As'salamualaikum apa khabar kita hari ini ? Alhamdulillah kita masih dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yang baik . Baiklah , sahabat semua hendak tahu bagaimana Rasulullah S.A.W menjaga kesihatan baginda ? Seperti yang kita tahu , kesihatan itu amat penting dalam kehidupan seharian salah satunya untuk melakukan ibadat kepada ALLAH S.W.T . Kali ini ingin berkongsi ilmu yang bagi saya amat berbaloi jika kita dapat sama-sama amalkan . Berikut adalah antara amalan Nabi Muhamamad S.A.W yang amat praktikal untuk kita sebagai umat Islam melakukannya :
BANGUN SEBELUM SUBUH
- Rasulullah S.A.W mengajak umatnya untuk bangun sebelum waktu Subuh bagi melaksanakan solat sunat seperti solat sunat Tahajud dan menunaikan solat Subuh secara berjemaah . Hal ini kerana terdapat hikmah yang besar . Antaranya mendapat limpahan pahala , kesegaran udara Subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuat akal fikiran .
Rasulullah S.A.W bersabda : " Sesiapa yang menunaikan solat Subuh , maka ia berada dalam jaminan ALLAH S.W.T . Kerana itu , janganlah kamu mencari jaminan ALLAH S.W.T dengan sesuatu ( selain daripada solat ) , yang pada waktu kamu mendapatkannya , lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka . " - Riwayat Muslim
MENJANA KEBERSIHAN
- Rasulullah S.A.W sentiasa bersih dan rapi . Setiap Khamis atau Jumaat baginda akan mencuci rambut , memotong kuku , bersikat serta memakai minyak wangi .
" Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa . Demikian pula menggosok gigi dan memakai harum-haruman " - Riwayat Muslim .
TIDAK MAKAN BERLEBIHAN
- Makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang . Ini kerana makan berlebihan menjadi punca kepada pelbagai penyakit dan melemahkan badan . Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda iaitu 1/3 untuk udara , air dan makanan . Malah umat Islam diwajibkan berpuasa pada Bulan Ramadhan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi juga selalu berpuasa sunat .
Nabi S.A.W bersabda : " Sesiapa yang berpuasa sehari pada jalan ALLAH nescaya ALLAH akan menjauhkan mukanya dari apa neraka ( sejauh perjalanan ) 70 tahun " - Riwayat Bukhari
Rasulullah S.A.W pernah bersabda : " Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu kenyang ( tidak sampai kekenyangan ) - Muttafaq Alaih .
GEMAR BERJALAN KAKI
- Berjalan kaki merupakan senaman yang mudah , murah dan selamat untuk melakukan . Ia merupakan satu kaedah senaman yang sesuai bagi semua peringkat umur . Senaman ini boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja . Rasulullah S.A.W juga gemar berjalan kaki ke masjid , pasar , medan jihad , dan mengunjungi rumah sahabat . Ini kerana dengan berjalan kaki , peluh akan mengalir , liang roma akan terbuka dan peredaran darah akan berjalan dengan lancar . Malah , dengan berjalan kaki dapat mencengah penyakit jantung .
TIDAK PEMARAH
- Marah merupakan sifat mazmumah yang dibenci oleh ALLAH S.W.T dan Rasulullah S.A.W . Perasaan marah yang gagal dikawal boleh menimbulkan sifat keji , dendam , dengki , sombong dan angkuh .
- Terapi kawal sifat MARAH - Mengubah posisi ketika marah , Amalkan membaca " Aku berlindung kepada ALLAH S.W. T daripada syaitan yang direjam
- Tidak meninggalkan solat .
Rasulullah S.A.W bersabda : " Apabila seseorang daripada kamu marah , maka hendaklah ia mengambil wuduk . Maka sesungguhnya marah itu daripada secebis api " - Riwayat Abu Daud
SIFAT PEMAAF
- Pemaaf ialah sifat yang dituntut bagi mendapatkan ketenangan hati dan jiwa . Memaafkan orang lain akan membebaskan diri kita daripada belenggu rasa kemarahan . Sekiranya kita marah , maka marah itu akan melekat pada hati . Justeru , jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan akan menjadi sihat .
ALLAH S.W.T berfirman : " Jadilah engkau pemaaf ! Dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf , serta berpalinglah daripada orang-orang yang bodoh " - Al-A'raf : 199
p/s : SUMBER DARI BUKU ASUH
2 comments:
terima kasih kerana kongsi
:)
gambar menyenangkan
As'salamualaikum intan , sama-sama . Ini semua dengan izinNYA
Post a Comment