As'salamualaikum ,
selamat malam semua yang masih belum melelapkan mata.
samalah dengan orang di sini.
kalau tidak, siapalah yang nak menaip waktu malam2 ni
maaflah mengganggu semuanya ya, kalau mengantuk tidurlah dulu. esok pagi bacalah tau
..
..
..
..
..
Apa perasaan kawan-kawan bila melihat bayi-bayi yang tidak berdosa dibuang begitu saja. Padahal Allah jadikan manusia sebaik-baik ciptaanNya tapi perilaku manusia-manusia sebegini diibaratkan 'syaitan yang bertopengkan manusia'. Haiwan juga sangat sayang pada anaknya walaupun tidak diberi akal untuk berfikir. Kadang-kadang aku terfikir, mana letaknya kasih sayang manusia? Hanya pada seorang manusia yang bernama 'LELAKI' sahaja ke? Cinta , sayang dan segala ayat yang boleh dikatakan 'power' lah kononnya boleh menjamin masa depan yang cerah? Islam tidak melarang umatnya mencintai orang lain tetapi haruslah ada hadnya. Syariat Islam wajib kita ikuti. Kita sebagai umat Islam sepatutnya berbangga bukan merungut. Kata Islam ini, banyaklah syaratnya. Itu tak boleh ini tak boleh ? Setiap yang Allah suruh dan larang mesti ada hikmahnya yang tersendiri. Allah tidak akan lakukan sesuatu tanpa sebab-sebabnya yang tertentu. Seperti contoh, Islam melarang perempuan dan lelaki yang bukan mahram ini berdua-duaan apatahlagi di tempat-tempat yang sunyi tanpa ikatan yang tidak sah. Ini semua ini kenapa, agar tidak timbul fitnah, penzinaan yang dilaknat oleh Allah, anak luar nikah dan segala macam yang negatif pasti akan keluar dari setiap mulut masyarakat sekeliling. Yang paling menyedihkan sekali, MARUAH DIRI , KELUARGA dan juga AGAMA ! Sedangkan Allah sendiri sudah melarang untuk melakukan kemungkaran. Semuanya telah disebut didalam kitab Al-Quran dan hadis-hadis para nabi terdahulu. Para nabi terdahulu telah bermati-matian bagi mempertahankan AGAMA ISALAM. Sanggup bergadai nyawa, harta, tenaga, masa dan keluarga hanya kerana Allah Yang Satu. Tapi sekarang, dunia yang hampir kiamat. Kapan kita tidak tahu, tapi hari itu pasti dan tidak was-was lagi akan datang juga dengan izin Allah. Kita hidup pun tidak tahu bila akan dimatikan. Dengan masa yang kita ada inilah kita lakukan sebanyak-banyak amalan baik dan hindari perkara yang tidak disukai oleh Allah. Tidak ada rugi langsung kita lakukan malah banyak ganjarannya bukan sahaja di dunia tetapi di akhirat kelak. Ibaratkanlah sebentar lagi ajal kita akan tiba, jadi dengan masa yang kita ada sebelumnya itu kita lakukan seberapa amalan yang banyak dengan kemampuan yang kita ada. Jika orang lain boleh melakukannya kenapa tidak kita. Kita semua sama di sisiNya tetapi yang membezakan amalan seseorang waktu dia masih hidup. Selagi kita berfikir soal mati, itu menunjukkan kita masih mempunyai iman. Setiap yang hidup pasti akan mati sama juga setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Kita harus redha menerima semuanya. Selagi kita berpegang pada ajaran Allah yakni Islam , kita tidak akan sesat ke jalan yang tidak diredhaiNya. Allah itu sangat sayang pada hamba-hambaNya. Allah itu maha pemurah dan adil.
MASA YANG ADA JANGAN DISALAH GUNAKAN,
JADILAH SEORANG MUSLIM DAN MUSLIMAH YANG BERGUNA ,
INSYAALLAH KITA AKAN MENCAPAI KEJAYAAN YANG DIREDHAINYA.
No comments:
Post a Comment