Bunga-bunga


(1) Kembang kertas / Bunga kertas [Zinnia SPP]




(2) Bunga Anyelir / Carnation /Dianthus,spp




(3) Bunga tahi ayam / Bunga tahi kotok [Tagetes,spp]




(4) Bunga Lidah kucing -Bunga pukul 8 [Turnera ulmifolia]




(5) Bunga jam sembilan /Portulaka [Portulaca,spp]




(6) Kenikir /Cosmos




(7) Bunga Lilin- kembang lilin [Pachystachys lutea]






 Betapa indahnya ciptaan Allah. Allah menciptakan semua ini untuk manusia di dunia ini. Jadi, kita haruslah bersyukur atas pemberian yang Allah berikan. Jangan kita salah gunakan nikmat yang telah diberikan kerana lama-kelamaan ia akan membinasakan diri kita sendiri. Jadilah seorang manusia yang bersyukur dan mengucapkan 'alhamdulillah' di atas segala rezeki yang telah dikurniakan oleh Allah. Semua itu datangnya dari Allah. WaAllahuallam.


Bekas telefon yang haram

Bekas telefon bimbit berkulit babi
Assalamualaikum
 

harini pelbagai perkara yang menarik berlaku, masalah yang dihadapi pun telah diberikan penyelesaian. Terima kasih aku ucapkan kepada yang membantu, persahabatan yang terjalin sememangnya membuatkan aku terharu. Sekarang perlu meneruskan dan memberikan fokus sepenuhnya terhadap apa yang sedang dikerjakan. Semalaman tidak dapat melelapkan mata kerana memikirkan pelbagai perkara yang berlaku, semoga hari ini akan dapat melelapkan mata seperti biasa.

  bekas telefon bimbitnya, Sony Ericsson Vivaz yang telah  dipaparkan dalam artikel .  
Kulit babi digunakan di bahagian dalam penutup bekas tersebutNampaknya akan terpaksa pergi memulangkan semula bekas telefon bimbit ini, memang kecuaian aku juga kerana tidak memeriksa dengan teliti semasa di kedai, aku ingat ia hanyalah bekas yang diperbuat daripada pvc seperti kebanyakan bekas telefon bimbit murah yang lain. Tidak terdetik langsung yang ianya mempunyai struktur kulit di bahagian dalamnya. Walaupun mungkin ramai gemarkan untuk memakai kemasan kulit, tetapi jika kulit babi, siapa yang nak pakai bukan?

Jadi pesanan aku untuk diri sendiri dan kepada semua, jika membeli benda-benda seperti ini, pastikan anda memeriksa terlebih dahulu setiap permukaan, terutama apabila membeli barang-barang kulit. Terlalu banyak sekarang produk-produk yang menggunakan kulit babi, kerana kosnya yang murah. Semoga kita akan menjadi pembeli yang bijak dan peka.

Jauhi Lemah Hati

 As'salamualaikum ,
Selagi dinamakan manusia, kita mempunyai perasaan suka mengasihi dan dikasihi. Memang adat kehidupan bahawa kasih cinta didahului dengan berasa rindu, namun jangan pula rindu berlebihan.Kerinduan kepada kekasih, sering kali membekaskan duka, penyakit menyebabkan kelemahan hati.Kita sebenarnya berperang dengan perasaan. Namun, seorang Muslim akan terasa nikmat jika dapat menjauhi keluhan, kesedihan dan kerinduan ini.

Ibnu Qayyim memberikan terapi mujarab mengenai masalah rindu.
Sebelum itu beliau memberikan sebab mengapa rasa rindu berlebihan terjadi. Antaranya: Hati tidak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir dan ibadah kepada Allah sebaliknya membiarkan mata meliar. Pandangan dan renungan mata adalah jalan membawa kepada kesedihan dan keresahan.Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:"Pandangan mata itu satu daripada sekian banyak anak panah iblis."Setiap penyakit ada ubatnya. Ubat yang terbaik adalah meneguk daripada pengajaran Al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud:"Demikianlah supaya kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba kami yang terpilih." (Surah Yusuf, ayat ke-24)


                                                    
Berikut adalah beberapa tips yang ingin dikongsikan bersama :

Ikhlas kepada Allah.
Ikhlas adalah ubat penyakit rindu. Ikhlas kepada Allah bermakna selalu berusaha berada di pintu ibadah dan memohon kesembuhan daripada Allah. Jika kita ikhlas kepada Allah, Allah akan menolong kita daripada penyakit kerinduan melalui cara tidak pernah terdetik di hati.Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan:
"Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya.



 Doa mengundang sikap, rasa fakir dan rendah diri di hadapan Allah.
Oleh itu doa adalah salah satu bentuk ibadah yang agung. Ketika kita berada dalam kesempitan, kita bersungguh-sungguh dalam berdoa, berasakan Allah amat dekat mendengarkan rayuan. 




Mengurus mata dan pandangan.
Pandangan yang berulang-ulang adalah suis penting menyalakan api rindu. Orang yang memandang dengan sepintas lalu jarang berasakan hati terusik dan jatuh.Ibnu Qayyim menyatakan:"Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terjun ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya."




Bernikah dan membina rumah tangga adalah langkah paling baik.
Inilah ubat rindu paling baik. Tidak semestinya bernikah dengan orang yang kita kagumi. Meskipun pernikahan itu dilangsungkan tidak dengan orang dicintai dan diidamkan.

Sedikit bingkisan


As'salamualaikum ,

selamat malam semua yang masih belum melelapkan mata.
samalah dengan orang di sini.
kalau tidak, siapalah yang nak menaip waktu malam2 ni
 maaflah mengganggu semuanya ya, kalau mengantuk tidurlah dulu. esok pagi bacalah tau
..
..
..
..
..

Apa perasaan kawan-kawan bila melihat bayi-bayi yang tidak berdosa dibuang begitu saja. Padahal Allah jadikan manusia sebaik-baik ciptaanNya tapi perilaku manusia-manusia sebegini diibaratkan 'syaitan yang bertopengkan manusia'. Haiwan juga sangat sayang pada anaknya walaupun tidak diberi akal untuk berfikir. Kadang-kadang aku terfikir, mana letaknya kasih sayang manusia? Hanya pada seorang manusia yang bernama 'LELAKI' sahaja ke? Cinta , sayang dan segala ayat yang boleh dikatakan 'power' lah kononnya boleh menjamin masa depan yang cerah? Islam tidak melarang umatnya mencintai orang lain tetapi haruslah ada hadnya. Syariat Islam wajib kita ikuti. Kita sebagai umat Islam sepatutnya berbangga bukan merungut. Kata Islam ini, banyaklah syaratnya. Itu tak boleh ini tak boleh ? Setiap yang Allah suruh dan larang mesti ada hikmahnya yang tersendiri. Allah tidak akan lakukan sesuatu tanpa sebab-sebabnya yang tertentu. Seperti contoh, Islam melarang perempuan dan lelaki yang bukan mahram ini berdua-duaan apatahlagi di tempat-tempat yang sunyi tanpa ikatan yang tidak sah. Ini semua ini kenapa, agar tidak timbul fitnah, penzinaan yang dilaknat oleh Allah, anak luar nikah dan segala macam yang negatif pasti akan keluar dari setiap mulut masyarakat sekeliling. Yang paling menyedihkan sekali, MARUAH DIRI , KELUARGA dan juga AGAMA ! Sedangkan Allah sendiri sudah melarang untuk melakukan kemungkaran. Semuanya telah disebut didalam kitab Al-Quran dan hadis-hadis para nabi terdahulu. Para nabi terdahulu telah bermati-matian bagi mempertahankan AGAMA ISALAM. Sanggup bergadai nyawa, harta, tenaga, masa dan keluarga hanya kerana Allah Yang Satu. Tapi sekarang, dunia yang hampir kiamat. Kapan kita tidak tahu, tapi hari itu pasti dan tidak was-was lagi akan datang juga dengan izin Allah. Kita hidup pun tidak tahu bila akan dimatikan. Dengan masa yang kita ada inilah kita lakukan sebanyak-banyak amalan baik dan hindari perkara yang tidak disukai oleh Allah. Tidak ada rugi langsung kita lakukan malah banyak ganjarannya bukan sahaja di dunia tetapi di akhirat kelak. Ibaratkanlah sebentar lagi ajal kita akan tiba, jadi dengan masa yang kita ada sebelumnya itu kita lakukan seberapa amalan yang banyak dengan kemampuan yang kita ada. Jika orang lain boleh melakukannya kenapa tidak kita. Kita semua sama di sisiNya tetapi yang membezakan amalan seseorang waktu dia masih hidup. Selagi kita berfikir soal mati, itu menunjukkan kita masih mempunyai iman. Setiap yang hidup pasti akan mati sama juga setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Kita harus redha menerima semuanya. Selagi kita berpegang pada ajaran Allah yakni Islam , kita tidak akan sesat ke jalan yang tidak diredhaiNya. Allah itu sangat sayang pada hamba-hambaNya. Allah itu maha pemurah dan adil.

http://www.emocutez.com

MASA YANG ADA JANGAN DISALAH GUNAKAN,
JADILAH SEORANG MUSLIM DAN MUSLIMAH YANG BERGUNA ,
INSYAALLAH KITA AKAN MENCAPAI KEJAYAAN YANG DIREDHAINYA.




Jangan bersedih


Jangan bersedih,

kerana di sana masih banyak jalan meringankan musibah



Di antaranya :

(1) Menunggu pahala dan ganjaran dari sisi Allah 'Azza wa Jalla :

...sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dikucupkan pahala mereka tanpa batas (Az- Zumar:10)

(2) melihat kepada orang lain yang mendapat musibah :

Kalau saja tidakku lihat
esak tangis orang
yang ditimpa musibah di sekitarku 
tentu telah kubunuh diriku

Maka berpalinglah ke kanan dan ke kiri, adakah anda lihat di sekeliling hanya orang-orang yang tertimpa musibah dan ujian? Dan sebagaimana dikatakan orang : " Di setiap lembah terdapat Bani Sa'ad "

(3) Yakin bahawa musibah yang menimpa diri anda jauh lebih ringan berbanding dengan yang menimpa orang lain

(4) Yakinlah bahawa musibah yang anda deritai itu berkaitan dengan dunia sahaja, bukan berkaitan dengan agama.

(5) Yakinlah bahawa ubudiyah yang dilaksanakan dengan khusyuk ketika sedang mengalami tekanan terkadang lebih besar nilainya jika dibandingkan dengan yang dilakukan pada saat-saat mengalami kebahagiaan.
(6) Janganlah melakukan tipu muslihat :

Tinggalkan tipu muslihat
untuk mengubah bencana.
Hancurnya tipu muslihat
adalah dengan meninggalkannya

(7) Sedarlah bahawa pilihan Allah Subhanahu wa Ta'ala adalah yang TERBAIK (!) 

...boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu..(Al-Baqarah: 216)

  
 

  

C.A.T

As'salamualaikum ,






bila cakap pasal gajah kucing je satu perkataan yang keluar dari mulut mesti :



COMEL
COMEL
COMEL
COMEL
COMEL
COMEL
COMEL 

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

tapi satu je yang aku tak suka pada kucing ni. iaitu :




BULU
BULU
 BULU
BULU
BULU
BULU
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
bulu kucing ni menggatalkan menggelikan aku. lagi-lagi kalau kucing itu dekat dengan aku. grr. janganlah!! aku trauma dengan kucing ni. dekat dengan aku pun aku tak suka. baik dijauhkan. kalau pasal kucing je, mesti aku fikir :

(1) mesti dia nak terkam aku

(2) mesti nak gigit aku

(3) mesti nak dekat dengan aku

(4) mesti asyik tengok aku je.

whoahoa. tahulah aku ni putih gelap, janganlah tengok kucing-kucing sekalian. bulu roma aku dah ternaik bila kucing dekat dengan aku. semua benda yang aku buat, mesti ada yang tak kena. MESTI (!) aku sabar jelah dengan sikap kucing ni. aku pun tak tahu kenapa aku ni penakut sangat bila nak dekat dengan kucing. macam kucing itu ada virus H1N1 je. tak pelah sebagai langkah berjaga-jagalah katakan. dari betul-betul terkena baik aku jauhkan diri aku dulu. 


pernah terjadi di sebuah restoran di bangi. tempat situ memang banyak kucing. comel-comellah jugak. dalam banyak-banyak tempat, tempat yang aku duduklah kucing itu nak datang. adoiii...aku mulahlah resah dan gelisah. erm.. asyik toleh kiri kanan nak tengok manalah si kucing ni pergi. tahu-tahu ada kat bawah kerusi aku.  nasib baiklah masa aku makan kucing itu tak kacau, kalau tak aku baling sudu. hee, tapi tak buatpun. dengan haiwan pun kita kena berkasih-kasihan kan. tapi selesainya aku makan, kucing itu terus naik kat atas kaki aku. aku apalagi menyanyi menjerit lah. terkejut tahu (!) abang-abang sebelah tengok je. aduh, malunya..T_T. sampai meja dah nak terbalik tau tak. 

balik je rumah, tengok kaku berdarah-darah. ada kesan cakar kaki dia lagi. whuahua, sakitnya. lepas ni, aku tak nak lagi makan dekat restoran itu walaupun sedap. tak nak..




sekarang 
.
.
.
.
.
.
.

http://www.emocutez.comdah sembuh dah sampai boleh menari macam ni lagi. hehe.

Menakutkan . .

As'salamualaikum , 


(!)
.
.
.
.
.

satu makhluk yang aku takutkan sangat...nak tahu..mari sama-sama kita ungkap!!

.
.
.
.
.
.

arghhh CICAK LIPAS (!)


secara jujur dan sejujurnya memang aku berani takut makhluk Allah ini. masa kecik-kecik dulu lagilah. takut macam ada pencuri masuk rumah aja (!) tapi sebenarnya hanya lipas je. adoii.  mungkin disebabkan aku perempuan memang takutkan haiwan yang berkaki enam empat saja ni. masa dekat rumah lama, haiwan ni banyak menginap kat dalam bilik air. wahwah (!) ingat hotel ke.. walaupun bilik air sebersih mana tapi masih dia mahu menetap kat situ. memang takut sesangatlah + geli = pukul. hehe. 


pada suatu hari....
waktu aku masih lagi sekolah rendah. awal-awal pagi biasalah mengeliat dulu (!) hehe. lepas bangun, barulah masuk bilik air. time macam nilah haiwan ni datang. nak pergi sekolah jugak ke ? ayoyoy. mungkin anak-anak dia pun perlukan pendidikan yang sewajarnya kot. perkara pertama bila jumpa :


(1) perhati dengan teliti

:

(2) tengok gerak-geri haiwan ini


:

(3) ambil lesung sesuatu benda 

:

(4) barulah mulakan senam mulut apa lagi
JERITLAH (!) 


:


nama pertama yang dipanggil mestilah papa ayah tersayang. penyelamat terhebat masa itu. ayah dengan gaya tersendiri ketuk pintu dulu barulah tendang pintu itu. kesian pintu jadi mangsa. haha. beli pintu barulah jawabnya.nasib baik aku dapat dikeluarkan dengan selamat. *macam kebakaran pulak kan. keluar je dari bilik air, menangis ;(. lepas itu ibu pujuk. anak pertamalah katakan. hee. 


lepas ibu dah berjaya memujukku. aku pun siap-siap pergi ke sekolah. dengan beg yang kecik besar dariku, aku memulakan langkah dengan gagah. wahwah . ibu kata ' sudahlah itu, jangan menangis je'. aku menjawab ' yang lipas nak datang kat situ kenapa?' apa-apapun sekarang aku takut beranilah katakan. taklah menjerit bila jumpa lipas tapi senyap dan buat tak endah je. kalau aku tak ganggu dia, so dia taklah ganggu aku. buatlah kerja masing-masing dan tak perlu sibukkan tentang hal orang lain. 




eh (!)


.
.
.
.




nak berterima kasih jugaklah kat lipas-lipas yang telah buat aku takut dulu. lipas nilah yang telah memotivasikan menjadikan aku dari takut kepada berani dengan serangga kecik ini. terima kasih lipas-lipas. hehe. dan mintak maaflah kalau aku terbunuh tercederakan lipas-lipas ni. maafkan aku ye.





 









Pada hari ini (!)






tanggal 12/11/2010

dari pagi hingga ke petang

dari sekolah ke rumah

dari rumah ke tesco

dari bilik ke ruang tamu

dari kereta masuklah rumah

dari sini aku mulakan ceritaku..ok :)

-

SUSPEN...

-

sebelum itu, salam dulu. assalamualaikum

*START NOW*

As'salamualaikum , setiap hari aku akan bangun pagi untuk menunaikan solat sunatku seperti biasa. solat sunat tahajud ataupun solat sunat yang lain. amalan solat sunat ini membantu kita menghapuskan lagi dosa-dosa kita. InsyaAllah Allah terima ibadat kita jika kita lakukan dengan ikhlas dan niat kerana-Nya. sebelum tidur aku akan kunci jam pada handphone mahal murahku itu. jenama biasa je "sony ericsson". hehe. selalunya aku akan kuncikan jam pada pukul 4.45 pagi dan lazimnya aku akan bagun pukul 5.00 atau lebih sebab itu aku set jam awal-awal. hehe. dah terbagun dari tidur, aku terus mulakan kerja aku. pagi-pagi pun ada kerja tahu! kejutkan orang bangun solat sama-sama. susah jugak nak  kejutkan orang yang tidur mati ini. susah..susah..tapi nasib baik bangun kalau tak habis basah baju dia kena simbah dengan air.. hehe.. jangan marah ya ****** .


lepas bangun itu, aku akan terus ambil wuduk dan tunaikan solat sunatku. dengan tenangnya, aku khusyuk dalam solatku. tiada sebarang gangguan. kadang-kadang ada bunyi katak tapi waktu hujan jelah. waktu lain anjing liar yang banyak. menyalak tak tentu pasal. adoii.sekitar jam 5.30 atau hampir-hampir pada pukul 6.00 pagi, kerjaku seperti biasa ialah menggosok baju. baju aku, ayah wajiblah. kadang-kadang kalau hati baik gosokkan baju adik sekali. hehe.dah selesai semuanya aku terus berangkat ke sekolah dengan menaiki motor ayah. sebelum itu cium dan salam ibu, adik danish dan dan angah. dah sampai sekolah barulah salam ayah. tapi pagi tadi hujan lebat so kenalah naik kereta. bodek ayah sikit suruh naik kereta sebab ayah nak naik motor hujan-hujan ni, bahayalah!! dah sampai sekolah, aku terus meluru masuk ikut pintu kecil dan pergi ke kantin sekolah. selalunya tempat itulah kami semua duduk jika hujan.


sebenarnya hari ini, ada senamrobik. poco-poco pun ada. haha. penatlah!  http://www.emocutez.com  dah lama tak panaskan badan. muda lagi tapi badan tak larat macam orang yang dah tua. apelah. poco-poco memang susah nak ikut tapi lama-lama oklah jugak. belum cuba belum tahukan. lama-lama boleh tahanlah. habis je tarian semua meluru ke arah kipas yang sebesar alam itu, macam tak pernah tengok kipas tapi disebabkan panas dan berpeluh tak endahkan semua itu termasuk aku sendiri. hehe. hari ini langsung tak belajar. seronok sikitlah sebab boringlah jugak. dengar kawan berbual je sambil aku baca novel yang ada di atas meja kawanku. tak minat novel sangat tapi minat sangat dengan komik (gempak starz) :). 


sebenarnya hari ini aku ingat nak puasa dan tak nak datang sekolah tapi aku datang jugak akhirnya. hari lain pulak aku puasa. T_T time rehat aku lupa bawak duit tapi sebenarnya buat-buat lupa je. sebab malaslah nak makan. nanti balik rumah makan jugak. lagi sedap ibu masak ayam kari. hehe. tapi ada duit spare cuma bila turun bawah terlupa bawak pulak. aduh...dah satu masalah. kawan baik aku pulak nak belanja, tapi aku kata "tak pelah". tapi dia berdegil nak jugak belanja aku makan. rezeki jangan ditolakkan. aku ucapkan terima kasih kat dia. my best friends ever 'anak encik mainor' :) lepas itu makan kek! dahlah aku ni gila 'tengok' kek apa lagi sebut pasal 'makan' kek. habislah jawabnya. hehe. sedap jugak buatan "secret recipie". ada kelaslah gitu! sekali satu sudu aku kaut krim kek itu. sedap teramat. aku ni kuat makan tapi berat tak naik-naik. peliklah mungkin sebab sistem metabolisme aku tinggi http://www.emocutez.com


akhirnya aku selamat sampai ke rumah dengan selamat. lepas balik, terus bukak kasut dan masuk bilik. dah siap semuanya turun bawah dan makan. lepas itu solat zuhur. malam itu, aku dah mintak izin ibu untuk tanya ayah samada boleh hantarkan aku ke tesco atau tidak? tapi ayah balik lambat sikit hari ini. selalunya hari jumaat ada game badminton dekat dewan sekolah bandar rinching sana. nasib baik hari ini tak ada. bolehlah aku beli barang yang aku nak kat tesco dengan ayah. berdua je. romantikan..hehe..jangan jealous ye!  dah beli barang yang aku nak teruslah balik. ibu dengan adik yang lain tak ikut sebab hari ini farah ada buat persembahan dekat sekolah agamanya sekali penyampaian hadiah. ibu wakil hadir hari ini. tinggal aku berdua dengan ayah. lepas ayah kata " siap akak". aku pun jawab " dah nak pergi ye,? oklah akak siap" sambil aku tersenyum sinis. sampai di tesco aku dah jumpa barang yang aku nak. iaitu ( tak boleh bagi tahu)  http://www.emocutez.com!


sampai di rumahnya aku terus menjerit. ayah!!!! tengok ni cepat. cepat ayah!!! ayahku pun terkejut terus menghampiri aku. rupa-rupanya paip singki terbuka dan banjir sudah rumahku. wahwah. dahlah masa itu basuh baju, habis basah lantai. akulah kena marah dengan ayah. wahwah. ayah terus suruh aku ambilkan mop dekat luar rumah. ayah yang bersihkan bukan aku. hehe. rajinya ayah. suami mithali katakan. itulah ceritanya. tak panjang manapun. harap seronok ye semua.



Dulu-Dulu

....wah wah...

terasa macam nak :

(1) senyum

(3) senyap

(4) tidur

(5) makan

(6) minum

(7) baca komik

(8) nak taip sesuatulah :)

* hari-hari aku buat mengikut senarai kat atas itu. bagus kot :)


http://www.emocutez.com

hidup aku seperti biasa. macam remaja perempuan yang  lain juga. suka berkawan dan nak memiliki ramai kawan tidak kira apa jenis kaum sekalipun. Kata PM kita 1 MALAYSIA!!!

_____________

-

-

As'salamualaikum , dulu aku seorang budak perempuan yang bukan pendek tetapi rendah ok. tak apalah. aku akan kongsikan cerita lamaku untuk kawan-kawan. aku dulu tinggal di kajang. tempat lama ibu dan ayahku tinggal. tempat itulah kedua orang tuaku tinggal sejak bujang lagi. depan-depan sahaja rumahnya. lagipun rumah flat. hehe, dah jodoh tidak kemana kan. banyak kenangan pahit,manis,masam,tawar dan semua jenis perasalah. nak perasa mana? letak jelah apa-apa kan

aku memiliki ramai kawan perempuan tetapi hanya seorang kawan lelaki yang paling aku rapat. mana taknya, mak dia lah yang jagakan aku masa masih kecik lagi. kami dulu suka main kejar-kejar dari tingkat 5 flat boleh dengar tapak kaki berlari. wahwa. nakalah katakan. masih kecik tak apakan kan?

sebelum aku sekolah kemas dahulu, aku dimasukkan ke dalam sekolah yang ramai china. sekolah china lah itu! susah sangat lah nak bagi tahu. haha.pada awalnya memang best sampai menangis nak balik rumah!! tunggu je ayah kat pagar sekolah itu sampai ayah jemput ambil balik. dalam hati rasa nak panjat je pintu pagar itu. tapi tak bolehlah. susah sebab pakai skirt.http://www.emocutez.com  hehe.


lepas setahun sekolah china beralih pula ke sekolah melayu iaitu kemas. macam-macam drama ada ketika aku sekolah di kemas dahulu. aku jadi pengapitlah, main kolam ikan, kejar tikuslah, letak lipas kat baju kawanlah,berdiri atas mejalah. hehe macam-macam ada. dari ramai-ramai kawan aku kat situ cuma ada seorang aja yang lain dari kami semua. dia seorang murid lelaki yang agak kurang sihat tetapi dia baik sangat. aku suka juga berkawan dengan dia. pada suatu hari ini, masa itu waktu hujan. kolam air kat depan tadika dah bertakung dengan air yang banyak. tanpa disangka-sangka dia terus masuk ke dalam kolam itu dan mandi. hehe..dia memang kawan yang baik :) cikgu pun terus panggil dia dan keringkan badannya yang lecus basahnya. kami hanya sekadar memandang saja. kalau nak tahu,waktu aku tamatkan pelajaran di sekolah tadika aku dipakaikan baju macam orang nak ambil ijazah. macam je..hehe..senyum!! klik!! dah siap gambar. cikgu pulak suruh pakai gincu yang merah menyala itu. dah lah muka aku hitam legam nak pakai yang berwarna merah pulak. dah macam badutlah. tapi budak-budak dulukan, ikut aja kata cikgu.
http://www.emocutez.com * budak baik


setelah tamat sekolah tadika aku disekolahkan di sekolah rendah taman jasmine,kajang. sekarang ini sekolah aku itu dah ada taman permainan. dulu tak ada pun sekarang ada pulak. jealous! aku menaiki kereta seorang untie yang juga penghantar  budak sekolah. tapi pernah terjadi suatu ketika aku duduk di bahagian depan. disebabkan untie nak cepat. aku terpaksa duduk disebelah seorang budak lelaki yang  agak  gempal badannya. aku yang berbadan kurus kering itu bertambah kering ketika untie buat selekoh yang tajam. tetapi tanpa disedari pintu kereta yang berada di depan itu, tak di kunci. tiba-tiba aku perasan budak itu dah terjatuh keluar jalan kerana pintu itu tidak tertutup dengan rapat. seramnya..nasib baiklah tak ada apa-apa yang terjadi dekat budak lelaki itu. cuma luka ringan di siku saja. wahwah.http://www.emocutez.com  kalau aku duduk tepi pintu kereta itu, nahaslah jawabnya 



ada suatu hari ni, time itu sambutan hari guru. pengawa-pengawas sekolah yang 'berwibawa' ini diminta membantu dalam menyempurnakan hari tersebut. jasa guru ini, tidak akan pernah lupa sampai di dalam kubur sekalipun. jadi, hargailah guru anda. kami semua diberi masa untuk berada di tingkat dua sekolah yang bertentangan dengan tiang bendera ataupun tapak perhimpunan yang sebesar  padang itu. setiap seorang diberi belon. nak buat pe? tiuplah...adoiii...tak kan nak kempiskan pulak...cikgu akan berikan arahan setelah selesai kami meniup belon itu sehingga menjadi besar. selesai sambutan hari guru diucapkan, kami terus meletupkan setiap belon di tangan kami dengan jarum yang telah diberikan. semua yang hadir  terkejut macam nak terkeluar jantung! hehe. mereka tak sedar kalau kami semua menyorok macam pengintip peribadi kat belakang mereka. alangkah best sekali masa itu. eheh



ada suatu hari ini, saudara atuk dan nenek datang ke rumah. waktu itu, aku tak pergi sekolah. bukan malas tau tapi kurang rajin. haha. ada seorang perempuan ni, mungkin umurnya sebaya aku kot. tak bertanya pulak. tak sempatlah. hehe. aku nak berkawan dengan dia. bila aku nak bercakap dengan dia, matanya di toleh ke lain. macam tak nak kawan aku je. tapi aku tak marahpun. aku masuk bilik dan tidur lagi baguskan. hehe. kalau nak tahu, waktu aku bagun dari tidur dia ada di dalam bilik bersama nenek. dia pukul aku pakai sikat. sakitnya. tiba-tiba je dia nak pukul aku. wahwah. aku tak suka hari itu. rasa nak balik je rumah. nak balik jugak!!! http://www.emocutez.com mana ibu ini tak ambil-ambil aku lagi. ehm...    hari malang bagiku asyik dibuli oleh dia je. tapi tak apalah lagipun dia bukan macam manusia normal tetapi ia istimewa sekali. aku faham keadaan dia seperti itu tetapi air mata ni tak berhenti menangis nak balik je...budak kecillah katakan. memang suka nangis je..faham-fahamlah ye.


darjah empat aku sekolah di sekolah kebangsaan bandar rinching. jadi pengawas lagi. hehe. keturunan pengawas lah kot.. hari pertama aku tak pergi ke sekolah. kerana..atuk kesayanganku di kampung atau ayah kepada ayahku sudah meninggalkan kami semua. sedih membuak-buak. hidup arwah atuk, setengahnya dalam keadaan yang sakit. lumpuh kakinya dan suaranya sudah tidak didengar lagi akibat jatuh. kaki atuk sukar untuk diluruskan kerana ketika masih hidup lagi kaki arwah atuk tak boleh diluruskan. sedihnya, semoga rohnya ditempatkan dalam golongan yang baik-baik aja. Amin...



setelah selesai semuanya, aku pergi ke sekolah ku yang buat pertama kalinya di sekolah baru. teruja sangat. tapi apa yang jadi. aku duduk dekat belakang sekali. macam terpinggir je aku ni. semua tempat duduk murid-murid lain dah duduk siap ada letak nama masing-masing lagi. aku duduk seorang diri seperti orang bisu. tak lama kemudian, aku mendapat kawan. gembira!!!!! ada juga yang ingin berkawan dengan aku.



setelah beberapa tahun berada di sekolah itu macam-macam terjadi dekat aku. dramalah katakan. kena dendalah, kena langgar dengan orang sampai kain sekolah koyaklah, kena cubit dengan cikgu sebab lupa bawa buku latihanlah...normalkan..hehe..waktu aku kena langgar, sampai sekarang aku masih trauma lagi. ehm, seramnya bila ada orang main kejar-kejar atau berlari berhampiran dengan aku. kejadian itu ketika aku di  tapak perhimpunan. biasalah budak-budakkan suka sangat main kejar-kejar sampai tak nampak kawan ada dekat depan. murid-murid lelaki terutamanya apatahlagi badan-badannya agak gempal. kesiannya, aku kene hempap dengan dia orang sampai aku terseret dekat tapak perhimpunan itu. disebabkan permukaan yang kasar, kain sekolahku koyak dan aku luka banyak. nangis...wahwahhttp://www.emocutez.com  terus mintak tolong cikgu suruh ubatkan luka dan darah yang tidak berhenti mengalir tu. sakit teramat sangat. TRAUMA...



sekarang aku sekolah di sekolah bandar rinching juga tapi tambah 'menengah kebangsaan' lepas ayat 'sekolah'. hehe. jadilah ayat 'sekolah menengah kebangsaan bandar rinching'. pandai kan.!!!! sekarang aku senang di sini. setiap yang terjadi padaku akanku ingat sampai bila-bila. mungkin lepas ini, aku tidak akan pernah rasa pengalaman yang best dan seronok macam ini. hehe.

 
semoga kawan-kawan enjoy baca ye. maaflah kalau ayat aku ada kasar sedikit. maklumlah, murid baru nak belajar buat karangan macam ni . bagilah peluang ya..


SEKARANG DAH BESAR (:




Ulangkaji cara berwuduk

Kemudian dia berkata: "Aku melihat Nabi saw berwuduk seperti mana wuduk aku ini, lalu baginda bersabda: "Sesiapa yang berwuduk seperti mana wuduk aku ini lalu dia solat dua rakaat tanpa menyibukkan dirinya dalam melakukan dua rakaat itu, maka Allah akan mengampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu"





|

|

 |

Berdasarkan hadis di atas dapat kita ambil beberapa pelajaran penting berkenaan amalan wuduk, iaitu :


.
|
.
|
.
|

<1>
Bekas air yang digunakan untuk berwuduk hanyalah bersaiz kecil. Dalam sebuah hadis lain diterangkan bahawa Rasulullah saw lazimnya berwuduk sebanyak satu "mud" air. (Shahih al-Bukhari,no:21) Satu "mud" air ialah air yang dapat ditakung dengan kedua-dua telapak tangan orang lelaki bersaiz sederhana yang diletakkan bersama. Ia menyamai kuantiti air sebotol air mineral bersaiz kecil (600-700ml). Para ilmuwan menyatakan satu "mud" bukanlah batas maksimum penggunaan air wuduk, tetapi menunjukkan sifat hemah penggunaan air oleh Rasulullah saw.Jumlah ini hendaklah sama-sama kita renungi dalam suasana berwuduk masa kini yang menggunakan air paip yang mengalir deras, di mana jumlahnya jauh lebih banyak dari satu "mud".


.
|
.
|
.
|

<2>
Setelah membasuh kedua-dua telapak tangan, tangan kanan dimasukkan ke dalam bekas air untuk mencedok air bagi basuhan seterusnya. Nampaknya telah berlaku percampuran air, di antara air yang tersisa di telapak tangan setelah pembasuhan dan air yang berada di dalam bekas. Ini merupakan salah satu dari sekian banyak bukti bahawa syarat air mustakmal tidak berasal dari sunnah Rasulullah saw. Air mustakmal bererti air yang telah digunakan untuk membasuh sesuatu anggota wuduk, di mana ia tidak boleh digunakan semula oleh orang yang berwuduk. Syarat air mustakmal yang masyhur diajar hanya merupakan syarat yang dibuat-buat. Ia menyukarkan amalan wuduk, membazirkan air dan tidak memiliki dalil kukuh dalam agama.


.
|
.
|
.
|

<3>
Para ilmuwan berbeza pendapat hukum memasukkan air ke dalam hidung dan menghembuskannya keluar ketika wuduk, apakah ia sunat atau wajib? Di sebalik perbezaan ini, yang utama ialah kita memasukkan air ke dalam hidung dan menghembuskannya keluar kerana ia merupakan sunnah yang mulia lagi menghasilkan pahala.Tidak ketinggalan, ia adalah praktik yang dapat membersihkan rongga hidung kita.


.
|
.
|
.
|

<4>
Membasuh anggota wuduk sebanyak tiga kali merupakan jumlah maksimum. Jika dirujuk kepada hadis-hadis sahih yang lain, diterangkan bahawa Rasulullah saw pernah membasuh anggota wuduk sekali, dua kali dan tiga kali. Semuanya bergantung kepada kadar penyebaran air dan pembasuhan. Jika anggota wuduk dapat disebarkan air ke atasnya dan dibasuh dengan lengkap, maka sekali sudah mencukupi. Tidak semestinya ia dilengkapi kepada tiga kali. Jangan melebihi tiga kali kerana ia hanyalah was-was bisikan syaitan dan kezaliman ke atas diri sendiri. Rasulullah saw mengingatkan: "Inilah wuduk,sesiapa yang menambahnya maka dia berbuat keburukan, melampaui batas dan zalim". (Shahih Sunan Ibn Majah, no: 422)


.
|
.
|
.
|

<5>
Semua anggota wuduk dibasuh sekali atau dua kali atau tiga kali kecuali kepala, ia diusap hanya sekali. Para ilmuwan sekali lagi berbeza pendapat, apakah kepala diusap keseluruhannya atau cukup sebahagian atau cukup minimum tiga helai rambut? Di sebalik perbezaan ini, yang utama ialah mengusap keseluruhan kepala kerana itulah amalan Rasulullah saw . Cara mengusap ialah menggunakan ruang di antara ibu jari dan jari telunjuk, basahkannya dan usap kepala dari hadapan ke belakang, dari belakang ke hadapan semula.

Ketahuilah bahawa telinga termasuk sebahagian dari kepala,maka setelah mengusap dari belakang ke hadapan, kedua-dua jari tangan kanan dan kiri terus mengusap telinga kanan dan kiri.Tidak perlu menciduk air atau membasahkan tangan semula.

Bagi para Muslimat yang memakai tudung dan memiliki kesukaran untuk membuka dan memakainya kembali,Islam memberi kemudahan untuk mereka mengusap di atas tudung sahaja.Mereka tidak perlu membukanya untuk mengusap rambut seperti mana di . (Shahih Fiqh al-Sunnah,jld.1,ms.238-239)


.
|
.
|
.
|

<6>
Selesai berwuduk sebagaimana Rasulullah berwuduk, dianjurkan mendirikan solat sunat dua rakaat. Solat ini memiliki ganjaran yang besar kerana ia menghapuskan semua dosa-dosa yang telah lalu. Selain itu, Rasulullah saw juga pernah mendengar bunyi kasut tukang azannya-Bilal- di dalam syurga, lalu ditanya kepada Bilal apakah amalan khusus yang dilakukanya? Bilal menerangkan bahawa beliau mendirikan solat sunat selepas wuduk hampir setiap kali selepas berwuduk. (Shahih al-Bukhari,no:1149)


JAZAKALLAHU KHAIRA , SEMOGA BERMANAFAAT !