Kesungguhan hati


Bismillahirahmannirahim , As'salamualaikum semua . Mudah-mudahan semua sentiasa dirahmati ALLAH selalu , insyaALLAH . Baiklah malam ini dengan izinNya saya ingin berkongsi tentang 'cinta' . Mungkin semua sudah tahu 'cinta' tu memang memberikan banyak maksud yang tersurat dan tersirat . Namun 'cinta' siapa perlu kita rebut dahulu ? Apakah kita sudah merebut cinta itu ? 


Niat suci tidak cukup ampuh sebagai jalan spiritual bagi bertemu dengan cinta sejati . Niat itu perlu disempurnakan melalui penyucian diri . Kemudian , diiringi pula dengan motivasi diri yang tinggi dan serius , pantang menyerah , tidak mudah putus-asa dan tidak mudah goyah . Menyucikan diri diiringi dengan kesungguhan dalam usaha bertemu cinta sejati mempercepatkan datangnya bantuan daripada ALLAH sehingga cinta pun semakin hampir . 


Banyak orang yang masih menangguh-nagguhkan pernikahan kerana kurangnya kesungguhan dalam usaha mencari cinta jenis ini . Sekiranya bertemu dengan orang yang dapat menarik hatinya dan dia pun merasakan demikian , tiba-tiba hatinya goyah , niatnya berubah dan akhirnya menarik diri daripada perkahwinan . Banyak orang yang berusaha keras mencari di mana beradanya wanita solehah atau lelaki soleh tetapi selepas berjaya dijumpai , mereka meninggalkannya . Mereka menyangkakan masih ada yang lebih soleh ataupun solehah untuk mereka . Sekiranya bertemu dengan yang lebih soleh dan solehah , mereka masih enggan menerimanya . Hal ini kerana mereka merasakan calon itu masih ada kekurangannya dan ada yang lebih baik lagi . 












Sayangnya , sebelum mereka meninggalkan cinta sejati yang pernah mereka temui , mereka menyatakan hasrat mahu bernikah . Mereka pernah meyakinkan orang itu supaya tidak berasa takut bercinta . Hal ini kerana mereka tidak berniat untuk memainkan perasaan . Lebih daripada itu , dalam usaha dia memikat , dia pun janji tidak sambil lewa apa lagi berlaku khianat . Namun , hanya kerana melihat sedikit kelemahan daripada cinta baru diperoleh niat suci dan kesungguhan itu dengan mudah dilingkari . 




p/s : Berhati-hati dengan tipu daya manusia yang kononnya sedang mencari cinta . Sekiranya dia benar-benar mempunyai niat suci , dia tidak akan menunggu lama bagi meminang dan menjadikan anda cinta sejatinya yakni isteri atau suami . Sekiranya sebaliknya ! Berhati-hatilah ! Dipetik dari buku : Bibir merayu hati bernafsu : karya - Ahmad Haikal Ieman - Walahualam .

No comments:


JAZAKALLAHU KHAIRA , SEMOGA BERMANAFAAT !