April 'fool' HARAM !





As'salamualaikum , saban tahun 1 April masih ramai lagi di kalangan masayarakat kita akan buat 'lawak kurang pandai' antara satu sama lain . Apabila seseorang itu sudah terkena , maka yang lain akan menjerit dengan teriakan APRIL FOOL ! Apa sebenarnya APRIL FOOL ini ? Ada sejarahkah di sebaliknya ? 



APRIL FOOL HARAM KERANA : 

~ APRIL FOOL diasaskan oleh orang bukan Islam . Maka bererti ia bukan dari ajaran Islam . Dengan erti kata lain , ia adalah bidaah sesat yang haram

~ Jika kita melihat tujuan APRIL FOOL disambut , kita akan dapati ia hanya untuk menyakat dan menipu serta bergurau secara melampau . Tujuan sudah salah , maka apatah lagi sambutan APRIL FOOL itu sendiri . Apabila kita menyakat orang lain sehingga melukakan hatinya , bererti kita telah berlaku zalim . Apabila kita menipu , kita telah melakukan dosa . Apabila kita bergurau secara melampau , maka kita telah melampaui batas gurauan yang telah diharuskan dan ini adalah perkara yang ditegah Islam . Tidak salah bergurau , tetapi berpada-padalah . Rasulullah S.A.W pun bergurau juga tetapi kita lihat baginda bergurau dengan nada yang sopan , tidak melukakan hati orang lain dan tidak menipu . Maka adakah wajar kita bergurau dengan nada yang sinis sehingga melukakan hati orang lain , apatah lagi ditambah dengan menipu pula ? 

~ Siapa yang FOOL (BODOH) ? . Semestinya bukan APRIL sebab bulan tersebut tidak terlibat dalam kes ini . Bukan juga yang kena tipu itu atau disakat kerana dalam konteks ini kita katakan dia dizalimi . Jadi , yang FOOL (BODOH) adalah orang yang mengasaskan sambutan ini , diikuti dengan orang yang menyambut dan menyokongnya . Mereka ini adalah FOOL (BODOH) tahap maksimum . Tidak memberi faedah langsung . Kalu FUL (KACANG MERAH) ada juga faedah . Boleh dimakan .
Terdapat pelbagai sejarah mengenai sambutan 'penipuan' atau APRIL FOOL ini . Berikutan ialah antara petikan yang dapat saya paparkan ( Dipetik dari Maruwiah Ahmat , 2003 , Sejarah Bani Umayyah di Andalus , Karisma Publication Sdn Bhd , Shah Alam , halaman 86-87 )




APRIL FOOL BUAT RENUNGAN KITA SEMUA :

Berbalik kepada perayaan APRIL FOOL'S DAY ini , ia mula dirayakan sewaktu kejahatuhan kerajaan Islam di Sepanyol . Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada , Sepanyol , kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian .

Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri . Tentera kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan umat Islam dari Sepanyol . 

Penduduk Muslim ini diberitahu bahawa mereka boleh belayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama barang-barang keperluan dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan . Orang Muslim yang risau jika tawaran tersebut merupakan satu penipuan telah pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan .

Setelah berpuas hati , mereka membuat persiapan untuk bertolak . Keesokan harinya (1APRIL) , mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju pelabuhan . Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini .

Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar . Pihak kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya  ; lelaku , perempuan , anak kecil . Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera kristian .

Keraian akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga diserata dunia . Yang menyedihkan , masyarakat Islam yang jahil menegnai peristiwa ini turut meraikan APRIL FOOL tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seislam sendiri .

Mengapa kita mudah sangat teriku dengan cara orang lain yang tidak seagama dengan kita ? Apakah agama kita tidak cukup sempurna ? Mengapa kita mudah sangat meniru tindakan orang lain tanpa memikirkan baik buruknya . Kita dikurniakan akal untuk berfikir . Kemudian Al-Quran dan sunnah sebagai panduan akal dalam menilai sesuatu perkara . Maka gunakanlah akal kita sebaik-baiknya 

p/ s : Maaf jika ada yang terguris hati di atas apa yang saya katakan . Saya bukanlah insan yang sempurna namun menjadi tanggungjawab untuk memperbetulkan apa yang salah . Semoga ALLAH sentiasa membuka pintu taubat untuk kita semua . walahualam .



















No comments:


JAZAKALLAHU KHAIRA , SEMOGA BERMANAFAAT !