Bekas telefon yang haram

Bekas telefon bimbit berkulit babi
Assalamualaikum
 

harini pelbagai perkara yang menarik berlaku, masalah yang dihadapi pun telah diberikan penyelesaian. Terima kasih aku ucapkan kepada yang membantu, persahabatan yang terjalin sememangnya membuatkan aku terharu. Sekarang perlu meneruskan dan memberikan fokus sepenuhnya terhadap apa yang sedang dikerjakan. Semalaman tidak dapat melelapkan mata kerana memikirkan pelbagai perkara yang berlaku, semoga hari ini akan dapat melelapkan mata seperti biasa.

  bekas telefon bimbitnya, Sony Ericsson Vivaz yang telah  dipaparkan dalam artikel .  
Kulit babi digunakan di bahagian dalam penutup bekas tersebutNampaknya akan terpaksa pergi memulangkan semula bekas telefon bimbit ini, memang kecuaian aku juga kerana tidak memeriksa dengan teliti semasa di kedai, aku ingat ia hanyalah bekas yang diperbuat daripada pvc seperti kebanyakan bekas telefon bimbit murah yang lain. Tidak terdetik langsung yang ianya mempunyai struktur kulit di bahagian dalamnya. Walaupun mungkin ramai gemarkan untuk memakai kemasan kulit, tetapi jika kulit babi, siapa yang nak pakai bukan?

Jadi pesanan aku untuk diri sendiri dan kepada semua, jika membeli benda-benda seperti ini, pastikan anda memeriksa terlebih dahulu setiap permukaan, terutama apabila membeli barang-barang kulit. Terlalu banyak sekarang produk-produk yang menggunakan kulit babi, kerana kosnya yang murah. Semoga kita akan menjadi pembeli yang bijak dan peka.

No comments:


JAZAKALLAHU KHAIRA , SEMOGA BERMANAFAAT !