2011 NOW !

As'salamualaikum sahabat semua .. 


Alhamdulillah banyak tidak terhingga kepada Allah Yang Maha Satu . Tanpa Dia , kita sekarang mungkin tidak mendapat peluang untuk menghirup udara lagi , untuk sujud kepadaNya setiap hari , untuk berbuat kebaikan , untuk bersedekah dan juga untuk berbakti kepada orang-orang yang telah berjasa pada kita . Jangan jadi kacang lupakan kulit ! 


Memberi itu lebih baik dari menerima ,

Mencegah itu lebih baik dari merawat , 

 Membaca Al-quran lebih baik dari menyanyi , 

Mendoakan orang lain lebih baik dari bermusuh . 


Alhamdulillah selagi lagi , saya dengan rasa syukur kepadaNya kerana diberi kesempatan untuk mencoret di laman blog ini . InsyaAllah , saya akan menulis tentang apa yang sering berlaku mahupun terjadi dalam kehidupan seharian kita . Saya ini masih belajar mendalami semua ini , jika ada yang salah harap ditegur . InsyaAllah , teguran kalian menjadikan saya lebih tajam dalam menulis lebih banyak lagi tentang agama yakni yang tepat ! Sesungguhnya Allah akan menolong hambaNya yang berjuang ke jalan yang benar dan diredhaiNya , InsyaAllah dengan izinNya . 

Tahun 2010 menjanjikan yang terbaik . Segala suka duka yang di alami samada pada diri , keluarga , sahabat dan juga negara . Banyak berita gempar , mengejutkan , gembira , sedih , hiba dan berbagai macam perasaan yang bercampur baur dalam diri . Namun , dengan kuasaNya semua itu bagai soalan yang pasti ada jawapan . Setiap kesulitan ada kesenangan . Apa yang penting kerjasama berjemaah sesama kita . Bak kata perdana menteri kita yang berkaca mata itu , 1 Malaysia ! 

Masa berlalu ibarat roda berputar . Sekejap naik dan turun . 

Yang kaya menjadi miskin 

Yang miskin menjadi kaya . 

Yang muda menjadi tua . 

Yang kecil menjadi besar . 

Yang banyak menjadi sikit . 

Itulah lumrah kehidupan manusia yang tidak dapat dipisahkan bak kata pepatah bagai aur dengan tebing . Kita manusia harus terima kerana itulah perjalanan hidup kita sebagai manusia di muka bumi Allah ini . Dunia ini ibarat pentas bak kata sahabat baik saya . Allah menguji tahap keimanan kita di pentas ini kerana di alam yang satu lagi menjanjikan yang terbaik seperti mana yang di lakukan di dunia . Ini sudah terbukti di dalam Al-quran , sunnah dan hadis . Dengan adanya syurga dan neraka , manusia sentiasa berwaspada , menjaga dan mencegah dari terbelenggu dalam kancah negatif dan boleh menyebabkan terpesong akidah seseorang itu . SubhanaAllah . Kita lakukan kerana Allah !

Hari ini , tepat jam 6.15 a.m saya menulis coretan ini . Sudah bertukar daripada 2010 kepada 2011 yang telah datang dengan selamat . InsyaAllah , tahun ini bakal menjadi tahun yang baik buat semua tidak kira siapa sahaja . Banyakkanlah amalan yang baik , amalan sunat juga tetapi yang lebih utama amalan wajib . Perbaikilah tingkah laku kita kepada Allah barulah tingkah laku kita kepada manusia akan baik-baik juga . Rendahkan diri kita kepadaNya . Jadikan kita seorang yang takut akan azabNya . Jadikan diri kita seorang yang hanya mengimpi dan menginginkan izinNya , keampunanNya , kasihNya , CintaNya , keredhaanNya . Allah itu terlalu pemurah . Kita semua sedar itu , tapi kenapa masih kita tidak mensyukuri pemberianNya ? Apakah kita ini sudah terlalu senang ? Buat apa jika memiliki harta yang banyak tetapi sakit dan tidak senang hidup . Lebih baik tidak memiliki harta yang banyak tetapi sihat tubuh badan dan hati tenang . Itulah yang betul !

Tahun ini 2011 ! Saya dan sahabat saya yang lain akan menduduki peperiksaan SPM ! Ya Allah rasa gentar tidak terkata . Apa lagi , SPM penentu masa depan kita . Doakan kami semua berjaya dan sukses dalam redhaNya . Amin . Sahabat juga banyak membantu tika susah mahupun tika senang . Itulah persahabatan yang diredhai Allah . Berbuat baik dan menasihati ke arah kebaikan . Sama-sama kita nasihat menasihati kerana tidak rugi jika kita menasihati orang lain tetapi biar dengan cara yang lembut dan sopan kerana Islam itu indah !

Banyak juga kenangan-kenangan yang tidak dapat dilupakan ketika tahun 2010 ini . Semua biarlah menjadi ingatan yang berkekalan . Yang baik dijadikan pedoman dan yang tidak baik hindarkan dari memikirinya . Buang air yang keruh ambil yang jernih . Setiap musibah pasti ada kemanisannya bukan semuanya pahit . Ada pepatah menyebut , kulit ilmu memang susah untuk difahami tetapi bila membuka kulit itu dan belajar nescaya senang akan datang menghampiri . InsyaAllah .

Jadikan 2011 ini Jantung kita ! 




Ucapan terima kasih kepada sahabat yang banyak membantu :


Nurizzatul najihah bt Nasruddin 



Nur farahin hamizah bt Mohd Rashdan 



Nuur Farahim Akmam bt Yahaya 



Rafhanah Qasrina bt Ramli



Nur syahirah bt Abdul Rahim



Amira lotfi 



Aqilah sani



Nurul Aisyah bt mainor





SAYA SAYANGKAN ANDA SEMUA TAU TERMASUK SAHABAT YANG LAIN KERANA ALLAH

Mengapa bersedih jika anda memiliki enam formula ?



As'salamualaikum ..

Penulis buku Al-Farj Ba'da Asy-Syiddah menyebutkan bahawa salah seorang Hukuma' diuji dengan satu musibah . Maka datanglah teman-temannya mengucapkan keprihatinan mereka terhadap musibah yang menimpanya . Hukama' itu pun berkata : " Aku tahu ada satu ubat yang terbuat dari enam formula yang berbeza. " Teman-temannya pun bertanya : " Apakah dia ? " 





Jawabnya : 

Percaya sepenuhnya kepada Allah 


Kesedaranku bahawa semua yang telah Allah takdirkan akan terjadi 


Sabar adalah senjata terbaik yang mesti dipergunakan oleh orang-orang yang sedang mendapat ujian.

 Jika saya tidak bersikap sabar, lalu apa lagi yang boleh saya lakukan ?! Dan kesedihan tidak dapat membantuku .

 Mungkin sahaja saya akan berada dalam keadaan yang lebih buruk daripada keadaan saya sekarang .

Dari semasa ke semasa jalan keluar akan terus terbuka .


Kesabaran itu amat penting bagi kita , manusia. Apa lagi kita berdiri di pentas yang memiliki banyak cabaran yang harus diharungi dengan ikhlas . InsyaAllah Allah menjanjikan yang terbaik pada hambaNya selagi kita masih beriman dan bertaqwa kepadaNya yang satu . Setiap kesulitan pasti ada kesenangan sama seperti setiap soalan pasti ada jawapannya . Jadi , La-Tahzan ! Allah tidak akan menjatukan ujian kepada hambaNya di luar kemampuan hambanya . Katakan Boleh , InsyaAllah dengan izinNya . Allah always close to us no matter what . Allah Love Us 

walahualam 









laman web



As'salamualaikum semua ..


Cuba tekan LINK ini ! 


Sebenarnya LINK ini sangat - sangat berguna terutama kepada Pelajar Islam !
Ha ! Menarikkan bunyinya . Apa kata saya ceritakan serba sedikit oke !
Bismillahirahmanirahim ,, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia atau singkatannya (PKPIM) adalah badan induk pelajar - pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan . 


Tujuan utama

Penubuhan ini pada awalnya adalah untuk menjadi wakil tunggal pelajar-pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PTM) pada waktu itu untuk berhubung dengan badan - badan pelajar Islam , jangan ketinggalan untuk mengunjungi laman web ini ya ! Untuk mendapatkan lebih banyak informasi .Laman ini juga mempunyai capaian kepada ruang Minda , Usrah , Rencana dan Informasi sebagai wadah tambahan kepada pengunjung.

walahualam 

Ucapan hari natal



As'salamualaikum,

UCAPAN 'SELAMAT HARI NATAL'



SOALAN:-


Bolehkah kita mengucapkan 'Selamat Hari Natal' kepada rakan kita yang beragama Kristian dan mengunjungi rumahnya sempena hari perayaan tersebut ?

JAWAPAN:-


Hari Natal disambut sempena kelahiran Jesus sebagai anak Allah. Keyakinan ini amat bertentangan dengan Islam sebab Allah tidak memiliki anak. Allah menegaskan, "Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan" (Surah Al-Ikhlas, ayat 3)

Apabila seorang muslim mengucapkan 'Selamat Hari Natal' bererti dia mengucapkan 'Selamat menyambut kelahiran anak Allah'.Apabila seorang muslim menghadiri perayaan Hari Natal, bererti dia sama-sama meraikan hari kelahiran anak Allah.

Semua ini bertentangan dengan sikap seorang muslim yang sepatutnya, "Hendaklah bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolong pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan" (Surah Al-Maidah, ayat 2).

Oleh itu, kita sepatutnya bertolong-tolongan menjemput mereka ke agama Islam, bukannya meraikan hari kebesaran mereka yang mencerobohi dasar Islam hingga akhirnya mereka terasa pengikhtirafan kita ke atas agama mereka. Semua ini bukan bererti memecah belahkan rakyat Malaysia tetapi kita tidak seharusnya meraikan sesuatu yang bertentangan dengan pegangan agama masing-masing.

walahualam.

Jom! melancong secara jimat



As'salamualaikum,

Pasti masa cuti kalian terbuang begitu sahaja jika kamu tidak merancang sesuatu. Melancong ? Mungkin ada di antara kalian yang berasa was-was kerana tidak mempunyai bajet. Jangan risau, kamu juga boleh melancong sekiranya kamu bijak merancangnya. Mari ikut panduan ini

Rancang tempat yang ingin kamu lawati dan senaraikan terlebih dahulu. Lebih baik kamu pergi ke tempat yang tidak memerlukan bayaran masuk. Bagaimanapun, setiap tempat biasanya mempunyai kadar untuk pelajar. Jadi, gunakanlah sebaik-baiknya.

Buat bajet tentang percutian kamu. Masukkan sekali, anggaran perbelanjaan pengangkutan, penginapan dan kos makan minum

Lebih baik menyertai percutian secara berkumpulan. Selain dapat menjamin keselamatan ia juga dapat menjimatkan kos percutian impian kamu.

Pilih tarikh yang sesuai. Sebaiknya jangan pergi melancong pada waktu sibuk iaitu pada hari cuti umum mahupun cuti sekolah kerana harganya akan berganda-ganda.

Membeli belah ? Lupakanlah sahaja..Berdasarkan status kamu sebagai pelajar, kurangkan membeli benda yang boleh didapati di tempat kamu walaupun harganya lebih murah. Beli benda yang betul-betul kamu inginkan sahaja, barulah ia bernilai.




APA NAK BUAT CUTI NI YA ?

KERJA SAMBILAN
Bosan ? Mungkin kamu boleh mencari kerja sambilan ketika cuti ini. Selain berpeluang untuk mendapatkan duit poket, kamu juga bolehlah mendapatkan pengalaman bekerja. Lebih baik lagi, kamu mencari kerja sambilan yang mempunyai kaitan dengan apa yang kamu pelajari di pusat pengajian.

KURSUS JANGKA PENDEK
Inilah peluang untuk kamu mencipta nilai tambah agar kamu mempunyai kelebihan berbanding orang lain. Ambil apa sahaja kursus yang kamu minati agar kamu tidak terasa terbeban menyertai kursus tersebut.

SERTAI NGO
Satu lagi kreadit buat diri kamu. Daripada tidak berbuat apa di rumah, lebih baik kamu sertai badan-badan kebajikan, dapat juga mengembangkan tahap pergaulan kamu. Selain itu, bolehlah kamu melatih tahap komunikasi dengan pelbagai umur.

PERJUMPAAN SEMULA
Mungkin sudah lama tidak bertemu rakan-rakan ketika berada di alam persekolahan, jadi ambil masa ini untuk bertemu dengan mereka. Sekian lama tidak bertemu, pastinya ada banyak cerita yang ingin dikongsikan bersama.

BERIADAH
Kalau asyik mengadap televisyen dan merasai makan enak setiap hari, pastinya berat badan pun boleh bertambah. Untuk mengelakkannya, lebih baik kamu keluar beriadah dan menghirup udara segar.

Agama adalah nasihat



As'salamualaikum,

Dari Abu Ruqoyah Tamim Ad Daari radhiallahuanhu, sesungguhnya Rasulullah
bersabda : Agama adalah nasehat(1-2), kami berkata : Kepada siapa ? beliau bersabda :Kepada Allah, kitab-Nya, Rasul-Nya dan kepada pemimpan kaum muslimin dan rakyatnya (3).(Riwayat Bukhori dan Muslim)




Penjelasan :




Nasehat adalah : ungkapan yang menyeluruh berupa keinginan yang mencakup semua kebaikan.





Yang dimaksud adalah bahwa nasehat merupakan penopang agama.





Yang dimaksud dengan nasehat kepada Allah adalah beriman kepadanya, tidak menyekutukannya, mensucikannya dari segala kekurangan, ta'at kepada-Nya dan tidak bermaksiat kepada-Nya. Nasehat kepada Rasul-Nya adalah membenarkan risalahnya, beriman kepada semua yang dibawanya, menghormatinya,melaksanakannya ajarannya dll.






Agama Islam berdiri tegak diatas upaya saling menasihati, maka harus selalu saling menasihati diantara masing-masing individu muslim.

Nasihat wajib dilakukan sesuai kemampuannya .


Tema-tema hadits yg terkait dg Al-Qur'an
1. Da'wah dan Amar Ma'ruf Nahi munkar : 3 : 104, 3: 110, 41 : 33
3. Pentingnya selalu upaya untuk saling mengingatkan : 51 : 55, 87 : 9.

15 ciri wanita syurga



As'salamualaikum, 




Ini adalah 15 ciri-ciri wanita syurga yang sangat diimpikan oleh kaum hawa. Bacalah untuk panduan dan amalkan agar kita , kaum hawa ditempatkan di dalam syurga Allah ini. InsyaAllah .



Bertakwa.

 
Beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari kiamat, dan beriman kepada takdir yang baik mahupun yang buruk.

 
 Bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah kecuali Allah, bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa bulan Ramadan, dan menunaikan haji bagi yang mampu.

Ihsan, iaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah, jika dia tidak dapat melihat Allah, dia mengetahui bahawa Allah melihat dirinya.



Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah, tawakal kepada Allah, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya      dan bersabar atas segala mensyukuri segala   kenikmatan yang diberikan kepadanya.

Gemar membaca al-Quran dan berusaha memahaminya, berzikir mengingati Allah ketika sendiri atau bersama orang dan sentiasa berdoa kepada Allah.

 Menghidupkan amar makruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.



Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternakan yang dimiliki.



Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.

 Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk.

 Menjaga lisannya daripada perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain (ghibah).

Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.

 Berbakti kepada kedua-dua orang tua.

Menyambung silaturahim dengan keluarganya, sahabat terdekat dan jauh.


(artikel dari I luv islam)

Tips bangun solat subuh



As'salamualaikum, 

Ramai di kalangan kita yang mengalami kesukaran untuk bangun awal pagi dan mendirikan solat Subuh di awal waktu. Masalah ini terjadi atas beberapa sebab; antaranya ia telah menjadi tabiat, tidur lewat dan perasaan malas.





 

Berikut adalah beberapa panduan atau tips yang boleh dicuba oleh kita bagi mengatasi masalah ini :
 
Tidur awal; sekitar 10 atau 11 malam supaya tidur anda mencukupi.


Ambil wuduk sebelum tidur.


Tanam azam di dalam diri untuk bangun awal.
  

Baca surah Al-Mulk, 3 Qul dan doa sebelum tidur 

Pasangkan niat ' Aku nak bangun pukul sekian kerana Allah'



Maafkan semua orang sebelum tidur


Elakkan makan makanan berat sebelum tidur 


Elak diri dari melakukan maksiat sebelum tidur 


Gunakan alarm di telefon bimbit atau jam loceng untuk membantu anda. Pastikan ia berkualiti.


Minta tolong orang lain seperti ibu atau rakan untuk mengejutkan anda. Mungkin minta   mereka simbahkan air atau urut ibu jari anda sekiranya masih sukar untuk bangun!

DOA :





Panduan di atas memerlukan sedikit latihan. Namun insyaAllah, Allah pasti tolong kita sekiranya kita MAHU. (artikal dari I luv Islam)

JAZAKALLAHU KHAIRA , SEMOGA BERMANAFAAT !