadikan Eid kamu itu sebagai hari kamu berpuasa, kecuali kamu berpuasa sebelumnya atau sesudahnya.” (HR Ahmad)

Dari Abi Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah kamu berpuasa pada Jumaat, kecuali bersama satu hari sebelumnya atau satu hari sesudahnya." (HR Muslim).


p/s : Saya share dari group ini cintaallahcintarasulullah@groups.facebook.com  .Walahualam

Berhati-hati , jangan bergopoh-gapah !





As’salamualaikum , Alhamdulillah bertemu kembali kita di laman blog ini . Panjat syukur yang tidak terhingga kepada Maha Pencipta , ALLAH S.W.T dan mari kita banyakkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W .

Alhamdulillah , pada jam 10.41 malam ini saya , hamba ALLAH yang kerdil ingin berkongsi kepada kalian semua tentang satu topik yang bertajuk ‘ BERHATI-HATILAH , JANGAN BERGOPOH-GOPOH ‘ . Haa , berbalik pada tajuknya kita sudah tahu apa yang boleh didefinasikan sebagai ‘GOPOH-GOPOH’ , menurut saya gopoh bermaksud tergesa-gesa atau melakukan sesuatu pekerjaan dengan cepat tanpa mempedulikan kesannya mahu kepada diri sendiri dan orang lain .

Apabila sikap ini ada pada manusia , maka akhirnya manusia akan dirundung penyesalan . Masyarakat arab sampai menamakannya UMMUN NADAMAH yakni ‘ ibu segala penyesalan ‘ . Penyakit atau tabiat buruk tersebut kita namakan ‘kekalutan’ . Penyakit rohaniah ini berpunca daripada kelemahan iman , kelemahan jiwa dan tipu daya syaitan yang akhirnya mendatangkan banyak masalah dan berkahir dengan penyesalan .

Dikatakan gejala-gejala ini semuanya berpunca daripada syaitan kecuali pada 5 lima perkara :

Melayani , menyantuni dan memberi makan kepada tetamu apabila dia sudah  sampai

Mengurus dan menyelenggara jenazah apabila dia sudah meninggal dunia .

 Mengahwinkan anak gadis apabila sampai masa dan cukup usianya .

Membayar hutang apabila sudah sampai tempohnya .

Bertaubat apabila berbuat dosa .


[ LIHAT KITAB > Qutuf Mukhtarah , bahagia pertama , m/s 168 tulisan Al-Ustaz Abdullah bin Yahya Ali Yahya Al-Ghamidi ]


Selain dari lima perkara ini semuanya membawa kepada penyesalan . Kenapa dan mengapa ? Al-Ustaz ‘Imad Mahdiy di dalam bukunya Lahzhoh Min Fadhlik !  m/s 90 terbitan [  Maktabah Dar Ibnu Rajab ] mencatatkan bahawa orang yang kalut atau gopoh seringkali bersikap :

~ Bercakap ( berkata-kata ) sebelum ia mendalami dan memahami sesuatu perkara . Main cakap aja . Betul atau tidak belakang kira . Fakta jangan tanyalah . Akhirnya ?

~ Menjawab pertanyaan sebelum ia memahami benar-benar sesuatu persoalan dan pertanyaan yang diajukan . Lain yang ditanya , lain yang dijawabnya . Akhirnya ?

~ Bertindak sebelum habis fikir . Maknanya , tak fikir dan tak ambil hirau pasal baik dan buruk natijah sesuatu perkara . Akhirnya ?

~ Membuat sesuatu keputusan penting sebelum habis merancang dan merencana . Hasilnya , kerja tak siap dan tak sempurna . Separuh masak dan sekerat jalan . Akhirnya ?

~ Memuji seseorang sebelum dipuji . Rupanya yang dipuji itu sang pendusta ataupun pengkhianat . Akhirnya ?

~ Mengeji dan mencaci sebelum meneliti . Rupanya yang dikeji adalah insane yang baik hati dan tinggi budi . Akhirnya ?

Justeru , tidaklah seseorang bersahabat dengan sikap dan tabiat buruk di atas melainkan penyesalan akan menimpa dirinya . Meranalah jadinya . Oleh itu , bertenanglah , berhati-hati , fokuslah , berlapang dada , bersangka baik , bersikap rasional , mudah-mudahan terhindarlah kita semua daripada sindrom al-Ajalah atau Ummum Nadamah .



p/s : Copy dari sebuah buku “ Bawa Hatimu kepada Tuhan “ karya Amaluddin Mohd Napiah . Alhamdulillah . Walahualam .

10 jenis solat yang tidak diterima ALLAH .



Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)

 
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :


1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
 
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
 
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
 
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
 
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
 
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
 
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
 
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
 
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."



 
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."


Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."


p/s : copy paste dari blog TEKAN SINI !


JAZAKALLAHU KHAIRA , SEMOGA BERMANAFAAT !