Dengan izinNya

As’salamualaikum ,

Alhamdulillah syukur ke hadrat ALLAH kerana diberi kesempatan ini dan mari kita berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W , junjungan besar baginya . Mengenai kehidupan seharian , sesetengah isu yang dibangkitkan walaupun tampak agak remeh tetapi besar implikasinya dalam hubungan antara seseorang itu dengan masyarakat sekeliling dan hubung kaitnya dari segi pegangan agama yang dianuti . Mungkin di antara kita menganggap ia tidak perlu diperbesarkan tetapi jika dibiarkan begitu sahaja , maka ia akan menjadi semakin meruncing dan tidak terkawal .

Pada hari ini , kita dapat lihat isu pembuangan bayi semakin menjadi-jadi sehinggakan nilai-nilai kemanusiaan telah hilang dalam hati seorang makhluk yang bernama insan . Apatah lagi , perbuatan mengaibkan ini dilakukan oleh Bangsa Melayu dan beragama Islam . Sanggupkah kita membiarkan kisah tragis ini terjadi dalam lingkungan ahli keluarga kita ?

“ Dan janganlah kamu dekati zina , sesungguhnya zina itu adalah perbuatan yang keji dan jalan yang buruk “  - surah Al-Isra’ : 32

Islam tidak hanya melarang dari melakukan perbuatan yang boleh membawa kepada zina , bahkan turut menyediakan hukuman tetap kepada mereka yang melakukan perbuatan terkutuk ini .

“ Penzina perempuan dan penzina lelaki , maka rotanlah setiap orang daripada keduanya 100 kali . Janganlah kasihan kepada keduanya hingga menyebabkan kamu tidak menjalankan agama ALLAH , jika kamu beriman kepada ALLAH dan hari akhirat . Dan hendaklah hukuman itu disaksikan oleh golongan yang beriman “  - surah An-Nur  : ayat 2

Harus diingatkan bahawa hukuman yang ditetapkan bukanlah bertujuan untuk mendenda mereka yang melakukan perbuatan ini , tetapi di sebalik perlaksanaan hukuman ini tersembunyi hikmah untuk melindungi keturunan manusia .

Ingatlah . . apabila kita melakukan sesuatu ibadat , tidak memadai hanya bersertakan niat tetapi harus dilakukan berlandaskan syariat atau sunah . Niat yang baik mestilah diiringi dengan cara yang betul . Misalnya , kita berniat untuk menambahkan bilangan umat Nabi Muhammad S.A.W . Maka cara yang dituntut oleh syarak ialah melalui perkahwinan dan bukannya melalui hubungan seks bebas (berzina) .

Peribahasa Melayu ada menyebut
‘ Seperti menarik rambut dalam tepung , rambut tidak putus dan tepung tidak berselerak ‘

Kita sewajarnya tidak menghukum seseorang itu disebabkan kejahilan yang dilakukan oleh mereka tanpa disengajakan . Maksudnya , jika seseorang itu melakukan sesuatu ibadat dengan sangkaan yang benar sedangkan hakikatnya adalah sebaliknya , dia tetap memperoleh pahala dengan syarat seseorang itu berusaha mendapatkan ilmu tersebut . Cuma mungkin tahap pembelajaran seseorang itu berbeza dengan seorang yang lain . Mungkin pendekatan dakwah kita berbeza-beza tetapi matlamat yang sama iaitu melakukan amar ma’ruf (mengajak ke arah kebaikan) dan nahi mungkar (menjauhkan dari perkara yang bertentangan dengan syarak) .



TIDAK ADA INSAN SUCI TIDAK ADA MASA LAMPAU ,
TIDAK ADA INSAN BERDOSA TIDAK MEMPUNYAI MASA HADAPAN .

Begitu juga dengan diri kita , saling ingat-mengingati . Bagi mereka yang memiliki kelebihan ilmu , bimbinglah mereka yang masih terkapai-kapai dalam mencari dahan untuk berpaut . Serah dan sediakan diri untuk melaksanakan segala peraturan Islam kerana Islam diambil daripada perkataan selamat , yang bermaksud selamat dunia dan akhirat . Usahlah mengkiaskan sesuatu perkara itu menurut akal kita kerana akal tidak terbatas cara berfikirnya seperti terbatasnya penglihatan kita .

Sesungguhnya dakwah kepada ALLAH adalah merupakan tuntutan wajib kepada semua muslim . Sebagaimana yang dinyatakan di dalam hadis Rasulullah S.A.W bahawa menjadi satu kewajipan bagi mereka yang ingin melakukan amar makruf nahi mungkar mengetahui dan memahami , mesej seruannya . Berlemah-lembut dalam menyuruh , melarang dan juga bertoleransi dalam tindakan dakwah . Tanpa ilmu segala-galanya tertolak . Jika sudah memiliki sedikit sebanyak ilmu , ia perlu diamal dan diperluas kerana

ilmu tanpa amal dalah ibarat pokok rendang yang tidak berbuah

ALLAH menciptakan seseorang manusia itu dengan kelebihan dan kekurangan tersendiri . Ingatlah . . tiada manusia yang sempurna dalam segala segi . Ilmu tentan Islam perlulah dipelajari dari pelbagai guru mursyid dan sumber . Bila banyak guru , banyaklah ilmu yang kita dapati .


p/s : “ Ya ALLAH Ya TUHAN kami , ampunilah semua dosa kami . Kurniakanlah kami nikmat kesihatan yang baik dan terangilah hati kami dengan Nur pancaran Iman . Tetapkanlah hati kami dengan beribadat kepada-MU . Perluaskanlah rezeki kami , dekatkanlah kami pada jalan kebaikan , jauhkanlah kami dari sebarang kejahatan dan tunaikanlah hajat kami sama ada dalam perkara agama , dunia mahupun akhirat . Amin “

Keraskah hati ini ?





السلام عليكم ورحمة الله وبركاته بسم الله الرحمن الرحيم..الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين



Click Me~ Pagi ni ada satu artikel yang bermanfaat buat semua. Iaitu mengenai hati. 5 sebab kenapa hati kita boleh jadi keras? Apa sebab²nya? Jom kita tinjau², semoga bermanfaat, Insya`Allah. Artikel ni diambil dari FaceBook [Mujahid Al-Mukmin Sudais].

 


5 sebab kenapa hati menjadi keras

Hati adalah sumber ilham dan pertimbangan, tempat lahirnya cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil, ketenangan dan kebimbangan. Hati juga sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkannya namun sebaliknya ia merupakan sumber bencana jika kita gemar menodainya. Aktiviti yang dilakukan sering berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati.

Abu Hurairah r.a. berkata, "Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya.. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya".

Hati yang keras mempunyai tanda-tanda yang boleh dikenali, di antara yang terpenting adalah seperti berikut:
1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan

Terutama malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunnah. 

Allah telah menyifatkan kaum munafikin dalam firman-Nya yang bermaksud, "Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan." (Surah At-Taubah, ayat 54)

2. Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran

Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali, tidak mahu khusyuk atau tunduk, dan juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya. 

Sedangkan Allah S.W.T memberi ingatan yang ertinya, "Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman Ku." (Surah Al-Qaf, ayat 45)

3. Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat

Himmah dan segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-ma ta. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego dan individulistik, bakhil serta tamak terhadap dunia.
4. Kurang mengagungkan Allah

Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah dilecehkan orang. Tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa.
5. Tidak belajar dengan Ayat Kauniah

Tidak terpengaruh dengan peristiwa-peristiwa yang dapat memberi pengajaran, seperti kematian, sakit, bencana dan seumpamanya. Dia memandang kematian atau orang yang sedang diusung ke kubur sebagai perkara biasa, padahal cukuplah kematian itu sebagai nasihat.  

"Dan tidaklah mereka (orang-orang munafik) memperhatikan bahawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun, kemudian mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula) mengambil pel ajaran?" (Surah At-Taubah, ayat 126)..

Sekadar madah

As'salamualaikum semua !!! Alhamdulillah bertemu lagi kita . Huu , rindu sangat-sangat dekat blog kesayangan yang sudah lama asyik duduk diam jee kan kan ;) . Huu , minta maaf sangat sebab tak dapat post apa-apa pun sejak dua menjak nii . Saya punya time table padat lagi double mampat punya buat masa ini . Harap semuanya sihat dan sentiasa di rahmatiNya . InsyaAllah .

Haa , sibuk kan apa cik Fatin Nur Nabilah Binti Roslan ni ? Hee , macam-macam . Salah satunya dengan kem , pantun , anugerah dan bermacam . Alhamdulillah Allah permudahkan semuanya . Jadi nak cerita di sini , sesibuk mana pun kita jangan lupa tanggungjawab kita sebagai hambaNya . Itu amat penting sekali ! Ye , banyak kerja memang banyak yang kita nak uruskan tapi kita kena ingat siapa yang permudahkan semuanya ? sipa yang aturkan semuanya ? siapa juga yang tentukan semuanya ? Allah Yang Satu . Kembali balik kepadaNya kerana dariNya juga kita datang dan dariNya juga kita pergi . 

Kalau kita lupa siapa pemberi ini semua ? Maka kita ni seperti orang yang tidak kenang budi mahupun jasa . Allah itu Maha Adil . Allah beri semua ini ada hikmahnya samada sesusah mana dan sesenang mana semuanya Allah bagi dan ada manfaatnya . Kita sebagai hamba yang kerdil ini , kena bersangka baik kepadaNya dengan bersabar dalam menempuh ujian yang ada dan bakal ada buat kita semua . Kesabaran itulah membantu kita untuk masuk ke syurga sebenarnya kerana ada pepatah menyebut 

" bersusah-susah dahulu , bersenang-senang kemudian "

Lihat ? Allah itu sebenarnya membantu kita untuk masuk ke syurgaNya yang indah itu tapi kita ni sering lah mengeluh , merengek-rengek dan sangka tidak baik padaNya . Nauzubillah . Jangan lah kita sesekali seperti itu , moga kita dijauhkan . Kita malah sepatutnya bersyukur kepada Allah kerana dengan kesempatan ini kita hendak merebut seberapa banyak amalan soleh dan menambah baikkan lagi mutu dan kualiti perilaku kita . Setiap hari biar kita semat di dada bahawa

 " Semakin hari biarlah bertambah iman bukan sebaliknya "




p/s : Mudah-mudahan Allah memudahkan urusan kita dan menjadikan kita sentiasa sabar . InsyaAllah , walahulam .


Senang ke jadi pemimpin ?


As’salamualaikum semua ,

Sabda Rasulullah S.A.W :  “ Setiap kamu adalah pemimpin dan bertanggungjawab ke atas pimpinannya “

Setiap pekerjaan yang kita lakukan akan ditanya satu per satu oleh Allah S.W.T di akhirat kelak sama ada kita telah berlaku amanah ataupun sebaliknya . Ini termasuklah terhadap orang yang kita pimpin samada mereka redha atau tidak dengan kepimpinan kita .





TIPS YANG DI AJAR OLEH ISLAM MENJADI PEMIMPIN


JIWA PEMIMPIN MESTI KUAT

Bagaimana hendak pastikan bawaha jiwa kita kuat ? Sebagai insan biasa kita tetap ada emosi yang mana tikanya semangat kita juga lemah . Kita mahu mengadu nasib , mengadu masalah sedangkan pemimpin mesti memiliki jiwa yang kuat , kerana orang akan mengadu nasib kepadanya . Maka , pemimpin yang kuat pastinya akan mengadu nasib kepada Yang Maha Kuat (Allah) .

JIWA MESTI BERANI

Berani maksudnya , bersedia menghadapi risiko . Kita berani bukan untuk mendapatkan risiko , tapi berani untuk berada di sekelilingnya . Tidak siapa hendak menanggung risiko berada dalam celah-celah risiko . Adakala risiko itu besar dan adakala sebaliknya . Keberanian mesti ditanam dalam diri untuk berhadapan dengan risiko yang ada , itulah beza antara orang yang boleh menjadi pemimpin besar dengan orang yang boleh memimpin di kelompok yang kecil . Tanpa keberanian , bagaimana orang mahu berlindung di bawah panji pimpinan kita ?

BERANI MENGHADAPI DOSA

Dalam kehidupan kita akan bertemu dengan ramai orang . Ada orang yang memang penakut . Dia memang tidak melakukan dosa tetapi bukan kerana tidak mahu berbuat dosa , tapi jiwa dia memang penakut . Orang ini nilai takwanya adalah sederhana . Ada orang yang berani . Orang ini memiliki keberanian yang tinggi . Tapi amat takut dengan dosa . Dia memang berani untuk mencuba perkara-perkara baru , tapi tetap gentar dengan dosa . Orang ini memang hatinya benar-benar bertakwa kerana berjaya mengawal keberanian dengan aspek dosa .




INGATLAH




Berani biar bertempat , bukan berani tanpa ilmu dan berani tanpa akhlak . Pantang seorang pendekar menunjukkan keberanian semata-mata untuk dipuji . Rasulullah S.A.W pernah bersabda dalam sebuah hadis :

“ Bukanlah seorang yang benar-benar berani dengan menunjukkan kekuatan . Tetapi orang yang benar-benar berani ialah berjaya mengawal diri sewaktu kemarahan “

Usah takut untuk bersuara jika tiada risiko yang anda tanggung . Andai ada persoalan hendak dilontarkan , usah takut untuk berdiri dan bertanya . Andai ada pendapat yang dirasakan menarik untuk dikongsi , usah takut untuk berdiri di hadapan dan bersuara . Buatlah keputusan secara bijak dan berhemah . Seorang pemimpin juga mesti tahu peranan antara seorang pekerja dedikasi dan juga peranan seorang pengampu . Faktor utama yang perlu dititikberatkan oleh seorang pemimpin walaupun pimpinannya adalah dalam kelompok yang kecil sekalipun . Buatlah pertimbangan sewajarnya .

Lakukanlah solat istikharah pada setiap masa dan mengadulah kepada Allah sebelum membuat keputusan yang besar seperti melibatkan masa hadapan dan hala tuju seorang pekerja yang kita pimpin . Usah sampai ada pihak yang teraniaya disebabkan oleh kesilapan keputusan yang dibuat oleh seorang pemimpin .

Kita ? Kita tanam keberanian untuk melawan nafsu . Kalahnya seorang pejuang bukan kerana ditikam dengan pedang tetapi kerana ditikan oleh nafsu sendiri .

MENGUASAI EGOISME

Pemimpin yang berwibawa ada egonya . Egoisme bukan bermaksud ego , angkuh atau sombong . Egoisme bermaksud memiliki efikasi diri yang tinggi . Hendak tahu anda punyai ego yang kuat atau tidak ?

  • PERTAMA -   anda berasa kurang enak apabila dikritik .
  • KEDUA -  apabila berbicara , anda hendak menonjolkan kehebatan diri .

Namun ,  ego mesti dikawal jika mahu menjadi pemimpin yang baik . Egoisme membuahkan keberanian dan kekuatan . Tanpa ego , kita tak berani berhadapan dengan musuh yang hebat . Anda tidak berani mengepalai sesuatu organisasi dengan baik . Anda mungkin akan tewas dengan anak-anak buah . Rasa yakun dengan kemampuan diri untuk melaksanakan kerja itu adalah satu ego . Rasa hemah dalam diri dan rasa diri berkebolehan itu juga ego . Ia membantu kerja-kerja kita untuk memimpin orang lain . Orang lain memerlukan anda , tidak semua orang ada keyakinan diri yang kuat .

Tapi awaslah dengan rasa tersebut syaitan senantiasa mempergunakan rasa itu untuk menjadikan anda lupa kepada Pemberi Anugerah . Egoisme menjadikan kita hanya mahu mempamerkan kehebatan tanpa langsung boleh ditegur . Hal ini akan menyebabkan orang lain bosan dengan kita . Malah , mungkin ada yang meluat teruatama rakan-rakan . Kawallah dengan sikap rendah diri sesama manusia Rasulullah S.A.W sangat tinggi egoismenya apabila berhadapan dengan musuh , tetapi sangat merendah diri dengan semua orang

Merendah diri sesama insan bermakna merendah hati dengan Allah . DIA akan naikkan anda pada mata orang . Egoisme hanya bertujuan untuk meningkatkan daya kepimpinan anda . Di hadapan Allah , anda berasa sangat bergantung kepadaNya . Apabila hati merendah dengan Allah , Dia akan angkat pandangan manusia kepada kita . Itu sudah menjadi sunatullah dalam fitrah kehidupan .

BERTANGGUNGJAWAB

Rasulullah S.A.W ada menyatakan : “ Setiap orang daripada kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin akan dipertanggungjawabkan terhadap apa yang dipimpinnya . “

Dalam cerita spiderman ada ungkapan : “ Great power comes with great responsibilities “ . Justeru , untuk menjadi seorang pemimpin yang baik laksana Umar Al-Khattab perlulah ada sikap bertanggungjawab . Usah sesekali ada sikap lepas tangan terutama ketika dilanda masalah . Bertanggungjawablah selagi ia dia bawah pimpinan anda . Oleh kerana itu , bagi pemimpin yang baik dia sentiasa mengawasi agar orang bawahannya tidak melakukan kesilapan .

MESTI BOLEH KONTROL , BUKAN KONGKONG

Dalam Islam , kawalan boleh dilakukan dengan cara audit semasa . Atau dengan kaedah seperti muhasabah . Muhasabah ertinya menyemak kembali segala apa yang terjadi serta mencari kesilapan dan kekurangan masing-masing . Amalkanlah ketelusan dan usah gusar  untuk berbicara segala masalah secara slow talk . Elakkan cakap-cakap belakang kerana ia boleh menimbulkan sistem umpatan yang tidak elok pada agama dan tidak juga elok pada organisasi yang dipimpin .

Selain itu , untuk mengawal konflik Islam mengamalkan prinsip kasih sayang sebagai shared value . Inilah orang cakap , senang cakap daripada amal . Susah hendak berkasih-sayang sesama insan ini kalau rasa kita lebih baik daripada orang lain . Setiap orang ada egonya , kalau dikritik jatuhlah egonya . Didiklah organisasi biar bermatlamatkan akhirat ini penting agar setiap apa yang lahir adalah berupa warna-warni keikhlasan . Moga akan terlahirlah kasih sayang dan timbullah keberkatan dalam setiap apa yang dilakukan .

Firman Allah S.W.T yang bermaksud :

“ Sesungguhnya Allah menyuruh kamu agar menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berghak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia , (Allah menyuruh)  kamu menghukum dengan adil “ – Surah An-Nisa :58

p/s : Saya sarankan setiap pemimpin cuba menerapkan nilai Islam dalam kepimpinan mereka . Misalnya , mengadakan kuliah ringkas atau bacaan doa pasa setiap hari Jumaat di jabatan masing-masing bagi mencari keberkatan di samping dapat menambah ilmu . Mudah-mudahan kita semua dapat beristiqamah dan muhasabah diri kerana tiada insan yang sempurna dari segala aspek . Walahualam .



Sayangi haiwan juga

As'salamualaikum ,

“ Sesungguhnya  tidak ada yang berhak menyeksa dengan api selain Rabb (Tuhan) pemilik api “ Hadith Riwayat Abu Daud , hadis sahih no 6277

Kita bukan dilarang membunuh haiwan-haiwan yang berbahaya tetapi ada kaedah tertentu dalam membunuhnya . Jika kita bunuh nyamuk pun ada kaedah tertentu dalam membunuhnya . Jika kita bunuh nyamuk pun ada kaedahnya seperti menyembur dengan racun serangga , begitu jugalah jika hendak bunuh tikus . Usahlah sampai melemaskannya di dalam baldi sehingga terkapai-kapai sebelum mati di hadapan mata kita . Perbuatan menjirus air panas atau membakar adalah perbuatan HARAM  di sisi Islam . Semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita semua .

Ini kerana Allah telah memerintahkan agar berlaku ehsan kepada makhluk-makhlukNya sebagaimana sebuah  hadis , daripada Syaddad Bin Aus daripada Rasulullah S.A.W bersabda :

“ Sesungguhnya Allah S.W.T sudah menetapkan agar berlaku ehsan kepada semua . Apabila kamu hendak membunuh , maka perelokkkanlah cara membunuh dan apabila kamu hendak menyembelih , hendaklah perelokkan cara menyembelih “ Riwayat Muslim no.5167



HADIS-HADIS

  • Riwayat Imam Al-Bukhari daripada Abu Huairah

“ Rasulullah S.A.W pernah mengutus kami dalam satu pasukan dan baginda bersabda , “ Apabila kamu sekalian mendapatkan fulan dan fulan iaitu dua orang Quraisy yang baginda sebutkan namanya , maka bakarlah dengan api “

Kemudian ketika kami hendak berangkat , baginda bersabda , “ Aku tadi menyuruh kalian untuk membakar fulan dan fulan , tetapi sesungguhnya tidak selayaknya meneyksa dengan api kecuali Allah S.W.T . Oleh itu apabila kamu menemui kedua-duanya , maka bunuhlah mereka . “ Riwayat Al-Bukhari no.2853

  • Riwayat Abu Daud daripada Ibn Masud

“ Ketika kami bersama Rasulullah S.A.W dalam satu perjalanan dan baginda berhajat (ke belakang) , tiba-tiba kami melihat seekor burung yang mempunyai dua ekor anak . Kami kemudiannya mengambil kedua-dua anak itu , lantas ibunya datang dengan terbang berputar-putar . Nabi S.A.W lantas datang dan bersbada , “ Siapakah yang mempermainkan burung itu dengan mengambil anaknya ? Kembalikanlah anak burung itu kepadanya “

  • Riwayat Abu Daud no.6277

Baginda melihat ada sarang semut yang kami bakar , kemudian baginda bertanya , “ Siapa  yang membakar sarang ini ? “ Kami menjawab , “Kami” . Baginda bersabda , “ Sesungguhnya , siapa pun tidak layak menyeksa sesuatu dengan api kecuali Tuhan api itu sendiri “

  • Hadis riwayat Muslim no.2071

“ Jika serangga tersebut membahayakan , ia boleh dibunuh dengan menggunkan racun serangga , tetapi bukanlah dengan api . Rasulullah S.A.W bersabda , ‘ Lima serangga perosak boleh dibunuh sama ada di dalam ihram atau tidak , iaitu tikus , kala jengking , gagak , helang dan anjing gila ‘

  • Fatwa Islaamiyaah , hal 451

Yang ke enam ialah ular . Rasulullah S.A.W menjelaskan kepada kita bahawa serangga ini merbahaya dan ia bukanlah sebagaimana binatang/serangga lain yang tidak membahayakan . Maka Nabi S.A.W menyuruh kita membunuhnya sama ada di dalam ihram ataupun tidak . Bagi serangga yang lain seperti kumbang , lipas atau lipas , bolehlah dibunuh dengan menggunakan racun serangga , dan bukanlah dengan api “

Sama-samalah kita mengelakkan diri daripada menyeksa binatang , lebih-lebih lagi menyeksa mereka dengan api . Janganlah juga jadikan burung atau apa sahaja binatang sebagai sasaran kita untuk memanah atau menembak sekadar suka-suka , selain bertujuan memburu untuk mendapatkan makanan . Antara adab terhadap binatang ialah memberi mereka makan dan minum . Ini termasuk dalam kategori amal soleh dan mendapat pahala . InsyaAllah .

  • Hadi riwayat Bukhari , Muslim dan Ahmad

“ Allah mengutuk orang yang menjadikan sesuatu yang bernyawa sebagai sasaran “

  • Hadis riwayat Bukhari , Ahmad dan Ibn Majah

“ Pada setiap yang mempunyai hati yang basah (haiwan) terdapat pahala (dalam berbuat baik kepadanya)

  • Riwayat Tirmidzi , Ath Thabrani dan Al Hakim

“ Kasihanilah sesiapa sahaja yanga da di bumi ini , nescaya kalian akan dikasihi oleh yang ada di langit “

Bagi sesetengah kes yang boleh dikategorikan sebagai darurat , adalah dibenarkan seperti terpaksa membakar sarang tebuan yang boleh membahayakn nyawa penduduk sekitar . Bagi pemungut-pemungut madu lebah , pastinya mereka mempunyai kaedah tersendiri dalam menanganinya kerana jarang saya mendengar mereka membakar lebah bagi mendapatkan madu untuk dijual . Walahualam .



 
p/s : Sayangilah haiwan kerana mereka juga mahkluk ciptaan Allah 

Ganjaran pahala pada isteri yang redha

As'salamualaikum , jarum jam menunjukkan pukul 2.07 pagi . Walaupun masih pening namun masih juga degil untuk mengpost sesuatu di dalam blog ini . Baiklah , setelah hampir berapa minit saya menjelajah dan membaca coretan dari blog sahabat saya yang lain . Ada yang menulis tentang bermacam perkara dan alhamdulillah 97% adalah berkaitan dengan cara hidup sebenar seorang yang bergelar Muslim . 

Setiap manusia pasti ingin mendirikan rumah tangga . Bagi si Adam ingin memiliki isteri yang solehah dan bagi si Hawa ingin memiliki suami yang soleh . Saya sebagai kaum hawa juga memiliki keinginan yang sama tapi apa yang ingin saya coretkan di sini berkaitan tentang hawa = isteri yang redha pada tanggungjawabnya pada suami dan rumah tangganya . Mari kita selusuri sedikit pesanan baginda S.A.W terhadap puteri kesayangan baginda iaitu Siti Fatimah r.a taktala Fatimah menemuinya sambil menangis akibat kepenatan menggiling tepung dan membuat kerja-kerja rumah .


  • " Kalau Allah menghendaki wahai Fatimah , pasti batu penggiling itu akan berputar sendiri untukmu . Tapi Allah menghendaki untuk mencatat kebaikan-kebaikan buat dirimu dan menghapus keburukan-keburukanmu serta mengangkat darjatmu .
  •  Hai Fatimah , setiap isteri yang membuatkan tepung untuk suami dan anak-anaknya , maka Allah mencatat baginya memperoleh kebajikan dari setiap biji yang tergiling dan menghapus keburukannya serta meninggikan darjatnya  .
  • Hai Fatimah , setiap isteri yang berkeringat di sisi alat penggilingnya kerena membuatkan bahan makanan untuk suaminya , maka Allah memisahkan antara dirinya dan neraka sejauh 7 hasta .
  • Hai Fatimah , setiap isteri yang meminyaki rambut anak-anaknya dan menyisirkan rambut mereka dan mencucikan baju mereka , maka Allah mencatatkan untuknya pahala seperti pahala orang yang memberi makan 1000 orang sedang kelaparan dan seperti pahala orang yang memberi pakaian seribu orang yang tidak berpakaian .
  • Hai Fatimah , tetapi yang lebih utama dari itu ialah keredhaan suami terhadap isterinya . Jika suamimu tidak meredhaimu , tentu maka aku tidak mendoakan dirimu .
  •  Setiap isteri yang melayani suaminya sepanjang hari dan malam hari disertai dengan hati yang baik , ikhlas dan niat yang benar maka Allah mengampuni dosanya . Pada hari kiamat kelak , dirinya diberi pakaian berwarna hijau dan dicatatkan untuknya pada setiap rambut yang ada ditubuhnya dengan 1000 kebajikan dan Allah memberi pahala kepadanya sebanyak 100 pahala orang yang mengerjakan Haji dan Umrah .
  • Hai Fatimah , setiap isteri yang tersenyum manis buat suaminya , maka Allah memerhatikan dengan penuh rahmat . 
  • Hai Fatimah , setiap isteri yang menyediakan diri untuk tidur bersama suaminya dengan sepenuh hati , maka ada seruan yang ditujukan kepadanya dari langit , " Hai wanita , maka hadapkanlah dengan membawa amalmu . Sesungguhnya Allah telah mengampuni dosa-dosamu yang lalu dan yang akan datang " 

 " Sesungguhnya Allah itu Maha Besar lagi Maha Adil . Tiada satu yang berlaku itu adalah sia-sia kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan " 
Surah Al-Insyirah 5-6

 p/s : Semoga berguna buat para isteri dan wanita . Walahualam .
 

Bolehkah melintas di hadapan orang yang sedang solat ?

As'salamualaikum semua , Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana masih memberi kesempatan buat kita , hambaNya yang lemah ini memohon keampunan kepadaNya dan mari kita banyakkan berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W , yakni manusia yang sempurna . Semoga baginda di tempatkan di dalam syurga Allah itu . Amin .

 

Baiklah , hari ini saya ingin mengupas tentang solat . Solat yang merupakan salah satu rukun Islam yang kita pelajari dari kecil oleh ibu , ayah dan cikgu kita . Alhamdulillah , sangat beruntung orang yang dapat merasai nikmat solat itu sendiri sehingga tidak tahu bagaimana ingin diperkatakan bahawa nikmat itu sungguh indah bagi yang merasa . Allah Maha Pemurah

Berbalik kepada perkara dominan yang ingin saya kupaskan di sini adalah tentang hukum berjalan atau melalui di hadapan orang yang sedang solat . Perbuatan sebegini sering kali terjadi dan ramai yang buat endah tak endah malah hal seperti ini bukan perkara yang boleh dibuat main-main . Banyak ulama muktabar yang telah membincangkan hal ini berserta dalil-dalil yang diambil dari kitab-kitab terpilih dan juga hadis-hadis Nabi Muhammad S.A.W.

Ketahuilah wahai saudara dan saudariku , syarak mengajar dan menyuruh sesiapa yang hendak bersolat di tempat yang mungkin dilalui oleh orang ramai supaya mengadakan sutrah dihadapannya . Apakah itu sutrah ? Sutrah bukannya kain seperah yang digunakan untuk alas makanan semasa kenduri kendara itu . Sebaliknya , sutrah ialah penghadang atau sekatan . Ramai di antara kita yang memandang remeh tentang hal ini kerana beralasan ia cuma sunat , sebalinya ia amat diberi penekanan oleh Rasulullah S.A.W .

" Apabila baginda S.A.W bersolat (di tempat terbuka yang tiada suatu pun membatasinya) , baginda S.A.W akan mencacakkan tombak di hadapannya , lalu solat menghadap tombak tersebut , sedang para manusia bersolat di belakangnya "
Hadis Al-Bukhari , Muslim dan Ibn Majah

 


Sesiapa yang ingin melintas di hadapan orang yang sedang solat , dia hendaklah memastikan beberapa perkara kerana mungkin perbuatannya membawa kepada dosa .



Nabi S.A.W pernah bersabda : " Jika seseorang tahu balasan yang akan diterimanya akibat melintas di hadapan orang yang sedang solat , berdiri sambil menunggu 40 tahun adalah lebih baik daripada dia melintas di hadapan seseorang yang sedang solat itu "
Hadis Riwayat Bukhari : 510 & Muslim - 507









p/s : Semoga bermanafaat buat semua agar dapat kita semua jadikan ia sebagai sempadan agar lebih berhati-hati dalam perkara ini . walahualam .



Dayus ?

As'salamualaikum , syukur Alhamdulillah kepada Allah yang telah memutuskan Nabi Muhammad S.A.W sebagai pentafsir kepada isi kandungan Al-Quran , selawat dan salam ke atas junjungan mulia Rasulullah S.A.W yang menjadi contoh hidup kepada kita , untuk diikuti segala gerak kerja dan tingkah laku baginga yang betul-betul bertepatan dengan apa yang diajar oleh Allah melalui kalamNya yang mulia . Baginda S.A.W juga sahabatnya yang menjadi ikon dan pembakar semangat kita dalam memperjuangkan Islam . 

Baiklah , dengan izin Allah hari ini saya ingin kupaskan tentang isu 'DAYUS' . Perkara yang di ambil ringan terutama kaum adam . Makna dayus seperti yang kita tahu adalah sinonim ditujukan kepada (lelaki yang takut pada perempuan). Contohnya , seperti seorang suami yang takut kepada isteri , dijerkah sedikit pun sudah kecut perut dan langsung tidak berani angkat muka . Kalau isteri suruh tidur di luar bilik pun , ikut sajalah . . hendak buat macam mana . 

Nabi Muhammad S.A.W bersabda , " Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan daru dikenakan azab) mereka pada hari kiamat : Si penderhaka kepada ibu bapa , si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki dayus , " 

Riwayat Ahmad dan An-Nasaie : Albani mengesahkannya sohih : Ghayatul Maram , n0 278 





Mari kita tengok secara ringkasnya , apakah dan siapakah lelaki dayus ? 
  
ERTI DAYUS

Dayus disebutkan dalam beberapa riwayat athar dan hadis yang lain iaitu : 

Sabda Nabi S.A.W bermaksud , Dari Ammar bin Yasir berkata , dia mendengar Rasulullah S.A.W berkata : " Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaitu si dayus , si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak . "
Lalu sahabat berkata : Wahai Rasulullah , kami telah faham orang yang ketagih arak tetapi apakah itu dayus ?

Berkara Nabi , " Iaitu orang yang tidak mempedulikan siapa yang masuk bertemu dengan ahlinya (isteri dan anak-anaknya) . " 
Riwayat At-Tabranis ; Majma az-Zawaid , 4/327 dan rawinya adalah thiqat 


Dari hadis ini , kita dapat memaham bahawa maksud lelaki dayus adalah si suami atau bapa yang langsung tiada perasaan risau dan ambil endah dengan siapa isteri dan anaknya bersama atau bertemu . Malah , sesetengahnya sanggup membiarkan sahaja isteri dan anak perempuannya dipegang dan dipeluk oleh sembarangan lelaki lain .
  


DAYUS ADALAH DOSA BESAR



Imam Az-Zahabi menerangkan lagi berkenaan perihal dayus dengan katanya :
Ertinya : " Dayus iaitu seorang lelaki yang mengetahui perkara keji yang dilakukan oleh ahlinya dan dia sekadar senyap dan tiada rasa cemburu (atau ingin bertindak) dan termasuk juga ertinya adalah sesiapa yang meletakkan tangannya kepada seorang wanita yang tidak halal baginya dengan syahwat . " 
Al-kabair , 1/45

Ada para isteri pada zaman serba moden ini yang sering menyalahkan suami kerana terlalu cemburu . Benarlah . . cemburu buta memang menyusahkan . Haiwan pun ada sifat cemburu apatah lagi manusia yang dikurniakan akal dan fikiran untuk membezakan baik dan buruk . Memang dalam hal ini , seorang suami mempunyai hak untuk bertanya dan menyiasat setiap langkah isteri mereka . Para isteri usahlah pula lantang memarahi suami yang melakukan tindakan begitu dan membuat kesimpulan bahawa suami tidak mempercayai anda . 








Ketika manakah seseorang lelaki itu boleh dikategorikan sebagai 'DAYUS' ? 

Membiarkan aurat isteri dan anak perempuan dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan yang menyebabkan aurat terlihat . 
 Membiarkan isteri bersalin dengan dibidan oleh doktor lelaki tanpa keperluan mendesak . Rasanya kita banyak pilihan lagi dalam hal seperti ini . 
 Membiarkan kecantikan aurat , bentuk tubuh isteri dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau diluar rumah (isteri tidak menutup aurat, pakai seksi dan memegang lelaki lain di pejabat tanpa keperluan mendesak) 
 
Membiarkan isteri balik lewat tanpa mengambil tahu bersama dengan lelaki mana , apa yang dibuatnya dan siapa yang menghantarnya pulang . 

 Membiarkan anak perempuannya dating dengan tunangnya atau dengan teman lelaki yang bukan mahramnya . Membiarkan anak-anak berdua-duaan dengan pasangannya di rumah . Kononnya ibu bapa sporting , amat memahami perasaan anak-anak .

Membiarkan isteri atau anak perempuan memasuki rancangan realiti TV sehingga sanggup terlompat-lompat , terkinja-kinja , berpegang-pengangan dan berpelukan dengan bukan mahram serta ditonton oleh jutaan manusia . 



Terlalu banyak lagi yang ada , untuk maklumat semua kedayusan ini akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya . Jika berlaku secara sulit , maka si suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepadanya . Mungkin ramai di antara kita akan berkata dalam hati masing-masing : " Oh . .  ramainya lelaki dayus di sekelilingki ; kiri , kanan , belakang . .  semua ada " . Wahai para isteri dan anak-anak perempuan , jika sayangkan suami dan ayah anda janganlah memasukkan mereka dalam kategori dayus yang tiada ruang buat mereka untuk ke syurga Jannatul Naim-Nya . Sayangilah diri dan keluargamu . Jagalah diri dan keluargamu dari azab api neraka . 

Wahai kaumku , berhati-hatilah dalam setiap gerak-gerik dan langkahmu dalam mendidik isteri dan anak perempuanmu. Usah sesekali tergolong dalam kategori lelaki dayus yang disebut oleh Nabi Muhammad S.A.W dalam hadis-hadinya yang mana diharamkan syurga buat golongan ini . Walahulam . 




p/s : Wahai kaum lelaki , jawablah dengan sejujurnya , adakah tergolong dalam salah satu kriteria yang disebut tadi  ? AWAS ! Lelaki beriman ! Janganlah anda termasuk dalan golongan yang berdosa besar ini . Mohon dijauhkan .

2 tabiat perempuan bawa ke neraka .

As'salamualaikum .Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk kaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa’. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah SAW. Baginda pun pergi ke sana , dan memberi salam dan memberi tazkirah seperti berikut:



“Assalamu’alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita.Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka”.
 

Seorang wanita lalu bangun bertanya, “Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?’ Rasulullah SAW menjawab, “Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka:

 
1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami
 
Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya :

1. Banyak beristighfar
2. Banyak bersedekah.

Keterangan: Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di bawah

Contoh 1 - Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibat geram dan marah kita mungkin berkata, “Driver bas ni dah mampus agaknya.” Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah, hatta suami pun kena sumpah.

Contoh 2 - Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata “Celaka punya gas. Masa ni jugak nak habis.” Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I’tiqad tetapi bererti tidak mengiktiraf Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telah ditunaikan oleh suami.

Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami yang kurang faham apa yang dimaksudkan dengan ‘kufurkan kebaikan suami’.

Rasulullah SAW berkata,”Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang isteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di suatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki, maka dia akan berkata ,”Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak”(Terjemahan langsung dari Arab).
 
[Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan perkataan seperti berikut:"Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?".][Tak guna sesen pun']

Rasulullah SAW sambung lagi ,’Mana-mana isteri yang berkata, “Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak”, maka akan gugur pahala-pahala amalannya.’ Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat menyelamatkan kita dari dua perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti yang disebutkan tadi.

Fadhilat beristighfar:
 
a. Sabda Rasulullah SAW :

“Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 X sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk).” Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendirimelakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam amalan-amalan harian kita.
 
b .Sabda Rasulullah SAW :

“Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti berdukacita”
 
c. Istighfar juga memurahkan rezeki.

Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit atau harta benda.Tetapi ia juga termasuk kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak. Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk:

d.  Tuturkata/percakapan yang baik.

Yang paling utama ialah terhadap keluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya bagaimana hendak menambat hati suami. Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra, isteri Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hati Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau. Kadangkala hingga menimbulkan perasaan cemburu dikalangan isteri-isteri baginda.

Diriwayatkan juga, Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hari Rasulullah SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, “Khadijahlah satu-satunya perempuan yang Allah SWT berkenan tutur katanya”.
 
2. Memberi salam.
3. Memaniskan wajah.
 
Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda,”Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah.” Terdapat juga suatu syair Arab yang berbunyi :”Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah.” Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifatburuk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu, maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang.
 

” SAMPAIKANLAH WALAU SEPOTONG AYAT -Sabda Rasulullah SAW”

Ujian setara 1

As'salamualaikum kawan-kawan .. 

Alhamdulillah , dah bulan tiga dah sekarang . Time flying so fast . Bulan tiga ni saya dan kawan yang lain exam setara satu . Wahwah , tak sabar kot T__T . Esok mula ujian setara . Nak tahu tak ? Hanya tiga hari sahaja ujian ini dilangsungkan , wawa maksudnya dalam sehari banyak subjek yang ada . 

ISNIN - BAHASA MELAYU  , BAHASA INGGERIS , MATHEMATICS , SEJARAH ,

SELASA - FIZIK , KIMIA , ICT , AGAMA 



RABU - ADD MATH 


Hey kawan-kawan tengok jadual ujian setara kat atas tuu , Wah GEMPAK ! MELETUP ! HANGAT TERTARIK LAGI ! Hari rabulah berat sangat , wawa KIMIA+FIZIK . Huu , insyaAllah sama-sama kita hadapinya . Kalau usaha lebih jadi dapatlah hasilnya lebih jugak tapi kalau usaha pun kurang jadi kuranglah hasilnya juga . Allah itukan Maha Adil .

Okaylah , kita sebagai seorang pelajar pun tak boleh nak membantah sebab ada kebaikannya jugak kenapa sekolah dah tetapkan jadual waktu macam ni . Mungkin salah satunya nak lihat tahap pelajar-pelajar menguasai dan memahami apa yang diajar oleh guru di sekolah . Maka bersyukurlah , sebab itu persediaan awal amatlah penting kalau tak akhir-akhir nak ujian barulah nak buka buku . Wawa , sama lah dengan saya ni

Semoga semua yang menghadapi peperiksaan pada minggu ini dapat buat yang terbaik . Ingat ! USAHA , BERDOA , TAWAKAL ! InsyaAllah , mudah-mudahan Allah permudahkan urusan kita semua . Amin , good luck dan selamat berjaya ya ! Doakan saya cemerlang dalam semua subjek tau . Terima kasih kawan-kawan . Was'salam .

p/s : Sebelum mulakan ujian jangan lupa baca doa dulu ya dan jangan nak menggatal tiru-tiru atau mencuit tengok atau tertengok orang sebelah punya kertas atau jawapan . Nasihat buat saya juga . Jangan buat tau , Allah tak suka ya . Allah Maha Melihat !

Jangan tiru aksi ini

JAZAKALLAHU KHAIRA , SEMOGA BERMANAFAAT !