Muhasabah aktiviti kita

As'salamualaikum ,

Agak-agaknya dalam satu hari satu malam , banyak majlis yang telah berlangsung , sedang dan akan berlangsung . Hari ini pun , kita sendiri ada menghadiri beberapa majlis dan akan memenuhi beberapa undangan keluarga dan rakan-rakan sebagaimana yang telah disusun dan dirancang . Persoalannya , apakah majlis ataupun program yang kita hadiri dan bakal hadiri itu majlis yang beronrientasikan dan berlandaskan kepada mengingati Allah ( zikrullah ) ataupun tidak ?


APA YANG BERLAKU ? . . 


Majlis atau program yang berorientasikan dan berlandaskan zikrullah adalah majlis yang dicintai Allah dan para malaikat . Di majlis-majlis seumpama inilah turunnya kerahmatan dan melimpahnya keberkatan . Berusahalah untuk sentiasa dapat menghadiri dan menyertai majlis , perkumpulan , program dan aktiviti seumpama ini . InsyaAllah ! Cemerlang . 

Abu Hurairah r.a dan Abu Said r.a mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

Tidaklah satu kaum berkumpul untuk berzikrullah melainkan malaikat akan hadir bersama mereka dan rahmat akan menyelimuti mereka . Kepada mereka akan turunnya sakinah ( ketenangan )  dan Allah akan menyebut ( memuji-muji ) mereka di kalangan hamba yang berada di sisiNya ( Para Nabi dan malaikat )
[Hadis sahih ditakhrijkan oleh Ahmad dan Muslim . Hadis ini juga terdapat dalam Sahihul jami' no : 7757]


Andaikata majlis kita majlis yang penuh dengan kelalaian serta dosa , maka para malaikat rahmat tidak akan menyertai dan mendampingi kita . Para malaikat selamanya akan menjauhi dan meninggalkan majlis-majlis yang berorientasikan kelalaian dan kosong dari zikrullah . Alangkah ruginya kita .

Sekiranya kita mengabaikan zikrullah ( mengingati Allah ) pada majlis dan program kita , maka sama ada sedar ataupun tidak , hukuman duniawi telah pun bermula . 


APAKAH HUKUMANNYA ? . .


Sebuah kelalaian , kealpaan dan kelaghaan 
Mungkin orang-orang fasik tidak merasakan kepedihan apa-apa lantaran hati mereka yang telah tenggelam dalam kederhakaan . Namun , dihukum dengan sebuah 'kelalaian' pun sudah cukup menjadi azab yang amat pedih dalam jiwa orang-orang yang beriman .
  
Majlis yang lagha tersebut langsung tidak dihadiri para malaikat rahmat 
Malaikat tidak hadir ? Ohh , kerugian yang sungguh besar ! Bukankah para malaikat rahmat hadir dalam majlis-majlis zikrullah untuk mendoakan keampunan dan kesejahteraan atas sekalian hadirin yang duduk dan singgah di dalamnya ? 

Maka gantinya , hadirlah syaitan-syaitan yang kerja mereka membujuk , menggoda , menghasut dan mewas-waskan sekalian hadirin yang ada ke arah kejahatan dan penderhakaan terhadap Allah s.w.t .

Berat impaknya 
Majlis yang kosong daripada zikrullah akan diwartakan sebagai majlis yang 'kosong' pula daripada pahala dan kebajikan  .

Berkaitan dengan apa yang kita bincangkan , terdapat riwayat daripada Jabir r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda :

" Tidaklah satu kaum berkumpul lalu berpisah dengan tidak berzikrullah dan berselawat atas Rasulullah s.a.w melainkan mereka bersurai dengan ( keadaan ) bau yang lebih busuk daripada bangkai . "  
[ Hadis sahih ditakhrijkan oleh Imam at-Toyalisi dan Imam al-Baihaqi dalam kitab Syu'abul Iman , juga oleh Imam Dhiyauddin . Lihat juga Silsilah Ahadith Sahihah : 80 . Hadis ini juga ada di dalam Sahihul Jami' no : 5506 ]



 Majlis yang dimaksudkan di atas adalah majlis yang sunyi daripada ketaatan , kosong daripada zikrullah dan selawat Nabi . Di akhirat nanti , sekalian yang hadir di dalam majlis sebegini akan dirunding penyesalan dan kesedihan .

Lihatlah , majlis yang kosong daripada zikrullah dan selawat pun tidak mendapat perhatian Allah  , berbau bangkai dan tidak dihadiri oleh para malaikat . Allah ! Agaknya bagaimanakah kedudukan majlis-majlis yang berorientasikan dosa dan maksiat seperti majlis yang tunggang langgang dengan aktiviti minum arak , berzina , judi , tari-menari , pergaulan bebas , tidak menutup aurat dan gejala meninggalkan solat ? Apakah pandangan Allah dan para malaikat terhadap majlis-majlis yang seumpama ini ?

Ayuh ! Mari pakat muhasabah majlis , program , aktiviti anjuran kita . Agar tidak busuk dan hanyir pada pandangan Allah . walahualam . 

Budak manis

As'salamualaikum 

Ohh , apa khabar semuanya ? Alhamdulillah semuanya sihat kan ? Hari ini hujan turun dari pagi sampailah malam ni . Rezeki yang Allah turunkan itu , nikmat yang amat . Jadi , Alhamdulillah . Today morning , ada jemputan kenduri kahwin dekat kawasan perumahan . Anak kepada kawan ibu saya yang bersanding . Wah ! Pasangan pengantin bagai cincin dengan permata gitu . Semoga perkahwinan ini diberkati oleh Allah s.w.t dan berkekalan sehingga ke akhir hayat . Moga cepat dapat baby ye .

Ya ya , nak bercerita mengenai seorang gadis manis . Ohh , nak tahu kah siapa gerangan itu ? Nama beliau Nur Syahirah Bt Abdul Rahim , 16 tapi sebenarnya dah nak dekat 17 pun kan kan sheera . Dilahirkan di dunia ini dan terbuka mata comel beliau itu pada tanggal 20 August 1994 . She loves her ibu and abah and her friends . Anda dan saya juga begitu loves our ibu and ayah and friends .


Alhamdulillah , beliau sekarang sudah selamat berada di rumah . Iyelah , beliau tinggal di asrama jadi jarang balik ke rumah . Jadi saya merindui beliau namun saya akur  " kerana pengorbanan mengejar ilmu itu penting " . Walau beliau jauh di mata namun tetap di hati dan doa saya . Ohh , saya tahu ! Dia seorang yang lawa samada dalam mahupun luar . Itu yang saya inginkan . Jadi (!) anda jangan mengada-ngada nak ambil beliau dari saya tau ! .Beliau seorang sahabat yang amat mengambil berat kebajikan temannya yang lain . Kata beliau " kalau nak nangis ajak sheera sekali tau " . Look ? Baik sungguh budak manis ni . 

Ukhuwah yang dibina itu biar kerana Allah , insyaAllah Allah berkati ukhuwah yang dibina ini . Selagi kita beriman kepadaNya . Hati di dalam itu yang penting dan menjamin keutuhan perhubungan yang kekal sehingga hujung nafas . Allah itu suka kita berbuat baik kepada sesiapa sahaja . Budi yang baik itu pasti akan dibalas dengan baik . Ingat ! Syaitan amat menggeruni hamba Allah yang ikhlas melakukan ibadat . Jika kita ikhlas dalam apa jua perkara yang kita lakukan , ganjaran yang kita dapat tidak terkira dari Allah Yang Maha Pemurah .

“Iblis menjawab: Demi kekuasaan Engkau, aku akan sesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hambaMu yang ikhlas" (Surah Shaad: Ayat 82-83)"







Nur Syahirah Binti Abdul Rahim 



Hey ! Tengok atas sana . Beliau lah . Sheera saya copy past gambar anda ya . You dont mind kan kan (: . Terima kasih sebab angguk tau . Ha , sheera yang tersayang nak tahu saya suka bila : 


- Sheera suka tolong saya
- Sheera tak kesah kalau saya kata dia budak manis 
- Sheera seorang yang jujur 
- Sheera pendengar yang setia 
- Sheera selalu mesej saya 
- Sheera kan bagi tahu bila beliau akan balik dari asrama 
- Sheera akan spend duit syiling beliau untuk call saya dari asrama 
- Sheera sentiasa tanya khabar saya 
- Sheera sangat berani tempuhi rintangan hidup 
- Sheera suka kan add math 
- Sheera sentiasa ceria walau di mana beliau berada 
- Sheera sentiasa bagi saya sokongan 
- Sheera sentiasa nasihatkan saya 
- Sheera selalu pesan suruh saya jangan lupa makan 
- Sheera sangat menyanyangi ibu , abah dan kawan beliau 
- Sheera seorang yang jitu dirinya 
- Sheera seorang yang pegang teguh pada prinsip hidupnya 
- Sheera seorang yang penyanyang 
- Sheera sayangkan semua orang 
- Sheera itu seorang yang peramah 
- Sheera sentiasa humble 
- Sheera suka tak duduk diam if tengah gelisah 
- Sheera sentiasa skype dengan saya 
- Sheera pandai tangkap gambar 
- Sheera suka buat lawak 
- Sheera kata beliau sudah tidak mengantok waktu kimia dalam kelas 


Ohh , banyak dan banyak lagi yang ada pada beliau . Yang saya tulis ini , seciput je . Ada banyak tak terkira dan tak tersebut . Biar Allah sahaja tahu bagaimana perasaannya saya bila bersahabat dengan beliau . Biarlah sahabat itu bagai bayang-bayang kerana ia setia menemani kita dari pelangi yang kadang-kadang akan hilang begitu sahaja . Kecerian beliau sama juga keceriaan saya . Kesedihan beliau sama juga kesedihan saya . Jadi (!) . Jangan jangan nak buat dia sakit hati dan disakiti ada faham ? Bagus . Sebelum itu , beliau juga ada blog tau . Ini tekan sini cepat semua berbaris nak follow beliau TEKAN SINI !

Beliau sentiasa ada dekat dengan saya . Kalau saya sedih , beliaulah pujuk saya . Kalau saya gembira beliaulah buat lawak pada saya . Beliaulah buat semangat saya naik kembali . Eh , sahabat saya yang lain jugak tau . Beliau seorang yang gigih berusaha agar dapat membanggakan keluarga beliau teruatama her ibu and abah . Beliau sentiasa berusaha untuk mendapatkan apa yang beliau impikan . Usaha itu kan tangga kejayaan . Kalau tak ada usaha macam mana tangga menunggu kejayaan nak bina ? Jadi , jangan berputus asa dalam mencapai kejayaan yang kita impikan . Allah tak suka pada hambaNya yang mudah berputus-asa . Jangan kita mengeluh namun ucaplah Alhamdulillah kerana setiap yang berlaku ada kebaikan dan hikmah yang tersembunyi . 


Surat cinta kepada beliau 

Assalamualaikum, 
 Terima kasih berbillion kerana sudi jadi sahabat kepada saya yang tidak seberapa ini , namun anda itu begitu berharga buat saya sheera . Kalau anda nagis , resah , gelisah , tak sihat saya pun akan nagis , resah , gelisah dan tak sihat . Jadi jaga makan minum ya . Sheera jaga solat tau , banyakkan baca Al-Quran , berzikir dengan mengingatiNya . Jangan lupakanNya walau mana sheera berada . Sheera jangan lupa makan ya . Jaga diri jugak ya , nanti dah masuk sekolah balik jangan lupa call saya tau . Dah balik rumah pun jangan lupa beri tahu saya tau . Pelajaran tumpukan tau sama juga pada diri saya ini . Sheera lepas kelas je , terus masuk bilik jangan melencong mana-mana tempat ya . Hoho , saya sangat riasaukan anda . Jadi seorang kakak , pelajar dan anak yang banggakan orang lain dan anda sudah berjaya itu sheera . Berkata YES pada diri anda . Jangan peduli apa orang kata pada kita selagi apa yang kita lakukan itu betul . I never forget you budak manis . Saya juga mohon ampun dan maaf selama kita berkenalan dan buat sheera tearasa ya . Yang baik itu datang dari Allah dan kesalahan itu dari diri saya sendiri . Kenangan kita bersama amat indah kalah manisnya dengan gula lolipop dan ice cream . Sheera dah pergi tidur okay ? Esok bangun kita masak ikut resepi opah yang hebat tu okay ? Kita buat breakfast dekat opah nak tak ? Yeah kita berdua dah pandai masak lah kan kan ? * Angguk cepat . InsyaAllah kita berdua pandai masak jika kita berusaha kan . May Allah bless you dear . Saya sayang anda jadi sentiasa senyum tau . Alhamdulillah




  
TERIMA KASIH SHEERA  
 

8 penyakit jiwa manusia

As'salamualaikum sahabat semua , 

Saudara sekalian , 

Ada lapan penyakit yang disebut oleh Rasulullah s.a.w dalam hadis tersebut . Pertama al-ham , humum , keresahan , gelisah . Yang kedua al-hazan , dukacita , sedih . Perbezaan di antara al-ham dan al-hazan ialah manusia resah kepada sesuatu yang belum berlaku . Menanti sesuatu , dia resah , Menunggu sesuatu dia resah . 


Contohnya seorang pelajar yang sudah melalui exam / peperiksaan , dan sekarang sedang menunggu keputusan . Dia resah , dia gelisah . Tidurnya tidak nyenyak , buat apa pun tak kena , kerana hatinya bertanya-tanya - bagaimanakah hasil daripada peperiksaan tersebut ? 


Adapun dukacita ialah ke atas sesuatu yang telah berlaku . Telah keluar keputusan dan dia gagal maka dia bersedih , dia berdukacita .


Yang ketiga al-'ajz - lemah . Yang keempat al-kasl - malas . Sifat lemah , sifat malas , membelenggu manusia sehingga menjadikannya manusia yang tidak produktif , yang tidak boleh diharap , yang tidak boleh diserahkan apa juga tugasan dan tanggungjawab . Lemah , malas , tidak ada upaya untuk buat sesuatu . Mungkin kerana sakit , mungkin kerana tenaga yang kurang , ataupun sebagainya . Malas adalah sifat buruk yang perlu dijauhi .


Yang kelima al-jubn - sifat takut . Yang keenam al-bukhl - sifat kedekut . Takut dalam menyatakan kebenaran . Takut dalam menyatakan hak . Takut dalam melakukan sesuatu yang benar . Ini penyakit jiwa yang melanda manusia . Walbukhl - dan sifat kedekut . Manusia menjadi begitu terikat dengan hartanya . Enggan bersedekah , enggan memberi .


Yang ketujuh gahalabatid-dain - beban hutang . Hutang yang banyak , yang melingkari tubuhnya . Dia tidak boleh bergerak akibat lilitan hutang yang terlalu banyak . Mungkin saja itu hutang yang perlu - makan , minum , rumah , tempat tinggal dan sebagainya .


Tetapi ada juga kadangkala hutang yang tidak perlu . Hanya semata-mata ingin mengikuti corak kehidupan yang mewah . Melihat orang senang , dia ingin senang . Melihat orang mewah , dia ingin mewah . Melihat oranga ada sesuatu , dia pun nak ada sesuatau . Maka dia sanggup berhutang . Ini penyakit yang akan menjadikan manusia hamba nafsu dan hamba perasaan , membawa kepada kedudukan , kegelisahan , kesedihan dan sebagainya . 


Amalkan doa yang diajarkan Rasulullah s.a.w  :

Maksudnya - " Ya Allah , aku berlindung kepadaMu daripada sifat sedih dan dukacita . Aku berlindung kepadaMu ya Allah dari sifat lemah dan malas . Dan aku berlindung kepadaMu ya Allah dari sifat penakut dan juga bakhil . Dan aku juga berlindung kepadaMu ya Allah daripada beban hutang dan tekanan manusia "





























Makanan di neraka



As'salamualaikum , 

Nun di sana terdapat sebuah singgahsana yang tersergam indah dan bertatahkan emas , perak , permata zamrud , dan zabarjad . Di dalamnya , hiduplah sekalian penghuni syurga dalam kemuncak kebahagiaan sambil menikmati segala kenikmatan yang dijanjikan Allah , Pemilik alam semesta . Mereka bersenang-lenang di atas ranjang-ranjang (tilam) yang empuk yang diperbuat daripada sutera halus . 

Mereka menikmati pelbagai hidangan dan aneka buah-buahan yang lazat . Buah-buahan itu sangat dekat dengan mereka hingga boleh dijangkau (dicapai dan dipetik) dalam keadaan berdiri mahupun duduk .


Firman Allah  : " Maka (dengan itu) tinggalah dia dalam kehidupan yang senang lenang lagi memuaskan . Di dalam syurga yang tinggi (darjatnya) . Buah-buahannya dekat untuk dipetik . (Masing-masing dipersilakan menikmatinya dengan dikatakan) : 'Makan dan minumlah kamu makanan dan minuman sebagai nikmat yang lazat dan baik kesudahannya , dengan sebab (amal-amal soleh) yang telah kamu kerjakan pada masa lalu (du dunia)'. " 
(Al-Haqqah 69 : 23-24)


Namun dibelahan alam akhirat yang lain , kelihatan wajah ahli neraka sedang berduka nestapa . Mereka tidak henti-henti menangis , melolok kerana tidak tahan dengan azab yang diberikan . Seksanya tidak dapat digambarkan . 
Pada saat mereka merintih dek kelaparan dan kesakitan yang amat sangat , mereka berlari ke sana ke mari tanpa haluan mencari sesuatu yang boleh dimakan . Namun , akhirnya tahukah anda apakah makanan yang diberikan kepada mereka ? Nah , kepada mereka diberikan makanan terkeji yang bergelar Zaqqum . Bukan sekadar keji bahkan menyakitkan .

Cerita Zaqqum di dalam Al-Quran 

Firman Allah : " (Makanan syurga) itulah hidangan yang lebih baik ataukah pohon Zaqqum ? Sesungguhnya kami menjadikan pohon Zaqqum itu sebagai seksaan bagi orang-orang yang zalim . Sesungguhnya ia adalah sebatang pokok yang keluar dari dasar Neraka Jahim . Mayangnya (buahnya) seperti kepala syaitan-syaitan . Maka sesungguhnya mereka benar-benar memakan sebahagian daripada buah pohon itu , maka mereka memenuhi perutnya dengan buah Zaqqum itu . Kemudian , sesudah makan buah pohon Zaqqum itu pasti mereka mendapat minuman yang bercampur dengan air yang sangat panas . Kemudian (setelah mereka dibawa minum) sesungguhnya tempat kembali mereka benar-benar ke Neraka Jahim. "
( As-Saffat 37 : 62-68 )


Firman Allah lagi : " (Ingatlah) , sesungguhnya pokok Zaqqum ; (Buahnya) menjadi makanan bagi orang yang berdosa (dalam neraka) . (Makanan ini pula panas) seperti tembaga cair , mendidih di dalam perut ; seperti mendidihnya air yang meluap-luap panasnya. 
(Ad- Dukhan 44 : 43-46)


Penghuni neraka akan sentiasa lapar . Lantaran itu , mereka akan selalu tergesa-gesa ke dasar neraka untuk makan apa pun yang ditemui . Ketika di dasar neraka itu , mereka akan dipaksa untuk makan buahan daripada pokok Zaqqum yang sangat dahsyat . Sebelum sempat ia disentuh , bibir penghuni neraka akan terbakar sehingga menampakkan gigi-gigi mereka .

Semoga kita mendapat pengajaran dari ayat Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah . Muhasabah diri . Betapa dahsyat sungguh seksaan hambaNya yang langgar akan perintahNya . Apa kita masih tidak takut akanNya ? Renungkanlah .

Beli buku



As'salamualaikum , 

Terim kasih dan alhamdulillah kepada Allah yang Maha Pelindung kerana diberi lagi kesempatan emas ini untuk hidup di dunia ini lagi . Masa yang diberi ini gunakan dengan sebaik mungkin tanpa putus asa meminta ampun kepadaNya , melakukan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya . 




" Ya Allah , sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan , kelemasan , ketakutan , kebakhilan (sifat kedekut) dan berusia lanjut yang lemah . Dan aku berlindung kepada-Mu daripada seksaan kubur , seksaan neraka dan daripada fitnah (bencana) ketika hidup dan mati . Amin "
 (Hadis riwayat Bukhori dan Muslim)


Hari ini seperti hari berikutnya , bersyukur atas nikmat yang diberi . Bersederhana itu lebih baik . Ingin tahu ? Hari ini , tepat jam 9.00 p.m . Lepas sahaja selesai solat isyak dan baca Al-quran , adik tegur :

ADIK : Akak , ayah kata siap cepat nak pergi beli buku . . . 
KAKAK : Okey , jap lagi akak siap . . . 


Farah Natasya Binti Roslan

Pening - pening sikit masa tu , sebabnya tak tahu nak pakai baju apa . Baju ni ke ? Tu ke ? Yang sana ke ? Kuangkuang ! Finally , memakai baju muslimah berwarna oren dan bertudung coklat labuh sera berseluar hitam  . Alhamdulillah ! Siap jugak . Hehe , kalau tidak ayahlah yang paling marah sebab lambat siap . Perempuan biaselah kan ;p Tapi kebiasaanya memang kena marah sebab kerjanya menunggu orang siap . Haha !

Apa-apa pun , lepas beres semuanya . Bertolaklah ke kedai buku 'Smart' . Sebelum nak masuk ke dalam kereta , ada masa gaduh dengan adik kecil . Hahah , gaduh sebab nak duduk depan . Haish , dah kena marah dengan ayah lagi . Lastly , sayalah yang menang ! Mhuaa , bukan tak mengalah tapi siapa sampai cepat dia dapat ;p . Adik dengan muka 10 sen dia duduk belakang sebab geram dengan kakak dia lah tu . Minta maaf Muhammad Danish Hafiz (: .


Muhammad Danish Hafiz Bin Roslan 

Alhamdulillah , lebih kurang 10-15 minit sudah sampai ke tempat yang dituju itupun kalau tidak sesak . Pagi-pagi biasanya agak sesak jugak sebab semuanya pergi bekerja . Ayah bawa motorsikal jadi agak mudah dan cepat sikit masa yang diperuntukkan untuk sampai ke tempat kerja di Bangi . Okay , nak cerita ni . Dalam berjalan nak pergi kedai 'Smart' ni , ayah tegur sesorang . Kawan ayahlah kot . Saya senyum aja tanda hormat . Dah sampai , lepas tu serbu ! Barang yang dibeli - buku tebal panjang , buku tentang keagamaan




Yeah ! I do love books

Itu aja yang beli tapi lama nak cari . Hahah , itulah kena cari yang betul-betul kalau main ambil je tanpa tengok isi dalamnya tak boleh juga . Tersalah beli dah satu hal nak kena pulangkan kan ? Jadi berhati-hati ketika membeli . (:

Lepas keluar itu , terus pergi pasar malam . Sebelah je . Beli - ice blanded , makanan . Heheh , nak balik tu haish punyalah terkejut tiba-tiba kucing langgar kaki waktu kucing tu lari entah kejar apa . Terkejut , dah lah tuan punya badan tu pengecut kucing . Mhuaa ! Apa-apa pun , semuanya baik-baik . Kan kucing , meowww . Lagi satu , bila masuk je dalam kereta . 




Macam-macam lagu yang keluar . Aduh , lebih baik bukak Ikim.fm dari dengar lagu yang buat pening kepala . Ikim.fm berpandukan Islam , mengagungkan Islam . Terima kasih Ikim.fm sebab banyak info menarik yang dikupas dalam radio itu . 

Sampai sini sajalah . Penat menaip . Apa-apapun suka menaip . Hidup penuh ujian kerana Allah ingin menguji kita . Janganlah kita jatuh , tapi bangkit . Kentalkan iman kita kerana Allah itu sudah merancang yang lebih baik untuk kita .

Bersosial di dunia maya



As'salamualaikum ,

Dunia yang semakin hari semakin maju . Semuanya maju . Manusia juga maju . Teknologi juga maju . Makanan juga maju . Pakaian juga maju . Everything change other day to other day . Allah yang tentukan semuanya kerana Dia lebih mengetahui . Berkenaan dengan teknologi terkini sudah semestinya internet . Pelbagai input yang boleh diperolehi melalui internet . Ada baik dan buruknya jugak kan . Tak semua buah itu manis , ada juga masamnya . Buruk lebih banyak berbanding baik yang dapat dilihat apabila manusia mula mengenali internet ini

 Orang yang menggunakan internet adakah juga akan berubah ? Walahualam , bukan semuanya yang telah gunakan internet untuk tujuan yang salah tetapi ada banyak juga yang menggunakan internet dengan cara yang betul . Gunakan internet untuk perkara yang berfaedah bukan yang sia-sia . Lagipun , Allah sangat menyukai hambaNya yang menggunakan masa itu dengan perkara yang bermanfaat .  Juga boleh melakukan sambil berzikir . Pahala makin bertambah pahala dan aturan kerja akan bertambah mudah .

Semestinya kita akrab dengan teknologi terkini . Facebook , twitter , Myspace adalah antara laman-laman sosial yang hebat diperkatakan dewasa ini . Selain boleh mengeratkan lagi hubungan dengan semua rakan-raka , medium ini juga disifatkan berkesan untuk memperoleh teman berbual . Malah , boleh juga meluaskan jaringan pergaulan dan mendapatkan pelbagai informasi . Tapi masalah juga akan timbul sebabnya kenalan yang tak pernah kenal mulalah ingin mengenal . Tidak semua orang yang menjadi kawan kita menerusi laman web sosial itu boleh dilabelkan ' menyenangkan ' , tidak semua informasi yang kita perolehi dari rakan siber itu bermanfaat . Sebab itu , kebijakan menjaga diri agar tidak mudah terpengaruh dengan anasir-anasir negatif .


INGIN MENGETAHUI CARA SELAMAT BERSOSIAL

'SETTING' MULA PROFILE KAMU PILIHAN MENU 'PRIVATE'
menerusi setting ini , orang yang berada dalam senarai rakan kita sahaja boleh melihat update di halaman kamu . Hindari memberi alamat atau no telefon secara lengkap jika kita ingin berhati-hati .

BERHUBUNG DENGAN RAKAN YANG DIKENALI
bukan sahaja boleh dihindari dari diganggu oleh orang yang tak dikenali malah akan melindungi kita dari serangan virus yang boleh merosakkan komputer . Jadi , mesti semua orang sayangkan komputernya kan ! Jadi jangan cari pasal dengan benda yang anda sayang . Hargai benda itu . (:

LEBIH BAIK JANGAN LETAK FOTO
ingat ! halaman profile boleh diakses oleh orang lain . Jadi langkah awal lagi harus kita ambil supaya info peribadi kita tidak di ambil kuasa .

JANGAN MUDAH PERCAYA
jadilah super spies dulu kalau tak nak nasi menjadi bubur . Jangan menyesal kemudian kerana badan sendiri akan merana . Tidak semua orang itu jujur , jadi berhati-hati sebelum kita diperhatikan .

TIDAK SALAH MENERIMA KAWAN BARU
berhati-hati juga agar rakan yang dikenali itu kamu terima dia hanya dengan niat ingin bersahabat dengannya . Masing-masing tegur akan kesalahan . Menasihati sesama sahabat . Tolong sahabat anda jika mereka memerlukan bantuan tetapi juga di masa mereka senang . Jangan sampa jadi kacang melupakan kulit . Senarai sahabat kamu itu juga bukanlah 'stalker' .

STATUS
jangan jadikan 'status' sebagai tempat melampiaskan perasaan marah anda . Masih banyak perkataan dan ayat yang lebih baik untuk distatuskan seperti kata-kata semangat , hadis , kata-kata Allah dari Al-Quran , info yang berguna untuk semua .




p/s : Sampai sinilah dulu taw semua . Kita tak berapa pakar dalam bidang penulisan ni . Masih dalam proses pembelajaran untuk meningkatkan kualiti mutu bidang penulisan ini . Jika ada yang kita salah tulis dan telah membuatkan yang lain terasa pada penulisan kita ini , mohon maaf dari kita . Yang baik itu datang dari Allah dan salah itu dari kesilapan kita sendiri yakni seorang hamba Allah yang lemah . Anda pembaca yang dirahmati Allah lebih mulia disisiNya .

Khusyuk dalam solat



As'salamualaikum..



sebenarnya, nak khusyuk dalam solat ni, tiada cara yang khusus. Ia bergantung kepada diri kita juga. Sebenarnya, bila kita hendak mencapai khusyu' di dalam solat, maka kita perlu bermula dari ketika kita berjalan hendak mengambil wudhu' lagi. Ketika itu, kita sepatutnya sudah fokus untuk solat, dan memutuskan segala hal-hal yang tidak berkaitan. Kita sempurnakan wudhu' kita sesempurna mungkin, dan apabila kita solat, bayangkanlah bahawa kita sedang berhadapan dengan ALLAH SWT. Rasulullah SAW bersabda ketika Jibril bertanya kepadanya berkenaan Ihsan, jawab Rasulullah SAW,

” Kamu beribadah kepada ALLAH seakan-akan kamu sedang melihat ALLAH, tetapi jika kamu tidak dapat membayangkanya, maka ketahuilah bahawa ALLAH tetap melihat kamu”

Keyakinan ini perlu wujud dalam diri kita jika hendak mencapai khusyu'. Jika kita berada di hadapan Sultan, kita boleh segan, menumpukan sepenuh perhatian, maka apatah lagi bila kita berdiri di hadapan ALLAH SWT? SULTAN segala sultan, RAJA segala raja, PENCIPTA segala pencipta.

Antara cara lain untuk khusyu' adalah memahami apa yang dibaca ketika solat. Antara sebab susah hendak khusyu' adalah kerana kita tidak memahami apa yang kita baca. Sebab itulah kita tidak dapat fokus. Ada ulama' pula, dalam menerangkan cara dia mencapai khusyu', dia berkata,

” Ketika aku berdiri untuk solat, maka aku membayangkan bahawa aku sedang berdiri di atas titian sirat, di bawah ku adalah neraka, dan di hadapanku adalah syurga”

Ada pula yang menyatakan,

” KEtika aku hendak solat, maka aku akan membayangkan ini adalah solat yang terakhir, dengan Izrail sedang mengusap-usap kepalaku untuk mengambil nyawaku. Maka aku solat dengan sepenuh jiwa dan ragaku”

Saidatina Aisyah RA ketika ditanya  bagaimana Rasulullah SAW solat, dia berkata

” Ketika waktu solat telah tiba, baginda seakan tidak mengenali kami, dan kami tidak mengenalinya”

Itu menunjukkan khusyuk, bermula sebelum solat lagi.

Tetapi perbahasan khusyu' ini luas. Khusyu' tak semestinya terputus terus dari dunia. Hal ini kerana, pernah satu ketika, ketika Rasulullah SAW solat berjemaah dengan para sahabat, bila tiba waktu sujud, baginda sujud teramat lama. Ada sahabat yang sudah kerisauan kerana menyangka bahawa Rasulullah SAW sudah dipanggil pergi oleh ALLAH ketika solat. KEtika Rasulullah selesai melakukan solat, sahabat-sahabat bertanya kepada baginda, kenapa baginda memanjangkan sujud. Rasulullah bersabda,

” Tadi cucu-cucuku, HAssan dan Hussein sedang menaiki tubuhku ketika aku sedang sujud. Justeru aku lamakan sujudku, kerana risau mereka akan terjatuh jika aku bangun”

Adakah Rasulullah SAW tidak khusyu' ketika itu? Mustahil Rasulullah SAW tidak khusyu'. Ini menunjukkan bahawa, khusyu' bukanlah memutuskan hubungan kita dengan seluruh dunia. Ada ulama' menyatakan bahawa khusyu' itu adalah, kita sedar apa yang kita lakukan di dalam solat.

Sebenarnya, ada dalil kata tak boleh pejam mata waktu solat. Tetapi menurut Imam Al-bayhaqi, hadith itu adalah dho'if.

Tetapi sebenarnya, pejam mata ini adalah harus jika ketika kita pejam mata itu, benar-benar boleh mendatangkan khusyu'. Ini bergantung kepada seseorang itulah. Ada juga orang yang pejam mata, lagi la dia nampak yang bukan-bukan. Hukum dalam hal pejam mata ni, bolehlah dikatakan berbeza mengikut keadaan orang. Kalau dia jenis pejam mata khusyu', maka jadi haruslah untuk dia. Kalau dia pejam mata jadi makin tak khusyu', maka jadi makruhlah untuk dia.

Sebenarnya, tegahan dari memejam mata ini, asalnya untuk menjaga diri dari bahaya ketika melaksanakan solat.

“Dari Abu Hurairah r.a berkata, bahawa Rasulullah SAW mengarahkannya agar membunuh dua binatang hitam walaupun semasa solat, iaitu ular dan kala jengking” ( Riwayat AT-Tirmidzi , 2/234 ; Al-Hakim , 1/386 dan Ibn Hibban 6/115 ; Ibn Khuzaimah, Al-Baihaqi ; Al-Tirmidzi : Hasan Sohih )

Dalam hal pejam mata ni, Imam An-Nawawi ada berkata,

“Dan pandangan yang terpilih (dalam bab pejam mata ketika solat) adalah tidak makruh sekiranya dibimbangi sebarang bahaya, kerana dengan memejam itu dapat mengabungkan khusyu', hadir hati dan menahan dari liarnya (lepasnya) pandangan (ke sana sini) dan berkecamuknya minda” ( Al-Majmu', 3/261 )



.
.
.
.
.
.


SEBELUM SOLAT
 

Suci pada badan , pakaian , dan tempat  ( termasuk siwak ) .


Memperbaiki wuduk .


 Kesempurnaan solat bergantung kepada kesempurnaan wudhuk -

Rasulullah s.a.w bersabda :

" barangsiapa yang memelihara baik-baik solat lima waktu dan menyempurnakan wudhuknya , menjaga waktu-waktunya , maka hal itu akan menjadi cahaya hujah dan bukti baginya pada hari kiamat "  ( diriwayatkan daripada muslim )

 Rasulullah s.a.w bersabda : " Bersihkan mulut-mulut kalian dengan Al-Quran " 

Menutup aurat 


SEMASA SOLAT 


Tuma'ninah di dalam solat 


Mengingat kematian di dalam solat :


Rasulullah s.a.w bersabda :

" Ingatlah kematian di dalam solatmu , sesugguhnya jika seseorang mengingat kematian di dalam solatnya , maka ia harus memperbaiki solatnya , solatlah seperti solat seseorang yang mengira dirinya tidak akan menunaikan solat setelah itu "


Menjauhkan semua yang dapat menyibukkan anda di dalam solat 


Memilih tempat yang tidak terlalu panas


Memilih tempat yang jauh dari kebisingan dan kesibukan .


Membaca dengan perlahan-lahan sambil mentaddabur dengannya 


Solat dihadapan tadbir dekat dengannya 


Melihat ke tempat sujud



SUMBER : LANGIT ILAHI :

R




Makruh ?



As'salamualaikum semua .

Alhamdulillah kita bertemu kembali dengan izinNya . Kali ini saya ingin membincangkan atau mengungkapkan mengenai hal-hal yang berkaitan dengan hukum-hakam dalam Islam . Salah satu hukumnya ialah wajib , sunat , harus , makruh , haram . Berbalik kepada hukum-hakam , saya ingin menunjukkan satu soalan dari seorang hamba Allah yang bertanya soalan kepada seorang ustaz yang pakar dalam bidang ini .



SOALAN YANG DITUJUKAN :

" Saya pernah terdengar orang berkata , jika kita mandi bogel amalan yang kita lakukan tidak dikira selama 40 hari . Adakah benar dan apakah hukum mandi telanjang di tempat yang tertutup ? "

JAWAPAN DARI USTAZ ITU :

" Hukum mandi bertelanjang di khalayak ramai itu haram . Hukum mandi bogel walaupun di tempat yang tertutup adalah makruh . Tidak ada hadis sahih yang menyatakan amalan kita tidak dikira selama 40 hari .

Allah Maha melihat lagi Maha mengetahui . Tanamkanlah perasaan malu dan tunduklah kepada Pencipta . Kita digalakkan supaya mandi menggunakan kain basahan atau sebagainya bagi mematuhi adab-adab ketika mandi .


Terdapat hadis daripada Mu'awiyah bin Haidah RA yang menceritakan ;




Aku telah bertanya Rasulullah ; " Ya Rasulullah ! Bilakah masanya wajib kami tutup dan bila masanya harus kami buka?

Jawab baginda ; " Jagalah aurat kamu kecuali pada isteri kamu atau kepada hamba yang kamu miliki " .

Aku bertanya lagi ; " Bagaimanakah jika sekiranya seseorang daripada kami sedang bersendirian ? "

Nabi menjawab ; " Allah lebih layak untuk kamu malu daripada manusia "

(Riwayat Imam Abu Daud , at-Tarmizi , an-Nasai dan Ibnu Majah . Kata Imam at-Tarmizi ; hadis ini hasan )

Perkara yang mengeratkan persahabatan .



As'salamualaikum .. 


Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.”
Riwayat Al-Tabrani





 Kita hendaklah sentiasa mempamerkan keperibadian seorang muslim dalam setiap pergaulan kerana ia merupakan aset penting bagi kejayaan diri serta organisasi yang dipimpin. 

Tutur kata yang baik, beradab dan dipenuhi unsur-unsur keikhlasan akan memberikan motivasi yang paling berkesan kepada setiap individu dalam masyarakat sekeliling sehingga membentuk kualiti ummah yang terbaik dan menjadi contoh kepada yang lain. 

Jika kita mahu dihormati maka kita hendaklah terlebih dahulu menghormati orang lain sama ada dengan mengucapkan salam, bersikap peramah dan mengutamakan keperluannya. Ini dengan sendirinya akan menerbitkan perasaan hormat orang itu terhadap kita dan seterusnya menimbulkan rasa kasih dan sayang antara satu sama lain.




Sumber : himpunan hadis 

Tulis tadi (!)


As'salamualaikum semuanya .. 





Sudah agak lama juga tidak mengpost  informasi yang ingin saya kongsikan kepada semua . Maklumlah , tahun ini amat sibuk macam perdana menterilah katakan . Huhu , SPM candicate this year . I gonna fight with my friends . This gonna exciting  !  Ada faham kah maksud ini ? Mhuaa , hantam sajalah .

My english is really not good but I try my best to wake up . Not means I still sleep but wake up from mistake .Human never apart from make a mistake . Example , din't do homework . As student , we must to change that habits . Also for me , I agree with me ! (;




Berbalik kepada bahasa Melayu pulak . Kalau ada salah ayat dekat atas tu , harap 'repair' taw taw . Saya cuma hamba Allah yang kerdil . Haish , minggu ini sahaja enam hari saya ada kelas tusyen . Dekat aja tempat tusyen dari rumah dan Tesco . Lebih kurang 15 minit sampailah . Menaiki kereta kawan saya yang cute lagi menawan yakni [ NurFarahin Hamizah Bt Mohd Rashdan ]. Terima kasih pada mak hin kerana menumpangkan saya .  Saya ambil enam subjek yang penting juga tapi semuanya memang penting pun kan kan jadi jangan ambil tak endah taw .


- Bahasa Inggeris 

- Add math

- Matematik 

- Sejarah  *terpaksa ambil sebab nak cukupkan dalam pakej --'

- Fizik   *sangat penting dan memang selalu fail tapi kali ini saya katakan tidak pada 'FAIL'

- Kimia   *subjek yang best dan sangat lucu serta interesting 


Dah ! itu aja lah . Banyak-banyak nanti takut stress memanjang pulak . Lagipun dekat sekolah mesti akan ada extra class after school end right . InsyaAllah , boleh hadapinya dengan pertolonganNya . Kekuatan mental , fizikal , rohani dan jasmani kenalah disediakan dari awal-awal lagi supaya tak susah di lain hari . 



Perbualan ibu dengan saya :


" Ibu kata : Kakak makan vitamin ni , kawan ibu kata ini boleh mencergaskan badan kita .
Kaklong : Baiklah  ibu .









Ha ! itukan , ibu yang lebih risau dari saya yang akan ambil peperiksaan dan duduk dekat kerusi  periksa nanti . Itulah hati ibu , tak nak anak dia susah nanti . So , rest of you Love your mother because Allah . Kita sayang ibu . Berkat doa ibu dan ayah , anak-anak beliau semuanya mendapat pendidikan yang cukup samada dari segi agama dan juga akademik . Terima kasih ibu ayah (':





Waktu di sekolah macam biasalah , masuk kelas bising !! Haish , perangai lama dia orang yang susah nak berubah .  Girls yang lain just keep queit and do our work and tak nak waste time dengan perkara yang tak penting and memboringkan macam dia orang buat . Mhuaa , sorry kalau sesiapa yang terasa betch 5 Bestari 2011 . Susah betul nak handle boys yang ramai dalam kelas tu . Tambah lagi duduk depan two boys yang suka mengacau tetapi bising tak sangat . So , bersyukurlah sebab two boys back to me kira okaylah . Kalau ada yang tak faham or not sure , rujuk kawan , buku dan cikgu ;p 

Sebenarnya tak tahu nak entri apa lah , by the way ini entri merapu kot ? So , just smile and lought  when you read this . Senyum itukan sedekah . Entri ini tak berkaitan antara yang hidup mahupun yang mati . Cuma nak cerita sedikit je tak banyak pun apa yang dah terjadi kat kelas tu this first week school . I hope you dont mine kan kan . Angguk taw  ^_^ 


 
For All SPM students in Malaysia this year , study smart and dont stop invoke to Allah . InsyaAllah we all will get straight A+ on SPM if we harder more than before . Always remember Allah and thankfull to Allah . Alhamdulillah . So , I think end at here . InsyaAllah , we see on other  day if Allah still give us a change . Amin .







JAZAKALLAHU KHAIRA , SEMOGA BERMANAFAAT !